Wednesday, June 18, 2008

Apakah kaitan kenaikan harga barang dan kenaikan harga minyak?

Kenaikan harga barang SUDAH PASTI berlaku ekoran daripada harga petrol dan diesel yang naik memuncak. Tak perlu kerajaan berselindung lagi dari kenaikan ini. Kerajaan sendiri meminta supaya rakyat berkorban.

Cuba bayangkan, seorang peniaga ayam di pasar. Dia terpaksa membeli dengan harga yang tinggi dari pemborong. Pemborong juga terpaksa membeli dengan harga yang tinggi dari pembekal. Caj harga yang tinggi itu disebabkan oleh kos penghantaran barang-barang ataupun stok sudah hampir kehabisan.

Oleh sebab itu, tidak dapat tidak, peniaga ayam tersebut PASTI menaikkan harganya. Jika ramai orang menjadi pembekal ayam, maka harga ayam tidak mahal sebab masing-masing akan menentukan harga pasaran berdasarkan permintaan. Ini yang dinamakan domino effects.

Jika harga dinaikkan, maka permintaan menurun dan begitulah sebaliknya. Dalam ilmu ekonomi, motif utama pengeluar adalah memaksimumkan keuntungan manakala motif pengguna adalah memaksimumkan kepuasan.

Timbul satu persoalan, adakah harga barang naik HANYA disebabkan oleh harga minyak dunia naik? Kenaikan harga minyak yang terakhir berlaku pada bulan Februari 2006 iaitu sebanyak RM 0.30 sen. Selepas daripada itu, kerajaan tidak menaikkan harga minyak sehinggalah pada Jun 2008.

Maka, dalam tempoh harga barang naik pada tahun 2007, adakah ia disebabkan oleh harga minyak juga? Sudah setahun harga minyak naik (Februari 2006 – Februari 2007), adakah peniaga boleh menggunakan alasan yang sama?

Contohnya, harga ayam standard SELEPAS Februari 2006 adalah RM 5.00 – Alasan yang diberikan harga minyak naik. Ia releven sebab harga petrol baru naik pada Februari 2006 iaitu RM 1.92.

Tapi, kalau harga ayam standard pada September 2007 adalah RM 5.50. Adakah pembeli boleh menerima harga ayam tersebut naik disebabkan harga minyak juga? Ia agak tidak releven dan tidak sesuai. Ini kerana harga petrol pada waktu itu, tetap RM 1.92 sen di Malaysia. Adakalanya, peniaga naikkan harga ayam pada September 2007 itu disebabkan musim perayaan pada bulan Oktober 2007. Jadi, alasan yang agak wajar diberi adalah faktor musim.

Ayam adalah barang kawalan kerajaan. Peniaga tidak boleh menaikkan sesuka hati. Kerajaan akan bertindak melalui penguatkuasa untuk melihat, memberi amaran malah menyaman kepada mana-mana peniaga yang menaikkan harga barang kawalan sesuka hati.

Secara politiknya, pandangan saya begini. Saya berharap agar ada pakar yang boleh membetulkan sekiranya saya salah buat andaian.

PAS dan parti-parti pembangkang yang lain menggunakan isu kenaikan harga barang untuk meraih sokongan rakyat lantas memberikan satu undi kepada mereka. Dalam manifesto PAS tertulis, kenaikan harga barang adalah rentetan daripada kenaikan harga minyak. Ia agak umum dan mungkin kurang tepat sekiranya kita generalizekan kenaikan harga minyak menjadi satu-satunya faktor kenaikan harga barang. Walaubagaimanapun, rakyat telah terhimpit dengan isu kenaikan ini.

Diantara penentu permintaan dan harga adalah berdasarkan kepada faktor-faktor berikut;

  • Harga barang tersebut
  • Harga barang lain (Barang penggenap & Barang pengganti)
  • Pendapatan individu
  • Citarasa pengguna
  • Jangkaan harga pada masa depan
  • Musim
  • Dasar kerajaan

Kenaikan harga barang di dalam pasaran sentiasa berlaku. Ia bukan hanya dipengaruhi oleh harga minyak dunia.


Rakyat perlu jelas bahawa kenaikan harga barang runcit seperti yang dilaporkan dalam akhbar hari ini (18hb Jun 2008) adalah disebabkan kesan berantai daripada harga minyak yang dinaikkan oleh KERAJAAN.

No comments: