Tan Sri Sanusi dipecat daripada jawatannya sebagai Presiden UIAM.
Pertamanya, Tan Sri tak perlulah terkejut. Saya berada di UIAM hampir empat tahun. Sedikit sebanyak saya tahu permainan politik pentadbiran. Cuma, lemahnya saya, saya tidak ada bukti yang kukuh untuk dedahkannya di media. Mungkin ruang kali ini, saya hanya bagi gist-gist dan selebihnya harap ada pihak yang sudi menyiasat sejauh mana kebenarannya.
Kenapa Tan Sri perlu terkejut?
UIAM memang bukan directly di bawah kerajaan kerana ia didaftarkan di bawah Akta Syarikat. Difahamkan, UIAM juga menerima peruntukan daripada kerajaan tapi tidaklah sepenuhnya. Baki peruntukan diperoleh daripada negara-negara OIC.
Saya percaya beberapa orang atasan UIAM termasuk dibahagian Hal Ehwal Pelajar, bahagian Kewangan, bahagian Alumni ada bidak-bidak catur UMNO. Ini tidak termasuk beberapa persatuan pelajar yang memang di bawah pantauan UMNO. Paling jelas Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).
Dalam harakah keluaran terbaru, Tan Sri meluahkan rasa kekecewaan ke atas seseorang atau saya lebih suka kalau disebut orang yang mengkhianatinya. Orang itu adalah Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Dato' Reezal Merican. Beliau memang salah seorang Ahli Majlis UIAM. Beliau juga adalah Presiden GPMS Pusat merangkap Biro Ekonomi Pemuda UMNO Malaysia. Biasalah Tan Sri, dalam politik ini kadang-kadang kawan boleh jadi lawan dan sebaliknya.
Pada PRK tahun 2007, proksi-proksi UMNO berpusat di sebuah balai raya, berhadapan dengan kedai makan, simpang tiga menuju ke UIAM. Disitu juga, mereka pernah mengadakan mesyuarat dan berkomplot dengan satu lagi gerakan untuk menjatuhkan We Unite For Islam (WUFI). Apa yang menghairankan, betul ke ada seorang wanita UMNO turut hadir dalam mesyuarat tersebut? Dan dikatakan juga wanita UMNO tersebut dengan mudah meluluskan cek bernilai RM 5,000 untuk dana PRK. Adakah wanita UMNO tersebut mempunyai hubungan dengan salah seorang Ahli Majlis UIAM?
Ada juga saya mendengar cerita mengenai Tan Sri. Saya harap perkara ini TIDAK BENAR sama sekali. Sebab cerita ini saya dengar ketika diambang PRK, mungkin orang tu sengaja nak melaga-lagakan WUFI dengan Tan Sri. Saya sendiri pun tak sempat nak periksa adakah perkara ini betul ataupun sebaliknya. Ada beberapa orang pegawai keselamatan memberitahu saya dan beberapa rakan saya, mereka bukan hanya bertugas menjaga keselamatan di UIAM, tapi mereka juga ditugaskan menjaga keselamatan di salah sebuah hotel kepunyaan Tan Sri.
Saya tak percaya sangat kata-kata pegawai keselamatan ni, tapi mungkin ada orang yang prihatin boleh periksa perkara ini.
Kemudian, selepas PRU ke-12 atau lebih tepat lagi selepas Kedah jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, saya juga mendapat berita daripada salah sorang tenaga pengajar di UIAM. Beliau beritahu saya satu cerita yang susah sikit saya nak terima dengan akal yang cetek ini. Beliau kata, Tan Sri pernah buat perjumpaan bersama beberapa Timbalan Dekan Fakulti dan Tan Sri mengiytiharkan secara terbuka bahawa Tan Sri berusaha untuk menjatuhkan Pak Lah.
INI SAYA MEMANG TIDAK PERCAYA! TIDAK MUNGKIN TAN SRI BEGITU MUDAH BERKATA SEDEMIKIAN KEPADA ORANG-ORANG KUAT UIAM!
Saya hanya abaikan cerita-cerita tersebut. Saya percaya orang-orang politikus yang mempunyai kepentingan di universiti-universiti di Malaysia ini mesti berusaha sekeras mungkin mempertahankan hak mahasiswa dan menyuburkan demokrasi kampus.
Imtiyaz House
No comments:
Post a Comment