Thursday, July 3, 2008

TUDUHAN SODOMI ITU TERLALU BERAT!

Ini bukan hanya mainan politik. Ini bukan konspirasi terpimpin. Ini bukan reverse psychology.

Ini adalah satu tuduhan berat. Saya tidak berasa terlalu kaget meskipun saya menerima sms dari rakan politik yang mengatakan mungkinkah peristiwa 1998 berulang. Saya cuba memikirkan tuduhan sodomi ke atas DSAI. Apakah logiknya pertuduhan ini dibuat sedangkan Malaysia pada hari ini ke arah membelasungkawakan UMNO dan BN.

Apakah mungkin tuduhan yang sama ke atas DSAI yang dulunya gagal kini akan menjadi? Adakah ini cantas politik yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap DSAI dan seterusnya melumpuhkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya?

Atau, adakah ini konspirasi terancang menutup ruang untuk DS Najib Tun Razak men'jatuh'kan DS Abdullah Ahmad Badawi sebelum Pemilihan Agong UMNO pada Disember tahun ini? Ditambah pula kesenakan perut DS Najib Tun Razak dengan tumbukan-tumbukan sinis ‘Atlantuya’ terhadapnya dan isterinya, Datin Rosmah?

Sungguh mengasyikkan politik kurun ini!

Namun begitu, saya tidak mahu jump into the speculations by the speculators.

Apa yang lebih penting adalah bagaimana kes ini akan berakhir.

Pertama, kes TUDUHAN SODOMI adalah tuduhan yang membabitkan maruah seseorang. Dalam Islam, ia benar-benar dititikberatkan kerana menjaga maruah dan keturunan adalah diantara prioriti yang utama. Oleh sebab itu, Allah SWT betul-betul meletakkan hukum yang cermat dan adil.

Kedua, kes TUDUHAN SODOMI ini mesti diselesaikan dengan cara pengakuan dan penyaksian serta bukti kukuh dan tidak diragui.

Adakah DSAI mengaku beliau meliwat Saudara Saiful ini?

Jika, DSAI mengaku tidak bersalah, maka tanggungjawab terletak di atas bahu Saiful dan peguamnya untuk membuktikan dengan sebenar-benarnya kes liwat ini berlaku termasuklah saksi, alibi dan bukti.

Jika Peguam yang mewakili Saiful gagal mengheret DSAI sebagai pesalah maka apakah hukuman yang menanti Saudara Saiful di dunia dan lebih-lebih lagi diakhirat?

No comments: