Tuesday, June 10, 2008

PEMIMPIN MAHASISWA BUKAN HANYA SEORANG POPULIS (Siri Pertama)


Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Dan apabila telah datang pertolongan dan kemenangan (ketika Rasulullah SAW menguasai Makkah. Dan kamu melihat manusia memasuki agama Allah beramai-ramai”. Apabila tentera Rom dapat mengalahkan Parsi dan kerajaan Islam telah meluas ke Andalus di sebelah Barat hingga ke India di sebelah Timur. Dari negara Asia di sebelah Utara sehingga ke hujung Sudan di sebelah Barat. Maka sejarah merakamkan kegemilangan Islam bermula dari uzlah Rasulullah SAW di Gua Hira’ akhirnya menuju puncak dan ramailah manusia menganuti Islam. Rom juga tidak dibina dalam masa sehari. Bapak Natsir pernah berkata, “Pemimpin tidak lahir di bilik kuliah tetapi tumbuh sendiri dalam hempas pulas kancah, muncul ditengah-tengah kumpulan masalah, menonjol dikalangan rakan seangkatan lalu diterima dan didukung oleh umat”.

Itulah sunnatullah. Mendokong intipati perjuangan dengan rasa penuh keikhlasan dan tawaddu’ akan membuahkan sesuatu yang manfaat kepada Islam dan manusia. ‘It’s not the matter what you achieve, but it’s the matter how you get there’. Meorientasikan gerakan mahasiswa memerlukan kebijaksanaan kepimpinan menaakul suasana dan meninggalkan kesan kepada ingatan dan hati rakyat. ‘Simple gesture resulting the big impact’. Kepimpinan adalah seni mempengaruhi manusia untuk mengikut hala tuju yang telah digariskan. Memandu manusia supaya sentiasa bermotivasi untuk mencapai apa yang telah kita impikan. Hanya mahasiswa yang tahu dunia dan atmosfera mereka.

Menempel dengan konteks nasional pada hari ini, ramai yang mendakwa bahawa perubahan politik yang berlaku adalah perubahan politik yang dibawa oleh generasi baru. Generasi baru yang dimaksudkan di sini adalah mereka yang berumur diantara 21 tahun sehingga 40 tahun. Generasi yang buta terhadap warna kulit manusia tapi mendokong semangat sejagat. Tidak dapat dinafikan juga koridor multimedia yang dilancarkan oleh Tun Dr Mahathir dulu telah banyak menganjakkan pemikiran manusia kepada satu pemikiran yang urban dan lebih kritis. Ruang informasi yang lebih matang, persekitaran yang lebih terbuka, pemasalahan dunia yang semakin kompleks, dan demografi penduduk yang pelbagai jalur menjadikan kepimpinan mahasiswa semakin mencabar pada hari ini. Hari ini pemimpin mahasiswa bukan hanya sekadar bercakap mengenai isu setempat tapi mestilah lebih global. Namun begitu, persiapan diri perlu dipolish sebaiknya agar daya kepimpinan kita lebih credible dan accountable.

Jiwa pemimpin mahasiswa Islam perlu sentiasa segar dengan mengingat Allah. Dalam politik, ia sering membuat sesuatu keputusan yang memberikan kesan kepada majoriti manusia. Maka, sewajarnya kita memberikan prioriti dengan memohon kepada Allah agar menentukan setiap inci keputusan dan tindakan kita selaku pemimpin. Oleh sebab itu juga, hati pemimpin yang bersih itu adalah bekas untuk cahaya Allah. Ia bukan hanya terkesan dari butir ucapannya kepada rakyat bahkan ia lebih terkesan dengan body contactnya menyantuni rakyat. Setelah hubungannya dengan Allah dalam keadaan baik, maka karismatik itu lebih memancar dalam diri pemimpin tersebut. Cahaya karisma bukan pada kerusi jawatan, pakaian yang mahal, aksesori yang berjenama tapi ia lahir dari semulajadi. Maka, jika tiada semua barang-barang tersebut, maka pudarlah karismanya.

Diantara perkara penting yang perlu ada pada seorang pemimpin adalah perancangan dan matlamat yang jelas. Ia penting bagi memastikan kita menerajui organisasi dengan lebih efisyen dan efektif. Proses perancangan memerlukan tiga elemen utama. Pertama, blueprint. Kedua adalah sasaran atau matlamat dan ketiga adalah kawalan. Perancangan boleh bermula secara top-down approach dan bottom-up approach. Mari kita bandingkan dan selami apa yang dimaksudkan dengan strategic planning dan operational planning. Berdasarkan buku yang bertajuk, ‘Management – Challenges for Tomorrow’s Leaders’, ia memberikan definisi begini;
  1. Strategic Planning is the process by which an organization makes decisions and takes actions that affect its long-run performance. Ia merangkumi perancangan kita untuk menggerakkan organisasi dari satu tahap ke satu tahap yang lain disamping kita boleh sentiasa maintain kompetensi diantara organisasi-organisasi yang lain. Maka ia akan menghasilkan satu plan bertindak jangka panjang.

  2. Operational Planning is focuses on determining the day to day activities that are necessary to achieve the long term goals of the organization. Walaupun ia adalah plan aktiviti harian tapi plan harian itu akan memberikan kesan kepada matlamat jangka panjang yang telah digariskan.

Pemimpin mahasiswa sekurang-kurangnya mampu melaksanakan plan ini supaya gerakan kita bukan sebuah gerakan yang semberono dan tidak terancang. Perancangan adalah senjata kemenangan. Apa yang penting, kita tahu kekuatan kita dan dalam masa yang sama kita tahu kekuatan seteru politik kita.

Pemimpin mahasiswa juga adalah problem solver. Masalah acap kali datang dan pergi. Tapi, bagaimana kita mengatasinya? Bagaimana masalah itu dijadikan sebagai satu peluang untuk mencipta hasil yang lebih baik? Apakah tools yang terbaik kita gunakan bagi memastikan solusi-solusi yang diambil adalah tepat dan memberikan maslahah kepada rakyat keseluruhannya. Pemimpin mahasiswa yang mantap adalah mereka yang sentiasa berdampingan dengan rakyat. Menyelami hati dan kerenah rakyat. Ia bukan dipengaruhi oleh situasi tersebut tapi mesti mempengaruhi suasana. Bijak dan tajam dalam mengambil keputusan. Diantara langkah-langkah terbaik dalam proses membuat keputusan adalah seperti berikut;

1) Identifying objectives
2) Generating Alternatives
3) Evaluating Alternatives
4) Reaching Decisions
5) Choosing Implementation Strategies
6) Monitoring and Evaluating

Jangan sekali-kali lari dari masalah atau menghilangkan diri kononnya mahu mencari ketenangan diri. Kita perlu berani mengambil risiko, berhadapan dengan setiap masalah walaupun rumit kerana ia pasti akan ada kunci penyelesaiannya.

No comments: