Monday, August 4, 2008

Tambang Bas Ekspress - Kepentingan Rakyat Diperjudikan!

Presiden Persatuan Pengguna Bas Seluruh Malaysia, Datuk Ashfar Ali mengugut untuk tidak mahu mewujudkan bas-bas tambahan untuk rakyat ketika sambutan Aidilfitri nanti.

Ini berikutan daripada permintaan mereka untuk menaikkan kadar tambang sebanyak 100% tidak dilayan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Noh Omar.

Noh Omar mengatakan bahawa kadar kenaikan sebanyak 100% adalah terlalu tinggi dan tidak memadai.

Manakala, Datuk Ashfar Ali mengatakan sekiranya kerajaan tidak membenarkan kenaikan kadar tambang ini maka pengusaha-pengusaha bas ekspress akan rugi dan tidak mustahil akan gulung tikar. Ia adalah rentetan daripada kenaikan harga petrol dan diesel yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Kita sebagai rakyat yang menjadi klien utama kepada bas ekspres khususnya ketika sambutan akan menjadi mangsa kepada dua pihak yang bertelagah ini..

3 comments:

Hasbullah Pit said...

Pengusaha Bas patut tuntut lebihan kuoata bagi SKDS dan turunkan harga RM 1.43 kepada harga yang lebih rendah.

Bukannya tuntut naikkan tambang.
jemput baca catatan lama saya
http://hasbullahpit.blogspot.com/2008/06/nasib-pengusaha-dan-penumpang-bas-budak.html

Mior Isfandy Mior Azizan said...

Terima kasih En Hasbullah..

Dalam keadaan hari ni, kebanyakkannya rakyat tersepit kerana kesempitan hidup.

Policy makers MESTI buat sesuatu bagi menjaga kebajikan rakyat.

3Abdul said...

Alasan service mahal tak masuk akal pengusaha bas-takkan bas rosak hari2 minyak dah turun harga.Ada syarikat bas ekspress mampu beli bas 2 tingkat