Dinamika Harga Minyak di Malaysia
Kita cuba merungkaikan beberapa ketidakpengetahuan kita mengenai beberapa perkara kecil.
Pertama, mengapa kenaikan harga minyak diperingkat dunia telah menambahkan beban subsidi kerajaan kepada petrol dan diesel atau bahan bakar di negara kita? Sedangkan negara-negara pengeluar yang lain seperti UAE, Egypt, Bahrain juga adalah negara pengeluar minyak. Walaubagaimanapun, negara-negara tersebut masih menjual pada harga yang rendah.
Daripada jadual di atas (dinamika harga minyak di Malaysia), minyak naik secara konsisten sejak tahun 2000 sehingga 2008. Tetapi, tahun 2007 tidak dinaikkan langsung sehingga Mac 2008. Rakyat melihat, kebiasaannya kerajaan akan memberikan bonus tanda terima kasih kerajaan kepada rakyat adalah dengan menaikkan cukai, tol, minyak dan sebagainya.
Pilihan Raya Umum ke-11 berlaku pada 21 Mac 2004. Minyak terakhir dinaikkan setahun sebelum PRU ke-11, hanya 2 sen sahaja. Selepas PRU ke-11, harga minyak naik dua kali dalam tahun yang sama iaitu pada Mei 2004 dan Oktober 2004. Pada tahun 2006, harga minyak dunia menjangkau USD 77.7 satu tong. Manakala, pada tahun 2005 adalah USD 66 setong. Jadi, bezanya lebih kurang USD 10.0 dan kerajaan telah menaikkan RM0.30 sen.
Cuba kita perhatikan, pada Mei 2007, harga setong minyak adalah USD 79.64 dan kali terakhir ia naik pada November 2007 sehingga mencatat USD 99.69. Jika dibandingkan kali terakhir tahun 2006 iaitu USD 77.7 dan pada November 2007 adalah USD 99.69 dengan beza sebanyak lebih kurang USD 20.0, kerajaan tetap tidak menaikkan harga minyak walau 1 Sen.
Julai 2005 > RM 1.62 (USD 66 setong) - Naik 10 Sen
Februari 2006 > RM 1.92 (USD 77.7 setong) - Naik 30 Sen
Mei 2007 > RM 1.92 (USD 79.64 setong) - Tiada kenaikan
November 2007 > RM 1.92 (USD 99.69 setong) - Tiada kenaikan
Jun 2008 > RM 2.70 (USD 125 setong) - Naik 78 Sen (Terlalu Tinggi)
Ini juga bermakna, kerajaan akan berhujah setiap kali harga minyak dunia naik, maka akan meningkatlah tanggungan subsidi kerajaan terhadap petrol dan subsidi.
Dato’ Shahrir Samad, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna pernah berkata di Parlimen pada 5hb Mei 2008, beliau menjelaskan bahawa kerajaan sudah menanggung RM 30 bilion subsidi bagi bahan api dan sekarang kerajaan mengkhaskan RM 4 bilion bagi bahan makanan.
Khairy Jamaluddin pula berkata ketika ucapan perbahasan titah pada 12hb Mei 2008, kerajaan membayar subsidi pada tahun 2007 menjangkau lebih RM 33 bilion.
Manakala, jangkaan untuk tahun 2008 berjumlah RM 56 bilion. Kenapa berlaku lonjakan subsidi yang perlu ditanggung oleh kerajaan sehingga hampir 80%?
No comments:
Post a Comment