Thursday, July 31, 2008

Say NO to Cooperation, but Yes to Meetings!

SORRY UMNO, PAS tidak berminat untuk menjalinkan hubungan kerjasama membentuk kerajaan bersama UMNO dan BN.

Tapi, PAS akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjaga kepentingan dan perpaduan umat Islam dan bangsa Melayu khususnya di Malaysia ini.

Sepertimana kata Tuan Guru Nik Aziz, "Mengapakah kita beria-ia untuk menyelamatkan UMNO yang semakin lemas, biarkan sahaja dia lemas"

Akhirnya Permatang Pauh Jua..

Setelah beberapa desas desus mengatakan bahawa pemilihan Anwar untuk bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Bharu kurang tepat, maka Anwar dengan jelas dan nyata memilih Parlimen Permatang Pauh, kubu kuat Parti Keadilan Rakyat.

Moga Allah memberikan kekuatan kepada mereka yang ikhlas berjuang keranaNya..

Azizah Undur, Anwar Kembali

Sebagai seorang Pemuda Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada seorang ibu dan juga pemimpin masyarakat.

Usaha yang Dato' Seri laksanakan selama ini amatlah dihargai.

Saya kagumi dengan sifat kesederhanaan yang ditunjukkan oleh Dato' Seri.

Lebih-lebih Dato' Seri sentiasa menjaga adab sebagai seorang ahli politik Muslimah yang dikagumi. Keberunduran Dato' Seri sebagai seorang ahli Parlimen adalah keputusan yang tepat.

Moga Anwar Ibrahim mampu memimpin Malaysia bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat khususnya PAS untuk membina sebuah negara Malaysia yang Beramanah, Bersih dan Adil lantas membentuk kerajaan yang berkebajikan demi agama dan negara.

Terima kasih dan salam penghormatan dari saya yang kerdil dalam arus politik negara.

Pak Lah, Kenapa Tak Hadir?

Cuba lihat di sini..

Pak Lah tidak hadir ke Majlis Bacaan Yassin dan Doa Selamat sempena Hari Pahlawan di Masjid Negara

Sebaliknya, Pak Lah ke sini..

Pak Lah ke Tugu Peringatan Negara untuk mengalungkan jambangan bunga di patung pahlawan.

Adakah perkara ini wajar? Maksudnya, meletakkan kalungan bunga tersebut?


Siapa Terjerat?

Siapa Terjerat?

Siapa Yang Buat?

Siapa Meliwat?

Siapa Diliwat?

Siapa Cepat?

Apa Nak Buat?

YANG PENTING...APA NASIB RAKYAT ?!

Macam mana Anwar boleh menerima laporan perubatan Saiful tidak diliwat?

Bagaimana PUSRAWI menafikan Saiful tidak membuat pemeriksaan sodomi sebaliknya hanya SAKIT PERUT?

Rujuk sini :
  • Harakah (Saiful hadir pemeriksaan tetapi bukan untuk liwat - Pusrawi)
  • Berita Harian (Pusrawi nafi Saiful buat pemeriksaan kes liwat)

Anwar telah pergi ke JAWI untuk menjelaskan aduannya dan mengambil intipati hujah ulama' terkemuka dunia yang mengqiyaskan tuduhan zina dan tuduhan sodomi adalah asas yang sama untuk hukuman kes qazaf.

Rujuk sini : Malaysiakini (Qazaf : Anwar bawa hujah muktabar)

Apa cerita Saiful Bukhari?

Rujuk sini : Malaysiakini (Saiful : Tiada sebab saya fitnah Anwar)

Saiful sanggup bersumpah dengan Al-Qur'an untuk mengatakan bahawa dirinya betul-betul diliwat oleh Anwar.

Dalam kes ini kedua-dua insan ini bersedia bersumpah dengan Al-Qur'an untuk mengaku bahawa dirinya berada pada pihak yang benar.

Terlalu berat kes ini!

Siapakah yang sanggup menipu dan bersumpah dengan nama Allah? Anwar atau Saiful?

Layakkah Saiful dan Anwar menjadi Newsmaker 2008?

Nantikanlah akhir hayat karakter politik dua insan ini.

Jika tahun 1998, terbukti Anwar tidak bersalah dan 'penghukum'nya selesa sehingga kini, adakah 2008 akan mengulangi perkara yang sama?

Wednesday, July 30, 2008

Pilihan Raya Kecil Parlimen Kulim - Bandar Bharu?



VS

Jangan anggap mudah pada Ezam.
Beliau pasti ada satu bom jangka yang akan meledak bila-bila masa.
Mungkin bukan hanya pada Anwar tapi juga 'manusia' disebalik Anwar
BATTLE OF THE TITANS

Tuesday, July 29, 2008

Medical report demonstrates Anwar Ibrahim's innocence

The medical report leaked today appears to confirm what we have always believed - that the allegations against Anwar Ibrahim are without merit and politically motivated.

We are deeply troubled by the allegations conveyed by some reports that the police spent three days recording a statement from the Doctor and that he and his family have gone into hiding. Every assurance must be given for his safety and protection.

The existence of this medical report further erodes any confidence the public would have in the credibility of the police report that has been filed against Anwar Ibrahim, a report which remains shrouded in secrecy. Why has this medical report has surfaced only today, over one month after the allegations were made, after Anwar Ibrahim spent a night in jail, and after the police have spent so much time and money on this case?

SALEHUDDIN HASHIM
SECRETARY GENERAL
PARTI KEADILAN RAKYAT

Please read the medical report here

Caj PTPTN Kekal 3%

Rasanya ini kali yang kedua Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa bahawa caj 3% tidak bercanggah dengan syara' dan bukannya riba'.

Saya mecadangkan agar GAMIS mahupun mana-mana badan atau individu dapat berjumpa dengan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mengadakan muzakarah isu ini.

Tidak perlu lagi berjumpa dengan PTPTN.

Jangan Berterima Kasih Lagi Kepada KPT

Ada beberapa orang rakan-rakan saya menghantar sms meminta pandangan dan menyatakan rasa kegembiraan apabila Khaled Nordin telah mengusulkan pindaan untuk melonggarkan Akta Drakonian AUKU ke atas mahasiswa.

Usul pindaan ini masih lagi belum mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong dan masih di Dewan Rakyat.

Secara peribadi saya mengatakan bahawa rakan-rakan dan teman-teman siswa, jangan meraikan dulu 'kemenangan' ini sehinggalah ia pasti!

Teruskan berjuang, jangan mangli dengan kezaliman!!


UMNO Semakin Sihat dan PAS Jatuh Sakit (Part 3)


Agenda Ketidak-ikhlasan UMNO

Satu parti yang paling degil adalah UMNO. Semua komponen BN kecuali UMNO sudah menunjukkan signal untuk mengalah dan menurunkan pimpinan yang lemah dan gagal mengendung tugasannya. Pak Lah tetap setia berada di atas kerusi Presiden dan PM. Mana-mana orang hebat di dunia ini mesti ada sepasukan penasihat yang akan setia memberikan nasihat-nasihat kepadanya. Begitu juga dengan Pak Lah. UMNO ada beberapa fraksi. Paling dominan adalah fraksi Pak Lah dan Tun Mahathir. Tun mendesak Pak Lah untuk turun supaya UMNO dapat diselamatkan, tapi Pak Lah enggan.

Semua orang mengetahui, kuasa politik UMNO telah terhakis. Mereka menggembar gemburkan mereka hebat tapi sebenarnya tidak. Mereka sudah semakin tempang dan sekarang mengalami strok. Biasanya, bila orang sakit, dia pasti akan ikhtiar untuk sembuh. Jumpa doktor biasa, specialist, dukun, pawang dan ahli nujum untuk merawat penyakit tersebut. Jadi, tahun 2008 adalah Tahun Merawat UMNO dan pengarahnya adalah Najib. Pengarah De Facto adalah Pak Lah.

Apa penyakit UMNO dan BN sekarang ini? Pertamanya adalah perpecahan dalaman. Penyakit ini baru sampai peringkat pra-kritikal dan mungkin jangka hayat kritikalnya adalah pada bulan Disember 2008. Kedua adalah penyakit Sabah dan Sarawak. Selepas sahaja Anwar mendakwa ada beberapa orang ahli BN akan melompat ke PR, Pak Lah dan gerombolannya terus terbang ke sana untuk memberikan rawatan segera jangka pendek. Tawaran demi tawaran disuntik dan disuapkan kepada BN Sabah dan Sarawak. Ketiga, penyakit hilang kepercayaan orang Melayu terhadap UMNO. Orang Melayu sudah semakin berani memilih PKR mahupun PAS dan ramai juga yang tidak berparti. Dan penyakit kronik yang terakhir adalah penyakit fobia hilang kuasa. Jika penyakit ini semakin teruk, maka akan lumpuhlah UMNO di muka bumi Malaysia dan akan terbongkarlah pekung dan tembelang UMNO selama ini. Maka sekarang ini, ramai doktor-doktor pakar sedang merawat UMNO dan khabarnya para doktor ini kebanyakkannya dari Oxford dan Cambridge.

Adakah PAS Menjadi Mangsa Ujian Ubat UMNO?
Perkara ini sukar ditelah kerana masih lagi samar-samar. Tapi, jika dilihat mood pada hari ini, PR sudah semakin nipis tali kerjasama dengan PAS. Kemudian, sekiranya PAS dan UMNO membentuk kerajaan bersama terlalu banyak kritikan panas yang akan menyerang PAS terutamanya daripada ahli, penyokong, sebahagian pimpinan dan rakan-rakan komponen. Masa sekarang tidak sesuai untuk membentuk kerajaan campuran. Ia akan menyihatkan UMNO dan menyakitkan PAS sendiri. Bagaimana jika PAS dan UMNO bergabung dan dalam masa yang sama PR membentuk kerajaan? Bagaimana pula nasib PAS? Sekiranya terdapat pimpinan PAS yang tersilap mengambil langkah politik dalam isu yang berlegar sekarang ini, silalah Majlis Syura mengambil tindakan mu’aqabah (denda) kepada mereka. Bukan bencikan mereka tapi kerana terlalu sayangkan mereka dan parti Islam ini.
Hanya sekadar luahan rasa dan pandangan peribadi. Mudah-mudahan perkara ini tidak tepat.

UMNO Semakin Sihat dan PAS Jatuh Sakit (Part 2)


Hubungan PAS dalam PR

Terdapat juga soseh-soseh ahli dan pimpinan yang mengatakan hubungan diantara PAS dan komponen PR agak retak sedikit. Ini dapat diperhatikan dalam beberapa kenyataan media pimpinan ketika soal muzakarah UMNO dan PAS baru sahaja dimainkan media. Kenyataan yang pada akarnya menyokong muzakarah demi kepentingan Islam dan Melayu tapi rantingnya mencucuk-cucuk DAP dan PKR. Sejauhmana benarnya, mereka yang tahu. Mungkin disebabkan itu, muzakarah ini dibuat. Namun, ada juga beberapa pimpinan PAS dengan tegas mengatakan bahawa PAS akan tetap bersama PR walau digocang dengan isu muzakarah ini.

Asasnya, PAS, DAP dan PKR kena sentiasa duduk berunding dalam Majlis Tahalluf (Majlis Pakatan) dalam sesuatu isu yang menyentuh perkara-perkara dasar. Misalnya, isu kontrak sosial. Beberapa YB BN pernah mengasak YB Bachok sewaktu membahaskan usul menjunjung kasih YDPA di Parlimen pada bulan Mei yang lalu mengenai kontrak sosial, DEB dan label bumiputera dan non-Bumiputera. Jelasnya, PAS tidak memberikan jawapan yang agak memuaskan ditambah lagi dengan beberapa kenyataan pimpinan DAP yang agak vokal dalam isu yang sama. Ini mengeruhkan keadaan.

Walaupun pada mulanya, PAS tidak mengangkat tema Negara Islam kerana mengambil beberapa pendekatan siyasah syar’iyyah, fiqh dan usul serta sirah sebagai pedoman namun slogan Daulah tidak semestinya akan terus padam dalam perjuangan PAS. Negara Berkebajikan telah menjadi kata sepakat komponen PR dalam PRU yang lalu. Selepas kemenangan ini, cabaran yang harus diurus oleh PAS adalah bagaimana ingin menterjemahkan substansi Daulah Islamiyyah dalam pengurusan dan pentadbiran disamping menghormati kaum dan agama lain. Inilah satu cabaran besar yang harus digalas oleh PAS.

Muzakarah PAS dan UMNO : Terlalu Dramatik

Dramatik dan mengasyikkan. Walaupun pada mulanya PAS sudah dilihat sebagai ‘playmaker’ dalam politik negara hari ini, tapi akhir-akhir ini survival PAS agak terancam dek kerana UMNO. Pada mulanya, umum mengetahui tidak wujud muzakarah. Kemudian timbul pula berita, sebenarnya muzakarah telah pun diadakan selang beberapa hari selepas PRU yang lalu terutamanya di Selangor. Tapi isu muzakarah telah dimurnikan dengan hanya muqabalah. Tanpa ada rahsia dan dibuat secara umum dan khusus untuk membincangkan masalah ummah dan agama. Inilah minda negarawan sepertimana yang disebut oleh YB Kubang Kerian dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia, Ahad yang lalu.

Lebih menarik apabila media meminta pandangan beberapa pimpinan PR antaranya Lim Guan Eng, Wan Azizah dan Tan Seng Giaw. Semuanya memberikan respon positif dengan muzakarah tersebut. Tidak perlulah terus melenting kerana ia hanya sekadar muqabalah. Tapi, UMNO lebih nakal sedikit. Pak Lah umumkan, “sebenarnya saya telah mengadakan muzakarah bersama ‘decision makers’ PAS sebanyak tiga kali sebelum ini”. Ditambah pula dengan kenyataan Khir Toyo bahawa ini bukan muzakarah biasa tapi ia adalah perbincangan kerjasama membentuk kerajaan PAS dan UMNO di Selangor. Maka, terloponglah mulut beberapa pimpinan PAS dengan pendedahan ini. Seterusnya, kuda tua DAP, Karpal Singh dan Lim Kit Siang terus membidas kesetiaan PAS dalam PR.

Beberapa hari lepas, Tuan Guru Nik Aziz menyebut supaya PAS dan UMNO hendaklah dibubar dan bentuk parti baru tapi mestilah berasaskan ISLAM. Ini satu tarikan politik baru dengan isi yang lama. PAS banyak kali menyeru ahli-ahli UMNO tinggalkan perjuangan nasionalis dan sertailah perjuangan Islam. Cuma, kali ini Tuan Guru lebih berani dengan memantikkan kata-katanya. UMNO terlalu sukar membubarkan partinya terutamanya Najib kerana beliau hanya menunggu dua tahun sahaja lagi. Tak lama, tapi tak tentu. Cuba perhatian kenyataan maaf YB Pokok Sena merangkap Ketua Penerangan PAS dalam harakahdaily pada 28hb Julai 2008. Sebalik permohonan maafnya ada perkara tersirat yang perlu diperjelaskan. Apa dia, hayatilah sendiri.


UMNO Semakin Sihat dan PAS Jatuh Sakit (Part 1)


Jika beberapa hari selepas PRU ke-12 Mac yang lalu, Putrajaya seolah-olah ingin menyambut satu kuasa politik baru untuk memimpin negara ke arah yang lebih beramanah, bersih dan adil. Lima puluh tahun yang sarat dengan pelbagai kemelut dan kekeruhan ingin diserlahkan dengan sinar dan kejernihan. Rakyat sudah nampak pelbagai hadiah dan ganjaran yang menarik hasil daripada satu undi yang dibuang. Namun begitu, sejak akhir-akhir ini jalan ke Putrajaya semakin dilitupi kabus yang tebal. Perjalanannya sudah semakin mendung dan bersimpang siur. Apa yang tidak kena?

Perdana Menteri pernah mencatatkan rekod kejayaan UMNO dan BN gilang gemilang pada tahun 2004. Sembilan puluh peratus majoriti di Parlimen dan hampir keseluruhan kerajaan negeri di bawah kuasa BN menjadikan ia satu kuasa keramat yang sukar diganggu gugat oleh mana-mana ahli nujum politik negara. Walaubagaimanapun, setelah hampir lima tahun pentadbirannya, ‘trust’ yang diberikan oleh rakyat itu semakin hari semakin hilang daripada gemerlapan kuasanya. Letupan-letupan kecil di dasar laut pada tahun 2007 dan awal 2008 mengtsunamikan seluruh Semenanjung Malaysia akhirnya. Rupa-rupanya diam-diam rakyat, berisi jua. Kempen ‘Hanya Satu Undi’ betul-betul memberikan kesan kepada rakyat. Satu undi untuk cuba berubah! Apa yang paling mesti dikenang adalah Perdana Menteri juga telah merekodkan satu catatan sejarah terburuk dalam diari perjalanan UMNO dan BN sehingga hilang dua pertiga majoriti BN di Parlimen.

Maka, wujudlah satu nama baru iaitu Pakatan Rakyat. Secara tidak langsung ramai orang mula berhipotesis dan berteori mengatakan rakyat Malaysia pada hari ini menolak sentimen perkauman dan mendokong amalan perpaduan nasional tanpa mengira ras dan agama. Pakatan yang wujud sebelum PRU ke-12 mempunyai satu titik pertemuan atau faktor sepunya iaitu menubuhkan kerajaan yang lebih telus, lebih beramanah dan lebih adil. Disebabkan gagasan ini dan ditambah dengan beberapa faktor kritikal yang lain, maka rakyat memberikan satu undi perubahan sebagai harapan baru buat mereka. Lihat hasilnya samada di Parlimen dan di Dewan Undangan Rakyat. Betapa gahnya Pakatan Rakyat.
Anwar Sebagai Faktor Kritikal

Perkara ini sukar untuk disangkal. Sejak awal-awal lagi Anwar sudah mengatakan “Jika saya jadi Perdana Menteri, saya akan....” Bagaimana agaknya respon rakan-rakan PR terutamanya PAS? Adakah Tuan Guru Abdul Hadi tidak berkesempatan untuk diangkat menjadi PM. Memang tidak ada desup-desup yang mengatakan Tuan Guru akan menjadi PM, cuma Ibrahim Ali sahaja yang pernah mengisytiharkan dan menyokongnya di Dewan Rakyat pada bulan Mei yang lalu. Walaubagaimanapun, seolah-olah sudah sepakat Anwarlah nanti yang akan menjadi PM kerana karektornya, karismatiknya, kefahamannya yang jelas dalam pentadbiran kerajaan dan sokongan kaum-kaum lain terhadapnya.

Sepertimana yang dijangka, tatkala Anwar dan gerombolannya mendoktrinkan rakyat dengan 16 September 2008, maka setiap saluran ke arah tarikh itu telah disekat dan diputarligat oleh propagandis-propagandis UMNO. Satu demi satu isu yang terpaksa dilayan oleh PR. Sejak dari pelantikan Menteri Besar Perak dan Selangor, isu penghapusan DEB, isu projek Babi Negara, isu kemungkinan marginalisasi Melayu di Pulau Pinang, isu Jawatankuasa Kemajuan Kampung sehinggalah isu fitnah sodomi terhadap Anwar Ibrahim. Jika diperhatikan sedalam-dalamnya, kebanyakkan isu ini bertujuan untuk meleraikan ikatan PR dan isu yang paling tajam adalah PERKAUMAN. Isu inilah yang menjadi senjata UMNO dan BN untuk melumpuhkan pakatan yang baru hidup tak sampai setahun ini.



Friday, July 25, 2008

Sekali Lagi Anwar dan US?


Hari ini media 'main'kan sekali lagi agenda DSAI mendapat 'layanan' dan 'perhatian' yang baik dari US.

Maka, makin kuatlah lagi tiupan-tiupan angin yang mengatakan DSAI adalah pengkhianat negara, menjual nama negara, meminta campur tangan luar dan menjadi tali barut US. Justeru, semakin kukuhlah sokongan rakyat kepada kerajaan.

Selagi bergema September 2008, Pakatan Rakyat tidak akan tidur lena terutamanya DSAI.

Teruskan perjuangan.
baca :
Malaysian Insider : Rais, Rice row over Anwar

MENGAPA PEMIMPIN MAHASISWA PERSOALKAN ISU MUZAKARAH PARTI POLITIK?

Isu muzakarah PAS dan UMNO adalah agenda politik kepartian. Parti sifatnya adalah ingin berkuasa dengan membawa agenda kepartian mereka sebagai teras untuk memperjuangkan negara dan rakyat. Parti politik akan menggunakan seluruh taktikal, strategi, muslihat untuk mendapatkan keuntungan politik supaya parti tersebut akan terus releven dan subur dalam komuniti di Malaysia. Dalam soal ini, gerakan mahasiswa adalah kumpulan pendesak di dalam negara yang memperjuangkan agenda kemahasiswaan, kemasyarakatan, keagamaan dan kenegaraan secara komprehensif.

Percanggahan pendapat dua front mahasiswa dalam media internet baru-baru ini adalah satu perkara yang memalukan dan tak sepatutnya berlaku. Apa kena mengena gerakan mahasiswa dengan muzakarah diantara parti politik. Gerakan mahasiswa bukan bergerak untuk menongkat kuasa parti politik. Kita adalah badan bebas yang bergerak dengan haluan dan pertimbangan sendiri serta mengesampingkan kepentingan mana-mana parti politik. Gerakan mahasiswa adalah untuk rakyat secara keseluruhan.

Kita mengharapkan front mahasiswa ini memberikan satu formula yang ‘fresh’ dan berkualiti bagi membangunkan negara dan membentengi kehidupan rakyat. Apa yang front mahasiswa lakukan untuk rakyat? Mahasiswa juga tidak dapat merasakan apa-apa nilai untuk menyokong front mahasiswa yang ada pada hari ini kerana ia tidak berperanan untuk membantu mahasiswa.

Apa yang front mahasiswa buat adalah sekadar kenyataan menyokong, membantah dan bersifat populis. Front mahasiswa kurang bergerak dan mempraktikkan secara kolektif untuk memperjuangkan isu agama, rakyat dan negara kita. Inilah kekurangan yang ada pada hari ini. Inilah juga cabaran yang harus dipikul oleh semua mahasiswa. Hanya masa kemahasiswaan ini sahaja yang kita ada untuk mendokong amanah rakyat dalam keadaan tidak mempunyai apa-apa kepentingan kepada politik kepartian.

Front mahasiswa mesti mengambil ketegasan ini dengan hanya menjadi pendesak kepada dasar dan polisi kerajaan, pengagihan ekonomi kepada rakyat secara adil, membangunkan jatidiri dan syakhsiyyah rakyat, mempertahankan Islam disamping menghormati agama dan budaya kaum lain dan merumpunkan semangat perpaduan didalam nilai perlembagaan dan persefahaman.

Thursday, July 24, 2008

"I am going to bring Najib down with me"


This time, I am going for broke. Yes, I know I am headed for a fall, but I am going to bring Najib down with me,” RPK wrote.

please read here

Plan menjatuhkan Najib semakin hampir?

Apakah senjata yang ada pada Najib? Pergunakan Anwar atau menjatuhkan Pak Lah secara terancang?

Politik..politik..politik..begitulah kalau hanya mengejar dan menggila kuasa!

Anwar Sedia Teropong Kulim-Bandar Bharu

Walaupun keputusan petisyen Pilihanraya Umum ke-12, Parlimen Kulim - Bandar Bharu masih lagi belum ditentukan oleh pihak mahkamah, DSAI telah bersiap sedia untuk menempah gelanggang di Parlimen tersebut.

Kes tersebut telah difailkan oleh Abdul Aziz Sheikh Fadzir (Adik Kadir) kerana didapati Zulkifli Nordin tidak menghantar penyata perbelanjaan kempen PRU 2004.

Berdasarkan daripada beberapa akhbar perdana hari ini, DSAI sudah mula berunding dengan YB Zulkifli Nordin untuk memberikannya laluan untuk bertanding bagi kawasan tersebut.

Timbul beberapa persoalan,

  • Bersediakah Zulkifli Nordin melepaskan kerusi Parlimen tersebut?
  • Apakah tawaran yang bakal diraih oleh Zulkifli Nordin sekiranya beliau memberikan laluan kepada DSAI?
  • Mampukah DSAI memenangi kawasan Parlimen tersebut jika imej dan keselamatan beliau pada hari ini agak membimbangkan?
  • Apakah perancangan gila-gila UMNO / BN untuk berhadapan PR kecil tersebut?

Merc Compressor atau Perdana V6?

Beli kereta juga sudah jadi satu isu yang besar.

Kenapa?

  • Penggunaan kereta oleh Exco Kerajaan Negeri Terengganu bercanggah dengan Pekeliling Perbendaharaan mengenai Kereta Nasional?
  • Pencanggahan dengan amalan berjimat cermat dan menonjol-nonjolkan kemewahan
  • Menteri Besar Terengganu bukan pilihan Perdana Menteri?
  • Memburukkan imej Kerajaan Negeri Terengganu selepas dikatakan cemerlang 100 hari pentadbiran Ahmad Said?
  • Ahmad Said berjaya mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Terengganu?
  • Lebih banyak sentimen 'Keterengganuan' akhir-akhir ini samada dari PAS dan UMNO.

Bak kata Nabil, "Lu Fikirlah Sendiri!"

TAHNIAH TUAN-TUAN GURU


Inilah yang paling saya bangga kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana ia mempunyai kredibiliti ulama'-ulama' yang memandang sesuatu perkara itu daripada sudut pandang kesyumulan Islam.
Datanglah apa sahaja masalah-masalah dipelbagai peringkat, ISLAM adalah solusi terbaik.

Moga fail isu muzakarah ini menjadikan ahli PAS lebih berfikiran matang, lebih menghormati adab perselisihan faham, adab menghormati pandangan, adab amal jama'ie, berfikiran terbuka dan tajam.

PAS juga sentiasa meletakkan institusi syura sebagai platform terbaik menyelesaikan masalah.

TAHNIAH untuk Majlis Syura Ulama' PAS dan Tuan-Tuan Guru.

Moga PAS sentiasa diredhai dan dibekalkan dengan petunjuk Allah.

Inilah kepentingan dan keistimewaan 'Kepimpinan Ulama'

Monday, July 21, 2008

Muzakarah PAS dan UMNO - Apakah Ertinya Bagi Pakatan Rakyat?


Pada awalnya, saya merasakan Muzakarah ini adalah sesuatu yang sihat. Ia adalah satu inisiatif bagi dua buah parti politik Melayu-Islam yang sudah lama bertapak di Malaysia untuk kembali menjernihkan substansi Islam dan Melayu di Malaysia setelah terlalu banyak kecamuk dan kekeliruan yang berlaku selama ini.

Walaubagaimanapun, saya juga berpendapat dalam keadaan politik negara kita pada hari ini, PAS terutamanya perlu lebih berhati-hati agar tindakannya itu boleh mengubah persepsi rakyat Malaysia terutamanya Non-Muslim yang banyak memberikan undi atau kredit kepada PAS. Secara peribadi saya mengatakan mungkin golongan Non-Muslim ini sanggup memberikan undi kepada PAS kerana mereka sudah mula menolak kepimpinan UMNO terutamanya dan Barisan Nasional.

Saya khuatir, sekiranya akan wujud beberapa spekulatif jahat yang akan mendoktrin rakyat bahawa PAS bersikap tidak konsisten terhadap dasar dan pendekatannya dan lebih teruk lagi mengkhianati Pakatan Rakyat. Bau-bau ini sudah mula dimainkan di media akhir-akhir ini terutamanya sepertimana yang dimainkan oleh The Star pada hari ini (21hb Julai 2008).


Friday, July 11, 2008

Plan Peralihan Kuasa atau Plan Menjatuhkan Najib?


Petang semalam (10hb Julai) sewaktu YAB PM mengisytiharkan yang beliau tidak akan lama di kerusi empuk PM menjadi satu tanda tanya yang jelas bahawa Abdullah Ahmad Badawi adalah seorang Perdana Menteri yang tidak cukup kuat, tidak upaya, tidak teguh dan mudah goyah. Secara peribadi, saya kurang percaya dengan apa yang dibuat dan diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi. Beliau terus memberikan kepercayaan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggantikannya pada pertengahan tahun 2010.
Saya tidak percaya, tidak percaya dan tidak percaya ia akan berlaku.

Kalau ikutkan soseh-soseh yang saya dengar mengenai UMNO, ia tidaklah semurni dan sebersih itu.
Jika sebelum ini Tun Dr. Mahathir menyifatkan Pak Lah bukanlah pengganti sebenarnya dan ramai orang yang mengatakan Najiblah yang sepatutnya, maka Pak Lah harus faham dan sepatutnya terus mengukuhkan kuasanya. Mungkin Pak Lah bukan dari blok Tun Dr M. Tapi Pak Lah sudah pasti mempunyai segerombolan manusia yang teguh dan menjadi perisai yang kebal untuk mempertahankan kedudukan Pak Lah. Takkan mereka hanya akan tengok sahaja peralihan itu berlaku?!
Kemudian, dalam keadaan kegoncangan yang berlaku kepada Najib akhir-akhir ini secara tidak langsung mencalarkan imejnya, adakah Pak Lah hanya memejamkan mata dan memekakkan telinga terhadap apa yang berlaku? Sudah pasti rahsia sebenar sudah diketahui oleh Pak Lah. Dan tidak dapat dinafikan sekiranya apa yang berlaku kepada Najib mungkin atas remote control pihak atasan. Saya cuba memahami idea-idea yang ditulis dalam buku ‘Khairy Jamaluddin : Putera Dari Oxford ke Putrajaya’ terbitan Malaysia-Today. Secara kemas, KJ telah terlebih dahulu menempatkan orang-orangnya di pejabat Najib. Sekiranya betullah apa yang ditulis dalam buku tersebut, mana mungkin Najib akan berkuasa pada tahun 2010.

Dalam keadaan politik negara pada hari ini dan kemaraan DSAI dan Pakatan Rakyat, politik kuasa sudah mencapai satu klimaks yang terlalu genting. Bagi saya, ia antara Pak Lah, Anwar dan Najib. Pak Lah akan terus mengukuhkan kuasa, Anwar akan terus merampas kuasa dari luar dan Najib akan merampas kuasa dari dalam. Perlu diingat, kalau Ku Li mendapat sokongan daripada bahagian-bahagian UMNO, Ku Li juga adalah pemain yang perlu diperhatikan kecergasannya.

Apa-apa pun, saya menyatakan kecenderungan saya bahawa Najib akan tersungkur hanya diperingkat Timbalan Perdana Menteri sahaja.

Tuesday, July 8, 2008

SAPP akhirnya….

Harapan saya untuk melihat motion “vote of no confidence” belum lagi tercapai meskipun Dato’ Dr Chua Soon Bui telah hadir menyertai persidangan Dewan Rakyat sejak Isnin yang lalu.

Apakah alasannya ketika beliau menghilangkan diri?

Dimana hala tuju SAPP?

Apa cerita dengan motion tersebut?


Sila rujuk sini :

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Tuesday/Frontpage/2288222/Article/index_html

http://miorisfandy.blogspot.com/2008/06/dimana-sapp.html

Monday, July 7, 2008

ADAKAH RAKYAT BENAR-BENAR MEMPROTES?

Satu perkara yang saya benar-benar risau sekiranya rakyat terutamanya golongan muda-mudi mula merasa ‘mangli’ dengan kezaliman, kerakusan, penyelewengan dan penipuan yang dibuat oleh kerajaan. Hilang rasa survivor atau sikap perjuangan menegakkan keadilan dan kebenaran. Luntur budaya cakna terhadap jiran, sebangsa dan pelbagai bangsa, seluruh rakyat dan negara. Sudah hilang kepercayaan terhadap parti-parti pembangkang, badan-badan sosial, gerakan-gerakan mahasiswa atau rakyat yang bertindak sebagai penimbang kehidupan kerajaan dan kabur dengan diri dan matlamat kehidupan.

Sejak pengumuman kenaikan harga petrol beberapa hari yang lalu, seolah-olah rakyat sudah menuju ke arah penyakit mangli itu. Hanya sehari dua rakyat mencemuh, mencaci dan mengutuk kerajaan. Kemudian, rasa itu terus malap kerana macam mana sekalipun rakyat terpaksa menggunakan petrol setiap hari meskipun terpaksa mengikat perut sedikit. Beberapa letusan-letusan kecil tanda protes mula nampak di awal-awal minggu. Namun mobilasi dan sokongan rakyat agak kurang. Mungkin kerana kesibukan mencari nafkah, tidak mendapat maklumat dan missed communication menjadi alasan yang simplistik.

Pada mulanya, saya agak berdebar menunggu saat 6hb Julai 2008. Saya menunggu sekali lagi himpunan raksasa di jalan-jalan raya sekaligus mengulangi nostalgia Himpunan Bersih, November yang lalu. Saya pasti masa panjang yang diambil oleh Sekretariat PROTES adalah untuk memberikan peluang kepada kerajaan mengubah semula polisi atau keputusan penstrukturan semula subsidi petrol dan gas. Manalah tau, kerajaan akan berubah dek kerana amarah rakyat. Namun, perkara itu tak berlaku! Kebiasaannya kerajaan akan mengubah sesuatu polisi sekiranya cadangan baik pulih datangnya juga dari kerajaan bukan dari parti pembangkang. Contohnya isu bayaran gaji dua kali sebulan! Tambahan pula, masa yang diambil sebelum 6 Julai adalah peluang dan ruang yang baik untuk mendoktrin rakyat dan menanam rasa keperitan kepada rakyat kerana keputusan yang gila ini. Maka usaha-usaha publisiti dan penerangan dijalankan dengan bersungguh-sungguh.

Beberapa hari sebelum himpunan PROTES ada beberapa perkara yang berlaku dalam negara kita yang boleh dimanipulasikan secara bijak sebagai ‘batu api’ kepada rakyat. Pertama, isu inflasi. Kedua, isu ISA. Ketiga, isu ‘vote of no confidence’ oleh parti SAPP. Keempat, isu RMK-9. Kelima, isu Raja Petra terhadap Najib dan keenam adalah isu tuduhan sodomi kepada Anwar Ibrahim. Enam isu ini dijangka boleh meletupkan lagi protes rakyat pada 6 Julai itu.

Sehari sebelum 6 Julai, saya agak kurang ghairah dengan himpunan sejuta rakyat memprotes kenaikan harga minyak. Saya juga tak membeli t-shirt mahupun headband PROTES. Saya nak jimat duit kerana petrol naik. Saya mula mendengar komen-komen negatif mengenai penganjuran himpunan ini. Baik dalam blogspot atau wordpress mahupun soseh-soseh teman seperjuangan. Secara logik, memang saya boleh terima semua komen tersebut.

Saya mula mengenali ‘demonstrasi’ sejak saya menuntut di Pusat Matrikulasi UIAM. Demontrasi yang pertama saya sertai adalah demonstrasi yang dianjurkan oleh KEADILAN bagi menggesa pembebasan Anwar Ibrahim di KLCC. Pada waktu itu juga, saya pertama kali merasai kenikmatan ‘mandi percuma’ oleh FRU.

Setakat pengalaman saya yang cetek, saya agak tidak berapa arif dengan selok belok demonstrasi atau nama manjanya himpunan aman. Bagi saya, demonstrasi adalah proses rundingan atau diplomasi terakhir setelah beberapa tindakan awal tidak dilayan mahupun dipeduli oleh pihak tertentu. Pada awalnya, kita ajak pihak terbabit berbincang atau bersidang, kemudian boleh berdebat atau bermuzakarah, kemudian menghantar surat bantahan, memorandum dan referendum. Akhir sekali, gunakanlah demonstrasi atas alasan untuk berdakwah secara tegas kepada pihak-pihak terbabit. Demonstrasi juga tidak digalakkan untuk diadakan terlalu lama kerana takut akan menghilangkan mood rakyat. Lebih baik sekiranya demonstrasi tersebut diadakan dihadapan pihak yang kita tuntut supaya mereka boleh mendengar dan mengundang rasa bersalah dan gelisah di hati mereka.

Pada 6hb Julai, saya sudah keberatan untuk menghadiri himpunan tersebut. Pada saya, saya hanya ingin hadir untuk dengar ceramah pada malamnya. Pada pagi dan petang hari tersebut, saya ambil peluang untuk pergi melihat keadaan sekitar Kuala Lumpur. Saya pergi ke Jusco Taman Maluri, TESCO Ampang, Carefour Jalan Peel dan ke KLCC. Apa yang menghairankan saya, semua tempat yang saya pergi penuh dengan manusia. Baik Melayu, Cina dan paling sedikit India. Kebanyakan dari mereka datang membeli belah, window shopping, hangging dan makan-makan. Seolah-olah rakyat tidak terhimpit dengan inflasi atau negara bakal menuju stagflasi. Adakah kerajaan telah benar-benar berjaya mengeluarkan dan mensifarkan kelompok miskin bandar di Malaysia? Kemudian, saya dapat SMS daripada Harakah mengatakan hampir 700 pasukan Unit Amal mengundurkan diri dari himpunan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan pengisian himpunan pada awal petang itu.

Saya terus sedih! Jauh hati saya terus benci sekiranya puak-puak BN tersenyum dan melonjak-lonjak gembiran mendengar berita ini. Saya terus buat keputusan untuk tidak menyertai langsung perhimpunan ini.

Pada 7hb Julai, saya sempat menonton berita jam 1.30 petang TV3. Sekadar nak melihat reaksi kerajaan. Apa yang saya dapat bukan reaksi kemarahan atau terkilan daripada kerajaan, malah saya hanya mendengar komen-komen sinis dan pedas. Antaranya, persembahan music band yang dikatakan terlampau dengan lirik lucah ‘menjilat’ dan aksi melondehkan seluar. Isu tindakan Unit Amal memboikot dan TV3 menggambarkan Himpunan Protes Sejuta Rakyat bertukar menjadi Karnival Protes ala Jom Heboh!

Saya tidak mempertikaikan keputusan syura yang bertanggungjawab dalam menganjurkan himpunan ini. Cuma, saya sekadar mengharapkan political experiments ini akan menjadi satu proses kematangan dalam usaha merajai sfera politik di negara Malaysia. Akhir sekali, maafkan saya kerana tidak menghadirkan diri..

Thursday, July 3, 2008

TUDUHAN SODOMI ITU TERLALU BERAT!

Ini bukan hanya mainan politik. Ini bukan konspirasi terpimpin. Ini bukan reverse psychology.

Ini adalah satu tuduhan berat. Saya tidak berasa terlalu kaget meskipun saya menerima sms dari rakan politik yang mengatakan mungkinkah peristiwa 1998 berulang. Saya cuba memikirkan tuduhan sodomi ke atas DSAI. Apakah logiknya pertuduhan ini dibuat sedangkan Malaysia pada hari ini ke arah membelasungkawakan UMNO dan BN.

Apakah mungkin tuduhan yang sama ke atas DSAI yang dulunya gagal kini akan menjadi? Adakah ini cantas politik yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu terhadap DSAI dan seterusnya melumpuhkan Pakatan Rakyat ke Putrajaya?

Atau, adakah ini konspirasi terancang menutup ruang untuk DS Najib Tun Razak men'jatuh'kan DS Abdullah Ahmad Badawi sebelum Pemilihan Agong UMNO pada Disember tahun ini? Ditambah pula kesenakan perut DS Najib Tun Razak dengan tumbukan-tumbukan sinis ‘Atlantuya’ terhadapnya dan isterinya, Datin Rosmah?

Sungguh mengasyikkan politik kurun ini!

Namun begitu, saya tidak mahu jump into the speculations by the speculators.

Apa yang lebih penting adalah bagaimana kes ini akan berakhir.

Pertama, kes TUDUHAN SODOMI adalah tuduhan yang membabitkan maruah seseorang. Dalam Islam, ia benar-benar dititikberatkan kerana menjaga maruah dan keturunan adalah diantara prioriti yang utama. Oleh sebab itu, Allah SWT betul-betul meletakkan hukum yang cermat dan adil.

Kedua, kes TUDUHAN SODOMI ini mesti diselesaikan dengan cara pengakuan dan penyaksian serta bukti kukuh dan tidak diragui.

Adakah DSAI mengaku beliau meliwat Saudara Saiful ini?

Jika, DSAI mengaku tidak bersalah, maka tanggungjawab terletak di atas bahu Saiful dan peguamnya untuk membuktikan dengan sebenar-benarnya kes liwat ini berlaku termasuklah saksi, alibi dan bukti.

Jika Peguam yang mewakili Saiful gagal mengheret DSAI sebagai pesalah maka apakah hukuman yang menanti Saudara Saiful di dunia dan lebih-lebih lagi diakhirat?

Hajat Seorang Ayah Tak Tercapai

Lebih kurang pada pukul 1 petang (hari ini : 3hb July 2008), saya mendapat sms daripada harakah mengatakan bahawa anak seorang tahanan ISA sedang nazak kerana anak tersebut terjatuh dirumahnya pada 2hb July 2008. Anak tersebut terlantar di Wad Blok A , Tingkat 3, Hsopital Kajang.

Kemudian, lebih kurang pada pukul 6.50 petang, hari yang sama, saya mendapat sms daripada En.Lutfi Othman (Ketua Pengarang Harakah) yang mengatakan anak tersebut meninggal dunia.

Lebih menyayat hati, ayahnya masih belum bertemu dengan anaknya. Dikatakan ayahnya masih lagi dalam perjalanan dari Kem Tahanan Kamunting.

Inilah kejamnya ISA! Memisahkan orang yang tidak berdosa daripada kasih ayahnya. Adakah ayahnya bersalah? Jawapannya, masih belum dibuktikan lagi!

Kerajaan sungguh ZALIM! Tiada kata yang lebih baik kepada kerajaan melainkan PALING ZALIM!

Moga ruh Adik Aina Mardhiah Shahrial dirahmati Allah dan Allah tempatkannya bersama ruh para syuhada'. Moga seluruh ahli, kaum kerabat dan seluruh pencinta keadilan dan kebenaran mendapat pertolongan dari arwah. AL-FATIHAH

TAKBIR!!!

Tutup..Tutup..Tutup...Kem Tahanan Kamunting!

Mansuh...Mansuh...Mansuh..ISA!!

Dulu Lain, Sekarang Lain...


Dulu Gaji Dibayar Sebulan Sekali...


Kemudian Gaji Dibayar Dua Kali Sebulan...


Sekarang,


Gaji Dibayar Sebulan Sekali...


Kerajaan Peka Kehendak Rakyat


ATAU


Kerajaan Tidak Bijak Membuat Polisi dan Keputusan?!


Teruskan Jika Mahu Rebah!

Tuesday, July 1, 2008

Antara Modal Insan dan Peningkatan Jenayah di Malaysia?

Apa sudah jadi YAB PM?

Adakah kerajaan BERJAYA membina modal insan atau GAGAL menangani insan-insan dari terlibat dari jenayah?

Semalam (26hb Jun 2008), YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan peruntukan yang telah digunakan sebanyak 19.4 % atau RM 8.8 bilion dalam tempoh 2006-2007 untuk memacu teras kedua Rancangan Malaysia KeSembilan (RMK9). Manakala sebanyak 35.8 bilion akan dibelanjakan bagi tempoh 2008 hingga 2010. Acap kali Perdana Menteri melaung-laungkan agenda pembinaan modal insan bagi mencapai taraf kualiti rakyat dari aspek minda, peribadi dan rohani.

Strategi-strategi yang digariskan untuk mencapai teras tersebut membayangkan kerajaan ingin melahirkan manusia yang mempunyai ilmu yang tinggi melalui koridor pendidikan yang sistematik bermula dari peringkat rendah, menengah dan tertiari. Tidak cukup sekadar itu, kerajaan mewajibkan para remaja mengikuti Program Latihan Khidmat Negara yang dikatakan seramai 195,000 peserta telah mendapat manfaat daripada program tersebut. Disamping program-program Biro Tatanegara juga disusun bagi meningkatkan semangat kekitaan, toleransi dan patriotik dalam diri masyarakat. Agenda ini digarap khusus dalam pembentukan jatidiri masyarakat terutamanya golongan-golongan muda yang akan mewarisi negara pada masa akan datang.

baca lagi artikel penulis di sini

Siapa Saiful Bahari...

Pendedahan Eksklusif...

Memang seekor MUSANG! Telahan awal yang dibuat oleh saya dan rakan-rakan lain tidak salah dan sama sekali BENAR. Kehadirannya di tengah-tengah bahang kempen pilihanraya umum ke-12 Mac lalu, memang memusykilkan saya dan teman-teman, yang mengenali siapa dia Saiful Bukhari. Posting seorang teman blogger dan juga sekampus, Najwan mengenai musang ini memang menepati ramalan. Musang ini akan membawa kemusnahan. Tetapi dalam kes ini, musang ini tidak hanya menggali kubur mangsanya tetapi kuburnya sekali.

baca lagi