Maka heboh seluruh negara dengan berita yang mengemparkan bagi sesetengah orang. Begitulah bertalu-talu beberapa kenalan yang mengirim SMS sebaik sebelum dan selepas zohor tadi.
Namun, bagi IB, sememangnya berita seperti ini sudah dijangkakan dan hanya menunggu masanya diumumkan. Secara tradisi, itulah budaya rasmi UMNO. Keluarnya Mahathir dari menjadi ahli UMNO selepas tidak lagi menjadi Presiden parti ialah sekadar melengkapkan tradisi parti yang pernah dipimpinnya lebih 22 tahun.
Kesemua Presiden UMNO sebelum ini, akan menentang partinya sendiri selepas tidak lagi memegang kedudukan nombor 1 dalam parti. Kesemua … kecuali yang meninggal dalam jawatan seperti Razak Hussein.
Onn Jaafar keluar dan tubuh parti baru serta bertanding menentang UMNO/Perikatan. Tengku Abdul Rahman bersama Hussien Onn berganding tenaga menentang Mahathir memberi sokongan kepada Semangat 46 dan Angkatan Perpaduan Ummah.
Kini, Mahathir hanya sekadar melengkapkan tradisi parti supaya terpahat dalam sejarah parti yang sudah goyah itu. Orang yang paling lama berkuasa dalam parti pun tetap menentang parti.
Itulah tradisi UMNO. Sekadar mengingatkan ahli-ahli UMNO yang muda dan tidak tahu sejarah parti (peringatan baik untuk Hishamuddin - ayahnya dan datuknya sendiri keluar parti dan tentang UMNO!).
Baca lagi mengenai Tun di Blog Ibrahim Baba
sumber : ibrahimbaba.wordpress.com
Tuesday, May 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment