Hari ini 14hb April 2008.
Hampir seminggu tak sempat update blog ni.Takde catatan penting yang ingin dikongsikan. Tapi bila melihat bloggers yang lain, terasa jauh dan lemahnya aku untuk menulis walau secebis cuma. Bukan apa, sebagai amal jariah - modal bertemu Allah.
Hari ini 14hb April 2008.
Sebelum ini sibuk mencari dan menyediakan bahan-bahan untuk persidangan Parlimen. Agak banyak bahan-bahan rujukan dan isi-isi yang perlu dikutip dan dikompilasikan. Belum reda kewajiban tu, hari Jumaat hingga Ahad terpaksa berada di Tanjong Karang. Program bersama teman-teman. Kemudian, Ahad pagi singgah bermesyuarat di Sungai Buloh untuk merancang dan mengisi kemenangan di Selangor. Allahu Akbar! Diberatkan lagi dengan taklifan suci! Rasa terlalu berat nak dikendong. Selepas maghrib, bergegas ke Sungai Congkak bersama teman-teman seperjuangan sehingga 1230 tengah malam.
Hari ini 14hb April 2008
Tengah hari tadi, balik lunch di rumah. Nampak sampul surat macam ku kenal je. Surat dari 'admire' ku Legal Unit, UIAM. Nah..tarikh terbaru prosiding akan diadakan pada 17hb April 2008 (Khamis). Mmm..menarik!
Hari ini 14hb April 2008
Lepas maghrib, akan ada perbincangan bersama Komanden Cawangan Kelab Golf pasal post-mortem PRU-12 yang lalu.
Ya Allah, bantulah aku..kadang-kadang aku tak berdaya dan lemah dengan tanggungjawab ini. Aku memohon agar Kau tetapkan hatiku di atas perjuangan yang suci ini..
Allahu Akbar!
Sekadar catatan peribadi
Monday, April 14, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment