Setelah berakhir Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, diantara parti yang teruk ditimpa kecelakaan adalah MIC. Daripada 9 wakil mereka yang bertanding di peringkat Parlimen hanya 3 orang sahaja yang memenangi kerusi tersebut. Apa yang lebih mengejutkan, 6 orang yang kecundang terdiri daripada top-gun MIC iaitu, Presiden, Timbalan, 2 orang Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda MIC. Manakala yang menang adalah Setiausaha, Ketua Penerangan dan S.K Devamany.
MIC adalah sebuah parti perkauman dan anggota komponen Barisan Nasional. Dikatakan juga mendokong dan menjadi lidah utama kaum India. Namun, diambang PRU yang lepas, kaum India telah bangkit dan paling jelas menyatakan tuntutan mereka melalui HINDRAF. Kaum yang dikatakan dimarginalisasikan di bawah BN sejak 50 tahun yang lalu.
Semalam, S.Samy Vellu telah mengeluarkan satu statement yang jelas supaya ketua-ketua HINDRAF yang ditahan di bawah ISA minta untuk dilepaskan. Dia yang bersungguh menyatakan komitmen tersebut akan berunding dengan Syed Hamid Albar, Musa Hassan dan Pak Lah sendiri. Sebelum daripada ini, memang dia akui bahawa ramai kaum India yang mendesaknya supaya membebaskan tahanan ISA tersebut.
Mungkin semua rakyat samada kaum India, Cina lebih-lebih lagi Melayu Islam tidak bersetuju dengan Akta ISA ini! Ini juga terbukti seorang tahanan ISA dan merupakan salah seorang AJK HINDRAF telah bertanding di DUN Kota Alam Shah iaitu M. Manoharan.Beliau telah menang dengan majoriti 7,184. Apa yang menakjubkan beliau tidak keluar untuk berkempen dan sebagainya!
Pak Lah juga telah mengumumkan kesemua wakil MIC yang menang dalam PRU yang lalu telah dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.
Timbul beberapa persoalan adakah MIC masih releven kepada kaum India? Adakah sudah cukup parti pembangkang terutamanya PKR mewakili mereka? Adakah parti perkauman sudah tidak lagi releven?
Sama-samalah kita memikirkannya
Monday, March 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment