Tuesday, July 29, 2008

UMNO Semakin Sihat dan PAS Jatuh Sakit (Part 3)


Agenda Ketidak-ikhlasan UMNO

Satu parti yang paling degil adalah UMNO. Semua komponen BN kecuali UMNO sudah menunjukkan signal untuk mengalah dan menurunkan pimpinan yang lemah dan gagal mengendung tugasannya. Pak Lah tetap setia berada di atas kerusi Presiden dan PM. Mana-mana orang hebat di dunia ini mesti ada sepasukan penasihat yang akan setia memberikan nasihat-nasihat kepadanya. Begitu juga dengan Pak Lah. UMNO ada beberapa fraksi. Paling dominan adalah fraksi Pak Lah dan Tun Mahathir. Tun mendesak Pak Lah untuk turun supaya UMNO dapat diselamatkan, tapi Pak Lah enggan.

Semua orang mengetahui, kuasa politik UMNO telah terhakis. Mereka menggembar gemburkan mereka hebat tapi sebenarnya tidak. Mereka sudah semakin tempang dan sekarang mengalami strok. Biasanya, bila orang sakit, dia pasti akan ikhtiar untuk sembuh. Jumpa doktor biasa, specialist, dukun, pawang dan ahli nujum untuk merawat penyakit tersebut. Jadi, tahun 2008 adalah Tahun Merawat UMNO dan pengarahnya adalah Najib. Pengarah De Facto adalah Pak Lah.

Apa penyakit UMNO dan BN sekarang ini? Pertamanya adalah perpecahan dalaman. Penyakit ini baru sampai peringkat pra-kritikal dan mungkin jangka hayat kritikalnya adalah pada bulan Disember 2008. Kedua adalah penyakit Sabah dan Sarawak. Selepas sahaja Anwar mendakwa ada beberapa orang ahli BN akan melompat ke PR, Pak Lah dan gerombolannya terus terbang ke sana untuk memberikan rawatan segera jangka pendek. Tawaran demi tawaran disuntik dan disuapkan kepada BN Sabah dan Sarawak. Ketiga, penyakit hilang kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO. Orang Melayu sudah semakin berani memilih PKR mahupun PAS dan ramai juga yang tidak berparti. Dan penyakit kronik yang terakhir adalah penyakit fobia hilang kuasa. Jika penyakit ini semakin teruk, maka akan lumpuhlah UMNO di muka bumi Malaysia dan akan terbongkarlah pekung dan tembelang UMNO selama ini. Maka sekarang ini, ramai doktor-doktor pakar sedang merawat UMNO dan khabarnya para doktor ini kebanyakkannya dari Oxford dan Cambridge.

Adakah PAS Menjadi Mangsa Ujian Ubat UMNO?
Perkara ini sukar ditelah kerana masih lagi samar-samar. Tapi, jika dilihat mood pada hari ini, PR sudah semakin nipis tali kerjasama dengan PAS. Kemudian, sekiranya PAS dan UMNO membentuk kerajaan bersama terlalu banyak kritikan panas yang akan menyerang PAS terutamanya daripada ahli, penyokong, sebahagian pimpinan dan rakan-rakan komponen. Masa sekarang tidak sesuai untuk membentuk kerajaan campuran. Ia akan menyihatkan UMNO dan menyakitkan PAS sendiri. Bagaimana jika PAS dan UMNO bergabung dan dalam masa yang sama PR membentuk kerajaan? Bagaimana pula nasib PAS? Sekiranya terdapat pimpinan PAS yang tersilap mengambil langkah politik dalam isu yang berlegar sekarang ini, silalah Majlis Syura mengambil tindakan mu’aqabah (denda) kepada mereka. Bukan bencikan mereka tapi kerana terlalu sayangkan mereka dan parti Islam ini.
Hanya sekadar luahan rasa dan pandangan peribadi. Mudah-mudahan perkara ini tidak tepat.

No comments: