Saya ingin berkongsi rasa resah hati saya. Moga-moga keresahan ini sedikit sebanyak menyuntik rasa waspada dan membuatkan saya berfikir berkali-kali untuk menulis, menyatakan pandangan dan membuat apa-apa tindakan meskipun ada dikalangan teman-teman menyinggung saya menulis sesuatu mengenai beberapa isu.
Ada beberapa isu yang agak tajam menusuk ruang-ruang politik pada hari ini. Bermula dengan isu muzakarah, Majlis Peguam dan yang terbaru berlaku dua atau tiga hari yang lepas apabila kenyataan MB Selangor dikecam kerana cadangan meminta UiTM membuka 10% kuota untuk non-Bumiputera.
Tiga isu ini memang isu panas yang mengakibatkan ‘survival Melayu’, ‘survival Muslim’ dan ‘survival Bumiputera’. Tambahan pula isu ini berlaku dalam track merah ke Permatang Pauh. Kalau dalam strategi politiknya, beberapa politikus akan mengadakan drumming up sebelum event besar yang akan berlaku di Permatang Pauh beberapa hari lagi.
Isu Muzakarah PAS dan UMNO dikatakan medan perbincangan kepentingan Melayu dan Islam pasca PRU ke 12 yang telah menghakis sebahagian besar kepentingan UMNO.
Isu Majlis Peguam adalah isu mencabar sensitiviti Islam di Malaysia. Pada hari tersebut dikatakan himpunan itu didominasi oleh dua ‘kumpulan’ iaitu GPMS dan PEKIDA. Hanya dua orang politikus yang agak di’kecam’ iaitu Zulkifli Nordin (hilang hingga kini) dan Badrul Amin. Salahuddin Ayob yang berada disitu juga telah dipolitikkan. (Lihat Malaysiakini)
Isu UiTM yang dikatakan juga mencabar hak istimewa orang Melayu. Seramai 5,000 orang dan dikepalai oleh Presiden MPP UiTM mengetuai perarakan di Dataran Shah Alam.
Tiupan perkauman dan mempersoalkan identiti Islam agak kuat sekarang.
Dalam keadaan tekanan politik yang agak kuat ini, ia boleh menatijahkan gegaran gempa bumi yang kuat (9.8 skala Ritcher) di Malaysia.
Maka, dengan menggunakan beberapa isu ‘survival’ ini maka secara tidak langsung isu-isu ‘lama’ seperti isu Najib, Rosmah dan Atlantuya, isu minyak dan isu elektrik terus lenyap.
Isu ‘lama’ yang dikaitkan dengan kerajaan UMNO/BN semakin senyap dan isu ‘survival’ yang dikaitkan dengan Melayu, Islam dan Bumiputera (ini adalah teras UMNO) semakin mendapat tempat di hati rakyat.
Maka, saya merayu kepada kepimpinan mahasiswa terutamanya, jangan terlalu cepat merespon isu-isu sensitif dan ‘survival’ begini, takut nanti ia akan terus menjerat kita.
Pertimbangkan dengan daya intelektual dan nilai yang selalu diwar-warkan.
Moga Allah meredhai dan membantu kita untuk menyelamatkan Malaysia yang tercinta ini.
Wednesday, August 13, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment