Wednesday, April 16, 2008
Hari Ditunggu Sudah Tiba!
Esok (17hb April 2008) merupakan hari yang perlu sentiasa saya ingat dalam episod hidup saya. Saya bukanlah sehebat rakan-rakan yang lain, tapi cukuplah kalau saya katakan moga-moga ini ujian Allah atas tahap keimanan saya. Akan saya tingkatkan lagi keimanan saya. InsyaAllah.
Setelah dua kali prosiding saya ditangguh oleh universiti, maka esok adalah penentuannya. Belum tentu lagi saya terlepas daripada offences yang dituduhkan ke atas saya. Saya akur itu adalah persepsi dan tanggungjawab mereka. Mungkin juga ditekan oleh faktor politik luar.
Bagi saya secara personal, insyaAllah saya sudah bersedia untuk menjawab pertuduhan-pertuduhan tersebut. Saya anggap ia hanya sekadar antithesis dalam hidup saya. Mana mungkin ingin menjadi seorang individu yang tabah dan kuat jika Allah tidak suntik dengan tribulasi ini.
UIA mempunyai pilihan untuk menjatuhkan hukuman terhadap saya. Paling teruk adalah expulsion from university. Ini bermakna, secara zahirnya saya tak dapat menggenggam ijazah tatkala rakan-rakan saya akan melonjak gembira ketika konvokesyen nanti. Paling ringan adalah reprimand. InsyaAllah, saya bersedia menerima salah satu daripadanya.
Tapi, saya juga diajar untuk fight for your right! Itu hak saya, dan saya rasa saya dipihak yang benar. Saya tidak akan menyerah kalah sebegitu sahaja. Saya pasti mencuba sehingga saya tawakkal kepada Allah.
Moga Allah mengira apa yang saya lakukan ini adalah modal saya bertemuNya.
Sekadar Catatan Peribadi
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment