Thursday, March 13, 2008

Awasi Serangan Kotor!


Awasi taktik kotor permainan rejim BN dan media yang seangkatannya. Paling ketara ketika ambang PRU ke-12 sehinggalah Menteri Penerangan ditumbangkan di Sungai Petani, media arus perdana terlalu ghairah membantai lumat pakatan BA. Sehingga kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang dimanipulasi dan disimpang-siurkan. Apa sahaja move yang dibuat oleh BA atau PAS khususnya semuanya diperbodohkan. Manakala, apa sahaja tindakan yang dibuat oleh BN atau UMNO khususnya diperelokkan dan dicantikkan. Termasuklah KJ dengan Kempen Pade Doh nya..Sekarang dah jadi ‘KJ Pade Muko’.

Selepas kemenangan besar BA di lima buah negeri, BN seolah-olah mengalihkan serangannya ke negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mereka tidak berani menghentam Kelantan, kerana ternyata mereka mendapat ‘kemaluan’ besar. Dari kempen ‘Tahun Merawat Kelantan’, kempen ’18 Tahun Pade Doh’, pengundi hantu, pertukaran nakhoda kepada Awang Adek, semuanya terjelupok jatuh tertanam ke bumi. Dengan kuasa Allah semuanya!!

Maka, yang terbaru media dan BN telah melakukan serangan gerila ke atas negeri yang menjadi pakatan BA contoh iaitu Selangor dan Perak. Perak terutamanya, media melaga-lagakan kepimpinan DAP dan PAS sehingga mereka dikhabarkan akan boikot majlis angkat sumpah MB Perak, YB Ir. Mohammad Nizar pada petang ini (13hb Mac). Tapi, hari ini segalanya terjawab bila mana Istana Kinta, Perak melaporkan telah menyerahkan salinan surat diantara ketiga-tiga parti tersebut yang menyatakan mereka bersetuju dengan perkenan Sultan Perak untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi MB Perak yang baru. Maka, harakahdaily juga melaporkan Lim Kit Siang telah memohon maaf kepada Raja Dr. Nazrin.

No comments: