Tuesday, January 22, 2008

Menteri Seks dan Menteri Homoseks?

Saya amat terkejut bila membaca blog kuda-kepang.blogspot.com mengenai skandal homoseksual seorang menteri. VCD mengenainya akan disiarkan tidak lama lagi oleh pihak-pihak yang mempunyai nafsu politik yang memuncak. Dikhabarkan juga penyebaran itu dilakukan oleh pihak-pihak dalaman.


Saya teringat beberapa peristiwa yang berlaku di United States. Ribut taufan, bencana alam, krisis skandal pemimpin diantara faktor kelumpuhan politik di US. Meskipun mereka gah dengan ketenteraan, namun hakikatnya mereka sudah di penghujung kuasa. Mereka mendabik dada dengan kekuatan fizikal, namun sedikit demi sedikit Allah menghantar "tentera-tentera langit" untuk memusnahkan mereka.


Apakah perkara yang sama juga akan berlaku di Malaysia? Koalisi pembangkang dan gelombang rakyat terus membara, namun terlalu angkuh pentadbiran Barisan Nasional dengan kuasa, duit, pangkat dan sebagainya. Tapi, tidak mustahil kemusnahan rejim BN akan bermula dengan krisis dalaman parti tersebut! Sama-sama kita saksikan 'drama' ini.


Masa depan dunia adalah di tangan ISLAM!

Kepincangan PRU dan Tuntutan Perubahan

Pilihan Raya Umum ke-12 seolah-olah terlalu hampir dengan pelbagai ‘permainan teka-teki’ Pak Lah yang dicampakkan di media perdana baru-baru ini. Beliau tidak menolak kemungkinan PRU ke-12 boleh berlaku sebelum beliau berangkat ke Senegal untuk mengikuti Persidangan OIC pada 8hb Mac ini. Spekulasi ini disokong pula oleh Timbalan Perdana Menteri, apabila beliau tidak membenarkan sesiapa pun pemimpin kerajaan untuk ke luar negara sehingga April 2008.

PRU ke-12 pada kali ini kian menafikan tuntutan BERSIH dan hampir 100 000 rakyat yang berhimpun di ibu kota Kuala Lumpur pada 10 November 2007 yang lalu. Tuntutan demi tuntutan yang diasak rakyat tidak langsung memalingkan perhatian kerajaan kepada rakyat. Kerajaan terus dengan keangkuhan dan kesombongan. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka pada 21hb Mac 2004 telah mealpakan mereka daripada tanggungjawab dan amanah yang yang harus digalas dan dipikul. Barisan Nasional telah memenangi 119 dari 219 kerusi Parlimen dan 452 daripada 505 kerusi Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-11 yang lalu.

Pak Lah seharusnya tidak boleh lupa apa yang disebut oleh bondanya, Allahyarhamah Datuk Kailan Hassan, “Kerjalah baik-baik, jangan selalu berbangga diri dan lupakan orang di bawah”. Pak Lah juga perlu bermuhasabah dengan ucapan sulungnya di Dewan Rakyat pada 3hb November 2003 apabila beliau mengatakan, “Kepimpinan politik juga perlu memperlihatkan sikap terbuka, bersedia menerima teguran untuk menyuburkan budaya demokrasi dan perlu mencerminkan imej bersih, bebas daripada tohmahan dan amalan rasuah dan mengamalkan budaya hidup sederhana”. Jangan hanya sekadar menggayakan slogan “walk the talk” tapi sebaliknya semuanya bercanggah dengan prinsip dan slogan-slogan murahan itu.

Seluruh rakyat Malaysia mestilah meneliti semula tuntutan yang dibuat melalui BERSIH. Tuntutan yang mampu menghidupkan demokrasi akhirnya diranapkan dengan sikap ego, tidak responsif dan kedegilan SPR. Kalau benarlah PRU ke-12 hanya berbaki 6 minggu sahaja lagi, sudah amat jelas riak tuntutan BERSIH dan rakyat Malaysia dicampak dan dibuang ke tepi! Sudah tidak wujud prinsip semak dan imbang dalam sebuah negara yang menjulang suara demokrasi. Pak Lah sendiri telah mengkhianati prinsip dan ucapannya di dalam Dewan Rakyat yang lalu.

BERSIH yang telah menerima laporan baru-baru ini melalui email telah mendapati sebilangan rakyat yang memegang kad pengenalan yang bernombor “991212740101”, “910815750017” dan “981231081137” terdapat di dalam Sistem Semakan Daftar Pemilih. Mereka ini samada berusia 16, 8 dan 9 tahun atau 116, 108 dan 109 tahun. Perkara ini telah dinafikan oleh Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya Selangor, Jailani Abdul Majid bahawa 3 pemilik kad pengenalan tersebut telah mati dan bukannya di bawah umur 21 tahun. Ini menunjukkan daftar pemilih masih lagi belum dibersihkan walaupun Pengerusinya, Rashid dengan yakin mengatakan daftar pemilih telah dibersihkan dari nama yang bukan warganegara Malaysia dan mereka yang telah mati. (The Star, 9th January 2008). Ini tidak termasuk dengan kes yang melibatkan seorang blogger terkenal, Saudara Ahiruddin Atan @ Rocky Bru yang mendakwa namanya telah didaftarkan di Parlimen Kubang Kerian, Kelantan dan DUN Sekinchan, Selangor. Perkara yang sama juga membabitkan Saudari Sharmila Thuraisingam di Subang Jaya dan Saudara Eric Liew di Petaling Jaya yang telah didaftarkan sebagai pemilih tanpa pengetahuan mereka.

Ini hanya sebahagian kecil daripada kekotoran yang masih lagi terdapat di dalam Daftar Pemilih. Ia masih lagi tercemar dengan nama-nama pengundi yang telah mati, pendaftaran lebih daripada sekali dan tiak cukup umur. Rentetan itu, ia menguatkan lagi hujah apabila keputusan pilihanraya ditentukan oleh mereka yang tidak berkelayakan dan pengundi hantu. Inilah kesempatan yang boleh diambil oleh Barisan Nasional apabila mereka memerangkap dan memperbodohkan rakyat dengan meminda Akta Pilihanraya 1958 Seksyen 9A yang menjadikan daftar pemilih setelah diwartakan tidak lagi boleh dicabar atau tertakluk, dinilai semula oleh mana-mana mahkamah. Jika daftar pemilih ini masih lagi diragui dan dipersoalkan statusnya, inikan pula undi pos yang langsung tidak mendapat respon positif dari SPR.

Mungkin ada sedikit kelegaan rakyat apabila Tan Sri Rashid dan SPR telah bersedia menggunakan dakwat kekal sepertimana yang telah dimaklumkan oleh beliau pada 13hb Ogos 2007 yang lalu. Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mewartakan bahawa dakwat tersebut selamat digunakan dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia yang membahayakan. Namun begitu, kelegaan itu ditutup dengan kebimbangan Pengerusi MAFREL (sebuah badan bebas yang diiktiraf oleh SPR untuk memantau perjalanan proses pilihan raya) pada 12hb Januari 2008. Beliau menegaskan bahawa Artikel 19 (3) Peraturan Pilihan Raya 1981 (Penganjuran Pilihan Raya) mestilah dipinda dengan segera untuk mengelakkan masalah untuk menggunakan dakwat kekal tersebut. Penggunaan dakwat kekal itu masih belum digazetkan di dalam Parlimen dan ini boleh membuka ruang kepada rakyat untuk enggan menggunakannya dan boleh membawa kes ini ke dalam mahkamah.

Rakyat perlu berusaha lebih kuat untuk mendapatkan capaian media yang adil dalam mendapatkan laporan sebarang perkembangan yang berlaku. Tidak boleh hanya beriman dengan media perdana samada cetak dan elektronik. Media yang dikawal oleh Zainuddin Maidin ini memang bertindak zalim terhadap rakyat dan parti pembangkang. Tiada satu pun suara pemimpin pembangkang yang layak keluar di televisyen mahupun media cetak untuk menerangkan lebih jelas aspirasi mereka di dalam PRU ke-12. Televisyen sudah mula memutarkan dan memperlekehkan pemimpin pembangkang, menemubual Pengerusi SPR untuk menanamkan kepercayaan kepada rakyat meskipun terdapat pelbagai kelompangan, dan menakutkan rakyat dengan perhimpunan aman dengan mengaitkannya dengan demonstrasi dan rusuhan ganas di luar negara. Inilah fear factor yang didoktrinkan ke dalam minda rakyat supaya rakyat terus memangkah mereka dalam pilihan raya sekalipun hambatan isu beberapa bulan ini agak menggila.

Inilah taktik kotor rejim Barisan Nasional. Mereka sudah mula lupa dengan janji, pesona dan amanah rakyat. Mereka lebih suka dengan permainan yang menggelapkan pemikiran rakyat dan memberatkan kocek dan poket mereka. Meskipun 50 tahun menikmati kemerdekaan, tapi rakyat terus diperhambakan dengan muslihat dan kekotoran politik mereka. Kekayaan Petronas dan hasil mahsul sumber alam yang lain hanya berlegar di kitaran proksi mereka. Sifir mereka terlalu mudah, kekayaan milik pemimpin dan kemelaratan milik rakyat. Rakyat sebagai pembayar cukai, penjelas hutang negara yang dipinjam oleh kerajaan, penanggung risiko perniagaan pemimpin negara dan tabung dana untuk pemimpin kerajaan.

Kebobrokan dan kejahilan selama ini sudah cukup menginsafi dan mematangkan pemikiran rakyat. Jika seorang rakyat yang sudah berusia 50 tahun, mereka sudah lali dengan sepak terajang kehidupan. Cukuplah keangkuhan kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun. Rakyat mahu melihat keutuhan koalisi pakatan pembangkang. Kesepaduan mereka menyediakan solidariti tawaran-tawaran perubahan dalam sosio-politik dan ekonomi negara sempena Pilihan Raya Umum ke-12 nanti. Pakatan pembangkang harus mempunyai kredibiliti, sikap merakyat, beramanah, ikhlas dalam menelusuri perjuangan dan mengutamakan kepentingan dan maslahah rakyat. Bermula dari reformasi sistem pilihan raya, pembanterasan rasuah secara besar-besaran, pengagihan kekayaan negara secara terancang dan saksama, pemulihan sistem pendidikan yang mampu mendidik jiwa rakyat, pertumbuhan ekonomi yang dinamik, penyuntikan kesedaran untuk pencegahan jenayah dan lain-lain lagi. Rakyat dan pakatan pembangkang harus bersedia dan bersatu menongkah arus untuk mewajahkan Malaysia 50 tahun akan datang!

Friday, January 18, 2008

Komited Menuju 2020

Saya tidak ingat bila tarikh sebenar Tun Mahathir mengisytiharkan Wawasan 2020. Masa tu saya masih mentah, tak mahu melihat dunia politik dengan kaca mata sebenar seorang individu yang matang.

Tapi, bagi saya Wawasan 2020 cukup bermakna buat saya.

First entri ini, saya mulakan pengisytiharan saya dengan "Komited Menuju 2020". Komitmen saya yang ingin saya bina mula tahun 2008. Usaha yang digarap untuk melihat satu yang dicita-citakan. Jalan yang lebih terbaik diantara yang baik adalah menerobos dunia politik.

Wawasan 2020 adalah sebuah negara MALAYSIA YANG ADIL DAN SEJAHTERA.