Saya baru post entri terbaru pagi tadi berkenaan dengan Saudara Ezam. Then, bila saya lunch bersama rakan-rakan PSM di Hulu Kelang, saya terfikir-fikir beberapa telahan untuk Saudara Ezam.
Saya fikir kemasukan Ezam ke dalam UMNO mengubat hati pejuang-pejuang UMNO setelah dua gergasi veteran UMNO - Tun dan Tan Sri Sanusi - mengisytiharkan diri keluar dari lubuk UMNO. Harakah terbaru yang saya sempat baca tadi juga melaporkan Tan Sri memujuk orang-orang UMNO untuk keluar parti itu. Mungkin juga pengubat atau mungkin juga derita yang akan dialami oleh pemuda-pemuda UMNO yang lama menunggu saat ke puncak kuasa. Kemasukan Ezam memaknakan kekuatan baru untuk Pemuda UMNO. Adakah Ezam akan bertanding dalam Pemilihan Pemuda UMNO nanti, sama-sama kita tunggu.
Penyertaan semula ini mungkin juga disebabkan oleh MCAC - Malaysian Commission on Anti Corruption. Reformasi kedua Pak Lah selepas mereformasikan badan kehakiman yang masih lagi belum masak sepenuhnya. Mesti wujud win-win situation dalam isu ini. Agak payah akal saya ingin menduga kemasukan Ezam itu tanpa ada sebarang sebab atau tawaran yang kukuh. Setakat ini saya perhatikan adalah kerana MCAC. Mungkin komitmen Ezam di dalam GERAK melayakkan beliau memegang jawatan penting di dalam MCAC seterusnya mengetuai suruhanjaya tersebut. Apa yang lebih penting dari itu, mengheret ikan-ikan jerung dalam UMNO ke muka pengadilan jika terlibat dengan rasuah. Ezam boleh tanya Chegu Bard mengenai maklumat-maklumat yang Chegu Bard perolehi ketika mana beliau membentangkan maklumat tersebut kepada audiens (rakyat Rembau) sebelum PRU ke-12 yang lalu.
Kemudian, saya memerhatikan diantara tokoh PKR yang agak lantang mengkritik amalan DSAI di dalam PKR adalah Saudara Ezam. Sejak beliau dalam PKR lagi dengar-dengar cerita Ezam kurang senang dengan agenda 'peribadi' di dalam parti tersebut. Tambahan pula, ada beberapa pemimpin yang sentiasa duduk di bawah 'ketiak' DSAI. Maka, dengan kemasukan Ezam di dalam UMNO mungkin boleh menambahkan lagi kekuatan UMNO menghalang serangan bertubi-tubi DSAI. Setakat ni yang lantang bersuara menghentam DSAI adalah KJ.
Adakah Ezam akan cuba menarik beberapa orang kuatnya lagi menyertai UMNO?
Dalam sibuk-sibuk DSAI dan Azmin mengatakan labih kurang 14 orang Ahli Parlimen menyertai PR, lebih baik juga PR berhati-hati agar pemimpin-pemimpin kanan parti komponen PR supaya mereka ini pula tidak lompat ke UMNO.
Berjuanglah dengan prinsip yang tegas. Jangan berjuang kerana kepentingan peribadi dan hawa nafsu semata-mata.
Thursday, May 29, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment