Saturday, May 31, 2008

Razaleigh to Ezam: Welcome back!


Source : NST , 31st May 2008


KOTA BARU: The decision by former Parti Keadilan Rakyat Youth chief Mohamad Ezam Mohd Nor to rejoin Umno has received top marks from Umno supreme council member Tengku Razaleigh Hamzah.

"He can be an example to others and at the same time, help attract more younger people to the party."For me, not only Mohamad Ezam can join Umno, but everyone with good knowledge and experience. "They can contribute to the party as well as the country," he said after launching Kelantan Tomoi Association at Kampung Kedai Buluh here, yesterday.Tengku Razaleigh said it was important for Umno to have such an experienced person to help the party regain the public's trust.

Mohamad Ezam, who was expelled from Umno in 1998 for his criticism of the party leadership under Tun Dr Mahathir Mohamad, applied to rejoin Umno on Wednesday. Tengku Razaleigh, who is also Gua Musang MP, said he would stand by his decision to contest the Umno presidency at the party's general assembly in December.
"I am willing to contest because I want to contribute to the party and the country," he added. He held a meeting with 46 of the 102 Pengkalan Chepa Umno branch chiefs and briefed them on current issues and problems facing the party.

Thursday, May 29, 2008

Sisi Mana Ezam Dalam UMNO?

Saya baru post entri terbaru pagi tadi berkenaan dengan Saudara Ezam. Then, bila saya lunch bersama rakan-rakan PSM di Hulu Kelang, saya terfikir-fikir beberapa telahan untuk Saudara Ezam.

Saya fikir kemasukan Ezam ke dalam UMNO mengubat hati pejuang-pejuang UMNO setelah dua gergasi veteran UMNO - Tun dan Tan Sri Sanusi - mengisytiharkan diri keluar dari lubuk UMNO. Harakah terbaru yang saya sempat baca tadi juga melaporkan Tan Sri memujuk orang-orang UMNO untuk keluar parti itu. Mungkin juga pengubat atau mungkin juga derita yang akan dialami oleh pemuda-pemuda UMNO yang lama menunggu saat ke puncak kuasa. Kemasukan Ezam memaknakan kekuatan baru untuk Pemuda UMNO. Adakah Ezam akan bertanding dalam Pemilihan Pemuda UMNO nanti, sama-sama kita tunggu.

Penyertaan semula ini mungkin juga disebabkan oleh MCAC - Malaysian Commission on Anti Corruption. Reformasi kedua Pak Lah selepas mereformasikan badan kehakiman yang masih lagi belum masak sepenuhnya. Mesti wujud win-win situation dalam isu ini. Agak payah akal saya ingin menduga kemasukan Ezam itu tanpa ada sebarang sebab atau tawaran yang kukuh. Setakat ini saya perhatikan adalah kerana MCAC. Mungkin komitmen Ezam di dalam GERAK melayakkan beliau memegang jawatan penting di dalam MCAC seterusnya mengetuai suruhanjaya tersebut. Apa yang lebih penting dari itu, mengheret ikan-ikan jerung dalam UMNO ke muka pengadilan jika terlibat dengan rasuah. Ezam boleh tanya Chegu Bard mengenai maklumat-maklumat yang Chegu Bard perolehi ketika mana beliau membentangkan maklumat tersebut kepada audiens (rakyat Rembau) sebelum PRU ke-12 yang lalu.

Kemudian, saya memerhatikan diantara tokoh PKR yang agak lantang mengkritik amalan DSAI di dalam PKR adalah Saudara Ezam. Sejak beliau dalam PKR lagi dengar-dengar cerita Ezam kurang senang dengan agenda 'peribadi' di dalam parti tersebut. Tambahan pula, ada beberapa pemimpin yang sentiasa duduk di bawah 'ketiak' DSAI. Maka, dengan kemasukan Ezam di dalam UMNO mungkin boleh menambahkan lagi kekuatan UMNO menghalang serangan bertubi-tubi DSAI. Setakat ni yang lantang bersuara menghentam DSAI adalah KJ.

Adakah Ezam akan cuba menarik beberapa orang kuatnya lagi menyertai UMNO?

Dalam sibuk-sibuk DSAI dan Azmin mengatakan labih kurang 14 orang Ahli Parlimen menyertai PR, lebih baik juga PR berhati-hati agar pemimpin-pemimpin kanan parti komponen PR supaya mereka ini pula tidak lompat ke UMNO.

Berjuanglah dengan prinsip yang tegas. Jangan berjuang kerana kepentingan peribadi dan hawa nafsu semata-mata.

Akhirnya Ezam Memilih UMNO Jua..

Saya masih ingat ketika sahabat saya (kini pemimpin utama GERAK) menjemput saya dan rakan-rakan untuk bertemu Saudara Ezam di Kelana Jaya. Beliau menjemput wakil-wakil mahasiswa untuk berkongsi pengalaman beliau serta agenda terkini GERAK pada waktu itu.

Saya juga tidak meyangkal bahawa pertemuan itu juga akhirnya membuahkan idea baru iaitu GERAK Mahasiswa. Sayap GERAK untuk meluaskan pengaruh dan kefahaman mengenai bahaya rasuah dan korupsi yang berlaku baik di negara kita mahupun diperingkat mahasiswa sendiri. Kini sayap GERAK juga diterajui oleh sahabat saya di UIAM.

Apa yang mengejutkan saya, ketika pertemuan itu beliau memang dengan tegas mengatakan bahawa mungkin dalam satu atau dua tahun ini beliau tidak akan menyertai semula politik dan cukup untuk bergerak di bawah platform GERAK.

Diambang-ambang Pilihan Raya Umum ke-12 memang ada khabar-khabar angin yang Ezam akan menyertai politik dan bertanding dalam pilihan raya. Namun, kecenderungan saya adalah samada Ezam akan menyertai semula PKR atau lebih hebat lagi menyertai PAS. PAS pernah menjemput Ezam untuk bertanding dalam pilihan raya yang lalu (saya rasa). Tapi beliau belum bersedia.

Dan akhirnya, beliau memilih UMNO kerana angin perubahan yang dibawa oleh Pak Lah dan konco-konconya untuk membanteras rasuah lebih agresif lagi. Maka, dengan sebab itu Ezam menyertai UMNO.

Walaupun beliau tahu, azam yang sama juga pernah disuarakan oleh Pak Lah pra Pilihan Raya Umum ke-11 yang lalu namun hasilnya hampeh hingga ke hari ini. Laungan Dato' Seri Rais Yatim langsung tidak bersahut! Mungkin ini ada pembaharuannya? Kenapa Ezam tidak memilih PAS yang sentiasa memperjuangkan agenda perang terhadap rasuah sejak dulu lagi dan belum pernah kita dengar Kerajaan PAS selama 18 tahun dipalit dengan najis rasuah!

Soal strategi mungkin? Orang kata ahli-ahli politik yang hebat mempunyai strategi dan taktikal politik yang memukau. Walau bagaimana sekalipun, kita harap kesudahan Ezam di dalam UMNO akan berakhir dengan husnul khatimah.

Saya tidak berani komen terlalu banyak soal perjuangan ikhlas ataupun sebaliknya. Kerana, perjuangan Islam ini banyak pantang larangnya. Hanya Allah yang memilih mereka yang layak digelar Ansarullah..Moga kita semua mati dalam perjuangan Islam ini.

Thursday, May 22, 2008

TAN SRI RASHID WAJAR DIPECAT! YANG LAIN PERLU LETAK JAWATAN!



Koalisi yang menggabungkan parti-parti politik, aktivis dan NGO-NGO atau BERSIH telah menyarankan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya bagi memastikan tunjang demokrasi di Malaysia melalui pilihan raya dapat berjalan dengan telus dan adil. SPR pernah menempelak pelanggan-pelanggan yang setia dengan mereka selama 11 penggal terutamanya PAS kerana didakwa tidak mempunyai bukti untuk memperlekehkan dan menjatuhkan kredibiliti SPR. Walaubagaimanapun, sekurang-kurangnya ada empat tuntutan yang diutarakan oleh BERSIH supaya SPR benar-benar respon demi mengangkat martabat Malaysia dari sebuah negara yang agak Pseudo Demokrasi pada amalannya kepada sebuah demokrasi yang tulen.

Satu perkara yang agak panas dibincangkan sehingga ke hari ini dan BERSIH telah membuat satu laporan polis kepada empat individu utama dalam negara kita baru-baru ini. Isu kontroversi yang tercetus ekoran dari pembatalan dakwat kekal ketika empat hari sebelum Pilihan Raya Umum ke-12 berlangsung. Secara peribadi, saya merasakan penggunaan dakwat kekal diantara sebab yang paling penting untuk menjatuhkan rejim BN pada kali ini. Ini kerana untuk mengundi tidak dapat tidak perlu ada individu yang akan memangkah dan membuat perubahan dalam sesuatu pilihan raya. Walaupun lebih satu undi, ia tetap menang. Justeru, dengan menggunakan dakwat kekal ia mampu mengelakkan berlakunya multiple voting and phantom voters. Dakwat kekal ini juga telah diaplikasikan di India sejak 1962 dan diikuti oleh beberapa negara membangun seperti Turki, Pakistan dan Afghanistan.

Sepertimana yang kita maklum, Pengerusi SPR sendiri secara terbuka dan rasmi memutuskan bahawa SPR akan menggunakan tanda dakwat di kuku atau jari tangan pada pilihan raya umum akan datang. (13 Ogos 2007 – Utusan Malaysia). Sebelum itu juga, pihak SPR telah menunjukkan isyarat yang positif mengenainya tetapi terdapat dua perkara yang perlu diperhatikan iaitu, keperluan untuk meminda Peraturan-Peraturan Pilihan Raya 1981 dan kajian terhadap dakwat itu sendiri.

Apa yang menariknya dalam banyak-banyak perkara yang melibatkan hukum, SPR merujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai permohonan untuk mendapatkan kelulusan MFK agar dakwat yang digunakan ini telap air dan tidak menghalang solat seseorang Muslim tersebut. MFK dengan kerjasama sepasukan pakar dari Jabatan Kimia dan Bahagian Proses, UKM mendapati bahawa dakwat ini tidak mengandungi unsur najis dan telap air. Maka hukumnya sah di sisi syarak. Hebatnya SPR, sebelum membuat sesuatu tindakan dirujuk terlebih dahulu kepada alim ulama’.

Penggunaan dakwat kekal ini pernah dirakamkan di dalam persidangan Dewan Rakyat pada 5 September 2007. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu mengatakan bahawa penggunaan dakwat ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi tahap keyakinan. Maka, tindakan dan ucapan yang keluar daripada mereka yang berautoriti ini telah membuakkan satu keyakinan khususnya kepada parti pembangkang dan rakyat bahawa PRU pada kali ini adalah yang paling bersih dan adil dalam sejarah. Difahamkan sebanyak 30, 000 botol dakwat telah dibeli dan menelan belanja melebihi RM 1 juta.

Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah pernah mengatakan bahawa SPR mempunyai kuasa untuk membuat pindaan kepada Peraturan-Peraturan Pilihan Raya Umum 1981 dan tidak perlu dibentangkan di Parlimen kerana ia bukanlah satu Akta. Perkara yang sama pernah diingatkan oleh Pengerusi MAFREL, Abdul Malek Hussin supaya isu penggunaan dakwat kekal ini mestilah digazetkan untuk mengelakkan pengundi mencabar hak mereka di mahkamah.

Kemudian, hendak dijadikan satu sandiwara yang menarik, maka Pengerusi SPR membatalkan penggunaan dakwat itu empat hari sebelum hari mengundi kerana dua sebab. Pertama kerana keselamatan negara dan kedua kerana Perlembagaan Persekutuan. Soal keselamatan negara ini ditimbulkan kerana terdapat satu unsur sabotaj yang dilakukan oleh beberapa pihak untuk menimbulkan keraguan dikalangan ejen-ejen calon dan petugas SPR mengenai status pengundi itu. Ketua Polis Negara pula mengatakan bahawa pihak polis sedang menjalankan siasatan terhadap empat kes yang melibatkan empat individu yang berlainan. Dua kes berlaku di Perlis, dan yang lainnya berlaku di Kelantan dan Kedah.

Pengerusi SPR dan Peguam Negara juga mendakwa bahawa penggunaan dakwat ini bercanggah dengan Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan. Barulah mereka sedar bahawa mengundi adalah hak asasi bagi seseorang pemilih yang telah berdaftar. Jawapan yang mudah dari mulut Pengerusi SPR adalah overlooked! Maka kalau betul-betul ingin melaksanakannya ahli-ahli Parlimen perlu pinda perlembagaan.

Ini yang menarik untuk diperhalusi. Pertamanya, ucapan yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri danlam Parlimen 14hb Mei yang lalu. Beliau berkata, “sebanyak tiga laporan polis diterima dan tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 511, Kanun Keseksaan”. Hasil dari siasatan polis tiada sebarang tangkapan dibuat dan Peguam Negara mengarahkan untuk menutup kes. Beliau juga tidak mempunyai nama siapakah yang membuat laporan polis tersebut. Jika benar sepertimana yang didakwa kenapa dengan mudah SPR dan KPN membatalkan kaedah ini tanpa penyiasatan yang rapi dan tiada sebarang tangkapan reman yang dibuat dan tidak ada langsung pendedahan mereka yang ditangkap dan sebagainya. Kalau benarlah ia satu tindakan yang boleh menghuru harakan negara, kenapa tak ditangkap dan dihumban sahaja dalam ISA. Sedangkan ramai lagi di dalam ISA ditangkap kerana didapati terlibat dengan JI dan DI tidak dibicarakan dan meskipun tahanan sendiri mengaku bahawa mereka tidak terlibat! Apatah lagi sebarang bukti pun tidak ada!

Nak dicantikkan lagi drama ini, maka berlakulah insiden simbahan cat di rumah Pengerusi SPR sehari selepas pengumuman pembatalan itu dibuat. Dikatakannya sebagai tanda protes pihak-pihak terbabit! Tetapi siapakah mereka? Adakah tuduhan ini tuduhan malafide?!

Maka, berkatalah Tan Sri Rashid di sebuah program di UIAM pada 17 Mei yang lalu, “Saya belum menyatakan bahawa yang sebenarnya terjadi ialah kabinet telah menolak cadangan kami untuk memperkenalkan dakwat kekal pada 13 Februari, hari Parlimen dibubarkan”. Kenyataan ini jelas kontra dengan alasan pembatalan dakwat kekal. Maka, dipersoalkanlah adakah semua alasan pembatalan tersebut adalah benar? Jika tidak ternyata Pengerusi SPR, Peguam Negara dan KPN adalah kambing hitam dalam rancangan jahat kerajaan!

Maka, saya cadangkan jika benar Pengerusi SPR ingin membongkar isu ini, maka saman pihak kerajaan! Dan jika kenyataan Rashid di UIA ini salah maka kerajaan hari ini pecat sahaja beliau! Yang penting apa yang pihak Pakatan Rakyat dan rakyat nampak adalah ini satu komplot jahat melacurkan demokrasi di negara kita. Maka semua pihak mestilah mendesak Pak Lah, KPN, Peguam Negara dan lebih-lebih lagi Rashid LETAK JAWATAN! Ini jelas, bahawa SPR memang tidak adil, telus dan bersih!




Tuesday, May 20, 2008

Pengumuman Keluar Dari UMNO

Hari ini, Mei 19, 2008 saya mengumumkan keputusan saya untuk keluar daripada UMNO. Isteri saya turut bersama.

Keputusan ini dibuat kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuh 62 tahun dahulu yang berjuang untuk bangsa Melayu, Agama Islam dan Negara Malaysia (Malaya); UMNO yang menggagalkan Malayan Union, memperjuangkan kemerdekaan Malaya dan Malaysia dan membangunkan Malaysia sehingga menjadi Negara yang termaju di antara Negara membangun di dunia.

UMNO yang ada sekarang hanya wujud untuk menyokong Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, keluarganya dan tindakan serta dasar yang tidak secocok dengan kepentingan bangsa, agama dan negara.Kepimpinan Dato Seri Abdullah jelas membawa kekalahan dan bencana kepada Barisan Nasional, UMNO, MCA, MIC, Gerakan dan PPP. Kemenangan UMNO di Sabah dan BN di Sarawak bukan kerana kepimpinan Dato Seri Abdullah.

Saya akan jelas satu persatu dasar-dasar dan tindakan Dato Seri Abdullah yang menjadikan Kerajaan pimpinannya dan parti BN dibenci oleh ahli-ahli parti komponen sendiri.Walaupun sebelum perisytiharan ini saya adalah ahli UMNO tetapi sebenarnya selepas saya letak jawatan sebagai Perdana Menteri saya tidak dilayan sebagai ahli UMNO.

Saya tidak dibenarkan berjumpa ahli UMNO dan ahli UMNO tidak dibenarkan hadir apa-apa perhimpunan di mana saya dijemput sebagai jurucakap atau penyampai ucapan. Menteri-Menteri yang dahulu berada dalam Kabinet saya tidak dibenarkan atau tidak berani atau tidak mahu jumpa saya lagi.

Jemputan oleh UMNO dan bukan UMNO kepada saya diarah ditarik balik oleh Mneteri Besar dan Polis.Ramai pemimpin UMNO melepaskan kata-kata kesat kepada saya dan ada yang menyuruh saya keluar daripada UMNO walaupun mereka baru sahaja masuk UMNO. Tidak ada pemimpin UMNO yang pertahankan saya secara terbuka.Wakil ke Perhimpunan Agong tidak dibenarkan menyuara pendapat mereka. Mulut semua orang ditutup.Yang didengar hanyalah media arus perdana yang memuji Dato Seri Abdullah sehingga dia percaya dia begitu popular dan akan sapu bersih parti lawan dalam pilihanraya umum ke-12.

Hasilnya ialah kekalahan yang teruk bagi Barisan Nasional. Malangnya mesej yang hendak disampaikan oleh pengundi dan penyokong BN tidak dapat difahami oleh Dato Seri Abdullah.Dia masih berkata dia menang. Ini sukar diterima oleh orang Kedah, orang Pulau Pinang, orang Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan.

Oleh kerana Dato Seri Abdullah buta mata dan pekak telinga dan tidak faham mesej ahli BN, oleh kerana ahli UMNO pun turut bersama, oleh kerana proses demokrasi tidak berjalan, oleh kerana UMNO yang ada sekarang bukan lagi UMNO yang ditubuhkan 62 tahun dahulu, saya berpendapat penyertaan saya sebagai ahli UMNO tidak bermakna dan tidak berguna lagi.

Justeru itu saya ingin umumkan bahawa saya sudah keluar daripada UMNO.Saya ingin tegaskan bahawa saya bebas dan tidak menyokong mana-mana parti lawan.Saya akan pohon untuk masuk UMNO apabila Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi sudah berhenti daripada menjadi Presiden UMNO, Pengerusi BN dan Perdana Menteri Malaysia.

Dr Mahathir bin Mohamad (bekas ahli UMNO No 1)
Dr Siti Hasmah binti Mohd Ali (bekas ahli UMNO No 2)

Mahathir Hanya Melengkapkan Tradisi

Maka heboh seluruh negara dengan berita yang mengemparkan bagi sesetengah orang. Begitulah bertalu-talu beberapa kenalan yang mengirim SMS sebaik sebelum dan selepas zohor tadi.

Namun, bagi IB, sememangnya berita seperti ini sudah dijangkakan dan hanya menunggu masanya diumumkan. Secara tradisi, itulah budaya rasmi UMNO. Keluarnya Mahathir dari menjadi ahli UMNO selepas tidak lagi menjadi Presiden parti ialah sekadar melengkapkan tradisi parti yang pernah dipimpinnya lebih 22 tahun.

Kesemua Presiden UMNO sebelum ini, akan menentang partinya sendiri selepas tidak lagi memegang kedudukan nombor 1 dalam parti. Kesemua … kecuali yang meninggal dalam jawatan seperti Razak Hussein.

Onn Jaafar keluar dan tubuh parti baru serta bertanding menentang UMNO/Perikatan. Tengku Abdul Rahman bersama Hussien Onn berganding tenaga menentang Mahathir memberi sokongan kepada Semangat 46 dan Angkatan Perpaduan Ummah.

Kini, Mahathir hanya sekadar melengkapkan tradisi parti supaya terpahat dalam sejarah parti yang sudah goyah itu. Orang yang paling lama berkuasa dalam parti pun tetap menentang parti.
Itulah tradisi UMNO. Sekadar mengingatkan ahli-ahli UMNO yang muda dan tidak tahu sejarah parti (peringatan baik untuk Hishamuddin - ayahnya dan datuknya sendiri keluar parti dan tentang UMNO!).

Baca lagi mengenai Tun di Blog Ibrahim Baba

sumber : ibrahimbaba.wordpress.com

Tindakan Mahathir bukti Umno tidak layak dipercayai


Harakahdaily Tue May 20, 08 6:18:14 am MYT


Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan keluar dari Umno merupakan satu tindakan yang radikal sekaligus membuktikan betapa Umno kini berada dalam keadaan yang sangat parah, dengan penyakit rasuah, amalan tidak demokratik dan penipuan yang bukan hanya diamalkan dalam pilihan raya malah sesama mereka sendiri di dalam parti.


PAS merasakan tindakan Tun ini turut membuktikan yang Umno sudah tidak layak lagi diberikan kepercayaan untuk menjadi penyelamat negara, bangsa Melayu dan agama Islam. PAS sentiasa tegas dan konsisten dengan Islam sebagai penyelamat kepada bangsa Melayu dan negara seluruhnya.


PAS sentiasa terbuka kepada semua pihak yang bersedia melakukan "islah" atau perubahan sama ada ianya Pakatan Rakyat yang sedia ada atau pihak Umno sendiri yang bersedia melakukan perubahan dengan syarat-syarat berikut:



  • Pihak berkenaan hendaklah mengekalkan kepimpinan Melayu Islam yang baik.

  • Berlaku adil kepada semua rakyat pelbagai kaum dan agama sebagai penyelesaian kepada masalah masyarakat majmuk.

  • Perpaduan Melayu mestilah dipelihara berasaskan Islam manakala perpaduan rakyat pelbagai kaum,dan agama dibentuk berasaskan keadilan dan hak yang adil buat semua.

  • Proses perubahan hendaklah berlaku secara berakhlak, luhur dan berlandaskan etika yang baik.


PAS sangat berpengalaman dalam arus politik negara dalam apa sahaja situasi dan keadaan sejak Merdeka sehinggalah ke hari ini.


PAS pernah memimpin kerajaan negeri, menyertai kerajaan campuran diperingkat pusat, bekerjasama dengan pakatan pembangkang dan malah pernah bersendirian sebagai pembangkang.


PAS akan mengkaji pengalaman ini dari masa ke semasa, bersama Pakatan Rakyat dan jika perlu menegur Pakatan Rakyat disamping memberi perhatian dan mengkaji perubahan yangs edang berlaku dalam Umno pasca pilihan raya, demi menyusun langkah dan strategi yang sebaik-baiknya demi masa depan negara.


Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden PAS

Monday, May 19, 2008

Tun Menghukum Pak Lah Atau Bakal Dihukum?


Berdasarkan pemerhatian saya yang cetek, Tun Dr Mahathir membawa implikasi yang besar selepas beliau membuat keputusan keluar daripada UMNO. Saya juga yakin proksi-proksi Tun Dr Mahathir yang setia dengannya dan perjuangan UMNO akan menuruti langkah beliau. Beliau bukan seorang yang hilang pengaruh tapi beliau masih mempunyai connection yang agak kuat.

Cumanya, saya masih lagi belum nampak kekuatan pemimpin UMNO (proksi Tun Dr Mahathir) yang mempunyai jawatan sebagai Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri dan posisi-posisi yang lain akan bersama dengan beliau. Ini kerana jika ada diantara terutamanya dikalangan legislator ini, maka Barisan Nasional akan semakin tempang dan menunggu lumpuh selepas beberapa Ahli Parlimen BN khususnya di Sabah akan menyertai Pakatan Rakyat. Maka, misi Pakatan Rakyat untuk menerajui negara semakin hampir. Baki lagi, adakah mereka sudah bersedia?

Pengumuman yang dibuat oleh beliau di Alor Setar hari ini (19 Mei) cukup memberikan tamparan dan menggoncang kedudukan Kabinet Anak Beranak dan Ahli Majlis Mesyuarat Tingkat Empat. Saya beranggapan, Tun Dr Mahathir akan berbuat sesuatu semasa Pemilihan Agong UMNO pada hujung tahun ini, namun beliau telah membedil lebih awal lagi. Ini akan membangkitkan semangat ahli-ahli UMNO yang setia dengannya untuk terus mendesak mengadakan Extraordinary General Meeting dalam masa terdekat dan laungan Undur Pak Lah semakin nyaring dan pedas. Cuma, apakah respon Pak Lah dalam hal ini?

Jika andaian yang saya buat, Pak Lah tetap tidak akan berundur dalam masa yang terdekat. Guruh di langit itu tidak semestinya akan menyimbah air dari tempayan. Tindakan Tun hanya melondehkan imej Pak Lah yang sedang ingin diperbaharui. Pak Lah tentunya berjuta-juta kali malu, apabila orang yang mewariskan jawatan PM kepadanya keluar UMNO disebabkan dirinya sendiri. Memang tidak masuk akal! Maka, semangat perpaduan Melayu akan lagi kuat digegarkan. Mungkin stadium-stadium akan ditempah untuk diadakan himpunan raksasa untuk menyampaikan amanat dan pidato perpaduan. Pak Lah dan penasihat-penasihatnya semakin rapi mengatur strategi baru bagi membendung malapetaka ini. Apa lagi yang Pak Lah boleh buat sekiranya Ahli-Ahli Parlimen UMNO atau BN akan beramai-ramai hijrah atau keluar parti? Maka, Kerajaan Persekutuan pula yang akan beralih arah.

Dalam mengombakkan Tsunami Politik Kedua ini, antara DSAI atau Tun yang banyak berperanan. Pak Lah diserang oleh dua horses yang mempunyai pengaruh yang tebal dalam UMNO. Pada masa ini, kita akan dapat saksikan berapa kerat pemimpin UMNO yang benar-benar setia dengan Pak Lah. Mungkin bukan dengan Pak Lah tapi setia dengan harta dan kuasa yang ada pada tangan mereka. Jika DSAI yang dipecat dari UMNO secara terhina pun masih ada yang keluar parti inikan pula Tun yang keluar bukan disebabkan kerana beliau dipecat atau dihina, tapi beliau memaksa Pak Lah letak jawatan kerana kelemahan beliau sendiri. Maka, Pak Lah terhukum dalam hal ini. Ahli-ahli UMNO akan menunding jari kepada Pak Lah kerana menjadi penyebab perpecahan parti. Pak Lah harus ingat, ramai pemimpin UMNO dan BN meletakkan jawatan kerana kelemahan dan prestasi parti dalam PRU yang lalu. Jadi, dalam suasana ini kita dapat lihat, Pak Lah dan kabinet hari ini bersungguh-sungguh membuat pembaharuan selepas PRU dan dalam satu aspek yang lain ramai orang termasuk pembangkang ingin beliau berundur. Jika rakyat menjadi hakim, maka rakyat kena menilai antara ‘keikhlasan’ Pak Lah untuk melakukan reformasi atau memilih desakan terhormat pihak lain untuk beliau berundur demi kesejahteraan rakyat.

Saya juga terfikir samada Tun keluar dari UMNO tanda bermulanya Tun menghukum Pak Lah atau Tun bakal dihukum. Sepertimana yang kita maklum, nama Tun menjadi tumpuan sejak berhasilnya laporan penyiasatan kes pita VK Lingam ini. Tun dan Ku Nan mungkin menunggu saat sahaja untuk diadili dan saya beri jaminan Tun tidak akan berdiam diri dan mungkin banyak lagi kes-kes ‘luar biasa’ akan rakyat ketahui, maka semakin terbongkarlah pekung UMNO dan Barisan Nasional. Memang betul, jika saya tidak silap dengan ayat ini, “Biarlah Tun melihat sendiri kesan pemerintahan diktatornya sebelum Tun dijemput Allah”. UMNO sudah teruk dan tak boleh diperbaiki lagi. Jika umur persaraan adalah 58 tahun, maka UMNO sudah boleh bersara dari arus politik negara. Jika putus haid wanita adalah 50 tahun, maka UMNO telah putus haid dan harus menumpukan setiap inci pergerakkannya kepada Allah semata-mata. Maka, baliklah ke pangkal jalan.

Dalam masa yang sama, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat kena berhati-hati supaya tidak menjadi kancil yang mati di celah-celah pergaduhan gajah. Diharap, pemimpin PR jangan terus terleka dan jangan terlalu agresif merespon perpecahan yang berlaku dalam UMNO sekiranya ada. Jangan biarkan sejarah 1988 berlaku lagi! Apa yang pasti, Pakatan Rakyat kena lebih bersiap sedia segala-galanya untuk diamanahkan dengan tugasan yang baru, insyaAllah.

Dr Mahathir keluar Umno

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir adalah Perdana Menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003. Ini menjadi beliau Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

Dr Mahathir dilahirkan di Alor Star pada 20 Disember 1925. Beliau aktif dalam politik sejak 1954 melalui pembabitan dalam kempen anti-Malaysian Union. Dr Mahathir menyertai Umno apabila parti itu ditubuhkan pada tahun berikutnya (1946). Dalam pilihanraya ketiga pada 1964, Dr Mahathir dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar Selatan.

Bagaimanapun beliau gagal mempertahankan kerusi tersebut pada 1969 dan kalah dengan majoriti 989 kepada calon PAS, Haji Yusoff Rawa. Ekoran peristiwa berdarah pada 13 Mei 1969, Dr Mahathir dipecat dari jawatan ahli Majlis Tertinggi Umno pada 12 Julai tahun berkenaan selepas beliau mengedarkan secara terbuka suratnya kepada Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.Dalam surat tersebut, Dr Mahathir mengkritik cara Tunku mengendalikan pentadbiran negara yang didakwa lebih menguntungkan rakyat keturunan Cina.

Dr Mahathir kemudiannya dipecat dari parti pada 26 September 1969.Ketika itulah Dr Mahathir menulis bukunya yang bertajuk "The Malay Dilemma" di mana beliau cuba menjelaskan punca berlakunya peristiwa berdarah 13 Mei di Kuala Lumpur dan sebab-sebab mengapa orang Melayu ketinggalan di belakang dalam bidang ekonomi dalam negara mereka sendiri. Buku tersebut diterbitkan pada 1970 dan terus diharamkan oleh kerajaan Tunku.

Bagaimanapun, beberapa cadangan dalam buku tersebut telah digunakan oleh Tun Abdul Razak Hussein yang menggantikan Tunku sebagai Perdana Menteri, dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang pada asasnya untuk mengambil langkah ekonomi yang afirmatif bagi menangani jurang perbezaan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu. Pengharaman buku itu kemudiannya ditarik balik selepas Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 1981.

Beliau menyertai semula Umno pada 7 Mac 1972, dan dilantik sebagai Senator pada 1973. Dr Mahathir melepaskan jawatan senator pada 1974 untuk bertanding dalam pilihanraya umum dan menang tanpa bertanding di Parlimen Kubang Pasu, dan seterusnya dilantik sebagai Menteri Pendidikan.

Pada 1975, beliau terpilih sebagai salah seorang naib presiden Umno. Tun Hussein Onn kemudiannya melantik Dr Mahathir sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 15 September 1978, dan dalam rombakan kabinet, turut melantik Dr Mahathir sebagai Menteri Perdagangan dan Industri.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri pada 16 Julai 1981 selepas Tun Hussein Onn melepaskan jawatan Perdana Menteri atas sebab-sebab kesihatan. Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri yang pertama yang bukan dari keluarga bangsawan atau diraja.

Monday, May 12, 2008

Shadow cabinet: Possible PAS ministers

Malaysiakini by Ong Kian Ming and Oon Yeoh

For the last article in our five-part series on the Pakatan Rakyat shadow cabinet, we look at the smallest component party, PAS, which has 23 members of parliament. It will presumably will be given the fewest cabinet positions of the three parties precisely because it is the smallest one. We estimate it'll have between five to seven ministers.

The allocation within PAS is probably the least challenging amongst the three Pakatan parties because it does not have the unique problems that the other two parties have. It doesn't have a large number of incumbent MPs like DAP. Nor does it have to cope with the delicate ethnic balancing act that PKR has to contend with.

At the top of its leadership structure is PAS president Abdul Hadi Awang who recaptured the seat of Marang in the recent election, a seat which he had lost in 2004. It makes sense for him to be given the most senior cabinet position allocated to PAS. The big challenge with Hadi is that his public image and demeanor – which has served him so well within PAS and among rural Malays in the northern states – are also the very things that make it difficult to assign a suitable senior cabinet post for him. For example, his manner of dressing, with his flowing robes and Taliban-styled headgear, would probably not suit him (or Malaysia) well as the foreign minister or tourism minister. It's hard to imagine him as being suitable for any role which requires him to meet with international investors or be seen in an international setting. It simply sends the wrong impression of the country.Based on his education or background, which is religious studies, it's also difficult to identify a cabinet position befitting his senior status. The non-Malays would probably be alarmed if he was made home minister or education minister and nothing in his background suggests he's suitable for finance or defence.

A PAS leader with a greater degree of flexibility when it comes to cabinet positions is PAS deputy president Nasharuddin Mat Isa , who defeated Awang Adek, former Tenaga chairman and Kelantan Menteri Besar designate (if BN had won) in the seat of Bachok. Nasharuddin will likely be allocated a relatively senior cabinet position. We could easily imagine him taking up the education, foreign or works portfolio.

The other PAS MPs who have senior leadership positions include PAS secretary-general Kamaruddin Jaafar (Tumpat), a three-term MP who switched from Umno to PAS in 1999 because of his close association with Anwar Ibrahim;

Youth chief Salahuddin Ayub (Kubang Kerian), a two-term MP;

information chief Mahfuz Omar (Pokok Sena), who won this seat in 1999 but lost it in 2004 because of changes in the boundaries of his constituency;

treasurer Dr Hatta Ramli (Kuala Kerai), a dentist by training who almost won the parliamentary seat of Gombak in 1999 and was shifted to a more winnable seat in Kelantan this time around.

Vice-president Husam Musa and director of elections operations Mustafa Ali are two non-MP but cabinet-quality leaders who could be made senators so that they can be given cabinet positions.

Husam, who at one time was widely touted to take over Nik Aziz Nik Mat as the MB of Kelantan, has hinted that he is willing to take on a more prominent position at the federal level and wants to project a more moderate image of PAS. If Pakatan does form the federal government, do not discount the possibility that Husam might give up his state exco position for a federal position. Mustafa, who lost a state seat in Terengganu in the recent election, is seen as a steady pair of hands, and would undoubtedly be an important asset to PAS at the federal level.

Two potential women MPsFinally, look for one of the two women PAS MPs to be allocated a cabinet position. Dr Siti Maria Mahmud (Kota Raja) and Dr Lo’Lo Mohamad Ghazali (Titiwangsa) have important roles to play within PAS not just because they are female leaders in a party that has a poor public image when it comes to women's rights but also because they are MPs in relatively mixed constituencies. PAS would do well to promote its female MPs in order to present a more modern, mainstream and progressive image of the party. It's worth highlighting that Pakatan in general does not have many female MPs and even fewer who are suited for cabinet positions. DAP has Chong Eng and PKR has Wan Azizah Wan Ismail. It would make sense for PAS to nominate one of its female MPs for at least a deputy minister position.

To recap, we think senior cabinet positions would go to Hadi and Nasharuddin. The next tier would be Kamaruddin, Salahuddin, Mahfuz and Hatta. We anticipate that either Husam or Mustafa might get cabinet positions via the senatorship route. And finally, one of the two female MPs might get a deputy minister position.

Dark horses would be Dr Dzulkefly Ahmad (head of the PAS research centre) and Khalid Abdul Samad (brother of BN’s Shahrir) both of whom have been working hard to build bridges with the non-Muslim community.

Both are first-term MPs and are thus very junior, but like Nasharuddin and Husam, they represent the future of the party because their moderate image makes them more suited as leaders capable of representing all Malaysians.

ONG KIAN MING is a PhD candidate in political science at Duke University and OON YEOH is a writer and new media analyst.

Tuesday, May 6, 2008

Islam Penyelesai Masalah Pekerja - Tuan Guru Nik Aziz


Sumber : Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Hrkh) - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengingatkan semua majikan, Ketua Jabatan dan syarikat supaya melaksanakan peraturan atau budaya kerja berpandukan ajaran Islam bagi mengelakkan pekerja terjerat dengan masalah majikan mendiskriminasi pekerja.


Beliau berkata, semua manusia sama ada mereka yang berjawatan Menteri Besar, Ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan dianggap sebagai pekerja.


Justeru, katanya, majikan perlu memberi gaji atau elaun kepada pekerja mereka selepas selesai melakukan tugasan tanpa sebarang tekanan.


Menurut beliau, cara menyelesaikan masalah pekerja sama ada mereka di kalangan buruh kasar atau pegawai kerajaan, majikan perlu membayar gaji atau elaun mereka setimpal dengan tugasan masing-masing.


Katanya apabila majikan dapat menyelesaikan masalah pekerja mereka akan mendapat pahala, walaupun wang mereka habis dan pahala itu merupakan duit yang digunakan untuk membayar gaji pekerja.


"Cara untuk mendapatkan pahala majikan atau ketua jabatan dan syarikat perlu menyelesaikan masalah pekerja dengan adil," katanya dalam ucapan penutup Perhimpunan Pekerja dan Wacana Kebangsaan 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam baru-baru ini.


Beliau menegaskan bagi menyelesaikan segala masalah gaji atau elaun pekerja tidak ada cara lain yang lebih berkesan selain berpegang pada ajaran Islam.


Tuan Guru Nik Aziz telah memegang jawatan Menteri Besar Kelantan selama lima penggal dan langkah awal yang diambil memberi tambahan gaji kepada pekerja dan cuti dua hari iaitu Jumaat dan Sabtu.


"Tindakan saya memberi cuti dua hari menyebabkan Kerajaan Pusat mendakwa kerajaan Kelantan mengajar rakyatnya pemalas," katanya dalam ucapan penutup.


Bagaimanapun, tambah beliau lama-kelamaan Kerajaan Pusat meniru segala perubahan yang dilakukan oleh Kerajaan Kelantan dengan menambah cuti pekerja sebanyak dua hari.


Begitu juga dengan cuti bersalin dahulu 40 hari menjadi 60 hari dan beliau melahirkan kebimbangan jika cuti bersalin ditambah menjadi 90 hari akan menyebabkan pekerja wanita berhenti kerja.


"Saya bekerja cara saya dan di akhirat pula saya sebagai Ketua Negeri akan dipanggil dahulu oleh Allah bersoal jawab berkenaan dengan rakyat, ekonomi, budaya, sosial negeri Kelantan," jelasnya.


Tambah beliau, jika kerja begini teruk semua manusia berfikir tentang tanggungjawab berhadapan dengan Allah, maka tidak ada orang yang berebut untuk menjadi Menteri Besar.


Menurut beliau, tapi ada yang berebut untuk menjadi Menteri Besar kerana ada benda lain yang menjadi pilihan. - mks.

Saturday, May 3, 2008

Welcome Chedet


Dijemput kepada para pengunjung untuk menela'ah ulasan kata

daripada Tun Dr Mahathir menerusi laman blognya




MAHASISWA DAN PARTISIPASI BERPOLITIK

Disiplin ilmu Sains Politik telah memfokuskan mengenai partisipasi atau penglibatan kelompok manusia di dalam politik. Politik harus dilihat dari sudut yang positif dan pragmatis. Politik bukanlah satu dimensi yang gelap dan tertutup dari kelompok mahasiswa.

Dalam perkara ini, secara ringkas penulis boleh mengklasifikasikan istilah politik itu sendiri kepada tiga perkara. Pertama, sains politik yang merujuk kepada salah satu bidang disiplin ilmu yang mana terbentuk melalui dua asas ilmu pengetahuan. Sains merujuk kepada ilmu yang diperoleh melalui kaedah saintifik atau kajian dan hasilnya dijadikan satu teori untuk diaplikasikan oleh manusia. Manakala politik adalah pengetahuan mengenai pemerintahan, mekanisme pemerintah dan pengendalian konflik yang berlaku di dalam sesebuah negara yang diperintah. Kedua, aktiviti politik yang dapat diertikan sebagai aksi-aksi individu atau kelompok manusia yang menunjukkan respon di dalam agenda politik. Ketiga, parti politik iaitu pertubuhan sekelompok manusia yang mempunyai agenda tersendiri untuk memperoleh kuasa di dalam sesebuah sistem kerajaan.

Justeru, penulis ingin menarik fokus pembaca mengenai partisipasi manusia khususnya mahasiswa dalam berpolitik. Subjek Comparative Politics telah menumpukan satu bab mengenai Political Participation atau partisipasi berpolitik. Partisipasi ini mestilah bersesuaian dengan sistem sesebuah kerajaan samada demokrasi, rejim autokrasi atau rejim totalitarian. Penulis lebih suka untuk menumpukan partisipasi mahasiswa di Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.

Dalam aspek ini, dua orang sarjana Amerika iaitu Milbrath dan Goel telah mengklasifikasikan populasi Amerika kepada tiga kelompok manusia iaitu Gladiator, Spectator dan Apathetic. Menurut mereka, Gladiator ialah manusia yang terlibat di dalam gelanggang politik itu sendiri dan golongan ini hanya melibatkan 5 hingga 7 peratus sahaja. Golongan yang benar-benar berjuang di atas dasar kesedaran samada untuk menuntut hak mereka, menyuarakan protes terhadap dasar-dasar pemerintah yang zalim atau front liner untuk mengetuai badan bertindak terhadap sesuatu isu yang berbangkit. Seterusnya ialah Spectator yang dimaksudkan kepada golongan manusia yang lebih berminat untuk memerhati aktiviti politik itu berlangsung dan hanya menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di dalam pilihanraya. Bagi penulis, golongan ini mengikuti perkembangan isu semasa melalui media tetapi tidak mampu menganalisa sesuatu isu tersebut dengan baik dan terperinci - read beyond the lines – Golongan yang terakhir menurut mereka ialah Apathetic yang tidak terlibat di dalam agenda politik termasuklah dalam mempengaruhi keputusan yang dibuat oleh pemerintah. Bagi penulis, ia lebih sinonim untuk disebut sebagai golongan yang buta politik.

Penulis ingin mengajak pembaca memerhati di dalam konteks dunia mahasiswa di Malaysia sendiri berhubung isu partisipasi berpolitik. Penulis ingin tegaskan disini mahasiswa adalah sebahagian dari masyarakat Malaysia yang mana hak-hak mereka juga turut diiktiraf di dalam Perlembagaan Malaysia. Penulis tertarik ketika mana pernah bergema persoalan mengenai kewajaran mahasiswa berpolitik. Secara ringkas, sekiranya jawapan adalah wajar, maka kita akan lihat sejauh mana kuantiti mobilasi mahasiswa dalam gelanggang atau aktiviti politik. Kita bukannya mengharapkan mahasiswa terlibat secara langsung dalam parti tetapi lebih kepada kumpulan pendesak yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan untuk menempatkan diri dalam kabinet Malaysia. Namun begitu, sekiranya jawapan adalah tidak wajar, maka kita juga akan melihat kejanggalan atau kejakunan mahasiswa apabila berada di kelompok masyarakat atau menyuarakan pendirian mahasiswa berhubung sesuatu isu. Ia disebabkan terdapat satu gap yang menghalang mahasiswa untuk cenderung memikirkan nasib agama, negara dan rakyat. Jadi, tidak hairanlah apabila sekelompok besar mahasiswa lebih berminat untuk memajukan diri sendiri tanpa menghiraukan suasana yang berlegar disekitarnya. Maka akan lahirnya lebih ramai golongan individual centered rather than collectivity centered.

Penulis memandang positif usaha kerajaan dalam membangunkan modal insan yang boleh melengkapi ciri-ciri yang disebut di dalam Falsafah Pendidikan Negara. Tetapi, sekiranya kita mampu untuk menekuni pemasalahan yang berlaku di kalangan mahasiswa dan pelajar-pelajar, penulis secara peribadi merasakan kerajaan perlu membuat sesuatu untuk merombak sistem pendidikan di Malaysia bermula dari penambahbaikan institusi perguruan, modul silibus pendidikan, pendisiplinan, pengolahan kreativiti dan kecenderungan mahasiswa dan pelajar sehinggalah kepada kelemahan monitoring system dan execution. Sekiranya kepada kelompok mahasiswa dan pensyarah secara khusus, kerajaan perlu meminda atau mungkin perlu memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti yang menyekat kematangan dan keperkasaan mereka untuk mengungguli persada dunia akademik dan dunia kemasyarakatan. Penulis pernah memberikan pendangan kepada para panelis forum Bicara Siswa yang diadakan di Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia bersempena program Konvensyen Mahasiswa Melayu Kebangsaan 2006 yang lalu. Penulis melontarkan pendapat bahawa diantara faktor utama penyebab kelembapan minda mahasiswa terhadap perkembangan isu semasa adalah disebabkan sistem atau AUKU sendiri yang didoktrinkan kepada minda mereka. Mahasiswa tidak mampu berfikir seperti seorang pemimpin masyarakat kerana mahasiswa tidak dibenarkan untuk bersama dengan rakyat terutamanya yang melibatkan dasar dan kepentingan kerajaan. Itulah kuncinya!

Dari Pustaka Peribadi

Thursday, May 1, 2008

Jika benar Malaysia negara demokrasi, mansuhkan ISA!

Harakah Daily
Thu May 01, 08 11:05:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Hrkh) - Malaysia tidak perlu lagi mempunyai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sekiranya kerajaan benar-benar mengamalkan sistem demokrasi.

Menurut Dato' Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang dipetik Bernama ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini semalam, jika akta itu terus digunakan, ia seolah-olah menggambarkan negara ini bukan berada dalam keadaan stabil dan aman.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KeADILan-Permatang Pauh) yang turut membahas dalam sidang parlimen semalam, sekali lagi menggesa kerajaan membebaskan tanpa syarat kesemua tahanan ISA atau membicarakan mereka dalam mahkamah terbuka.

Beliau berkata sejak digubal pada 1960, ISA telah menjadi alat paling berkuasa bagi pihak eksekutif untuk menahan seseorang individu atau kumpulan tanpa bicara.

"Akta ini telah menyekat kebebasan individu, meningkatkan kuasa eksekutif, melemahkan kuasa mahkamah dari menyemak sebarang ketidakadilan dan menjadi ancaman terhadap hak asasi manusia.

"Sejak ISA diperkenalkan, sejumlah 10,711 orang menjadi tahanan di bawah akta itu," katanya.

Menurutnya, pada masa ini terdapat 70 orang lagi yang masih ditahan mengikut akta berkenaan di kem tahanan Kamunting, di Taiping.

Dalam pada itu sebelumnya, Dr Wan Azizah menerima memorandum berkenaan ISA daripada Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) di lobi parlimen yang turut menuntut pihak kerajaan agar memansuhkan akta draconian itu atau membicarakan kesemua tahanan di mahkamah terbuka.
Dalam majlis penyerahan memorandum itu, beliau berkata akta seperti itu tidak sepatutnya ada di dunia kerana penahanan itu tiada sebarang perbicaraan dan bukti kukuh yang disabitkan bersama.

"Letakkanlah diri anda jika ada di kalangan sanak saudara anda ditahan di bawah akta ini. Sanggupkah anda merasai derita yang ditanggung keluarga ISA ini, yang mana sudah ada yang ditahan selama lebih enam tahun?" soal Wan Azizah.

Beliau turut meminta media agar melaporkan dan tidak 'menyembunyikan' fakta mengenai ISA ini agar rakyat mengetahui kezaliman akta ini.

Turut sama dalam majlis penyerahan memorandum ialah isteri tahanan ISA, Norlaila Othman, isteri kepada MP Kota Anggerik, yang juga tahanan ISA, Pushpaneela dan adik kepada V Ganabatirau.

Wan Azizah, kemudiannya menyerahkan lencana 'Malaysia Bebas Dari ISA' kepada beberapa Ahli Parlimen, termasuk Dato' Seri Nazri Aziz, Dato' Sharir Samad, Dato' Mukhriz Mahathir dan Khairy Jamaluddin.

Antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang hadir ialah Ir Khalid Samad (Shah Alam), Dr Lo' Lo' Ghazali (Titiwangsa), Dr Mariah Mahmud (Kota Raja), Mujahid Yusof Rawa (Parit Buntar), Dr Hayati Osman (Pendang), Mahfuz Omar (Pokok Sena), Siti Zailah Mohd Yusof (Rantau Panjang), Tian Chua (Batu), Sivarasa Rasiah (Subang) dan Fuziah Salleh (Kuantan). - mks.

Sehari di Parlimen

Alhamdulillah..

Berpeluang jugak melangkah kaki ke Parlimen semalam (29hb April). Sebelum ini pernah jugak sampai ke Parlimen pada tahun 2006 tapi pada ketika itu berhimpun di luar kerana menyokong rakan-rakan aktivis mahasiswa untuk menyerahkan manifesto menuntut Pilihan Raya Kampus yang Telus dan Adil. Pada ketika itu, Menteri Pengajian Tinggi ialah Dato' Shafie Salleh. Sekarang ni, macam mana agaknya keadaan beliau. Lama tak dengar berita. Tapi sekarang alhamdulillah, saya berpeluang mengikuti sidang Parlimen kerana tugasan saya untuk ke sana di bawah seliaan YB Dr. Dzulkefly Ahmad (MP Kuala Selangor)

Sehari di Parlimen memberikan banyak input-input yang menarik. Melihat sidang Parlimen diwarnai pada awal paginya dengan shouting match. Heboh bertengkar pasal point of order. YB yang lantang menyuarakan pasal peraturan mesyuarat ialah YB Tasek Gelugor (Karpal Singh) dengan anaknya Gobind Singh Deo (YB Puchong) dan beberapa YB DAP. Lebih 30 minit bertengkar pasal peraturan mesyuarat! Soalan yang perlu dijawab sebanyak 70 something pada hari tu tapi yang berjaya dijawab hanya 3 soalan sahaja. Masa banyak habis dengan pertengkaran. Saya juga tidak berniat nak perlekehkan Tan Sri Yang DiPertua Dewan tapi beliau juga kurang mahir mengawal keadaan sehingga huru-hara jadinya! Tapi apa yang menariknya untuk dikaji adalah berkenaan dengan 'dicreationary power'.

Kuasa budi bicara ini mesti dispesifikkan. Banyak kes yang jelas bercanggah dengan peraturan mesyuarat diselesaikan dengan menggunakan kuasa budi bicara Yang DiPertua. Adakah ini wajar? Usul yang dibawa oleh YB Kubang Kerian (Salahuddin Ayob) berkenaan dengan royalti Petroleum demi kepentingan rakyat juga ditolak! YDP mengatakan usul in tidak diperlukan segera. Mudah sahaja jawab beliau, usul yang segera ialah usul yang mesti dibahaskan dan dilaksanakan oleh kerajaan jika esok akan berlakunya malapetaka!

Begitu juga dengan kes pelantikan Menteri Besar Perlis dan Terengganu. Pemimpin kanan UMNO ramai yang mempertikaikan pada mulanya pelantikan Md Isa dan Ahmad Said kerana kedua-duanya bukan dari cadangan PM. Nama mereka berdua dicadangkan dari pihak istana. Tapi, disebabkan Sultan mempunyai kuasa budi bicaranya maka pelantikan itu sah. (perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih teliti)

Pada petang tersebut tidak banyak yang menarik kerana membentangkan usul menjunjung kasih YDPA oleh YB Kulai dan YB Bintulu. Tapi, ketika YB Permatang Pauh selaku Ketua Pembangkang pada kali ini benar-benar impresif. Apa tidaknya, dalam kelembutan tutur bicaranya merangkumi isi yang padat dan tepat. Paling menarik adalah isu mengenai ISA! Kita tunggu lagi pada hari Isnin ini (5 Mei), isu ISA akan meletup dalam Dewan Rakyat. Menteri Dalam Negeri (Syed Hamid Albar) dan Perdana Menteri diminta hadir!

Sebelum tu, tahniah diucapkan kepada YB Datin Seri Wan Azizah kerana dilantik menjadi Ketua Pembangkang Wanita pertama dalam sejarah Malaysia.

Tapi, saya secara jujur masih lagi belum boleh melupakan keligatan dan kepetahan Almarhum Dato' Fadzil Noor di dalam Dewan Rakyat selaku Ketua Pembangkang. Memang memukau! Walau sekejap cuma jasadmu di situ, tapi ruh semangat perjuanganmu tetap diabadikan dalam jiwa-jiwa pejuang Islam di Malaysia.. Takbir!!