Monday, July 21, 2008

Muzakarah PAS dan UMNO - Apakah Ertinya Bagi Pakatan Rakyat?


Pada awalnya, saya merasakan Muzakarah ini adalah sesuatu yang sihat. Ia adalah satu inisiatif bagi dua buah parti politik Melayu-Islam yang sudah lama bertapak di Malaysia untuk kembali menjernihkan substansi Islam dan Melayu di Malaysia setelah terlalu banyak kecamuk dan kekeliruan yang berlaku selama ini.

Walaubagaimanapun, saya juga berpendapat dalam keadaan politik negara kita pada hari ini, PAS terutamanya perlu lebih berhati-hati agar tindakannya itu boleh mengubah persepsi rakyat Malaysia terutamanya Non-Muslim yang banyak memberikan undi atau kredit kepada PAS. Secara peribadi saya mengatakan mungkin golongan Non-Muslim ini sanggup memberikan undi kepada PAS kerana mereka sudah mula menolak kepimpinan UMNO terutamanya dan Barisan Nasional.

Saya khuatir, sekiranya akan wujud beberapa spekulatif jahat yang akan mendoktrin rakyat bahawa PAS bersikap tidak konsisten terhadap dasar dan pendekatannya dan lebih teruk lagi mengkhianati Pakatan Rakyat. Bau-bau ini sudah mula dimainkan di media akhir-akhir ini terutamanya sepertimana yang dimainkan oleh The Star pada hari ini (21hb Julai 2008).


No comments: