Wednesday, April 23, 2008

Lee Kah Choon Berdepan 'Maut' Dalam Gerakan?

Lee Kah Choon adalah bekas pemimpin kanan Gerakan. Beliau kini menerima tawaran daripada Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerajui Penang Development Corporation (PDC) dan Invest Penang. Kini, beliau dikecam hebat oleh Penasihat Gerakan, Datuk Seri Lim Keng Yaik dan beliau menerima arahan daripada PM untuk tidak menerima jawatan tersebut.

Usaha Ketua Menteri Pulau Pinang untuk melantik beliau adalah satu usaha yang baik kerana ia melibatkan soal kepentingan ekonomi negeri itu. Tapi, apa yang merisaukan BN adalah sekiranya Kah Choon berpaling tadah dan terus keluar daripada Gerakan. Mungkin lebih mudah sekiranya BN tidak boleh terima hakikat bahawa mana mungkin seorang ahli menjadi anak kepada dua kapal yang tidak sehaluan tujuannya.

Maka Kah Choon akan terkangkang!

No comments: