Dalam Berita Harian hari ini melaporkan seorang ADUN negeri Johor telah menghadiahkan hamper yang mengandungi minuman keras kepada dua pelajar cemerlang termasuk salah seorang dari mereka yang beragama Islam.
Tindakan itu mendapat kritikan keras dari bapa pelajar tersebut yang dianggap menghina agama dan umat Islam. ADUN tersebut iaitu Dr Boo Chen Hau dari DAP tidak menghadiri majlis tersebut. Beliau akan memohon maaf secara rasmi di dalam satu majlis kesyukuran nanti.
Dalam insiden ini, saya mendapati beberapa iktibar yang boleh direnungkan ;
Saya setuju dengan tindakan bapa pelajar terbabit kerana ia jelas melanggar sensitiviti umat Islam. Dan satu peringatan yang harus diambil oleh mana-mana wakil rakyat supaya dapat menjaga perilaku dengan menghormati dan toleran dengan agama, budaya dan adat masing-masing.
Kemudian, saya juga terfikir mengenai Malaysia sebuah Negara Islam sepertimana yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir satu ketika dulu serta disokong oleh pemimpin-pemimpin kerajaan BN termasuklah Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri. Tetapi kenapa beberapa tindakan dan polisi yang dibuat dan diambil oleh kerajaan kadang-kadang menghiris hati umat Islam di negara ini terutama mereka yang cintakan Islam didaulatkan di Malaysia.
Beberapa perkara diantaranya isu aurat, perlesenan judi dan arak, pencampuran riba dalam sistem perbankan, menolak aplikasi hukum Islam, muamalah lelaki dan wanita, menghina sunnah Rasulullah dan Islam, menzalimi umat Islam dengan akta-akta yang drakonian serta pelbagai lagi.
Kerajaan BN harus sedar dan memikirkan perkara ini semasak-masaknya. Inilah punca utama perbezaan PAS dan UMNO yang mewakili kaum Melayu. Melayu jika didasari asal usulnya adalah mereka yang berpegang kuat dengan Islam dan adatnya. Tapi, UMNO yang mengepalai Melayu pada hari ini meleraikan pegangan tersebut. PAS sentiasa konsisten untuk menjunjung ideologi politiknya yang dipasakkan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah sepertimana yang termaktub dalam perlembagaannya.
Walaupun dalam PRU baru-baru ini, PAS tidak mengangkat tema Negara Islam, tetapi jelas substansi-substansi sebuah Kerajaan yang beramanah, Adil, Telus dan penubuhan negara Berkebajikan itu sendiri adalah selari dengan tuntutan dan prinsip Islam. Ternyata PAS itu untuk semua!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment