Wednesday, April 2, 2008

Pakatan Rakyat / Majlis Tahalluf?


Jauh dari hati kecil saya terdetik kegembiraan apabila kesemua parti komponen Barisan Alternatif bersetuju semalam (1 April 2008) mewujudkan Pakatan Rakyat.

Parti-parti komponen ini telah berganding bahu untuk melumpuhkan kuasa majoriti 2/3 Barisan Nasional di Parlimen. Ini satu gandingan yang mantap selepas saya menyaksikan Barisan Alternatif bersatu dalam PRU ke-10.

Namun ijtihad politik telah disuarakan untuk membentuk Pakatan Rakyat. Bagi saya secara peribadi ia juga mungkin boleh disebut sebagai Majlis Tahalluf.

Timbul pelbagai persoalan dalam hati saya ;

Siapakah Pengerusi atau Ketua kepada Pakatan Rakyat?

Adakah majoriti ahli setiap parti sedia untuk bersetuju dengan pakatan ini?

Semua kerajaan negeri yang diperintah oleh ketiga-tiga parti politik ini bersetuju untuk menamakannya sebagai Kerajaan Pakatan Rakyat. Jadi, Kerajaan Islam Kelantan dan Kerajaan Islam Kedah juga terpaksa diubah?

Saya akan huraikan persoalan ini dalam beberapa hari ini, insyaAllah

No comments: