Setelah dikatakan beliau melawan arus prinsip dan semangat BN, maka Bekas Timbalan Setiausaha Agong Gerakan, Datuk Lee Kah Choon keluar dari menyertai parti Gerakan.
Bagi saya tindakan yang diambil olehnya adalah tindakan yang wajar dan tidak wajar.
Wajar kerana beliau mengambil tanggungjawab yang penting dalam kerajaan PR Pulau Pinang seterusnya memajukan diri dan ekonomi kerajaan negeri yang diperintah oleh PR. Segala kepakaran yang beliau ada maka beliau sumbangkan untuk kepentingan rakyat dan negara.
Jika Gerakan lebih bijak, biarkan saja KC memegang jawatan tersebut, mungkin ada kelebihan yang boleh diperoleh daripada kedudukan beliau memandangkan Gerakan pasca PRU 12 agak tempang dan hampir tersungkur.
Tidak wajar pula kerana kekhuatiran seorang bekas pemimpin Gerakan menyertai dan menyumbang untuk PR kemudiannya akan diekori pula oleh pemimpin-pemimpin yang lain. Mungkin dari satu aspek, demi survival Gerakan, tindakan ini boleh terus menguburkan Gerakan.
Walaubagaimanapun, saya tidak tahu apa rancangan YAB Lim Guan Eng. Mungkin itu adalah strategi politik atau kerana kejujurannya untuk menguatkan dan memperkukuhkan ekonomi Pulau Pinang setelah tidak ada lagi calon yang layak dari mana-mana bangsa.
Thursday, April 24, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment