Tuesday, February 19, 2008

Senario PRU

Pada 24hb Februari, semua parti politik termasuk Parti Mahasiswa Negara akan mengumumkan calon-calon mereka yang akan membawa aspirasi parti dan menawarkan tawaran-tawaran hebat kepada 'majikan' mereka. Ingat, dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini, rakyat adalah tuan atau bos. Mereka berhak untuk memilih siapakah yang akan dijadikan tukang khidmat atau wakil atau dalam bahasa kasar disebut 'hamba' mereka bagi tempoh 4 atau 5 tahun yang akan datang.

Kesemua parti akan berkempen selama 13 hari pada PRU kali ini bagi menerangkan mesej dan manifesto mereka bagi menarik minat pengundi untuk membeli tawaran mereka. Ingat, rakyat membeli tawaran mereka, bukan rakyat dibeli undi! Tan Sri Rashid, Pengerusi SPR berkata, kita bagi tempoh kempen singkat, mereka kata kita tidak adil, kalau bagi tempoh kempen yang panjang, mereka akan memanipulasi isu-isu sensitif yang boleh membahayakan keselamatan negara.

Maka akan bermulalah kempen secara besar-besaran, mungkin secara baik atau kurang baik seperti yang berlaku di Ijok pada tahun lalu. Dan, akan berkeliaranlah pemangsa-pemangsa universiti untuk mencari mangsa-mangsa mahasiswa untuk dijadikan bahan santapan. Hingga menjilat jari! Tapi daging-daging pro-mahasiswa sahaja agaknya yang akan disiat-siat, daging-daging aspirasi, dibiarkan untuk dijadikan model. Tak lupa juga untuk Parti Mahasiswa Negara (PMN)

Jadi, 8hb Mac pula akan dijadikan medan penentu. Siapakah yang akan diberikan mandat untuk mentadbir negara bagi tempoh sepenggal lagi? Kalau menjadi ADUN, selalulah menjenguk nasib rakyat dalam kawasan mereka. Layanilah rakyat dengan sebaik-baiknya. Utamakan kepentingan mereka. Jika menjadi ahli Parlimen, maka guballah polisi yang tidak membebankan rakyat, menjaga kedaulatan undang-undang dan janganlah mempermainkan agama Islam. Jika dipilih untuk memimpin kabinet, maka laksanakanlah agenda negara dengan sebaik-baiknya. Janganlah membuat polisi-polisi yang sering berubah-ubah dan menyusahkan rakyat.


Parti Mahasiswa Negara (PMN) juga inginkan suara mereka di Parlimen. Atau pun Malaysia seharusnya memberikan ruang untuk golongan muda membentuk sebuah Parlimen Belia di Malaysia. Sekurang-kurangnya Parlimen ini menjadi agen 'check and balance' juga kepada kepimpinan negara.

Selamat Berjuang!

No comments: