Sejak akhir-akhir ini, ramai orang tanya saya, apa bendanya Parti Mahasiswa Negara (PMN) tu? Betul ke mereka nak bertanding? Saya hanya senyum sinis. Biasalah benda baru, semua orang akan tanya dan nak tau. Mereka tak salah. Hanya nakkan maklumat. Saya jawab dengan selamba. “Parti Mahasiswa Negara bukan untuk mahasiswa sahaja, tapi untuk semua rakyat. Dinamakan mahasiswa kerana pendokongnya adalah mahasiswa. Mereka ini diajar untuk melihat masa depan dengan lebih kritis. Mereka ini juga mahukan satu perubahan dalam negara kita. Kalau Malaysia pada hari ini semuanya berjalan dengan baik, adil dan saksama mungkin mahasiswa hanya ingin menjadi seorang intelek di kampus tanpa ingin mengambil tahu urusan rakyat di luar kampus. Tapi, mereka sanggup untuk mempertaruhkan masa depan mereka untuk rakyat dan negara”. Sudah pasti negara kita ada sesuatu yang perlu dirawat.
Mereka terpinga-pinga. Mereka terus bertanya, “La, habis tu kenapa tak habiskan pengajian dulu kalau nak ikut politik ini. Bukankah itu lebih baik”. Saya menjawab mudah, “Peluang hanya datang sekali untuk satu masa. Kalau tidak di’grab’ ia tidak akan datang lagi. Inilah masa yang sesuai untuk generasi ini.” Mereka hanya tersenyum seolah-olah faham dengan karenah perjuangan. “Jadi, PMN nak bertanding jugak? Kat mana?” Seorang anak muda seperti saya menyampuk. Saya kata, “InsyaAllah, jika semuanya lancar.” Saya tambah lagi, “Mungkin di Parlimen Kepala Batas ke, Jeli ke atau mungkin juga Sembrong”. Ada diantara mereka terkejut dan terbeliak biji mata. Biar betul! Saya kata lagi, “Takde apa yang nak dihairankan. Inikan demokrasi. Rakyat ada hak untuk memilih dan dipilih”. “Kami bukannya kurang ajar atau ingin menjadi golongan tidak bersyukur. Kami hanya nak ajak rakyat buat satu pembaharuan dalam landskap politik negara. Kami nak ajak mahasiswa supaya berfikir bahawa kita bukan hanya duduk diam membisu di kampus tapi kita juga adalah aset yang akan mencorakkan perjalanan negara” Sedangkan dalam sembahyang jema’ah sendiri diajar, sekiranya imam salah, maka makmum mestilah menegur imam tersebut walaupun makmum tersebut seorang perempuan.
Ada seorang pak cik yang dari tadi hanya mendengar terus bersuara. “Pakcik sebagai orang tua bersetuju dengan anak muda seperti kamu, tapi pak cik hairan apa yang mampu kamu tawarkan?” Saya menjelaskan kepada pakcik itu dengan harapan beliau juga bersetuju sepenuhnya dengan PMN ini. “Sebenarnya PMN ingin mengemukakan manifesto rakyat yang masih lagi belum disentuh oleh mana-mana parti politik. Kami nak bagitahu kepada pemimpin yang akan menang dalam PRU nanti, jika mereka menang mereka mesti melayan manifesto ini. Ini adalah suara mahasiswa. Suara mahasiswa adalah suara rakyat”
“Bagaimana kalau ada yang terkorban atau dibuang universiti?” Soalan yang saya rasa terlalu berat nak dijawab. Rasa macam nak menitis air mata. Tiba-tiba terkenang ibu dan ayah di rumah. Saudara mara yang sudah pasti memperlekehkan dan mentertawakan diri ini. Namun saya kuatkan semangat, “Dalam perjuangan mesti ada kepahitan kerana mengejar kemanisan syurga” Saya menambah, “Dibuang universiti bukan bermakna kita akan terus menjadi bodoh sampai bila-bila. Ilmu bukan diukur dengan sekeping kertas ijazah yang berharga RM 25 ribu ringgit. Ramai orang tiada degree masih boleh hidup senang. Encik Lutfi Harakah, salah seorang sifu politik saya juga tidak berjaya mendapat degree. Tetapi berapa banyak buku politik yang ditulisnya. Sekarang ini pun beliau menjadi seorang Ketua Pengarang Harakah. Perjalanan beliau lagi pahit nak dikenang jika dibandingkan dengan saya.” Begitulah lumrah perjuangan ini. Bukan senang nak mengecap syurga Allah, bukan mudah nak menjadi pejuang dan penolong agama Allah. (Subhanallah, Allah tidak memerlukan pertolongan sesiapa). Hanya ingin memenuhi janji Allah, “Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu”.
Moga-moga Allah membantu saya dan para pejuang yang lain untuk bertemankan Rasulullah SAW di syurga.
Ameen.
Salam Perjuangan!
1 comment:
salam perjuangan..
kalau ada gambar-gambar menarik sekitar penamaan calon hari tu kat kepala batas, post la ye..sedih sangat tak dapat pergi.terpasung kaki tangan di sini.Apapun memang sedih artikel kat atas.ana pun terasa bahangnya.teruskan usaha murni.
-nurul munawirah-
Post a Comment