Thursday, June 5, 2008

GAMIS PERLU SERU SEMUA WAKIL RAKYAT POTONG EMOLUMEN 40% SEBULAN

Berikutan daripada kenaikan harga minyak yang berkuat kuasa serta merta pada hari ini, GAMIS perlu memikul tanggungjawab mewakili seluruh mahasiswa di Malaysia untuk menyeru seluruh wakil rakyat di Malaysia membuat potongan emolumen sebanyak 40%.

Kenaikan yang dibuat oleh pihak kerajaan selaku pentadbir dan pemimpin dalam negara kita ini telah mengheret rakyat ke arah penderitaan yang berpanjangan. Selepas Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, rakyat telah menerima nasib yang teruk. Apabila Barisan Nasional telah gagal mempertahankan 2/3 majoriti di Parlimen dan kehilangan 5 negeri di kepada Pakatan Rakyat, banyak polisi-polisi yang dibuat seolah-olah menghukum rakyat. Contohnya, Kerajaan Pusat telah membatalkan beberapa peruntukan kepada kerajaan negeri dan tidak memberikan peruntukan selayaknya kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Maka, yang susah adalah rakyat sendiri kerana tidak mendapat khidmat yang terbaik dalam kawasan mereka disebabkan alasan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, tiada peruntukan. Rakyat telah memilih wakilnya yang sah melalui pilihan raya dan lunas demokrasi di Malaysia. So, what’s wrong?

Rakyat sekali lagi diheret dengan kenaikan harga makanan. Beras naik, tepung naik, mee naik dan roti canai pun naik. Alasan yang diberikan oleh pihak kerajaan adalah simpanan barang makanan tidak cukup untuk menampung keperluan dan terpaksa mengimport makanan daripada negara luar. Kerajaan telah lelah menanggung subsidi. Pemberian subsidi adalah tanggungjawab kerajaan! Kenapa kerajaan perlu lari dari tanggungjawab ini kemudian meletakkan beban kepada rakyat?! Selepas Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 2004 yang lalu, kerajaan telah menerima amaran daripada rakyat supaya turunkan harga minyak sebanyak RM 0.30 sen. Walaupun pada ketika itu, harga minyak belum melonjak melebihi USD 110 setong. Tapi, kerajaan abaikan suara rakyat.

Malah, untuk menjawab keluhan rakyat, kerajaan buat projek mega konon untuk merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Buat Masjid Kristal yang bukan masjid, buat pelancaran koridor yang menelan ratusan bilion ringgit, buat upacara perayaan dan keraian, berbelanja mewah, deposit kerajaan susut maka akhirnya selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-12, semua projek mega tersebut sedikit pun tidak mendatangkan keuntungan kepada rakyat. Banyak projek-projek terpaksa direview semula! Subsidi dikurangkan, rakyat terbeban. Akhir sekali, yang sengsara adalah rakyat.

Maka, oleh sebab itu, GAMIS harus memikirkan apa cara sekalipun untuk mendesak seluruh wakil rakyat untuk membuat potongan emolumen sebanyak 40% sebulan supaya menghukum mereka yang gagal mentadbir negara, gagal berjimat cermat, gagal menguruskan kewangan negara dengan lebih pruden. Semua wakil rakyat harus bersama dengan rakyat merasai keperitan ini malah mereka harus merasainya lebih lagi. Jika wakil rakyat tidak sanggup, undurlah demi maruah. GAMIS wajar bertindak!

No comments: