Sunday, August 31, 2008

Saya Berhijrah..


Mulai pada 31hb Ogos 2008 bersempena diambang 1 Ramadhan ini, maka saya berhijrah ke


Moga saya akan terus mendalami dan menekuni ilmu politik dakwah ini untuk kemaslahatan

semua, insyaAllah.
Moga Allah memandu saya dan teman-teman seperjuangan ke arah jalan yang lebih baik.

Thursday, August 28, 2008

Tambang Bas Ekspres Lagi!! Rakyat Terhukum!

Last few weeks, I posted an entry entitled,

"Tambang Bas Ekspres - Kepentingan Rakyat Diperjudikan".

Several portals and blogs published my entry and so far, no ones or associations try to take the actions to solve that problem.

This is the public concerns and more or less almost thousands of people will utilise this public or express buses for Hari Raya especially.

How can both of the 'keras kepala' ini memperjudikan kepentingan rakyat?

Datuk Ashfar Ali sticks on his decision to push up to 100% fare increase!

Where as, the goverment agreed to impose a 30% surcharge on stage and express bus fares from Sept 15 for a month.

So, how about rakyat?

THEY ARE SUFFERED TO PAY MORE FOR BALIK KAMPUNG ON THIS COMING RAYA!!

PEMUDA DAN PEMUDI ISLAM MESTI BERSEDIA DENGAN POLITIK BARU!

Trend politik negara pada hari ini semakin dinamik. Kemenangan DSAI dalam Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh merupakan satu indikator bahawa rakyat menerima agenda perjuangan yang dibawa oleh beliau dan Pakatan Rakyat. Ia lebih baik disebut sebagai Kuasa Rakyat. Sejak dari Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, rakyat lebih cenderung memilih untuk melakukan perubahan.

Perubahan daripada trend politik lama kepada satu trend politik yang baru. Jika dulu, rakyat menganggap parti pembangkang sebagai parti kosong yang hanya tahu membantah setiap dasar kerajaan. Tetapi, hari ini rakyat melihat parti pembangkang dengan lebih murni. Persepsi rakyat terhadap perkataan pembangkang telah dilihat sebagai satu harapan pembaharuan. Tambahan pula, parti pembangkang sudah lenyap dan diganti pula dengan Pakatan Rakyat. Perkataan Rakyat lebih lunak dan lebih meyakinkan.

Jika kita imbas sewaktu penggal Pilihanraya Umum 2004, Barisan Alternatif agak lesu. Samada di Parlimen mahupun di pentas nasional. Rakyat tidak ada keyakinan untuk memberikan harapan kepada BA. Pada masa yang sama kuasa BN menlangkaui tradisi apabila mampu menggondol 90% kuasa di Parlimen dan hanya memerlukan dua kerusi sahaja lagi untuk menjatuhkan pemerintahan Islam di Kelantan.

Namun, sejak mobilasi demi mobilasi yang dilakukan oleh NGO dan komponen BA, contohnya HINDRAF, Bar Council dan BERSIH di akhir Disember 2007 yang lalu, rakyat dilihat semakin matang menaakul situasi semasa. Kekuatan pemimpin BA pada ketika itu dan kehadiran DSAI dalam ruang politik negara semakin lebih meyakinkan. Mengapa jika PAS sahaja yang meminta tenaga rakyat untuk dimobilisasi ia kurang mendapat sambutan? Mengapa jika kenyataan-kenyataan pemimpin DAP juga kurang mendapat perhatian rakyat? Ini juga bertitik tolak daripada keyakinan rakyat untuk bersama-sama dengan mereka. Tetapi, apabila insan bernama Anwar Ibrahim bersama-sama menerajui PKR dan menggembleng PAS dan PKR, rakyat seolah-olah terus memberikan keyakinan kepada pembangkang.

Lebih mengukuhkan keadaan apabila, kebusukan dan kehanyiran agenda UMNO dan BN telah dibongkarkan satu demi satu. Bukan hanya isu-isu kecil tapi isu-isu besar dan mengakibatkan pemimpin-pemimpin utama BN. Maka, dengan pengurusan persepsi yang dibuat oleh pembangkang terhadap isu-isu ini, maka rakyat mendapat maklumat yang logik dan seterusnya mereka arif dengan sesuatu isu yang berlaku. Contohnya isu rasuah, kenaikan bayaran tol, jenayah, ekonomi, pemimpin-pemimpin yang ketandusan akhlak, penipuan, penyelewengan dan tidak cakna kepada rakyat. Maka, rakyat sudah tidak mahu dengan pemimpin seperti ini. Rakyat mahu sesuatu yang lebih baik. Topik politik juga sudah semakin kerap dibincangkan walau di pejabat kerajaan sekalipun.

Ada beberapa lapisan rakyat yang menerima tekanan ini. Contohnya golongan-golongan elit dan korporat. Dalam politik, malah dalam kerajaan sendiri mesti wujud blok-blok kuasa. Apabila kepentingan bisnes mereka diancam oleh blok kuasa yang lain, maka timbul rasa berdendam dan ingin mensabotaj. Maka, kekuatan itu telah terlerai dengan perkara-perkara jelik ini. Akhirnya, wujud agenda guling mengguling. Jika seseorang politikus itu tidak ikhlas berjuang, maka ia lebih minat menjadikan kuasa sebagai tunggangan mengaut keuntungan dan kekayaan.
Kemudian, golongan pertengahan yang dikatakan golongan majoriti dalam negara hari ini. Kebanyakan keputusan-keputusan yang dibuat oleh policy maker banyak mengambil kira golongan ini. Apabila polisi-polisi yang dibuat menekan golongan ini, maka golongan ini akan bertindak balas. Reaksi itu pelbagai samada secara senyap, diplomasi mahupun konfrontasi. Sejak tahun ketiga dan keempat tempoh pentadbiran YAB Pak Lah, kebanyakkan polisi-polisi kerajaan menghukum rakyat dengan kejam. Rakyat juga sudah mangli dengan mainan-mainan kerajaan. Oleh sebab itu, rakyat sudah tidak mahu diperbodohkan lagi.

Justeru, golongan-golongan ini sudah bangkit. Mereka bangkit berdiri dibelakang pemimpin-pemimpin pembangkang yang sudah diyakini. Ramai pemerhati, penganalisis mahupun pensyarah politik tidak dapat menafikan ia adalah gelombang rakyat hasil daripada kesepaduan perancangan pembangkang. Malah, mereka juga kerap kali mengatakan bahawa kemenangan besar PRU baru-baru ini adalah faktor Anwar yang berjaya membayangi Pak Lah dan Najib. Dalam masa yang sama, rakyat juga bersetuju jentera kerajaan yang diterajui oleh Pak Lah dan Najib adalah lemah! Slogan yang sama diulang-ulang tanpa ada tindakan yang drastik.

Apakah hasilnya daripada perubahan ini?

Pertama, jika dilihat daripada komponen Pakatan Rakyat, maka umum mengetahui bahawa Pakatan Rakyat lebih meraikan kaum Cina dan India. Tambahan pula, penganalisis politik juga mengatakan bahawa kemenangan wakil-wakil Melayu Islam di kawasan komposisi kaum yang seimbang adalah banyak disumbagkan oleh kaum Cina dan India. Maka, dalam masa yang sama, suara dan kehendak dari kaum Cina dan India mestilah diambil kira dan dilaksanakan. (Walaupun kadang-kadang permintaan itu di luar dugaan).

Perkongsian kuasa diperingkat negeri sudah diuji. Toleransi demi toleransi diamalkan dan tidak dinafikan ada sesetengah pihak yang terpaksa makan hati. Walaubagaimanapun, ia terpaksa ditelan untuk maslahah jangka panjang. Dalam politik, kuasa itu penting. Baki lagi, bagaimana kuasa itu dipergunakan. Ia lebih sukar sekiranya Pakatan Rakyat akan berkongsi kuasa di peringkat pusat. Sudah pasti, setiap komponen dalam Pakatan Rakyat mesti mempunyai agenda tersendiri.

Seterusnya berkaitan dengan pengaruh ra’yul ‘am atau public opinion. Sekarang ini sudah semakin luas dan rakyat di golongan pertengahan lebih dominan menguasai dan dikuasai oleh mekanisme yang mempengaruhi minda mereka. Substansinya juga semakin mencabar. Oleh yang demikian, setiap mekansime penerangan perlu di-upgrade. Mesti lebih popular, terkini dan tepat. Surat khabar juga sudah semakin banyak. Utusan, Berita Harian, NST, The Star, Harakah, Siasah, Wasilah, Watan, Sinar Harian, Kosmo, Metro, The Sun dan banyak lagi tabloid serta majalah-majalah yang lain.Ini belum lagi portal atau web berita dan blogosphere. Koridor maklumat itu sudah semakin padat.

Perjuangan politik dakwah itu masih panjang lagi. Sudah pasti, politik baru hari ini memerlukan strategi dakwah yang lebih licik dan efektif. Itulah cabarannya! Diantara ruang-ruang yang mesti diisi oleh pemuda pemudi Islam diantaranya adalah disektor penggubalan polisi, sektor civil movement termasuklah NGO atau badan-badan dakwah dan persatuan penduduk, sektor kritikal, sektor budaya, sektor pendidikan, sektor ekonomi, sektor perundangan dan lain-lain. Ini perlu digarap dengan keupayaan intelektual, jaringan sosial, kewangan, mobilisasi, imej, publisiti dan perancangan strategik.

TAHNIAH ANWAR IBRAHIM!

Setelah 10 tahun dinafikan hak berpolitik secara sah, hari ini Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen.

Tahniah saya ucapkan.

Moga Malaysia menuju ke arah sebuah pentadbiran yang lebih telus dan adil serta menjamin seluruh rakyatnya menikmati kesejahteraan dan kedamaian hidup!

Tuesday, August 26, 2008

INILAH KUASA RAKYAT BERMAKLUMAT (INFORMED CIVIL SOCIETY)

Ilmu dan maklumat adalah nadi penting untuk menghidupkan kuasa rakyat. Jika dulu, kita selalu dengar beberapa statements yang menunjukkan ketidakmatangan rakyat.

Contohnya, ‘kalau letak songkok lawan calon pembangkang pun, rakyat akan pilih songkok’. Itu senario lama. Senario lapuk yang tidak lagi releven hingga ke hari ini.

Pada waktu itu, rakyat dikongkong dengan media pengantaraan yang tidak mampu dicabar oleh media alternatif. Jika ada pun, kekredibilitiannya tidak mampu menggugat reliable media perdana.

Selepas keputusan Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh, saya menyimpulkan bahawa ‘INILAH KUASA RAKYAT BERMAKLUMAT’.

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah berjaya menimbulkan dan mendominasikan persepsi positif, empati, energi, baik dan meyakinkan kepada mereka.

Saya bersetuju dengan ayat yang digunakan oleh Prof. Dr. Shamsul Amri (Institut Kajian Etnik, UKM), beliau mengatakan, “Anwar berjaya mengetuk pintu harapan.” Rakyat memilih segunung harapan daripada momokan realiti. Meskipun, berpuluh serangan peribadi yang dijadikan bahan untuk berkempen samada diperingkat nasional mahupun setempat, namun ia tidak mudah menggoyahkan Anwar. Bahkan, majoritinya bertambah meskipun peratus keluar mengundi mengecil.

Saya juga hairan melihat kenyataan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Ketua Penerangan UMNO), beliau menyifatkan kemenangan Anwar adalah disebabkan Permatang Pauh merupakan hometown atau homestay Anwar (homestay bukan saya yang kata tapi Muhammad Mohd Taib yang kata). Beliau mengenali rakyat setempat dan beliau adalah mantan Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dulu. Itulah sebabnya beliau menang mudah. Tan Sri juga menambah, Barisan Nasional menyertai pilihanraya kecil pada kali ini adalah sebagai underdog candidate.

Ini bukan pilihanraya biasa wahai Tan Sri. Ini pilihanraya luar biasa. Meskipun, BN mempunyai segalanya, namun faktor Anwar, Pakatan Rakyat, media alternatif yang merakyat, mood pengundi dan ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan telah berjaya menafikan dan menolak BN. Ini bukan hanya soal Anwar dan Arif, tapi ini adalah soal survival UMNO dan BN. UMNO kena bersedia untuk dilemaskan. Itu adalah hakikat rentetan daripada keputusan pilihanraya ini.

Akhir sekali, tahniah kepada Rakyat Bermaklumat! Samada rakyat suka mahupun tidak, ia hanya ada dua pilihan sahaja. Ia adalah antara harapan dan realiti. Ia juga antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Maka, rakyat sudah bersedia tukar kerajaan.

Government to target blogosphere next

Ouch..A Crackdown on bloggers!

Malaysian Insider got the news! http://m.themalaysianinsider.com/articles.php?id=8174

Majlis Angkat Sumpah Dijadualkan Mid of Oct?

Mid of Oct?

Begitulah seperti apa yang disampaikan oleh Tan Sri Pandikar Amin apabila menyatakan bahawa sesiapa sahaja yang menang dalam PRK Permatang Pauh, maka majlis angkat sumpah akan diadakan pada pertengahan Oktober akan datang.

Jika benar,

harapan Pakatan Rakyat untuk melihat DSAI menjadi Ketua Pembangkang pada esok hari (27hb Ogos) kecundang?

Malah, harapan DSAI untuk membentuk kerajaan seawal 16 September juga terpaksa dilupakan?

Apa yang lebih menarik, Bajet 2009 telah pun dibentangkan lebih awal sebelum mid of Oct.

Adakah Bajet 2009 akan memadamkan amarah rakyat kepada kerajaan?

Wait and See

Monday, August 25, 2008

PKPIM : What's Wrong With You?

My humble questions are;

a) What's wrong with you? Do you agreed with Avril's concert?

b) Do you said Avril OK, her appearance OK, her music OK?

(Ignore with my English and focus on my intention)

Saya tak percaya bila Saudara Presiden Hilmi Ramli mengatakan sedemikian

Apa yang saya kenal dengan PKPIM ialah mereka ini agak 'syadid' dalam soal pembinaan akhlak dan modal insan. Lihat sahaja penulisan-penulisan mereka yang menyeru mahasiswa khususnya berfikir secara intelek dan membincangkan perkara-perkara ilmiah disamping menyeru mahasiswa bertindak sopan berlandaskan syari'at.

Mereka juga berpendirian tegas dalam soal pakaian sekolah perempuan yang dikatakan agak nipis dan seksi.

Mereka juga menyanjung nasib Melayu dan bangsanya sendiri.

Kenapa PKPIM bersikap lunak dengan konsert Avril?

Adakah PKPIM sendiri tak pernah lihat konsert-konsert yang dianjurkan di negara kita mahupun rancangan-rancangan realiti hiburan di media didatangi sejumlah besar anak muda Melayu Islam?

Kenapa PKPIM tidak mengambil pendekatan saddul zaraa'ik dalam soal membuat pandangan dalam perkara ini?

Adakah PKPIM mengambil kira keuntungan politik diambang PRK?

Apa-apa jelah PKPIM..

Kalau sudi, buat penjelasan sewajarnya..

ALLAHUAKBAR!!!

Jika sumpah yang dibuat oleh Saiful itu tidak betul,

Jika Imam Ramlang Porigi berkata sebaliknya,

Jika DSAI tidak meliwat,

Jika Saiful tidak diliwat,

Jika UMNO menabur fitnah,

Jika PR difitnah,

Maka tunggulah balasan Allah di dunia ini dan lebih-lebih lagi di akhirat!

Allahu Akbar..

_ _ _ _ DILAKNAT!!

Apakah Wujud Tsunami Di Permatang Pauh Esok?

Tidak sabar menunggu hari esok!

Esok adalah hari penentu perubahan pola politik negara.

Samada rakyat suka mahupun tidak, itulah hakikatnya.

Tapi, yang betul-betul pasti saya tetap yakin esok adalah Tsunami politik untuk negara. Tidak kira samada DSAI menang atau kalah.

Saya optimis!

Terima Kasih Buat Semua

Alhamdulillah syukur kepada Allah! Tidak ada rasa melainkan rasa syukur yang teramat sangat kepada Maha Kuasa dan Maha Penentu!

Saya juga dengan rasa rendah diri mengucapkan lafaz terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Dr. Syed Arabi Idid (Rektor UIAM) dan seluruh pendokong Taman Ilmu dan Budi.

Saya juga tidak boleh melupakan jasa-jasa semua pensyarah yang tidak pernah rasa jemu dan bosan mendidik saya walaupun saya degil dan malas menuntut ilmu. Khusus saya lahirkan rasa terima kasih kepada Assistant Prof. Dr. Haslina Ibrahim (IRKHSS's Advisor / Deputy Dean RK). Beliau sentiasa menasihati saya meskipun kadang kala beliau rasa 'tension' melayan kedegilan saya melibatkan diri dengan politik kampus! Saya masih ingat apa yang beliau pernah sebut, "Mior, kalau betul-betul mahu terlibat dengan politik, saya cabar awak jangan kerja dengan kerajaan!"

Saya juga sambil tersenyum mengucapkan terima kasih kepada Kak Yan dan Kak Ita (yeke namanya ni, lupa pulak) yang telah 'membantu' saya mempercepatkan proses study saya di UIAM. Mana taknya, merekalah yang membantu menambah subjek saya sehingga tiga subjek ketika Semester 3 dan tujuh subjek ketika Semester 1 walaupun sebenarnya saya tidak dibenarkan berbuat demikian. Tapi saya ada alasan kukuh!

Tidak mungkin saya lupakan kepada teman-teman yang mengajak, membentuk, mengajar, mentarbiyyah dan mengkaderkan saya untuk mengenal Perjuangan Islam terutamanya Politik Dakwah. Saya mempunyai impian untuk alim dan arif dalam Politik Dakwah. (Doakan saya).

Inilah mutiara yang saya peroleh dari Taman Ilmu dan Budi!

Syukur Ya Allah di atas kelebihan yang Engkau berikan kepadaku..

Buat aktivis, pendokong dan penyokong perjuangan Islam di kampus-kampus,

"Teruskanlah berjuang, tuntutlah ilmu, bangunkanlah diri dari lena kesenangan yang melampau. Gugahkan pemikiran di atas realiti yang berlaku, bertindaklah dengan wisdom yang tulen, janganlah berputus asa kerana perjuangan kita kerana Allah dan sudah pasti Allah akan memberikan yang terbaik buat penolong-penolong agamaNya -Subhanallah sesungguhnya Allah tidak memerlukan sesiapa untuk Dia melakukan sesuatu"

Sunday, August 24, 2008

Najib Jangan Ugut Rakyat!

Saya sebagai seorang rakyat dan saya yakin beribu-ribu orang yang lain juga akan setuju dengan saya.

Saya ingin tekankan disini bahawa Najib Tun Razak jangan mengugut rakyat dengan kuasa yang ada.

Tolong ingat bahawa kedudukan anda ditentukan oleh rakyat. (prinsip demokrasi, rakyat adalah majikan)

Kenapa mesti ugut rakyat dengan ingin menarik balik fuel rebate yang telah diberikan beberapa bulan yang lalu?

Adakah boleh diterima sekiranya kerajaan ingin menarik semula rebate tersebut kerana rakyat mempertikaikan penurunan harga minyak sebanyak 15 sen?!

Baru-baru ini rakyat mempersoalkan kenapa kerajaan turunkan hanya 15 sen sahaja. Kenapa tidak 18sen hingga 22 sen? Ini hak rakyat, kenapa perlu dipertikaikan?

Sebenarnya, kerajaan mampu untuk mengekalkan harga minyak pada kadar yang sama sebelum kenaikan ini.

Please Get A Copy!

My Colleagues, I read The UK Youth Parliament Newsletter (Debatable) - 7th Issue by August.

Here, some of the issues were raised lately;

a) Are exams still useful?

b) Public Transport special report

c) The truth about cyberbullying

d) Nelson Mandela : for and against.

Hope, we get some experiences and wisdom from them!

All of you can download the entire magazine here

http://www.ukyouthparliament.org.uk/debatable

Saturday, August 23, 2008

"15 Cents Down"

Brothers and sisters, please read here. Is it political motivated or 'ihsan' from government?

And you are suggested to support Ka Chuan's idea.

And make sure u are aware with this inconsistency of fuel price in the market.

So, can u relate this Pak Lah's idea with Anwar's arguments in Prime Debate last few weeks?

Why Shaberi said government can't reduce the fuel price but for the by-election around the corner, govt reduced the fuel price suddenly..(15 cent - Anwar's suggestion?!)

Bak kata Nabil, "Lu fikirlah sendiri..!"

Friday, August 22, 2008

Hey, What Are You Doing Ha?!





DAP...DAP..DAP...What u have done?
Ada satu pihak yang susah sangat nak laksanakan Islam
Ada satu pihak lagi yang semakin berani menentang Islam
Ada satu pihak lagi yang Islam suam-suam kuku
Dan, ada satu pihak lagi yang masih perjuangkan Islam
Kita kekal bersama Islam

Kalau UMNO sendiri dah amalkan, ini kan pula kerajaan..

Berapa banyak politik wang (rasuah la tu..) yang ditaburkan disepanjang Mesyuarat Pemilihan UMNO di peringkat bahagian?

Berapakah jumlahnya?

Siapa yang terlibat?

Apakah ganjaran atau emolumen atau elaun yang akan diperolehi oleh semua Ketua Bahagian UMNO?

Tepuk dada, tanya UMNO!

Kalau dalam pemilihan UMNO pun sudah merata-rata rasuah inikan pula Kepala UMNO dalam Kerajaan Malaysia!

Banyakkanlah slogan dan ucapan, tapi habuk pun tadak!

Sila lihat sini

Wah..inilah PM saya!

Impressive! Gentleman! and Superb!

I salute to YAB Prime Minister when u reach out to the people in railways stations around Kuala Lumpur.

Bila saya terbaca newspaper Utusan hari ini (22th August ONLY) yang menggambarkan perwatakan sebenar YAB, I proud with you!

Now, u realize that all the people out there SUFFERED with the public transportation system. Ini baru di Kuala Lumpur (Ibu Kota Malaysia). Belum lagi di bandar-bandar lain. (Ini pun after 50 years Independence!)

I hope u know ur jobs!

I would like to suggest to u and all ur ministers, after this please go to;

a) Public toilet around Kuala Lumpur
b) Public schools
c) Rumah-rumah pangsa dan kampung-kampung di Kuala Lumpur (Kg.Pandan Dalam, Kg Baru, Kg. Kerinchi, Pantai Dalam dan Kg. Setia Jaya). If u want to demolish all the kampungs, please make sure u provide them pampasan and rumah lain.

Selepas semua ini selesai and u make ur jobs, I salute 110% to u and ur ministers!

Hidup Pak Lah!

Wednesday, August 20, 2008

I Support U for This Case, DSAI

Dato' Seri Anwar Ibrahim, I just posted my latest entry (Bersamamu...) that I really felt Parliamentarians and Assemblymen in Malaysia do not perform their caseworks accordingly.

How come rakyat suffered while the government still approve the mega projects lately.

All the readers, please surf here, you'll know what I'm talking all about..

Bersamamu - Tolong Jangan Ada Lagi Rancangan ini..

Saya benar-benar merayu kepada wakil-wakil rakyat di Malaysia ini.

Tolonglah pergi ke seluruh ceruk kawasan anda dan pastikan tidak ada seorang pun yang hidup dalam keadaan yang terlalu susah.

Paling penting, jangan ada seorang pun rakyat di kawasan anda tidak makan dua kali sehari.

Dan, tolong pastikan juga jangan ada yang tinggal dalam 'pondok kecil'..

Tolonglah, saya merayu pada semua wakil rakyat jika anda benar-benar mewakili mereka.

Saya tidak mahu melihat rancangan Bersamamu yang memaparkan rakyat hidup dalam keadaan yang dhaif meskipun negara kaya raya.

Tolonglah..saya benar-benar merayu!

Menginsafi Tragedi 21 Ogos 1969

Teman-Teman Sekalian,

Saya mengajak kalian semua agar sama-sama menginsafi tragedi pembakaran Masjidil Aqsa - Kiblat pertama orang Islam - pada tarikh 21 Ogos 1969.
Ramai rakyat Malaysia cukup sensitif dengan 13hb Mei 1969, namun ramai yang tidak menyedari peristiwa menyedihkan pada Ogos 1969 itu.

Bangkitlah dari kesedaran, bertindaklah di atas kapasiti yang ada untuk menunjukkan rasa simpati terhadap Muslim dan Islam di Palestin.

Kita mempunyai ramai umat Islam sedunia tapi mungkinkah kita ibarat buih di lautan?

Janganlah hanya terlalu asyik dengan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, tapi singkapkan sedikit sejarah, laungkan takbir untuk membakar semangat diri berjuang untuk Allah dan selamatkan dunia dari musuh-musuh Allah, Rasulullah SAW dan umat Islam sendiri.

Ayuh teman-temanku sekalian!

Sila layari laman web khusus untuk 21hb Ogos 2008 - Remembrance of Al-Quds

Tuesday, August 19, 2008

Gugah Pemikiran Dengan Realiti


Saya menulis artikel ringkas ini untuk kita sama-sama memikirkan survival dan kematangan golongan pemuda dan pemudi terutamanya graduan-graduan negara sekiranya kita bercita-cita ingin menjadi seorang negarawan, pendidik, penggubal polisi, peguam dan hakim, ahli ekonomi dan korporat serta aktivis rakyat.

Trend menulis, membaca, menganalisis dan memikir dewasa ini kena perlukan sedikit perubahan. Tidak perlu tukar 360 darjah, mungkin hanya sedikit sahaja. Ikut bersesuaian dengan mentaliti sedia ada.

Apa yang saya ingin tekankan kepada kita semua adalah corak pemikiran yang perlu ditambah nilai. Saya tidak bercakap mengenai politik nilai kerana itu aset pertama yang perlu ada bagi seorang pemuda dan pemudi. Ahli politik juga sebenarnya mempunyai politik nilai dan bukan hanya ada pada mahasiswa.

Pemikiran yang perlu ditambah itu adalah pemikiran yang berasaskan kepada kepraktikaliti dan realiti semasa di Malaysia. Saya optimis melihat kekuatan pemikiran yang ada pada kita hari ini berada pada tahap yang baik.

Namun begitu, kita mesti mengurangkan topik atau substansi pemikiran yang berlegar sekitar falsafah dan nilai yang infiniti. Saya tidak mengatakan nilai dan falsafah itu tidak penting, tapi mesti dikurangkan. Kita tambahkan dengan diskusi, perbincangan dan wacana yang lebih realiti dan bersangkutan dengan konteks negara.

Sebagai contoh, saya teringin melihat pemuda dan pemudi mengutarakan soal ekonomi negara. Berfikir dan berdiskusi mengenai rukun GDP, CPI atau jobless growth yang sebenarnya sering diperdebatkan dikalangan ahli akademik, aktivis mahupun ahli politik.

Melontarkan alternatif-alternatif baru mengenai hala tuju pendidikan negara samada diperingkat pra sekolah, rendah, menengah dan tertiari.

Mengupas dengan lebih matang soal perpaduan kaum, perundangan, persejarahan negara, perhubungan antarabangsa termasuklah polisi luar negara.

Ini kerana dalam kerangka gerakan massa, intipati-intipati tersebut perlulah dibiasakan. Ia juga sebagai satu persiapan mentaliti dan mencorakkan kepimpinan negara dan masyarakat pada masa akan datang.

Namun, saya menghargai semangat perjuangan pemuda-pemudi hari ini.

Kita teruskan berjuang!

Saturday, August 16, 2008

Jangan Bimbang

Terima kasih rakan-rakan yang sudi memberikan pandangan..

Post yang terakhir memberikan pelbagai persepsi kepada rakan-rakan aktivis. Sekali lagi terima kasih.

Saya bukan mahu berhenti terus mengkritik atau memberikan pandangan kepada gerakan mahasiswa, cuma saya rasa bila saya terus menulis mengenainya ada rakan-rakan yang merasa kurang senang dengan penulisan saya. Saya tidak mahu lagi menimbulkan perasaan kurang senang pada rakan-rakan. Itu sahaja.

Saya tidak mahu menjadi seperti Tun Mahathir yang akhirnya menimbulkan pelbagai kontroversi. Saya cuma orang biasa yang menulis mengikut minat saya.

Keputusan saya untuk tidak menulis mengenai gerakan mahasiswa adalah disebabkan saya tidak mahu ada orang yang salah anggap dengan penulisan saya.

Maka, oleh sebab itu saya akan menulis sekiranya ada keperluan sahaja atau saya memenuhi pertolongan dari rakan-rakan.

Tapi, saya masih subur meminati, menganalisis, memahami dan mendalami politik dakwah di Malaysia. Saya pohon kepada rakan-rakan yang sudi untuk mendoakan saya agar saya terus istiqamah pada jalan perjuangan Islam ini.

TAKBIR!!

(Hentikan berbincang mengenainya lagi, jangan bincang soal remeh temeh, ayuh gugahkan minda untuk terus memastikan kemenangan perjuangan Islam)

Wednesday, August 13, 2008

Inilah Masanya Saya Membuat Keputusan!

Alhamdulillah..

Saya memang jarang menulis rasa hati saya yang lebih personal di dalam blog ini. Cuma pada hari ini saya menulisnya buat kali pertama bagi mengukuhkan pendirian saya tentang sesuatu perkara.

Saya menerima banyak komentar samada dalam blog ini, melalui sms, email dan perbincangan bersama rakan-rakan saya bila saya mengutarakan beberapa pandangan, kritikan, cadangan peribadi saya kepada Gerakan Mahasiswa terutamanya GAMIS.

Saya tidak menafikan, saya belajar erti perjuangan ketika saya menuntut di UIAM. Masa saya sebagai mahasiswa sudah tamat. Saya tidak mempunyai apa-apa komitmen lagi dalam Gerakan Mahasiswa.

InsyaAllah, mulai pada hari ini saya cuba untuk tidak lagi menulis sebarang kritikan, cadangan dan pandangan kepada Gerakan Mahasiswa.

Walaubagimanapun, saya betul-betul meyakini bahawa kuasa Mahasiswa mampu membuat perubahan kepada negara sekiranya diurus dengan baik dan terancang.

Hati-Hati Mengambil Tindakan

Saya ingin berkongsi rasa resah hati saya. Moga-moga keresahan ini sedikit sebanyak menyuntik rasa waspada dan membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk menulis, menyatakan pandangan dan membuat apa-apa tindakan meskipun ada dikalangan teman-teman menyinggung saya menulis sesuatu mengenai beberapa isu.

Ada beberapa isu yang agak tajam menusuk ruang-ruang politik pada hari ini. Bermula dengan isu muzakarah, Majlis Peguam dan yang terbaru berlaku dua atau tiga hari yang lepas apabila kenyataan MB Selangor dikecam kerana cadangan meminta UiTM membuka 10% kuota untuk non-Bumiputera.

Tiga isu ini memang isu panas yang mengakibatkan ‘survival Melayu’, ‘survival Muslim’ dan ‘survival Bumiputera’. Tambahan pula isu ini berlaku dalam track merah ke Permatang Pauh. Kalau dalam strategi politiknya, beberapa politikus akan mengadakan drumming up sebelum event besar yang akan berlaku di Permatang Pauh beberapa hari lagi.

Isu Muzakarah PAS dan UMNO dikatakan medan perbincangan kepentingan Melayu dan Islam pasca PRU ke 12 yang telah menghakis sebahagian besar kepentingan UMNO.

Isu Majlis Peguam adalah isu mencabar sensitiviti Islam di Malaysia. Pada hari tersebut dikatakan himpunan itu didominasi oleh dua ‘kumpulan’ iaitu GPMS dan PEKIDA. Hanya dua orang politikus yang agak di’kecam’ iaitu Zulkifli Nordin (hilang hingga kini) dan Badrul Amin. Salahuddin Ayob yang berada disitu juga telah dipolitikkan. (Lihat Malaysiakini)

Isu UiTM yang dikatakan juga mencabar hak istimewa orang Melayu. Seramai 5,000 orang dan dikepalai oleh Presiden MPP UiTM mengetuai perarakan di Dataran Shah Alam.
Tiupan perkauman dan mempersoalkan identiti Islam agak kuat sekarang.

Dalam keadaan tekanan politik yang agak kuat ini, ia boleh menatijahkan gegaran gempa bumi yang kuat (9.8 skala Ritcher) di Malaysia.

Maka, dengan menggunakan beberapa isu ‘survival’ ini maka secara tidak langsung isu-isu ‘lama’ seperti isu Najib, Rosmah dan Atlantuya, isu minyak dan isu elektrik terus lenyap.

Isu ‘lama’ yang dikaitkan dengan kerajaan UMNO/BN semakin senyap dan isu ‘survival’ yang dikaitkan dengan Melayu, Islam dan Bumiputera (ini adalah teras UMNO) semakin mendapat tempat di hati rakyat.

Maka, saya merayu kepada kepimpinan mahasiswa terutamanya, jangan terlalu cepat merespon isu-isu sensitif dan ‘survival’ begini, takut nanti ia akan terus menjerat kita.

Pertimbangkan dengan daya intelektual dan nilai yang selalu diwar-warkan.

Moga Allah meredhai dan membantu kita untuk menyelamatkan Malaysia yang tercinta ini.

Monday, August 11, 2008

ZOOM IN : Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh (2)

1hb Ogos 2008

Tan Sri Pandikar Amin mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat perletakkan jawatan DSWA melalui wakilnya pada 3.23 petang. Tan Sri juga telah menghantar surat tersebut kepada pihak SPR untuk tindakan lanjut.

Tindakan DSWA adalah sah disisi Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958. Sebenarnya tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikan keputusan DSWA malah sekiranya Pak Lah ingin mengosongkan kerusinya pun adalah sangat dialu-alukan. Maka, kekosongan kerusi tersebut mestilah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh perletakkan jawatan.

Pada waktu yang sama, beberapa orang ahli politik telah membuat beberapa perkiraan mengatakan YB Azmin Ali akan menggantikan YB Dato’ Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang bermula pada 18hb Ogos 2008. Mungkin beliau akan menjadi Ketua Pembangkang hanya dalam dua minggu? Ini kerana seluruh komponen Pakatan Rakyat telah bersetuju mengisytiharkan DSAI akan menerajui Pakatan Rakyat di Parlimen sekiranya beliau menang dalam pilihanraya itu nanti.

Dalam situasi ini, Tun Dr Mahathir dengan nada seloroh mengusik sekiranya Datin Seri Hasmah Ali berada di posisi DSWA pun, beliau akan melakukan tindakan yang sama.

Persoalannya, adakah tindakan DSWA adalah tindakan kepentingan peribadi atau kepentingan umum?

Cuba lihat apa yang dikatakan oleh beberapa pimpinan MCA yang dianggap sebagai serangan peribadi kepada Presiden dan Ketua De Facto PKR itu.

Perbuatan Wan Azizah yang tidak bertanggungjawab itu amat mengecewakan pengundi-pengundi. Ia seolah-olah jawatan itu adalah hak miliknya dan diberi kepada suaminya” – Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai (Utusan Malaysia, 1 Ogos 2008)

Apa yang dilakukannya adalah tindakan yang tidak wajar. Jika (Anwar) betul-betul ingin menjadi wakil rakyat, kenapa tidak boleh tunggu sampai Pilihan Raya Umum akan datang?”- Kata Naib Presiden MCA, Datuk Tan Lian Hoe (Utusan Malaysia, 1 Ogos 2008)

Lontaran Opinion :

Keputusan DSAI untuk bertanding sebelum PRU ke-13 adalah satu tindakan tepat menyelamatkan Malaysia. Meskipun, DSAI bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar boleh diterima rakyat secara keseluruhan namun sekurang-kurangnya beliau adalah figura terbaik untuk menyatukan Pakatan Rakyat dan diversiti kaum di atas prinsip-prinsip dasar serta umum.

Kesempatan kondisi politik tanahair yang berkecamuk pada hari ini terutamanya kehilangan 2/3 BN di Parlimen adalah peluang terbaik yang tidak harus disia-siakan. Contohnya, kalau kita menerima peluang terbaik hari ini, adakah kita akan lepaskannya dan menunggu pada hari esok? Keberangkalian untuk mendapat peluang yang sama pada hari esok adalah terlalu tipis. Maka, adakah salah jika DSAI mahu bertanding sebelum tarikh sebenar PRU ke13?

Jika kita melihat satu teori 10 tahun yang diwar-warkan oleh beberapa political analisyts prestasi parti pembangkang tidak konsisten untuk dua penggal pilihan raya. Contohnya, cuba perhatikan kedudukan pembangkang pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008. Adakah keputusan PRU pada tahun 2013 (sekiranya 5 tahun) akan menyebelahi Pakatan Rakyat?

Sepertimana kata-kata Tuan Guru Nik Aziz terhadap UMNO dalam mengulas isu Muzakarah PAS dan UMNO beberapa minggu yang lepas. UMNO kini sudah semakin lemas, maka biarkan UMNO lemas dan jangan kita pula membantunya. Jika DSAI menunggu masa matang (PRU 13/2013) ini bermakna beliau membantu UMNO dikala mereka hampir lemas. Mungkin beliau memberikan CPR atau pelampung. Ini merugikan Pakatan Rakyat.

Friday, August 8, 2008

Mahasiswa TIDAK PERLU turun ke Permatang Pauh – Sekadar cadangan.


Saya telah menjangkakan front mahasiswa akan menyerbu Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh untuk melakukan aksi politik setelah melihat pengisytiharan yang dibuat di Universiti Malaya beberapa hari yang lepas yang mana telah mengumumkan seramai 5000 mahasiswa akan turun ke sana.

Saya berpendapat, mahasiswa TIDAK PERLU menyertai Pilihan Raya Kecil tersebut setelah saya mengambil kira beberapa faktor.

Pertama, pilihanraya ini adalah satu pilihanraya yang memberikan impak yang besar dalam politik negara. Samada Pakatan Rakyat menang ataupun Barisan Nasional yang menang. Kehadiran mahasiswa di Permatang Pauh tidak memberikan kesan yang tinggi dalam situasi yang berlaku di sana. Tambahan pula momentum dan top guns political party akan terus memalapkan gerombolan mahasiswa di sana.

Kedua, setelah saya meneliti laporan gamisdaily.com (5,000 mahasiswa akan gempur Permatang Pauh), kewujudan mahasiswa adalah untuk menjelaskan pendiriannya mengenai beberapa isu-isu yang berlaku di negara dan memujuk rakyat untuk turun dan mengundi berdasarkan maklumat yang tepat dan benar. Agenda mahasiswa ke sana tidak mampu memberikan kesan kepada rakyat kerana front tidak mempunyai dana yang cukup, kekuatan dan pengaruh yang kuat. Tidak cukup hanya sekadar turun berjumpa rakyat dan menjelaskan beberapa isu sahaja.

Ketiga, memandangkan isu yang berlaku pada hari ini terlalu banyak kekeliruan dan kekaburan termasuklah mengenai tuduhan sodomi terhadap DSAI dan kebobrokan imej negara, maka mahasiswa seharusnya mengambil sikap tidak perlu campur tangan dalam pilihan raya kecil ini.

Maka, saya ingin melontarkan beberapa pendapat untuk tindakan mahasiswa dalam pilihan raya ini nanti.

Pertama, front mahasiswa membuat deklarasi atau surat terbuka kepada DSAI seperti ‘Harapan Mahasiswa dan Rakyat Jika Anwar di Pihak Yang Betul.’ Dalam deklarasi tersebut, mahasiswa harus menyatakan tuntutan-tuntutan mahasiswa dan rakyat sekiranya beliau menang dan menjadi Ketua Pembangkang seterusnya mampu membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kedua, mahasiswa mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menjalankan tugas dengan penuh keadilan dan ketelusan. Mahasiswa perlu membawa bukti tentang beberapa ketempangan yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum yang lalu. Dalam soal ini, mahasiswa pula yang menjadi pressure group kepada SPR bagi memastikan perjalanan pilihan raya berada pada tahap yang terbaik.

Ketiga, mahasiswa mendesak kerajaan supaya tidak menggunakan jentera kerajaan untuk berkempen kepada Barisan Nasional termasuklah kereta kerajaan, duit rakyat, infrastruktur awam, pihak polis dan sebagainya. Mahasiswa boleh mengumpulkan bukti-bukti untuk tindakan lanjut selepas pilihanraya. Ini juga termasuklah penggunaan media RTM supaya tidak berlaku diskriminasi kepada mana-mana pihak. Liputan sewajarnya mestilah dibuat secara saksama dengan parti-parti yang bertanding.

Keempat, mahasiswa boleh mengadakan solat hajat besar-besaran di Kuala Lumpur untuk memohon kepada Allah supaya sentiasa memberikan keredhaanNya kepada Malaysia dan rakyatnya.

Saya lontarkan sebagai pandangan peribadi dan mengharapkan agar situasi politik negara kita akan semakin baik dan sihat.

Walaubagaimanapun, apa jua tindakan front mahasiswa saya tetap menyokong dan akan membantu dengan sewajarnya.


Thursday, August 7, 2008

Start Them Young on Politics - Jennifer M. Smith

"Bermuda House of Assembly Deputy Speaker Jennifer M. Smith believes that citizens should be involved in politics from young".

Beliau berkata demikian kepada para wartawan dalam sidang pleno Demokrasi Pilihanraya bersempena dengan Persidangan Parlimen Komanwel yang ke 54 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 4hb Ogos yang lalu.

Beliau juga mengatakan bahawa "age does not determine maturity".

Beliau menambah, pelajar-pelajar sekolah sepatutnya diajar dengan subjek sivik. Dengan subjek tersebut pelajar-pelajar akan didedahkan dengan kepentingan demokrasi dan kepentingan mengundi dalam pilihanraya.

Beliau juga tidak menggalakkan pelajar-pelajar ini diajar dengan politik kepartian.

Komentar peribadi :

Sosialisasi politik adalah satu perkara penting yang diolah didalam disiplin ilmu sains politik. Ia tidak boleh diabaikan. Ia bukan sepertimana pendidikan seks yang diajar kepada pelajar-pelajar sekolah.

Namun begitu, saya juga cenderung untuk membiarkan pelajar-pelajar khususnya mengetahui politik kepartian supaya mereka mendapat maklumat yang sewajarnya untuk mengundi.

Bagaimana mungkin sekiranya pelajar-pelajar itu diminta untuk mengundi tapi dalam masa yang sama mereka tidak didedahkan dengan agenda parti politik. Bukankah parti politik itu juga sebagai indikator suburnya demokrasi?

Apa yang lebih penting adalah kegusaran terhadap pengabaian rakyat mengenai isu-isu semasa yang merangkumi agama, ekonomi, politik dan budaya. Jika rakyat mengabaikannya, maka negara akan mudah dijajah bukan hanya dengan penjajahan ideologi malah penjajahan mutlak sebuah negara.

ZOOM IN : Pilihanraya Kecil Parlimen Permatang Pauh : 26hb Ogos 2008 (1)

Kronologi, Data dan Lontaran Opinion

31hb Julai 2008

Dato’ Seri Wan Azizah Ismail, Presiden PKR dan juga Ahli Parlimen Permatang Pauh telah menghantar surat perletakkan jawatan kepada Tan Sri Pandikar Amin, Yang Di-Pertua Dewan Rakyat bagi memberikan laluan Pilihanraya Kecil diadakan. Secara tidak langsung, ia memberikan laluan kepada Ketua De Facto Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding dan meneruskan laluannya ke Putrajaya sebagai Perdana Menteri.

Lontaran Opinion :

Sebelum daripada ini, ura-ura mengatakan bahawa DSAI akan bertanding di Parlimen Kulim - Bandar Bharu berikutan daripada petisyen PR yang difailkan oleh BN kerana mendakwa YB Zulkifli Nordin gagal menghantar penyata kewangan kempen pada Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu.

Begitu juga sebelum daripada ini, DSAI juga pernah meminta rakyat Bandar Tun Razak untuk memberikan sokongan kepada beliau sekiranya beliau bertanding di Parlimen tersebut. Ia dijangka berlaku disitu memandangkan untuk meringkankan beban dan tanggungjawab YB Tan Sri Khalid Ibrahim. Ada juga ura-ura yang mengatakan kerusi Parlimen Bandar Tun Razak sudah lama diintai oleh DSAI sebelum PRU ke-12 lagi.

Satu pandangan lain juga mengatakan bahawa DSAI mungkin akan memilih Parlimen Lembah Pantai disebabkan tempat itu adalah kawasan anaknya sendiri dan ia lebih mudah untuk berunding. Walaubagaimanapun, penyertaan Nurul Izzah sebagai politikus muda dalam arena politik negara adalah satu tindakan yang bagus dan perlu diberikan perhatian yang serius.

Tidak lupa juga, ada yang mengatakan pada waktu inilah YB Azmin Ali harus mengorbankan kerusi Parlimen Gombak untuk diberikan kepada Penasihat PKR itu.

Secara peribadi saya berpendapat bahawa tempat yang paling baik adalah di Parlimen Permatang Pauh. Ini bukan bermakna saya mempertikaikan kewibawaan Dato’ Seri Presiden tapi bagi melihat kredibiliti kepimpinan DSAI dan DSWA terjaga, maka lebih elok sekiranya PKR mengurangkan keterlibatan keluarga dalam politik parti.

Sekiranya DSAI memilih kerusi selain Permatang Pauh maka, akan lebih mudahlah BN terutamanya UMNO menggunakan isu politik keluarga dalam PKR sebagai senjata dan ia lebih tepat lagi sekiranya mereka mengatakan DSAI terlalu tamak merampas kerusi Ahli Parlimen yang lain.

Kesimpulannya, pemilihan kerusi Permatang Pauh adalah lebih selamat dari segi moral dan strategik, lebih bermotivasi dan lebih mudah diterima oleh rakyat.

Berikut adalah keputusan PRU ke-12 bagi Parlimen Permatang Pauh, Bandar Tun Razak, Gombak, Lembah Pantai dan Kulim-Bandar Bharu.

Permatang Pauh
PKR Datin Seri Wan Azizah Ismail : 30, 338
BN Datuk Pirdaus Ismail : 16, 950
Majoriti : 13, 388

Bandar Tun Razak
PKR Tan Sri Khalid Ibrahim : 28, 123
BN Datuk Tan Chai Ho : 25, 608
Majoriti : 2, 515

Gombak
PKR Mohamed Azmin Ali : 40, 334
BN Said Anuar Said Ahmad : 33, 467
Majoriti : 6, 867

Lembah Pantai
PKR Nurul Izzah Anwar : 21, 728
BN Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil : 18, 833
BEBAS Periasamy a/l Nagarathnam : 489
Majoriti : 2, 895

Kulim – Bandar Bharu
PKR Zulkifli Nordin : 22, 255
BN Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir : 16, 672
Majoriti : 5, 583

Meskipun DSAI memilih kawasan selamat di Permatang Pauh, namun kemenangan DSWA pada tahun 2004 agak tipis iaitu hanya sekitar 590 sahaja. Umum mengetahui bahawa pada tahun tersebut keadaan politik negara dibantu dengan faktor kritikal DSAAB yang sering diseiringkan dengan imej Mr Clean dan Mr Nice Guy. Pada tahun 1999 iaitu ketika pertama kali DSWA bertanding dalam PRU dan dibantu dengan faktor Reformasi Rakyat 1998, beliau menang dengan majoriti 9077.

Berdasarkan daripada sejarah PRU di kerusi Permatang Pauh tersebut, ia seolah-olah tidak konsisten dan agak dramatik.

1969
Mohd Nor Bakar (PP)
Musa Mohd Yatim (PAS)
Parti Perikatan menang

1974
Ariffin Md Daud (BN)
Abu Bakar Murni (Pekemas)
Baharuddin Ibrahim (PSRM)
BN menang

1978
Ariffin Md Daud (BN)
Zabidi Ali (PAS)
PAS menang

1982
Anwar Ibrahim (BN)
Zabidi Ali (PAS)
Tan Ah Huat (DAP)
BN menang

Anwar meneruskan tradisi kepimpinannya di Permatang Pauh sekurang-kurangnya 15 tahun sehinggalah beliau dipecat daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO dan ahli UMNO. Jika tidak silap, Anwar menyertai BN sekitar tahun 1982. Ini juga dapat membuktikan bahawa pengaruh yang ada pada DSAI ini adalah amat kuat dan sukar untuk diperlekehkan. Meskipun, beliau dikecam hebat oleh rakan-rakannya khususnya daripada ABIM, namun beliau masih lagi mampu memenangi kerusi Permatang Pauh tersebut pada tahun 1982.

bersambung..

A New Dawn for Malaysians

Moga Allah permudahkan segala urusan DSAI.


From Anwar Ibrahim

This morning the Malaysian Election Commission announced nomination and polling day for the by-election that I will contest in Permatang Pauh. I look forward to the campaign period to meet with voters in my home constituency. I invite all Malaysians to join me in this historic campaign to bring forth a New Dawn for Malaysia as we work together to build a more peaceful and prosperous nation.

At the same time we would reiterate our longstanding concerns about the integrity of the electoral process.

To this date, the evidence of phantom voters and ballot box stuffing has yet to be addressed by the Election Commission.

The poor handling of the use of indelible ink in the General Elections gives all Malaysians, particularly those in Permatang Pauh, reason to be concerned about the conduct of polling this month.

I urge the Election Commission to take this opportunity to restore some credibility to its reputation by fulfilling its constitutional mandate to ensure that voting is fair and unbiased.

Tuesday, August 5, 2008

BRAVO!!! UMNO Veterans lodged reports against President and His Deputy!

Dalam kesibukan politikus-politikus dan political ampathetics membuka mata memerhatikan gerak dan riak di Permatang Pauh, beberapa orang Veteran UMNO telah divert isu Pilihan Raya Kecil ini kepada isu tuduhan rasuah terhadap orang nombor 1 dan 2 UMNO.

Baca seterusnya di Malaysia Insider

GAMIS, SMM, PRO-M DAN BBMN PERLU WUJUDKAN TABUNG SATU RINGGIT MAHASISWA UNTUK RAKYAT

Saya mengkagumi kekuatan, keazaman dan kesatuan rakan-rakan dan aktivis-aktivis mahasiswa untuk mengembalikan semula peranan mahasiswa di lapangan ummah. Front mahasiswa sudah sebati dengan slogan-slogan mahasiswa dan rakyat. Professor DiRaja Ungku Aziz juga pernah menasihati bahawa universiti yang baik adalah universiti yang menggambarkan masyarakat sebenar di luar. Begitu juga lontaran idea oleh mantan Naib Cancelor Universiti Malaya satu ketika dahulu, Sir Alexander yang mahu mahasiswa lebarluaskan lagi pengaruh dan tanggungjawab mereka dilapangan lebih luas yang mencakupi pelbagai bidang kehidupan.

Opini saya kuat mengatakan satu kekurangan yang masih belum terisi penuh di dalam jasad gerakan mahasiswa adalah kepercayaan masyarakat atau rakyat setempat terhadap mahasiswa. Jika kita mengambil pengiktibaran daripada prinsip Laws of Leadership (21 Irrefutable Laws) yang digariskan oleh John C. Maxwell, beliau menegaskan bahawa trust atau kepercayaan satu elemen yang cukup penting dalam kepimpinan (Law of Trust). Setelah kepercayaan tersebut ditanam dalam minda dan jiwa rakyat, maka barulah seorang pemimpin itu mudah untuk menavigasi rakyat ke arah matlamat yang telah digagaskan.

Justeru, menginsafi peranan berat dan murni yang harus dipikul oleh aktivis dan gerakan mahasiswa, maka saya dengan rasa rendah diri mencadangkan agar front-front mahasiswa melancarkan atau memperkasakan sebuah Tabung Seringgit Mahasiswa Untuk Rakyat bagi membantu meringankan bebanan rakyat yang menghadapi masalah kesulitan dan keperitan hidup. Jangan kita terlalu idealistik tapi mulakanlah dulu dengan menyumbang RM Seringgit (RM 1) setiap bulan. Kita pastikan jumlah kutipan setiap bulan itu akan kita salurkan kepada mana-mana kes rakyat yang memerlukan mengikut prioriti pertimbangan gerakan mahasiswa. Jika kita hanya mampu mengumpul RM 500 sahaja sebulan, kita tetap akan serahkan duit tersebut kepada rakyat. Ini bukan soal ‘what you get, but how you get there’.

Saya juga yakin sumbangan satu ringgit sebulan tidaklah begitu besar malah tabung ini akan dikumpulkan secara kolektif. Sekiranya ahli GAMIS sahaja sudah menjangkau 2000 orang, maka tak mustahil sekurang-sekurangnya kita boleh mengumpul RM 1000 sebulan. Mahasiswa tidak mengharapkan terima kasih rakyat dan kalungan ucapan tahniah cuma hanya sekadar sekelumit tanggungjawab mahasiswa kepada rakyat. Kita tidak mengejar ambisi yang palsu tapi hanya untuk memastikan terbentuknya sebuah negara Malaysia yang sejahtera.

Kita juga harus merenung sifat para sahabat Rasulullah SAW iaitu Abi Zaar RA dan beberapa orang sahabat baginda yang agak berkecil hati melihat orang-orang yang kaya mendapat pahala yang lebih kerana bersedeqah. Lalu Rasulullah SAW menjawab bagi menenangkan hati mereka, “Bukankah Allah telah menjadikan sesuatu untuk kamu bersedeqah? Sesungguhnya dengan tiap-tiap tasbih itu sedeqah, dan tiap-tiap takbir itu sedeqah, dan tiap-tiap tahlil itu sedeqah, dan menyuruh ma’ruf dan mencegah mungkar itu juga sedeqah dan pada kemaluan kamu itu pun dikira sedeqah (menggunakan syahwatnya pada yang halal)”. Begitu juga dengan peristiwa sahabat-sahabat walaupun tidak sempurna tubuh badannya, tetap juga mencari walau secupak kurma untuk diberikan kepada perjuangan Islam dan jihad fi sabilillah.

Ayuh mahasiswa, kita buktikan!

“Satu Ringgit Mahasiswa Untuk Rakyat”

Monday, August 4, 2008

Tambang Bas Ekspress - Kepentingan Rakyat Diperjudikan!

Presiden Persatuan Pengguna Bas Seluruh Malaysia, Datuk Ashfar Ali mengugut untuk tidak mahu mewujudkan bas-bas tambahan untuk rakyat ketika sambutan Aidilfitri nanti.

Ini berikutan daripada permintaan mereka untuk menaikkan kadar tambang sebanyak 100% tidak dilayan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar.

Noh Omar mengatakan bahawa kadar kenaikan sebanyak 100% adalah terlalu tinggi dan tidak memadai.

Manakala, Datuk Ashfar Ali mengatakan sekiranya kerajaan tidak membenarkan kenaikan kadar tambang ini maka pengusaha-pengusaha bas ekspress akan rugi dan tidak mustahil akan gulung tikar. Ia adalah rentetan daripada kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Kita sebagai rakyat yang menjadi klien utama kepada bas ekspres khususnya ketika sambutan akan menjadi mangsa kepada dua pihak yang bertelagah ini..

Bertaubatlah Pak Lah dan Konco-Konconya

Sepertimana yang telah saya highlightkan dalam posting sebelum ini, ketidakhadiran Pak Lah ke program bacaan Yasin, solat hajat dan doa selamat di Masjid Negara bersama YDPA menjadi satu tanda tanya.

Begitu juga kehadirannya ke Tugu Negara mengurangkan lagi kekredibilitian dan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin nombor satu negara dan seorang Muslim.

Persoalannya, bukan hanya sekadar hadir, tapi meletakkan kalungan bunga di situ.

Apakah respon Al-Fadhil Sohibus Samahah, Mufti Perlis?

Sila baca di sini..

Thursday, July 31, 2008

Say NO to Cooperation, but Yes to Meetings!

SORRY UMNO, PAS tidak berminat untuk menjalinkan hubungan kerjasama membentuk kerajaan bersama UMNO dan BN.

Tapi, PAS akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kepentingan dan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu khususnya di Malaysia ini.

Sepertimana kata Tuan Guru Nik Aziz, "Mengapakah kita beria-ia untuk menyelamatkan UMNO yang semakin lemas, biarkan sahaja dia lemas"

Akhirnya Permatang Pauh Jua..

Setelah beberapa desas desus mengatakan bahawa pemilihan Anwar untuk bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Bharu kurang tepat, maka Anwar dengan jelas dan nyata memilih Parlimen Permatang Pauh, kubu kuat Parti Keadilan Rakyat.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang ikhlas berjuang keranaNya..

Azizah Undur, Anwar Kembali

Sebagai seorang Pemuda Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada seorang ibu dan juga pemimpin masyarakat.

Usaha yang Dato' Seri laksanakan selama ini amatlah dihargai.

Saya kagumi dengan sifat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Dato' Seri.

Lebih-lebih Dato' Seri sentiasa menjaga adab sebagai seorang ahli politik Muslimah yang dikagumi. Keberunduran Dato' Seri sebagai seorang ahli Parlimen adalah keputusan yang tepat.

Moga Anwar Ibrahim mampu memimpin Malaysia bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk membina sebuah negara Malaysia yang Beramanah, Bersih dan Adil lantas membentuk kerajaan yang berkebajikan demi agama dan negara.

Terima kasih dan salam penghormatan dari saya yang kerdil dalam arus politik negara.

Pak Lah, Kenapa Tak Hadir?

Cuba lihat di sini..

Pak Lah tidak hadir ke Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan di Masjid Negara

Sebaliknya, Pak Lah ke sini..

Pak Lah ke Tugu Peringatan Negara untuk mengalungkan jambangan bunga di patung pahlawan.

Adakah perkara ini wajar? Maksudnya, meletakkan kalungan bunga tersebut?


Siapa Terjerat?

Siapa Terjerat?

Siapa Yang Buat?

Siapa Meliwat?

Siapa Diliwat?

Siapa Cepat?

Apa Nak Buat?

YANG PENTING...APA NASIB RAKYAT ?!

Macam mana Anwar boleh menerima laporan perubatan Saiful tidak diliwat?

Bagaimana PUSRAWI menafikan Saiful tidak membuat pemeriksaan sodomi sebaliknya hanya SAKIT PERUT?

Rujuk sini :
  • Harakah (Saiful hadir pemeriksaan tetapi bukan untuk liwat - Pusrawi)
  • Berita Harian (Pusrawi nafi Saiful buat pemeriksaan kes liwat)

Anwar telah pergi ke JAWI untuk menjelaskan aduannya dan mengambil intipati hujah ulama' terkemuka dunia yang mengqiyaskan tuduhan zina dan tuduhan sodomi adalah asas yang sama untuk hukuman kes qazaf.

Rujuk sini : Malaysiakini (Qazaf : Anwar bawa hujah muktabar)

Apa cerita Saiful Bukhari?

Rujuk sini : Malaysiakini (Saiful : Tiada sebab saya fitnah Anwar)

Saiful sanggup bersumpah dengan Al-Qur'an untuk mengatakan bahawa dirinya betul-betul diliwat oleh Anwar.

Dalam kes ini kedua-dua insan ini bersedia bersumpah dengan Al-Qur'an untuk mengaku bahawa dirinya berada pada pihak yang benar.

Terlalu berat kes ini!

Siapakah yang sanggup menipu dan bersumpah dengan nama Allah? Anwar atau Saiful?

Layakkah Saiful dan Anwar menjadi Newsmaker 2008?

Nantikanlah akhir hayat karakter politik dua insan ini.

Jika tahun 1998, terbukti Anwar tidak bersalah dan 'penghukum'nya selesa sehingga kini, adakah 2008 akan mengulangi perkara yang sama?

Wednesday, July 30, 2008

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kulim - Bandar Bharu?



VS

Jangan anggap mudah pada Ezam.
Beliau pasti ada satu bom jangka yang akan meledak bila-bila masa.
Mungkin bukan hanya pada Anwar tapi juga 'manusia' disebalik Anwar
BATTLE OF THE TITANS

Tuesday, July 29, 2008

Medical report demonstrates Anwar Ibrahim's innocence

The medical report leaked today appears to confirm what we have always believed - that the allegations against Anwar Ibrahim are without merit and politically motivated.

We are deeply troubled by the allegations conveyed by some reports that the police spent three days recording a statement from the Doctor and that he and his family have gone into hiding. Every assurance must be given for his safety and protection.

The existence of this medical report further erodes any confidence the public would have in the credibility of the police report that has been filed against Anwar Ibrahim, a report which remains shrouded in secrecy. Why has this medical report has surfaced only today, over one month after the allegations were made, after Anwar Ibrahim spent a night in jail, and after the police have spent so much time and money on this case?

SALEHUDDIN HASHIM
SECRETARY GENERAL
PARTI KEADILAN RAKYAT

Please read the medical report here

Caj PTPTN Kekal 3%

Rasanya ini kali yang kedua Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa caj 3% tidak bercanggah dengan syara' dan bukannya riba'.

Saya mecadangkan agar GAMIS mahupun mana-mana badan atau individu dapat berjumpa dengan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengadakan muzakarah isu ini.

Tidak perlu lagi berjumpa dengan PTPTN.

Jangan Berterima Kasih Lagi Kepada KPT

Ada beberapa orang rakan-rakan saya menghantar sms meminta pandangan dan menyatakan rasa kegembiraan apabila Khaled Nordin telah mengusulkan pindaan untuk melonggarkan Akta Drakonian AUKU ke atas mahasiswa.

Usul pindaan ini masih lagi belum mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong dan masih di Dewan Rakyat.

Secara peribadi saya mengatakan bahawa rakan-rakan dan teman-teman siswa, jangan meraikan dulu 'kemenangan' ini sehinggalah ia pasti!

Teruskan berjuang, jangan mangli dengan kezaliman!!


UMNO Semakin Sihat dan PAS Jatuh Sakit (Part 3)


Agenda Ketidak-ikhlasan UMNO

Satu parti yang paling degil adalah UMNO. Semua komponen BN kecuali UMNO sudah menunjukkan signal untuk mengalah dan menurunkan pimpinan yang lemah dan gagal mengendung tugasannya. Pak Lah tetap setia berada di atas kerusi Presiden dan PM. Mana-mana orang hebat di dunia ini mesti ada sepasukan penasihat yang akan setia memberikan nasihat-nasihat kepadanya. Begitu juga dengan Pak Lah. UMNO ada beberapa fraksi. Paling dominan adalah fraksi Pak Lah dan Tun Mahathir. Tun mendesak Pak Lah untuk turun supaya UMNO dapat diselamatkan, tapi Pak Lah enggan.

Semua orang mengetahui, kuasa politik UMNO telah terhakis. Mereka menggembar gemburkan mereka hebat tapi sebenarnya tidak. Mereka sudah semakin tempang dan sekarang mengalami strok. Biasanya, bila orang sakit, dia pasti akan ikhtiar untuk sembuh. Jumpa doktor biasa, specialist, dukun, pawang dan ahli nujum untuk merawat penyakit tersebut. Jadi, tahun 2008 adalah Tahun Merawat UMNO dan pengarahnya adalah Najib. Pengarah De Facto adalah Pak Lah.

Apa penyakit UMNO dan BN sekarang ini? Pertamanya adalah perpecahan dalaman. Penyakit ini baru sampai peringkat pra-kritikal dan mungkin jangka hayat kritikalnya adalah pada bulan Disember 2008. Kedua adalah penyakit Sabah dan Sarawak. Selepas sahaja Anwar mendakwa ada beberapa orang ahli BN akan melompat ke PR, Pak Lah dan gerombolannya terus terbang ke sana untuk memberikan rawatan segera jangka pendek. Tawaran demi tawaran disuntik dan disuapkan kepada BN Sabah dan Sarawak. Ketiga, penyakit hilang kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO. Orang Melayu sudah semakin berani memilih PKR mahupun PAS dan ramai juga yang tidak berparti. Dan penyakit kronik yang terakhir adalah penyakit fobia hilang kuasa. Jika penyakit ini semakin teruk, maka akan lumpuhlah UMNO di muka bumi Malaysia dan akan terbongkarlah pekung dan tembelang UMNO selama ini. Maka sekarang ini, ramai doktor-doktor pakar sedang merawat UMNO dan khabarnya para doktor ini kebanyakkannya dari Oxford dan Cambridge.

Adakah PAS Menjadi Mangsa Ujian Ubat UMNO?
Perkara ini sukar ditelah kerana masih lagi samar-samar. Tapi, jika dilihat mood pada hari ini, PR sudah semakin nipis tali kerjasama dengan PAS. Kemudian, sekiranya PAS dan UMNO membentuk kerajaan bersama terlalu banyak kritikan panas yang akan menyerang PAS terutamanya daripada ahli, penyokong, sebahagian pimpinan dan rakan-rakan komponen. Masa sekarang tidak sesuai untuk membentuk kerajaan campuran. Ia akan menyihatkan UMNO dan menyakitkan PAS sendiri. Bagaimana jika PAS dan UMNO bergabung dan dalam masa yang sama PR membentuk kerajaan? Bagaimana pula nasib PAS? Sekiranya terdapat pimpinan PAS yang tersilap mengambil langkah politik dalam isu yang berlegar sekarang ini, silalah Majlis Syura mengambil tindakan mu’aqabah (denda) kepada mereka. Bukan bencikan mereka tapi kerana terlalu sayangkan mereka dan parti Islam ini.
Hanya sekadar luahan rasa dan pandangan peribadi. Mudah-mudahan perkara ini tidak tepat.

UMNO Semakin Sihat dan PAS Jatuh Sakit (Part 2)


Hubungan PAS dalam PR

Terdapat juga soseh-soseh ahli dan pimpinan yang mengatakan hubungan diantara PAS dan komponen PR agak retak sedikit. Ini dapat diperhatikan dalam beberapa kenyataan media pimpinan ketika soal muzakarah UMNO dan PAS baru sahaja dimainkan media. Kenyataan yang pada akarnya menyokong muzakarah demi kepentingan Islam dan Melayu tapi rantingnya mencucuk-cucuk DAP dan PKR. Sejauhmana benarnya, mereka yang tahu. Mungkin disebabkan itu, muzakarah ini dibuat. Namun, ada juga beberapa pimpinan PAS dengan tegas mengatakan bahawa PAS akan tetap bersama PR walau digocang dengan isu muzakarah ini.

Asasnya, PAS, DAP dan PKR kena sentiasa duduk berunding dalam Majlis Tahalluf (Majlis Pakatan) dalam sesuatu isu yang menyentuh perkara-perkara dasar. Misalnya, isu kontrak sosial. Beberapa YB BN pernah mengasak YB Bachok sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih YDPA di Parlimen pada bulan Mei yang lalu mengenai kontrak sosial, DEB dan label bumiputera dan non-Bumiputera. Jelasnya, PAS tidak memberikan jawapan yang agak memuaskan ditambah lagi dengan beberapa kenyataan pimpinan DAP yang agak vokal dalam isu yang sama. Ini mengeruhkan keadaan.

Walaupun pada mulanya, PAS tidak mengangkat tema Negara Islam kerana mengambil beberapa pendekatan siyasah syar’iyyah, fiqh dan usul serta sirah sebagai pedoman namun slogan Daulah tidak semestinya akan terus padam dalam perjuangan PAS. Negara Berkebajikan telah menjadi kata sepakat komponen PR dalam PRU yang lalu. Selepas kemenangan ini, cabaran yang harus diurus oleh PAS adalah bagaimana ingin menterjemahkan substansi Daulah Islamiyyah dalam pengurusan dan pentadbiran disamping menghormati kaum dan agama lain. Inilah satu cabaran besar yang harus digalas oleh PAS.

Muzakarah PAS dan UMNO : Terlalu Dramatik

Dramatik dan mengasyikkan. Walaupun pada mulanya PAS sudah dilihat sebagai ‘playmaker’ dalam politik negara hari ini, tapi akhir-akhir ini survival PAS agak terancam dek kerana UMNO. Pada mulanya, umum mengetahui tidak wujud muzakarah. Kemudian timbul pula berita, sebenarnya muzakarah telah pun diadakan selang beberapa hari selepas PRU yang lalu terutamanya di Selangor. Tapi isu muzakarah telah dimurnikan dengan hanya muqabalah. Tanpa ada rahsia dan dibuat secara umum dan khusus untuk membincangkan masalah ummah dan agama. Inilah minda negarawan sepertimana yang disebut oleh YB Kubang Kerian dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Ahad yang lalu.

Lebih menarik apabila media meminta pandangan beberapa pimpinan PR antaranya Lim Guan Eng, Wan Azizah dan Tan Seng Giaw. Semuanya memberikan respon positif dengan muzakarah tersebut. Tidak perlulah terus melenting kerana ia hanya sekadar muqabalah. Tapi, UMNO lebih nakal sedikit. Pak Lah umumkan, “sebenarnya saya telah mengadakan muzakarah bersama ‘decision makers’ PAS sebanyak tiga kali sebelum ini”. Ditambah pula dengan kenyataan Khir Toyo bahawa ini bukan muzakarah biasa tapi ia adalah perbincangan kerjasama membentuk kerajaan PAS dan UMNO di Selangor. Maka, terloponglah mulut beberapa pimpinan PAS dengan pendedahan ini. Seterusnya, kuda tua DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang terus membidas kesetiaan PAS dalam PR.

Beberapa hari lepas, Tuan Guru Nik Aziz menyebut supaya PAS dan UMNO hendaklah dibubar dan bentuk parti baru tapi mestilah berasaskan ISLAM. Ini satu tarikan politik baru dengan isi yang lama. PAS banyak kali menyeru ahli-ahli UMNO tinggalkan perjuangan nasionalis dan sertailah perjuangan Islam. Cuma, kali ini Tuan Guru lebih berani dengan memantikkan kata-katanya. UMNO terlalu sukar membubarkan partinya terutamanya Najib kerana beliau hanya menunggu dua tahun sahaja lagi. Tak lama, tapi tak tentu. Cuba perhatian kenyataan maaf YB Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS dalam harakahdaily pada 28hb Julai 2008. Sebalik permohonan maafnya ada perkara tersirat yang perlu diperjelaskan. Apa dia, hayatilah sendiri.


UMNO Semakin Sihat dan PAS Jatuh Sakit (Part 1)


Jika beberapa hari selepas PRU ke-12 Mac yang lalu, Putrajaya seolah-olah ingin menyambut satu kuasa politik baru untuk memimpin negara ke arah yang lebih beramanah, bersih dan adil. Lima puluh tahun yang sarat dengan pelbagai kemelut dan kekeruhan ingin diserlahkan dengan sinar dan kejernihan. Rakyat sudah nampak pelbagai hadiah dan ganjaran yang menarik hasil daripada satu undi yang dibuang. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini jalan ke Putrajaya semakin dilitupi kabus yang tebal. Perjalanannya sudah semakin mendung dan bersimpang siur. Apa yang tidak kena?

Perdana Menteri pernah mencatatkan rekod kejayaan UMNO dan BN gilang gemilang pada tahun 2004. Sembilan puluh peratus majoriti di Parlimen dan hampir keseluruhan kerajaan negeri di bawah kuasa BN menjadikan ia satu kuasa keramat yang sukar diganggu gugat oleh mana-mana ahli nujum politik negara. Walaubagaimanapun, setelah hampir lima tahun pentadbirannya, ‘trust’ yang diberikan oleh rakyat itu semakin hari semakin hilang daripada gemerlapan kuasanya. Letupan-letupan kecil di dasar laut pada tahun 2007 dan awal 2008 mengtsunamikan seluruh Semenanjung Malaysia akhirnya. Rupa-rupanya diam-diam rakyat, berisi jua. Kempen ‘Hanya Satu Undi’ betul-betul memberikan kesan kepada rakyat. Satu undi untuk cuba berubah! Apa yang paling mesti dikenang adalah Perdana Menteri juga telah merekodkan satu catatan sejarah terburuk dalam diari perjalanan UMNO dan BN sehingga hilang dua pertiga majoriti BN di Parlimen.

Maka, wujudlah satu nama baru iaitu Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung ramai orang mula berhipotesis dan berteori mengatakan rakyat Malaysia pada hari ini menolak sentimen perkauman dan mendokong amalan perpaduan nasional tanpa mengira ras dan agama. Pakatan yang wujud sebelum PRU ke-12 mempunyai satu titik pertemuan atau faktor sepunya iaitu menubuhkan kerajaan yang lebih telus, lebih beramanah dan lebih adil. Disebabkan gagasan ini dan ditambah dengan beberapa faktor kritikal yang lain, maka rakyat memberikan satu undi perubahan sebagai harapan baru buat mereka. Lihat hasilnya samada di Parlimen dan di Dewan Undangan Rakyat. Betapa gahnya Pakatan Rakyat.
Anwar Sebagai Faktor Kritikal

Perkara ini sukar untuk disangkal. Sejak awal-awal lagi Anwar sudah mengatakan “Jika saya jadi Perdana Menteri, saya akan....” Bagaimana agaknya respon rakan-rakan PR terutamanya PAS? Adakah Tuan Guru Abdul Hadi tidak berkesempatan untuk diangkat menjadi PM. Memang tidak ada desup-desup yang mengatakan Tuan Guru akan menjadi PM, cuma Ibrahim Ali sahaja yang pernah mengisytiharkan dan menyokongnya di Dewan Rakyat pada bulan Mei yang lalu. Walaubagaimanapun, seolah-olah sudah sepakat Anwarlah nanti yang akan menjadi PM kerana karektornya, karismatiknya, kefahamannya yang jelas dalam pentadbiran kerajaan dan sokongan kaum-kaum lain terhadapnya.

Sepertimana yang dijangka, tatkala Anwar dan gerombolannya mendoktrinkan rakyat dengan 16 September 2008, maka setiap saluran ke arah tarikh itu telah disekat dan diputarligat oleh propagandis-propagandis UMNO. Satu demi satu isu yang terpaksa dilayan oleh PR. Sejak dari pelantikan Menteri Besar Perak dan Selangor, isu penghapusan DEB, isu projek Babi Negara, isu kemungkinan marginalisasi Melayu di Pulau Pinang, isu Jawatankuasa Kemajuan Kampung sehinggalah isu fitnah sodomi terhadap Anwar Ibrahim. Jika diperhatikan sedalam-dalamnya, kebanyakkan isu ini bertujuan untuk meleraikan ikatan PR dan isu yang paling tajam adalah PERKAUMAN. Isu inilah yang menjadi senjata UMNO dan BN untuk melumpuhkan pakatan yang baru hidup tak sampai setahun ini.



Friday, July 25, 2008

Sekali Lagi Anwar dan US?


Hari ini media 'main'kan sekali lagi agenda DSAI mendapat 'layanan' dan 'perhatian' yang baik dari US.

Maka, makin kuatlah lagi tiupan-tiupan angin yang mengatakan DSAI adalah pengkhianat negara, menjual nama negara, meminta campur tangan luar dan menjadi tali barut US. Justeru, semakin kukuhlah sokongan rakyat kepada kerajaan.

Selagi bergema September 2008, Pakatan Rakyat tidak akan tidur lena terutamanya DSAI.

Teruskan perjuangan.
baca :
Malaysian Insider : Rais, Rice row over Anwar

MENGAPA PEMIMPIN MAHASISWA PERSOALKAN ISU MUZAKARAH PARTI POLITIK?

Isu muzakarah PAS dan UMNO adalah agenda politik kepartian. Parti sifatnya adalah ingin berkuasa dengan membawa agenda kepartian mereka sebagai teras untuk memperjuangkan negara dan rakyat. Parti politik akan menggunakan seluruh taktikal, strategi, muslihat untuk mendapatkan keuntungan politik supaya parti tersebut akan terus releven dan subur dalam komuniti di Malaysia. Dalam soal ini, gerakan mahasiswa adalah kumpulan pendesak di dalam negara yang memperjuangkan agenda kemahasiswaan, kemasyarakatan, keagamaan dan kenegaraan secara komprehensif.

Percanggahan pendapat dua front mahasiswa dalam media internet baru-baru ini adalah satu perkara yang memalukan dan tak sepatutnya berlaku. Apa kena mengena gerakan mahasiswa dengan muzakarah diantara parti politik. Gerakan mahasiswa bukan bergerak untuk menongkat kuasa parti politik. Kita adalah badan bebas yang bergerak dengan haluan dan pertimbangan sendiri serta mengesampingkan kepentingan mana-mana parti politik. Gerakan mahasiswa adalah untuk rakyat secara keseluruhan.

Kita mengharapkan front mahasiswa ini memberikan satu formula yang ‘fresh’ dan berkualiti bagi membangunkan negara dan membentengi kehidupan rakyat. Apa yang front mahasiswa lakukan untuk rakyat? Mahasiswa juga tidak dapat merasakan apa-apa nilai untuk menyokong front mahasiswa yang ada pada hari ini kerana ia tidak berperanan untuk membantu mahasiswa.

Apa yang front mahasiswa buat adalah sekadar kenyataan menyokong, membantah dan bersifat populis. Front mahasiswa kurang bergerak dan mempraktikkan secara kolektif untuk memperjuangkan isu agama, rakyat dan negara kita. Inilah kekurangan yang ada pada hari ini. Inilah juga cabaran yang harus dipikul oleh semua mahasiswa. Hanya masa kemahasiswaan ini sahaja yang kita ada untuk mendokong amanah rakyat dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa kepentingan kepada politik kepartian.

Front mahasiswa mesti mengambil ketegasan ini dengan hanya menjadi pendesak kepada dasar dan polisi kerajaan, pengagihan ekonomi kepada rakyat secara adil, membangunkan jatidiri dan syakhsiyyah rakyat, mempertahankan Islam disamping menghormati agama dan budaya kaum lain dan merumpunkan semangat perpaduan didalam nilai perlembagaan dan persefahaman.

Thursday, July 24, 2008

"I am going to bring Najib down with me"


This time, I am going for broke. Yes, I know I am headed for a fall, but I am going to bring Najib down with me,” RPK wrote.

please read here

Plan menjatuhkan Najib semakin hampir?

Apakah senjata yang ada pada Najib? Pergunakan Anwar atau menjatuhkan Pak Lah secara terancang?

Politik..politik..politik..begitulah kalau hanya mengejar dan menggila kuasa!

Anwar Sedia Teropong Kulim-Bandar Bharu

Walaupun keputusan petisyen Pilihanraya Umum ke-12, Parlimen Kulim - Bandar Bharu masih lagi belum ditentukan oleh pihak mahkamah, DSAI telah bersiap sedia untuk menempah gelanggang di Parlimen tersebut.

Kes tersebut telah difailkan oleh Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Adik Kadir) kerana didapati Zulkifli Nordin tidak menghantar penyata perbelanjaan kempen PRU 2004.

Berdasarkan daripada beberapa akhbar perdana hari ini, DSAI sudah mula berunding dengan YB Zulkifli Nordin untuk memberikannya laluan untuk bertanding bagi kawasan tersebut.

Timbul beberapa persoalan,

  • Bersediakah Zulkifli Nordin melepaskan kerusi Parlimen tersebut?
  • Apakah tawaran yang bakal diraih oleh Zulkifli Nordin sekiranya beliau memberikan laluan kepada DSAI?
  • Mampukah DSAI memenangi kawasan Parlimen tersebut jika imej dan keselamatan beliau pada hari ini agak membimbangkan?
  • Apakah perancangan gila-gila UMNO / BN untuk berhadapan PR kecil tersebut?

Merc Compressor atau Perdana V6?

Beli kereta juga sudah jadi satu isu yang besar.

Kenapa?

  • Penggunaan kereta oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu bercanggah dengan Pekeliling Perbendaharaan mengenai Kereta Nasional?
  • Pencanggahan dengan amalan berjimat cermat dan menonjol-nonjolkan kemewahan
  • Menteri Besar Terengganu bukan pilihan Perdana Menteri?
  • Memburukkan imej Kerajaan Negeri Terengganu selepas dikatakan cemerlang 100 hari pentadbiran Ahmad Said?
  • Ahmad Said berjaya mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Terengganu?
  • Lebih banyak sentimen 'Keterengganuan' akhir-akhir ini samada dari PAS dan UMNO.

Bak kata Nabil, "Lu Fikirlah Sendiri!"

TAHNIAH TUAN-TUAN GURU


Inilah yang paling saya bangga kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana ia mempunyai kredibiliti ulama'-ulama' yang memandang sesuatu perkara itu daripada sudut pandang kesyumulan Islam.
Datanglah apa sahaja masalah-masalah dipelbagai peringkat, ISLAM adalah solusi terbaik.

Moga fail isu muzakarah ini menjadikan ahli PAS lebih berfikiran matang, lebih menghormati adab perselisihan faham, adab menghormati pandangan, adab amal jama'ie, berfikiran terbuka dan tajam.

PAS juga sentiasa meletakkan institusi syura sebagai platform terbaik menyelesaikan masalah.

TAHNIAH untuk Majlis Syura Ulama' PAS dan Tuan-Tuan Guru.

Moga PAS sentiasa diredhai dan dibekalkan dengan petunjuk Allah.

Inilah kepentingan dan keistimewaan 'Kepimpinan Ulama'

Monday, July 21, 2008

Muzakarah PAS dan UMNO - Apakah Ertinya Bagi Pakatan Rakyat?


Pada awalnya, saya merasakan Muzakarah ini adalah sesuatu yang sihat. Ia adalah satu inisiatif bagi dua buah parti politik Melayu-Islam yang sudah lama bertapak di Malaysia untuk kembali menjernihkan substansi Islam dan Melayu di Malaysia setelah terlalu banyak kecamuk dan kekeliruan yang berlaku selama ini.

Walaubagaimanapun, saya juga berpendapat dalam keadaan politik negara kita pada hari ini, PAS terutamanya perlu lebih berhati-hati agar tindakannya itu boleh mengubah persepsi rakyat Malaysia terutamanya Non-Muslim yang banyak memberikan undi atau kredit kepada PAS. Secara peribadi saya mengatakan mungkin golongan Non-Muslim ini sanggup memberikan undi kepada PAS kerana mereka sudah mula menolak kepimpinan UMNO terutamanya dan Barisan Nasional.

Saya khuatir, sekiranya akan wujud beberapa spekulatif jahat yang akan mendoktrin rakyat bahawa PAS bersikap tidak konsisten terhadap dasar dan pendekatannya dan lebih teruk lagi mengkhianati Pakatan Rakyat. Bau-bau ini sudah mula dimainkan di media akhir-akhir ini terutamanya sepertimana yang dimainkan oleh The Star pada hari ini (21hb Julai 2008).


Friday, July 11, 2008

Plan Peralihan Kuasa atau Plan Menjatuhkan Najib?


Petang semalam (10hb Julai) sewaktu YAB PM mengisytiharkan yang beliau tidak akan lama di kerusi empuk PM menjadi satu tanda tanya yang jelas bahawa Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang tidak cukup kuat, tidak upaya, tidak teguh dan mudah goyah. Secara peribadi, saya kurang percaya dengan apa yang dibuat dan diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beliau terus memberikan kepercayaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikannya pada pertengahan tahun 2010.
Saya tidak percaya, tidak percaya dan tidak percaya ia akan berlaku.

Kalau ikutkan soseh-soseh yang saya dengar mengenai UMNO, ia tidaklah semurni dan sebersih itu.
Jika sebelum ini Tun Dr. Mahathir menyifatkan Pak Lah bukanlah pengganti sebenarnya dan ramai orang yang mengatakan Najiblah yang sepatutnya, maka Pak Lah harus faham dan sepatutnya terus mengukuhkan kuasanya. Mungkin Pak Lah bukan dari blok Tun Dr M. Tapi Pak Lah sudah pasti mempunyai segerombolan manusia yang teguh dan menjadi perisai yang kebal untuk mempertahankan kedudukan Pak Lah. Takkan mereka hanya akan tengok sahaja peralihan itu berlaku?!
Kemudian, dalam keadaan kegoncangan yang berlaku kepada Najib akhir-akhir ini secara tidak langsung mencalarkan imejnya, adakah Pak Lah hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku? Sudah pasti rahsia sebenar sudah diketahui oleh Pak Lah. Dan tidak dapat dinafikan sekiranya apa yang berlaku kepada Najib mungkin atas remote control pihak atasan. Saya cuba memahami idea-idea yang ditulis dalam buku ‘Khairy Jamaluddin : Putera Dari Oxford ke Putrajaya’ terbitan Malaysia-Today. Secara kemas, KJ telah terlebih dahulu menempatkan orang-orangnya di pejabat Najib. Sekiranya betullah apa yang ditulis dalam buku tersebut, mana mungkin Najib akan berkuasa pada tahun 2010.

Dalam keadaan politik negara pada hari ini dan kemaraan DSAI dan Pakatan Rakyat, politik kuasa sudah mencapai satu klimaks yang terlalu genting. Bagi saya, ia antara Pak Lah, Anwar dan Najib. Pak Lah akan terus mengukuhkan kuasa, Anwar akan terus merampas kuasa dari luar dan Najib akan merampas kuasa dari dalam. Perlu diingat, kalau Ku Li mendapat sokongan daripada bahagian-bahagian UMNO, Ku Li juga adalah pemain yang perlu diperhatikan kecergasannya.

Apa-apa pun, saya menyatakan kecenderungan saya bahawa Najib akan tersungkur hanya diperingkat Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Tuesday, July 8, 2008

SAPP akhirnya….

Harapan saya untuk melihat motion “vote of no confidence” belum lagi tercapai meskipun Dato’ Dr Chua Soon Bui telah hadir menyertai persidangan Dewan Rakyat sejak Isnin yang lalu.

Apakah alasannya ketika beliau menghilangkan diri?

Dimana hala tuju SAPP?

Apa cerita dengan motion tersebut?


Sila rujuk sini :

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Frontpage/2288222/Article/index_html

http://miorisfandy.blogspot.com/2008/06/dimana-sapp.html

Monday, July 7, 2008

ADAKAH RAKYAT BENAR-BENAR MEMPROTES?

Satu perkara yang saya benar-benar risau sekiranya rakyat terutamanya golongan muda-mudi mula merasa ‘mangli’ dengan kezaliman, kerakusan, penyelewengan dan penipuan yang dibuat oleh kerajaan. Hilang rasa survivor atau sikap perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran. Luntur budaya cakna terhadap jiran, sebangsa dan pelbagai bangsa, seluruh rakyat dan negara. Sudah hilang kepercayaan terhadap parti-parti pembangkang, badan-badan sosial, gerakan-gerakan mahasiswa atau rakyat yang bertindak sebagai penimbang kehidupan kerajaan dan kabur dengan diri dan matlamat kehidupan.

Sejak pengumuman kenaikan harga petrol beberapa hari yang lalu, seolah-olah rakyat sudah menuju ke arah penyakit mangli itu. Hanya sehari dua rakyat mencemuh, mencaci dan mengutuk kerajaan. Kemudian, rasa itu terus malap kerana macam mana sekalipun rakyat terpaksa menggunakan petrol setiap hari meskipun terpaksa mengikat perut sedikit. Beberapa letusan-letusan kecil tanda protes mula nampak di awal-awal minggu. Namun mobilasi dan sokongan rakyat agak kurang. Mungkin kerana kesibukan mencari nafkah, tidak mendapat maklumat dan missed communication menjadi alasan yang simplistik.

Pada mulanya, saya agak berdebar menunggu saat 6hb Julai 2008. Saya menunggu sekali lagi himpunan raksasa di jalan-jalan raya sekaligus mengulangi nostalgia Himpunan Bersih, November yang lalu. Saya pasti masa panjang yang diambil oleh Sekretariat PROTES adalah untuk memberikan peluang kepada kerajaan mengubah semula polisi atau keputusan penstrukturan semula subsidi petrol dan gas. Manalah tau, kerajaan akan berubah dek kerana amarah rakyat. Namun, perkara itu tak berlaku! Kebiasaannya kerajaan akan mengubah sesuatu polisi sekiranya cadangan baik pulih datangnya juga dari kerajaan bukan dari parti pembangkang. Contohnya isu bayaran gaji dua kali sebulan! Tambahan pula, masa yang diambil sebelum 6 Julai adalah peluang dan ruang yang baik untuk mendoktrin rakyat dan menanam rasa keperitan kepada rakyat kerana keputusan yang gila ini. Maka usaha-usaha publisiti dan penerangan dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

Beberapa hari sebelum himpunan PROTES ada beberapa perkara yang berlaku dalam negara kita yang boleh dimanipulasikan secara bijak sebagai ‘batu api’ kepada rakyat. Pertama, isu inflasi. Kedua, isu ISA. Ketiga, isu ‘vote of no confidence’ oleh parti SAPP. Keempat, isu RMK-9. Kelima, isu Raja Petra terhadap Najib dan keenam adalah isu tuduhan sodomi kepada Anwar Ibrahim. Enam isu ini dijangka boleh meletupkan lagi protes rakyat pada 6 Julai itu.

Sehari sebelum 6 Julai, saya agak kurang ghairah dengan himpunan sejuta rakyat memprotes kenaikan harga minyak. Saya juga tak membeli t-shirt mahupun headband PROTES. Saya nak jimat duit kerana petrol naik. Saya mula mendengar komen-komen negatif mengenai penganjuran himpunan ini. Baik dalam blogspot atau wordpress mahupun soseh-soseh teman seperjuangan. Secara logik, memang saya boleh terima semua komen tersebut.

Saya mula mengenali ‘demonstrasi’ sejak saya menuntut di Pusat Matrikulasi UIAM. Demontrasi yang pertama saya sertai adalah demonstrasi yang dianjurkan oleh KEADILAN bagi menggesa pembebasan Anwar Ibrahim di KLCC. Pada waktu itu juga, saya pertama kali merasai kenikmatan ‘mandi percuma’ oleh FRU.

Setakat pengalaman saya yang cetek, saya agak tidak berapa arif dengan selok belok demonstrasi atau nama manjanya himpunan aman. Bagi saya, demonstrasi adalah proses rundingan atau diplomasi terakhir setelah beberapa tindakan awal tidak dilayan mahupun dipeduli oleh pihak tertentu. Pada awalnya, kita ajak pihak terbabit berbincang atau bersidang, kemudian boleh berdebat atau bermuzakarah, kemudian menghantar surat bantahan, memorandum dan referendum. Akhir sekali, gunakanlah demonstrasi atas alasan untuk berdakwah secara tegas kepada pihak-pihak terbabit. Demonstrasi juga tidak digalakkan untuk diadakan terlalu lama kerana takut akan menghilangkan mood rakyat. Lebih baik sekiranya demonstrasi tersebut diadakan dihadapan pihak yang kita tuntut supaya mereka boleh mendengar dan mengundang rasa bersalah dan gelisah di hati mereka.

Pada 6hb Julai, saya sudah keberatan untuk menghadiri himpunan tersebut. Pada saya, saya hanya ingin hadir untuk dengar ceramah pada malamnya. Pada pagi dan petang hari tersebut, saya ambil peluang untuk pergi melihat keadaan sekitar Kuala Lumpur. Saya pergi ke Jusco Taman Maluri, TESCO Ampang, Carefour Jalan Peel dan ke KLCC. Apa yang menghairankan saya, semua tempat yang saya pergi penuh dengan manusia. Baik Melayu, Cina dan paling sedikit India. Kebanyakan dari mereka datang membeli belah, window shopping, hangging dan makan-makan. Seolah-olah rakyat tidak terhimpit dengan inflasi atau negara bakal menuju stagflasi. Adakah kerajaan telah benar-benar berjaya mengeluarkan dan mensifarkan kelompok miskin bandar di Malaysia? Kemudian, saya dapat SMS daripada Harakah mengatakan hampir 700 pasukan Unit Amal mengundurkan diri dari himpunan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan pengisian himpunan pada awal petang itu.

Saya terus sedih! Jauh hati saya terus benci sekiranya puak-puak BN tersenyum dan melonjak-lonjak gembiran mendengar berita ini. Saya terus buat keputusan untuk tidak menyertai langsung perhimpunan ini.

Pada 7hb Julai, saya sempat menonton berita jam 1.30 petang TV3. Sekadar nak melihat reaksi kerajaan. Apa yang saya dapat bukan reaksi kemarahan atau terkilan daripada kerajaan, malah saya hanya mendengar komen-komen sinis dan pedas. Antaranya, persembahan music band yang dikatakan terlampau dengan lirik lucah ‘menjilat’ dan aksi melondehkan seluar. Isu tindakan Unit Amal memboikot dan TV3 menggambarkan Himpunan Protes Sejuta Rakyat bertukar menjadi Karnival Protes ala Jom Heboh!

Saya tidak mempertikaikan keputusan syura yang bertanggungjawab dalam menganjurkan himpunan ini. Cuma, saya sekadar mengharapkan political experiments ini akan menjadi satu proses kematangan dalam usaha merajai sfera politik di negara Malaysia. Akhir sekali, maafkan saya kerana tidak menghadirkan diri..