- Doa
- Proklamasi memanggil Parlimen bermesyuarat
- Memilih Yang DiPertua dan Yang DiPertua mengangkat sumpah dan diikuti oleh ahli-ahli Parlimen
- Usul memilih dua orang Timbalan Yang DiPertua
- Usul masuk ke Parlimen
Monday, April 28, 2008
Jadual Sidang Parlimen Hari Ini
Kenapa Hishamuddin Beria-ia Memohon Maaf?!

Apa yang menghairankan pula, tindakan yang jujur (seperti yang dikatakan olehnya) itu dibuat selepas PRU ke-12 kerana menyedari diantara punca kejatuhan UMNO adalah disebabkan oleh tindakan kurang bijaknya itu.
Ironisnya, tindakan memohon maaf itu dibuat adalah kerana dia ingin menjaga institusi Pemuda dan UMNO itu sendiri. Pada saya ia bukan kerana ingin menyatukan kaum Melayu disamping untuk menjaga hati kaum Cina dan India di negara ini. Najib Tun Razak berkata semalam, tindakan Hishamuddin itu juga tidak memalukan kaum Melayu! Malah ramai pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO memuji-muji tindakan Hishamuddin tersebut. Come on lah, rakyat tidak lagi bodoh!
You have to quit, Hishamuddin! Maybe you can be forgiven but not forgotten!
Sepatutnya kalau dia menyedari ini satu tindakan yang kurang bijak serta mengikis semangat kepercayaan Barisan Nasional maka ia seharusnya memohon maaf sejurus selepas tamatnya persidangan tersebut. Tapi, ini tidak berlaku. Tindakan yang dibuat hampir tiga tahun lalu hanya di'kerja'kan selepas UMNO dan BN jatuh teruk dalam PRU yang lalu.
Ini sekadar keghairahan mencari publisiti dan political mileage! Dan ini juga merupakan tindakan control damage supaya perjalanannya untuk bertanding kerusi Naib Presiden UMNO hujung tahun ini dilihat bersih!
Thursday, April 24, 2008
Siapakah Ahli Parlimen ini??
The incident is alleged to have happened on the night of April 14 in the hotel located near KL Sentral.
The former minister - dropped in the recently announced cabinet although he retained his parliamentary seat in the March 8 general election - was said to be drunk and had tried to caress the woman while she was serving drinks to him.
Kuala Lumpur CID Chief SAC II Ku Chin Wah said the woman, in her 30s and works at the hotel, lodged the report at the Brickfields police station last Friday. Ku however refused to divulge more details but said the ex-minister was currently abroad and police would summon him for questioning upon his return.
He said police were investgating the case under Section 354 of the Penal Code which carries up to 10 years jail or a fine or whipping or any two.
The former minister is believed to be a frequent visitor to the hotel. He was embroiled in another controversy last year for allegedly making a racist remark.
Sumber : malaysikini.com
Keluar Gerakan!
Bagi saya tindakan yang diambil olehnya adalah tindakan yang wajar dan tidak wajar.
Wajar kerana beliau mengambil tanggungjawab yang penting dalam kerajaan PR Pulau Pinang seterusnya memajukan diri dan ekonomi kerajaan negeri yang diperintah oleh PR. Segala kepakaran yang beliau ada maka beliau sumbangkan untuk kepentingan rakyat dan negara.
Jika Gerakan lebih bijak, biarkan saja KC memegang jawatan tersebut, mungkin ada kelebihan yang boleh diperoleh daripada kedudukan beliau memandangkan Gerakan pasca PRU 12 agak tempang dan hampir tersungkur.
Tidak wajar pula kerana kekhuatiran seorang bekas pemimpin Gerakan menyertai dan menyumbang untuk PR kemudiannya akan diekori pula oleh pemimpin-pemimpin yang lain. Mungkin dari satu aspek, demi survival Gerakan, tindakan ini boleh terus menguburkan Gerakan.
Walaubagaimanapun, saya tidak tahu apa rancangan YAB Lim Guan Eng. Mungkin itu adalah strategi politik atau kerana kejujurannya untuk menguatkan dan memperkukuhkan ekonomi Pulau Pinang setelah tidak ada lagi calon yang layak dari mana-mana bangsa.
Wednesday, April 23, 2008
Al-Fatihah
Rustam Sani Meninggal Dunia
Author, blogger, and social activist Rustam A Sani passed away early this morning in his house in Gombak, Selangor. He was 64. He was an academician, a newspaper columnist and a poet, besides being involved in a multitude of political, social and literary activities.
In politics, the Tanjung Malim-born social scientist was formerly the deputy president of Parti Rakyat Malaysia, which have since merged with the Parti Keadilan Nasional to form the PKR. He left behind a wife and two children - a son and a daughter. It is learnt that Rustam passed away after suffering from difficulties in breathing early this morning. According to daughter Ariani, he could have suffered a heart attack. "It was all so sudden. We had dinner together last night. He collapsed after having problems breathing at about 2.45am," she said between sobs.
In recent years, Rustam was known for his occasional blog postings in his 'Suara Rakyat' and 'Karya Semasa'. Rustam obtained his Malay Studies degree from Universiti Malaya, and later took his Masters degree in United Kingdom (University of Reading and University of Kent) and later United States (Yale University) and Sweden (Uppsala University).
A prolific writer, he had written half a dozen books in both Bahasa Malaysia and English on a wide range of topic including the Malay left-wing nationalist movement. Rustam was an associate professor at Universiti Kebangsaan Malaysia’s political science department in the 1980s.
The funeral will be held at 1pm at the Taman Ibukota Muslim cemetery in Kuala Lumpur. Condolences from friends among those seen offering their condolences to Rustam’s family included top opposition politicians Anwar Ibrahim, Wan Azizah Wan Ismail, Nurul Izzah Anwar and Dr Xavier Jeyakumar (PKR), Kamaruddin Jaffar, Syed Azman Syed Ahmad Nawawi and Salahuddin Ayub (PAS) and Lim Kit Siang, Teng Chang Khim and Fong Kui Lun (DAP).
Also at Rustam’s house this morning were ex-New Straits Times editor-in-chief A Kadir Jasin, ex-Utusan Malaysia editor-in-chief Johan Jaffar and former director-general of Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad.
Said PKR’s Latheefa Koya, “He had been a progressive and outspoken Malay leader. We will always remember him as a brilliant intellectual with great leadership qualities but prefer to keep a very low profile. And despite his recent health conditions, he continued to be active through his writings on the Internet.
"Meanwhile, former schoolmate Kamaruddin had fond memories of their early days together.“I have known Rustam since the 1970s when we were at the University of Kent. Rustam was a fighter and an intellectual - a political analyst whose stand has always been consistent in the struggle for the rakyat,” he said.“We did not agree on everything but he was a very jovial and pleasant individual, for whom I always had a great deal of respect.”
Johan extolled Rustam as “one of the best columnists Utusan Malaysia ever had”. “His worldview was moulded by his father’s struggle. He was a towering figure - one of the finest intellectuals in the country. He was critical, including of me, but he was fair.”
Nurul Izzah said that Rustam had a very close relationship with her family. “We didn’t expect this to happen. He was witty, sometimes sarcastic, but a wonderful man.” Even to his final day, Rustam wrote from morning to dusk, said his son Azrani.
"From the time he wakes up, he would start writing. He was very dedicated to the importance of ideas and the need to raise social conciousness."
He was to launch two of his latest books - ‘Failed nation? Concerns of a Malaysian Nationalist’ and ‘Social Roots of the Malay Left’ - on Saturday. Publisher SIRD said the event will go ahead.
Jangan main politik macam inilah
Parti Gerakan akan memberikan surat tunjuk sebab kepada bekas Timbalan Setiausaha Agungnya, Datuk Lee Kah Choon kerana menerima tawaran untuk bekerja dengan pembangkang.
Serentak dengan itu Pemangku Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon turut mempersoalkan kewajaran perlantikan Kah Choon memandangkan beliau langsung tidak mempunyai pengalaman dalam sektor perlaburan. Menurutnya, selama ini kerajaan negeri di bawah pimpinan Barisan Nasional (BN) melantik Pengarah Perbadanan Kemajuan Pulau Pinang dan Penang Invest daripada kalangan mereka yang berpenagalman luas dan mempunyai hubungan antarabangsa yang baik.
“Perindustrian adalah sektor penting bagi pembangunan Pulau Pinang, jadi tidak wajarlah Ketua Menteri (Lim Guan Eng) bermain politik (dengan melantik Kah Choon) yang hanya akan menjejaskan usaha serta kemampuan negeri itu menarik pelaburan,” jelasnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari Selasa.
Menurut kenyataan itu, keputusan untuk mengeluarkan surat tunjuk sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap Kah Choon di atas tindakannya itu dibuat oleh Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, Isnin malam. Kah Choon yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Setiausaha Agung Gerakan bulan lalu menerima tawaran yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang untuk dilantik sebagai Pengarah PDC dan Penang Invest.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang turut ditanya mengenai perkara itu berkata, tindakan Kah Choon bertentangan dengan prinsip dan amalan Barisan Nasional dan menyerahkan kepada Gerakan untuk mengambil tindakan sewajarnya. Tsu Koon dalam kenyataanya menjelaskan, tindakan Kah Choon itu menyukarkan BN negeri itu untuk bertindak sebagai pembangkang yang berkesan kerana ada ahlinya terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri. Sedangkan katanya, parti itu telah mengeluarkan arahan kepada semua ahli-ahli partinya supaya melepaskan jawatan ahli majlis pihak berkuasa tempatan dan JKKK di semua negeri yang dikuasai oleh pakatan pembangkang.
Dengan itu katanya, tindakan Kah Choon menerima tawaran untuk berkhidmat dengan kerajaan negeri Pulau Pinang jelas bertentangan dengan prinsip dan semangat arahan yang dibuat oleh parti.
Lee Kah Choon Berdepan 'Maut' Dalam Gerakan?
Usaha Ketua Menteri Pulau Pinang untuk melantik beliau adalah satu usaha yang baik kerana ia melibatkan soal kepentingan ekonomi negeri itu. Tapi, apa yang merisaukan BN adalah sekiranya Kah Choon berpaling tadah dan terus keluar daripada Gerakan. Mungkin lebih mudah sekiranya BN tidak boleh terima hakikat bahawa mana mungkin seorang ahli menjadi anak kepada dua kapal yang tidak sehaluan tujuannya.
Maka Kah Choon akan terkangkang!
Monday, April 21, 2008
Apakah Harapan PR menumbangkan BN Di Parlimen?
APAKAH wujud kemungkinan Kerajaan Barisan Nasional ditumbangkan tanpa pilihan raya baru diadakan?
Itulah soalan yang bermain di fikiran banyak orang sejak pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila BN gagal mempertahankan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat buat kali pertama sejak tahun 1969.
BN telah pun kalah di lima wilayah dalam pilihan raya umum (PRU) Ke-12 iaitu Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dicampurkan Kelantan, BN gagal memerintah enam wilayah.
Soalnya, adakah kedudukan BN juga tergugat di Dewan Rakyat di mana ia mendahului Pakatan Rakyat (PR) – gabungan PKR, DAP dan Pas – dengan sebanyak 29 kerusi? BN memang 140 dan PR 82.Untuk “merampas kuasa,” PR perlu memujuk tidak kurang daripada 30 Ahli Dewan Rakyat (ADR) BN supaya berpaling tadah.
Kalau ditanya kepada para pembesar BN, mereka tentulah berkata pembangkang bermimpi di siang hari. Tetapi itulah juga sindiran mereka terhadap pembangkang pada PRU baru lalu. (“Syok-syok saja,” kata Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.)Tetapi menjelang tengah malam 8 Mac dan awal pagi 9 Mac pembangkang bukan sekadar bermimpi di siang hari malahan mimpi mereka indah sekali. Sebaliknya bagi BN, impian menang besar bertukar menjadi igauan yang amat ngeri.
Kalau ditanya kepada para peneraju PR pula, mereka tentulah berkata tiada apa yang mustahil. Seperti didakwa oleh naib presiden PKR, Mohd Azmin Ali, baru-baru ini, lebih daripada 30 ADR BN “sudah pun di dalam kantung PR.”Atau seperti kata Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian, peneraju PR perlu mengubah acuan minda daripada pembangkang kepada pemerintah.
Katanya kemungkinan PR mengambil alih pucuk pimpinan negara semakin nyata.Apa asas ramalan beliau yang begitu berani dan radikal?“Kerana parti-parti komponen BN kini berpecah-belah akibat masalah dalaman dan terlalu terpesong untuk menumpukan perhatian kepada urusan mentadbir negara,” kata Salahuddin.
Lantas dia mengemukakan teori domino. Dia mendakwa sekurang-kurangnya 10 ADR BN akan menyeberang ke pihak PR “dalam masa beberapa minggu akan datang” dan ini akan mencetuskan kesan domino ke atas ADR BN yang lain.
Katanya ADR PR berpeluang dan wajib mengisi rongga (void) yang diwujudkan oleh wakil-wakil BN yang sedang bersengketa itu.“Kita tidak berangan-angan. Ia (menubuhkan Kerajaan Pusat) boleh menjadi kenyataan pada bila-bila masa,” katanya di Sidang Akhbar di Kuala Lumpur pada 12 April.Sebesar manakah harapan PR berjaya memujuk ADR BN berpaling tadah? Pada pandangan saya ia agak sukar dan tidak bermoral tetapi tidak pula mustahil.
Ia pernah berlaku sebelum ini. Isu moral bukan utama dalam politik kerana matlamat menghalalkan cara.Yang paling besar ialah apabila Parti Bersatu Sabah (PBS) berpaling tadah beberapa hari sebelum pembuangan undi pilihan raya umum 1990 menyebabkan BN kehilangan lebih kurang 20 kerusi di Sabah. Pada tahun 1994, giliran Ahli Dewan Undangan PBS pula berpaling tadah kepada BN.
Sabah masih berupa lubuk harapan bagi PR menangguk. Ketua de facto PR, Anwar Ibrahim, mempunyai pengaruh kuat terhadap politik Sabah ketika dia menjadi Timbalan Perdana Menteri dan masih mengekalkan hubungan yang rapat dengan negeri itu.
Kebetulan hari ini (14 April) adalah hari Anwar bebas daripada sekatan memegang jawatan politik yang dikenakan ke atasnya berikutan sabit kes rasuah 10 tahun lalu.Tetapi untuk memperoleh 30 ADR BN, dia perlu menebarkan jalanya lebih luas. Sarawak berpotensi tetapi negeri-negeri semenanjung agak sukar. Pada masa yang sama, PR tidak boleh terlalu yakin bahawa wakil-wakilnya sendiri tidak akan belot.
Keyakinan PR yang tinggi ini tercetus daripada tiga perkembangan positif iaitu kejayaan membentuk pakatan pilihan raya, kejayaan menubuhkan kerajaan-kerajaan negeri tanpa masalah besar dan kejayaan membentuk Pakatan Rakyat selepas pilihan raya.Tidak dapat disangkal yang kerajaan-kerajaan negeri PR ditubuhkan lebih awal dan tanpa masalah besar, kecuali di Perak, sedangkan BN mengalami krisis teruk di Terengganu dan Perlis apabila calon-calon Menteri Besar yang ditauliahkan oleh Abdullah ditolak Istana.
Selain melompat parti, ada satu lagi kemungkinan yang mungkin lebih mudah berlaku iaitu ADR BN memihak kepada PR dalam hal-hal tertentu. Misalnya mereka tidak menyokong rang undang-undang yang dibentangkan (oleh kerajaan) atau usul yang dikemukakan oleh BN.
Sebaliknya mereka mungkin mengundi menyokong usul PR.Kemungkinan PR mengemukakan usul tidak percaya kepada Perdana Menteri juga tidak boleh ditolak bulat-bulat. Namun ini mungkin tidak berlaku kerana adalah menguntungkan PR jika Umno, BN dan kerajaan terus bergolak dan lemah di bawah kepemimpinan Abdullah.
Sebab itulah kita lihat bagaimana peneraju PR seperti Karpal Singh lebih gigih menyerang pihak-pihak yang menentang Abdullah dan kurang menyerang atau mengkritik Abdullah.Rentetan PRU ke-12 belum selesai. Dalam jangka masa terdekat, dua soalan yang bermain di fikiran adalah apa kesudahan nasib Abdullah dan bilakah Anwar akan kembali ke Parlimen.
Thursday, April 17, 2008
UIA: Siswa tidak bersalah tubuh parti
Universiti Islam Antarabangsa (UIA) hari ini mendapati seorang pelajarnya tidak bersalah menubuhkan Parti Mahasiswa Negara (PMN) menjelang pilihanraya umum 8 Mac. Prosiding tatatertib selama dua jam terhadap Meor Isfandi Meor Azizan pagi tadi di kamar mahkamah memutuskan pelajar tahun akhir jurusan pengajian Islam dan sains politik itu "tidak bersalah".
Beliau dihadapkan dengan dua pertuduhan dalam perbicaraan tertutup itu - pertama memberikan kenyataan umum mengenai penubuhan dan agenda PMN di ibu pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) pada 7 Januari lalu dan kedua, dituduh menubuhkan parti itu.
Meor Isfandi memberitahu Malaysiakini petang ini, pertuduhan itu dijalankan kerana UIA berhujah beliau masih lagi mahasiswa di universiti berkenaan. Pendakwa universiti itu Mohamad bin Mos, yang juga timbalan pengarah unit undang-undangnya, menunjukkan klip video temuramah selama dua minit daripada Malaysiakini sebagai satu bukti bagi menyokong tuduhannya. Sekumpulan mahasiswa ke pejabat SPR awal tahun ini untuk mendaftarkan penubuhan PMN bagi menghadapi pilihanraya umum ke-12 (foto bawah). PMN, sehingga kini ia belum didaftarkan, mendakwa ia mendapat sokongan 2,000 pelajar institusi pengajian tinggi.
Meor Isfandi berkata beliau mengaku bahawa beliaulah lelaki yang ditemuramah dalam klip video itu tetapi mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan dengan alasan telah graduan. "Pihak pendakwa membawa seorang saksi daripada staf Fakulti Ilmu Wahyu bagi menyokong dakwaannya. "Saksi itu bersetuju bahawa saya telah melengkapkan segala kewajiban-kewajiban saya sebagai seorang mahasiswa dalam fakulti berkenaan. "Cuma (menurut saksi itu) nama saya masih belum diluluskan oleh Senat kerana didapati status saya ialah digantung pengajian," katanya dalam satu kenyataan. Beliau juga membangkitkan isu tujuan sebenar universiti itu "menggantung pengajiannya" lebih dua bulan tahun ini sedangkan telah mengambil peperiksaan paling akhir pada November tahun lepas.
Penggantungan itu, katanya lagi, menyebabkan beliau dihalang mengambil transkrip penuh, tidak diluluskan oleh Senat statusnya sebagai pelajar tamat pengajian dan disekat menerima wang Perbadanan Tabung Pendirikan Tinggi Nasional (PTPTN). Meor Isfandi menambah, menurut peraturan disiplin, UIA boleh menggantung seseorang mahasiswa paling lama selama tujuh hari bagi tujuan siasatan. Dalam penghujahannya juga, Meor Isfandi berkata UIA tidak menjelaskan secara spesifik maksud "pelajar" dan "tamat pengajian". Universiti itu berhujah, tambahnya, takrif pelajar dalam Akta Universiti dan Kolej Universiti yang dirujuk oleh Meor Isfandi tidak terpakai kerana UIA didaftarkan bawah Akta Syarikat.
"Saya akan menunggu selama seminggu untuk mendapatkan laporan bertulis hasil prosiding (hari ini). "Kemudian, saya akan berbincang dengan pihak disiplin UIA dan penasihat guaman saya untuk tindakan lanjut," katanya.


