Mungkin ada benarnya. Ezam seorang yang berani. Beliau gigih dengan usahanya asalkan perkara itu benar. Bagi saya, Ezam ada peluru yang boleh melumpuhkan DSAI.
Hari ini juga, Datuk Seri Rais Yatim mengatakan secara terbuka bahawa dia agak curiga dengan kemasukan Ezam di dalam UMNO. Penerimaannya begitu mudah jika mahu dibandingkan dengan mereka yang pernah memasuki semula UMNO selepas berhijrah daripada Parti S46. Pandangan yang diutarakan oleh Rais Yatim agak bercanggah dengan pandangan yang dilontarkan oleh Tengku Razaleigh.
Sekarang ini, KuLi mahu bertanding untuk jawatan Presiden UMNO manakala Rais Yatim mahu bertanding jawatan Naib Presiden. Dua orang yang mendaki ke puncak kuasa UMNO mempunyai dua pandangan yang berbeza terhadap Ezam.
Hari ini juga saya terfikir mengenai Pemilihan Pemuda UMNO akan datang. Mengikut pengamatan saya begini ;
- Mukhriz akan bertanding dalam pemilihan tersebut. Sudah pasti dibelakangnya adalah pengikut setia Tun Mahathir.
- KJ tidak semudah itu mahu berikan laluan sedangkan dia sudah menjadi orang nombor dua dalam pemuda. Jika dia bertanding sudah tentu orang-orang Pak Lah dibelakangnya.
- Khir Toyo mungkin agak berat bertanding pada kali ini. Mungkin bagi saya lebih baik Khir Toyo memberikan laluan kepada Mukhriz dan menyokongnya.
- Zahidi tidak semudah itu. Walaupun dia telah mendapat green light daripada Badan Perhubungan UMNO Perlis tapi masih lagi belum mendapat coverage yang kuat untuk menentang tiga hardcore di atas.
- Ezam jika mendapat sokongan, saya pasti dia akan bertanding. Tapi, mungkin dia tidak boleh lawan kalau menggunakan networknya sahaja. Dia perlu berganding dengan mana-mana exco yang agak stabil sekarang. Bagi saya, dia perlu berganding dengan Muhkriz. Atau lebih mudah lagi, Ezam perlu tunggu tiga tahun lagi.
Andaian di atas hanya untuk andaian peribadi. Tiada kaitan dengan mana-mana maklumat lain. Sebab, saya tertarik melihat perkembangan UMNO sekarang. Itu sahaja.
No comments:
Post a Comment