Sejak semalam lagi, bila saya membaca Mingguan Malaysia, Ketua Pemuda UMNO yang akan meninggalkan kerusinya itu bersungguh-sungguh mahu memohon maaf mengenai isu salah laku menjulang keris Panca Warisan ketika Persidangan Agong UMNO 2005 yang lalu.
Apa yang menghairankan pula, tindakan yang jujur (seperti yang dikatakan olehnya) itu dibuat selepas PRU ke-12 kerana menyedari diantara punca kejatuhan UMNO adalah disebabkan oleh tindakan kurang bijaknya itu.
Ironisnya, tindakan memohon maaf itu dibuat adalah kerana dia ingin menjaga institusi Pemuda dan UMNO itu sendiri. Pada saya ia bukan kerana ingin menyatukan kaum Melayu disamping untuk menjaga hati kaum Cina dan India di negara ini. Najib Tun Razak berkata semalam, tindakan Hishamuddin itu juga tidak memalukan kaum Melayu! Malah ramai pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO memuji-muji tindakan Hishamuddin tersebut. Come on lah, rakyat tidak lagi bodoh!
You have to quit, Hishamuddin! Maybe you can be forgiven but not forgotten!
Sepatutnya kalau dia menyedari ini satu tindakan yang kurang bijak serta mengikis semangat kepercayaan Barisan Nasional maka ia seharusnya memohon maaf sejurus selepas tamatnya persidangan tersebut. Tapi, ini tidak berlaku. Tindakan yang dibuat hampir tiga tahun lalu hanya di'kerja'kan selepas UMNO dan BN jatuh teruk dalam PRU yang lalu.
Ini sekadar keghairahan mencari publisiti dan political mileage! Dan ini juga merupakan tindakan control damage supaya perjalanannya untuk bertanding kerusi Naib Presiden UMNO hujung tahun ini dilihat bersih!

No comments:
Post a Comment