1hb Ogos 2008
Tan Sri Pandikar Amin mengesahkan bahawa beliau telah menerima surat perletakkan jawatan DSWA melalui wakilnya pada 3.23 petang. Tan Sri juga telah menghantar surat tersebut kepada pihak SPR untuk tindakan lanjut.
Tindakan DSWA adalah sah disisi Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pilihan Raya 1958. Sebenarnya tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikan keputusan DSWA malah sekiranya Pak Lah ingin mengosongkan kerusinya pun adalah sangat dialu-alukan. Maka, kekosongan kerusi tersebut mestilah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh perletakkan jawatan.
Pada waktu yang sama, beberapa orang ahli politik telah membuat beberapa perkiraan mengatakan YB Azmin Ali akan menggantikan YB Dato’ Seri Wan Azizah sebagai Ketua Pembangkang bermula pada 18hb Ogos 2008. Mungkin beliau akan menjadi Ketua Pembangkang hanya dalam dua minggu? Ini kerana seluruh komponen Pakatan Rakyat telah bersetuju mengisytiharkan DSAI akan menerajui Pakatan Rakyat di Parlimen sekiranya beliau menang dalam pilihanraya itu nanti.
Dalam situasi ini, Tun Dr Mahathir dengan nada seloroh mengusik sekiranya Datin Seri Hasmah Ali berada di posisi DSWA pun, beliau akan melakukan tindakan yang sama.
Persoalannya, adakah tindakan DSWA adalah tindakan kepentingan peribadi atau kepentingan umum?
Cuba lihat apa yang dikatakan oleh beberapa pimpinan MCA yang dianggap sebagai serangan peribadi kepada Presiden dan Ketua De Facto PKR itu.
“Perbuatan Wan Azizah yang tidak bertanggungjawab itu amat mengecewakan pengundi-pengundi. Ia seolah-olah jawatan itu adalah hak miliknya dan diberi kepada suaminya” – Ketua Pemuda MCA, Datuk Liow Tiong Lai (Utusan Malaysia, 1 Ogos 2008)
“Apa yang dilakukannya adalah tindakan yang tidak wajar. Jika (Anwar) betul-betul ingin menjadi wakil rakyat, kenapa tidak boleh tunggu sampai Pilihan Raya Umum akan datang?”- Kata Naib Presiden MCA, Datuk Tan Lian Hoe (Utusan Malaysia, 1 Ogos 2008)
Lontaran Opinion :
Keputusan DSAI untuk bertanding sebelum PRU ke-13 adalah satu tindakan tepat menyelamatkan Malaysia. Meskipun, DSAI bukanlah seorang pemimpin yang benar-benar boleh diterima rakyat secara keseluruhan namun sekurang-kurangnya beliau adalah figura terbaik untuk menyatukan Pakatan Rakyat dan diversiti kaum di atas prinsip-prinsip dasar serta umum.
Kesempatan kondisi politik tanahair yang berkecamuk pada hari ini terutamanya kehilangan 2/3 BN di Parlimen adalah peluang terbaik yang tidak harus disia-siakan. Contohnya, kalau kita menerima peluang terbaik hari ini, adakah kita akan lepaskannya dan menunggu pada hari esok? Keberangkalian untuk mendapat peluang yang sama pada hari esok adalah terlalu tipis. Maka, adakah salah jika DSAI mahu bertanding sebelum tarikh sebenar PRU ke13?
Jika kita melihat satu teori 10 tahun yang diwar-warkan oleh beberapa political analisyts prestasi parti pembangkang tidak konsisten untuk dua penggal pilihan raya. Contohnya, cuba perhatikan kedudukan pembangkang pada tahun 1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008. Adakah keputusan PRU pada tahun 2013 (sekiranya 5 tahun) akan menyebelahi Pakatan Rakyat?
Sepertimana kata-kata Tuan Guru Nik Aziz terhadap UMNO dalam mengulas isu Muzakarah PAS dan UMNO beberapa minggu yang lepas. UMNO kini sudah semakin lemas, maka biarkan UMNO lemas dan jangan kita pula membantunya. Jika DSAI menunggu masa matang (PRU 13/2013) ini bermakna beliau membantu UMNO dikala mereka hampir lemas. Mungkin beliau memberikan CPR atau pelampung. Ini merugikan Pakatan Rakyat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment