Thursday, May 29, 2008

Akhirnya Ezam Memilih UMNO Jua..

Saya masih ingat ketika sahabat saya (kini pemimpin utama GERAK) menjemput saya dan rakan-rakan untuk bertemu Saudara Ezam di Kelana Jaya. Beliau menjemput wakil-wakil mahasiswa untuk berkongsi pengalaman beliau serta agenda terkini GERAK pada waktu itu.

Saya juga tidak meyangkal bahawa pertemuan itu juga akhirnya membuahkan idea baru iaitu GERAK Mahasiswa. Sayap GERAK untuk meluaskan pengaruh dan kefahaman mengenai bahaya rasuah dan korupsi yang berlaku baik di negara kita mahupun diperingkat mahasiswa sendiri. Kini sayap GERAK juga diterajui oleh sahabat saya di UIAM.

Apa yang mengejutkan saya, ketika pertemuan itu beliau memang dengan tegas mengatakan bahawa mungkin dalam satu atau dua tahun ini beliau tidak akan menyertai semula politik dan cukup untuk bergerak di bawah platform GERAK.

Diambang-ambang Pilihan Raya Umum ke-12 memang ada khabar-khabar angin yang Ezam akan menyertai politik dan bertanding dalam pilihan raya. Namun, kecenderungan saya adalah samada Ezam akan menyertai semula PKR atau lebih hebat lagi menyertai PAS. PAS pernah menjemput Ezam untuk bertanding dalam pilihan raya yang lalu (saya rasa). Tapi beliau belum bersedia.

Dan akhirnya, beliau memilih UMNO kerana angin perubahan yang dibawa oleh Pak Lah dan konco-konconya untuk membanteras rasuah lebih agresif lagi. Maka, dengan sebab itu Ezam menyertai UMNO.

Walaupun beliau tahu, azam yang sama juga pernah disuarakan oleh Pak Lah pra Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu namun hasilnya hampeh hingga ke hari ini. Laungan Dato' Seri Rais Yatim langsung tidak bersahut! Mungkin ini ada pembaharuannya? Kenapa Ezam tidak memilih PAS yang sentiasa memperjuangkan agenda perang terhadap rasuah sejak dulu lagi dan belum pernah kita dengar Kerajaan PAS selama 18 tahun dipalit dengan najis rasuah!

Soal strategi mungkin? Orang kata ahli-ahli politik yang hebat mempunyai strategi dan taktikal politik yang memukau. Walau bagaimana sekalipun, kita harap kesudahan Ezam di dalam UMNO akan berakhir dengan husnul khatimah.

Saya tidak berani komen terlalu banyak soal perjuangan ikhlas ataupun sebaliknya. Kerana, perjuangan Islam ini banyak pantang larangnya. Hanya Allah yang memilih mereka yang layak digelar Ansarullah..Moga kita semua mati dalam perjuangan Islam ini.

4 comments:

kinawa said...

Kenapa Ezam tidak memilih PAS yang sentiasa memperjuangkan rasuah sejak dulu lagi dan belum pernah kita dengar Kerajaan PAS selama 18 tahun dipalit dengan najis rasuah!

quote : ".. sentiasa memperjuangkan rasuah.."

kurang sesuai, mungkin bleh diubah sdikit strukturnya

- mujahid

Mior Isfandy Mior Azizan said...

Terima kasih akhi Mujahid.Saya terlepas pandang words tu.

Saya akan ubah..Syukran

BiHuBbiK Ya NuR said...

salam, ust mior..ana nak kongsi tips sikit.. ana pernah ditegur oleh s'orang penulis yg bagus pd hemat ana yakni "untuk menghasilkan sbuah penulisan yang matang kena elak guna perkataan2 yg boleh melemahkan nilai sesebuah tulisan..cth : rasanya, agaknya, harus dan sebagainya. Walau bagaimanapun tidak dinafikan pada sestngh tempt dalam penulisan kita memerlukan perkataan2 itu. dikala perkataan itu dapat mengangkat kualiti tulisan, maka ya silakan untuk gunakan perkataan2 seumpama itu...syukran..

Faridzul Nasaruddin said...

Assalamualaikum... :)