Tuesday, February 12, 2008

BAIKNYA KHIR TOYO


Dalam banyak-banyak Menteri Besar di Malaysia ini, Datuk Seri Dr Muhammad Khir Toyo merupakan MB yang agak agresif dan komited dalam memastikan barisan calon Barisan Nasional nanti bebas dari rasuah, salah guna kuasa, jenayah dan bangkrap. Ia merupakan satu tindakan yang baik, jujur dan seolah-olah seperti mengikut usaha-usaha yang dicadangkan oleh Imam Haramain Al-Juwaini dalam memilih pemimpin negara. Lihat sahaja laporan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star pada 15hb Januari 2008.


Dalam Utusan Malaysia, 12 Februari 2008, Khir Toyo menjelaskan bahawa terdapat SEGELINTIR kecil calon BN yang tidak melepasi tapisan BPR. Beliau juga mengatakan bahawa BN Selangor mampu menyediakan lebih ramai calon-calon yang mempunyai karismatik dan daya kredibiliti yang tinggi. Lebih mengejutkan juga, muka-muka baru yang dicadangkan oleh BN Selangor sudah terlibat dengan rasuah! Adakah muka-muka baru ini bermaksud golongan pemuda atau orang baru dalam politik? Kalau begitu, agak teruk jugalah kepimpinan BN di Selangor ini.

No comments: