Thursday, June 19, 2008

Bagaimanakah sikap PAS mendepani cabaran dalam PR?


Tuan Guru merenung masa depan Islam di tangan PAS

Bagaimana pendekatan PAS dalam Kerajaan PR?


Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah berkurun meremajai usia perjuangannya bersama rakyat. PAS sudah melalui pelbagai pahit maung dalam arus koridor negara pada hari ini. PAS pernah bersama dengan Parti Perikatan, pernah dibuang, PAS pernah berjaya menyelamatkan satu kerusi di Parlimen, PAS pernah mengalami perpecahan dalam yang kronik, PAS pernah berdiri sendiri dan juga bersama rangkaian parti yang lain. Namun apakah kesudahannya?

Mehnah dan proses mematangkan perjuangan bukan suatu yang asing bagi PAS.

Hari ini sekali lagi PAS bersama sebuah Pakatan Rakyat serta menerima perkara-perkara yang disepakati dan tidak pernah sekali-kali lari dari dasar perjuangannya.

Satu yang fitrah, hubungan yang tak sampai setahun ini mengundang perselisihan diantara ahli mahupun pimpinan. Persepsi-persepsi negatif sering kali membayangi pergerakan PAS.

Diambang meraikan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat, PAS sekali lagi dihimpit dilema. Antara dasar perjuangan dan toleransi bersama rakan PR.

Hari ini, pihak media spinning satu isu yang agak besar dan sensitif. Isu Pemuda PAS Selangor menghantar memorandum bantahan kepada diatas kekesalan pihak kerajaan negeri mengundang Ella dan Mas Idayu mengadakan konsert meraikan rakyat sebelum perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam, 20hb Jun ini berlangsung.

PAS tidak pernah menganjurkan program-program konsert yang menjemput artis-artis yang kurang sopan.

Jika kita masih ingat beberapa tahun yang lalu, bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan pernah menjemput Mawi dan beberapa artis nasyid yang lain di Kelantan untuk meraikan perasmian Bandaraya Islam. Dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan, PAS telah berjaya membuka mata kepada seluruh rakyat bahawa PAS tidak pernah menolak hiburan tapi mesti berlandaskan syari'ah.

Namun, dalam keadaan perkongsian kuasa ini, tatkala PAS bukanlah menerajui Kerajaan Negeri Selangor, mampukah PAS menerima pembawaan PR yang lain? PAS (Dato' Hassan Ali) telah diamanahkan menguruskan portfolio agama dan adat istiadat, bagaimana PAS ingin memurnikan keadaan ini?

Dalam masa yang sama Kerajaan PR Selangor telah dilanda kontroversi Babi Negara (BN) dan Pengharaman Islam Hadhari.

Maka, PAS harus melontarkan pandangan ulama'-ulama' bagi menyelesaikan kemelut ini.

Secara peribadi saya mengatakan PAS harus terus teguh dengan pendirian dan sentiasa memberikan alternatif-alternatif baru kepada kerajaan negeri. Saya juga yakin, rakyat tidak akan hilang kepercayaan kepada PAS dan saya optimis rakyat akan membuka mata dan melihat ketegasan PAS berdiri diatas lunas dan dasar parti hinggalah ke hari Akhirat nanti.

InsyaAllah

No comments: