Monday, August 25, 2008

Terima Kasih Buat Semua

Alhamdulillah syukur kepada Allah! Tidak ada rasa melainkan rasa syukur yang teramat sangat kepada Maha Kuasa dan Maha Penentu!

Saya juga dengan rasa rendah diri mengucapkan lafaz terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato' Dr. Syed Arabi Idid (Rektor UIAM) dan seluruh pendokong Taman Ilmu dan Budi.

Saya juga tidak boleh melupakan jasa-jasa semua pensyarah yang tidak pernah rasa jemu dan bosan mendidik saya walaupun saya degil dan malas menuntut ilmu. Khusus saya lahirkan rasa terima kasih kepada Assistant Prof. Dr. Haslina Ibrahim (IRKHSS's Advisor / Deputy Dean RK). Beliau sentiasa menasihati saya meskipun kadang kala beliau rasa 'tension' melayan kedegilan saya melibatkan diri dengan politik kampus! Saya masih ingat apa yang beliau pernah sebut, "Mior, kalau betul-betul mahu terlibat dengan politik, saya cabar awak jangan kerja dengan kerajaan!"

Saya juga sambil tersenyum mengucapkan terima kasih kepada Kak Yan dan Kak Ita (yeke namanya ni, lupa pulak) yang telah 'membantu' saya mempercepatkan proses study saya di UIAM. Mana taknya, merekalah yang membantu menambah subjek saya sehingga tiga subjek ketika Semester 3 dan tujuh subjek ketika Semester 1 walaupun sebenarnya saya tidak dibenarkan berbuat demikian. Tapi saya ada alasan kukuh!

Tidak mungkin saya lupakan kepada teman-teman yang mengajak, membentuk, mengajar, mentarbiyyah dan mengkaderkan saya untuk mengenal Perjuangan Islam terutamanya Politik Dakwah. Saya mempunyai impian untuk alim dan arif dalam Politik Dakwah. (Doakan saya).

Inilah mutiara yang saya peroleh dari Taman Ilmu dan Budi!

Syukur Ya Allah di atas kelebihan yang Engkau berikan kepadaku..

Buat aktivis, pendokong dan penyokong perjuangan Islam di kampus-kampus,

"Teruskanlah berjuang, tuntutlah ilmu, bangunkanlah diri dari lena kesenangan yang melampau. Gugahkan pemikiran di atas realiti yang berlaku, bertindaklah dengan wisdom yang tulen, janganlah berputus asa kerana perjuangan kita kerana Allah dan sudah pasti Allah akan memberikan yang terbaik buat penolong-penolong agamaNya -Subhanallah sesungguhnya Allah tidak memerlukan sesiapa untuk Dia melakukan sesuatu"

No comments: