Thursday, February 28, 2008
Maaf kepada pengunjung
Saya memohon maaf kepada pengunjung sesawang ini kerana tidak dapat mengupdate berita-berita sekitar hari penamaan calon dan hari kempen kerana tugas-tugas lain yang diterpaksa diberikan keutamaan.
Gambar disebelah adalah gambar Datuk Husam Musa ketika hari penamaan di DUN Salor. Pada Pilihanraya Umum ke-11, Datuk Husam bertanding di DUN Kijang.
Ustazah Wan Ubaidah Omar (bekas Senator) telah menang tanpa bertanding di DUN Kijang setelah calon BN diisytiharkan muflis.
Tuesday, February 19, 2008
PMN – Hanya Allah Mengetahui Sejauh Mana Akhirnya
Sejak akhir-akhir ini, ramai orang tanya saya, apa bendanya Parti Mahasiswa Negara (PMN) tu? Betul ke mereka nak bertanding? Saya hanya senyum sinis. Biasalah benda baru, semua orang akan tanya dan nak tau. Mereka tak salah. Hanya nakkan maklumat. Saya jawab dengan selamba. “Parti Mahasiswa Negara bukan untuk mahasiswa sahaja, tapi untuk semua rakyat. Dinamakan mahasiswa kerana pendokongnya adalah mahasiswa. Mereka ini diajar untuk melihat masa depan dengan lebih kritis. Mereka ini juga mahukan satu perubahan dalam negara kita. Kalau Malaysia pada hari ini semuanya berjalan dengan baik, adil dan saksama mungkin mahasiswa hanya ingin menjadi seorang intelek di kampus tanpa ingin mengambil tahu urusan rakyat di luar kampus. Tapi, mereka sanggup untuk mempertaruhkan masa depan mereka untuk rakyat dan negara”. Sudah pasti negara kita ada sesuatu yang perlu dirawat.
Mereka terpinga-pinga. Mereka terus bertanya, “La, habis tu kenapa tak habiskan pengajian dulu kalau nak ikut politik ini. Bukankah itu lebih baik”. Saya menjawab mudah, “Peluang hanya datang sekali untuk satu masa. Kalau tidak di’grab’ ia tidak akan datang lagi. Inilah masa yang sesuai untuk generasi ini.” Mereka hanya tersenyum seolah-olah faham dengan karenah perjuangan. “Jadi, PMN nak bertanding jugak? Kat mana?” Seorang anak muda seperti saya menyampuk. Saya kata, “InsyaAllah, jika semuanya lancar.” Saya tambah lagi, “Mungkin di Parlimen Kepala Batas ke, Jeli ke atau mungkin juga Sembrong”. Ada diantara mereka terkejut dan terbeliak biji mata. Biar betul! Saya kata lagi, “Takde apa yang nak dihairankan. Inikan demokrasi. Rakyat ada hak untuk memilih dan dipilih”. “Kami bukannya kurang ajar atau ingin menjadi golongan tidak bersyukur. Kami hanya nak ajak rakyat buat satu pembaharuan dalam landskap politik negara. Kami nak ajak mahasiswa supaya berfikir bahawa kita bukan hanya duduk diam membisu di kampus tapi kita juga adalah aset yang akan mencorakkan perjalanan negara” Sedangkan dalam sembahyang jema’ah sendiri diajar, sekiranya imam salah, maka makmum mestilah menegur imam tersebut walaupun makmum tersebut seorang perempuan.
Ada seorang pak cik yang dari tadi hanya mendengar terus bersuara. “Pakcik sebagai orang tua bersetuju dengan anak muda seperti kamu, tapi pak cik hairan apa yang mampu kamu tawarkan?” Saya menjelaskan kepada pakcik itu dengan harapan beliau juga bersetuju sepenuhnya dengan PMN ini. “Sebenarnya PMN ingin mengemukakan manifesto rakyat yang masih lagi belum disentuh oleh mana-mana parti politik. Kami nak bagitahu kepada pemimpin yang akan menang dalam PRU nanti, jika mereka menang mereka mesti melayan manifesto ini. Ini adalah suara mahasiswa. Suara mahasiswa adalah suara rakyat”
“Bagaimana kalau ada yang terkorban atau dibuang universiti?” Soalan yang saya rasa terlalu berat nak dijawab. Rasa macam nak menitis air mata. Tiba-tiba terkenang ibu dan ayah di rumah. Saudara mara yang sudah pasti memperlekehkan dan mentertawakan diri ini. Namun saya kuatkan semangat, “Dalam perjuangan mesti ada kepahitan kerana mengejar kemanisan syurga” Saya menambah, “Dibuang universiti bukan bermakna kita akan terus menjadi bodoh sampai bila-bila. Ilmu bukan diukur dengan sekeping kertas ijazah yang berharga RM 25 ribu ringgit. Ramai orang tiada degree masih boleh hidup senang. Encik Lutfi Harakah, salah seorang sifu politik saya juga tidak berjaya mendapat degree. Tetapi berapa banyak buku politik yang ditulisnya. Sekarang ini pun beliau menjadi seorang Ketua Pengarang Harakah. Perjalanan beliau lagi pahit nak dikenang jika dibandingkan dengan saya.” Begitulah lumrah perjuangan ini. Bukan senang nak mengecap syurga Allah, bukan mudah nak menjadi pejuang dan penolong agama Allah. (Subhanallah, Allah tidak memerlukan pertolongan sesiapa). Hanya ingin memenuhi janji Allah, “Jika kamu menolong agama Allah, Allah akan menolong kamu”.
Moga-moga Allah membantu saya dan para pejuang yang lain untuk bertemankan Rasulullah SAW di syurga.
Ameen.
Salam Perjuangan!
Senario PRU
Pada 24hb Februari, semua parti politik termasuk Parti Mahasiswa Negara akan mengumumkan calon-calon mereka yang akan membawa aspirasi parti dan menawarkan tawaran-tawaran hebat kepada 'majikan' mereka. Ingat, dalam negara demokrasi seperti Malaysia ini, rakyat adalah tuan atau bos. Mereka berhak untuk memilih siapakah yang akan dijadikan tukang khidmat atau wakil atau dalam bahasa kasar disebut 'hamba' mereka bagi tempoh 4 atau 5 tahun yang akan datang.
Kesemua parti akan berkempen selama 13 hari pada PRU kali ini bagi menerangkan mesej dan manifesto mereka bagi menarik minat pengundi untuk membeli tawaran mereka. Ingat, rakyat membeli tawaran mereka, bukan rakyat dibeli undi! Tan Sri Rashid, Pengerusi SPR berkata, kita bagi tempoh kempen singkat, mereka kata kita tidak adil, kalau bagi tempoh kempen yang panjang, mereka akan memanipulasi isu-isu sensitif yang boleh membahayakan keselamatan negara.
Maka akan bermulalah kempen secara besar-besaran, mungkin secara baik atau kurang baik seperti yang berlaku di Ijok pada tahun lalu. Dan, akan berkeliaranlah pemangsa-pemangsa universiti untuk mencari mangsa-mangsa mahasiswa untuk dijadikan bahan santapan. Hingga menjilat jari! Tapi daging-daging pro-mahasiswa sahaja agaknya yang akan disiat-siat, daging-daging aspirasi, dibiarkan untuk dijadikan model. Tak lupa juga untuk Parti Mahasiswa Negara (PMN)
Jadi, 8hb Mac pula akan dijadikan medan penentu. Siapakah yang akan diberikan mandat untuk mentadbir negara bagi tempoh sepenggal lagi? Kalau menjadi ADUN, selalulah menjenguk nasib rakyat dalam kawasan mereka. Layanilah rakyat dengan sebaik-baiknya. Utamakan kepentingan mereka. Jika menjadi ahli Parlimen, maka guballah polisi yang tidak membebankan rakyat, menjaga kedaulatan undang-undang dan janganlah mempermainkan agama Islam. Jika dipilih untuk memimpin kabinet, maka laksanakanlah agenda negara dengan sebaik-baiknya. Janganlah membuat polisi-polisi yang sering berubah-ubah dan menyusahkan rakyat.
Parti Mahasiswa Negara (PMN) juga inginkan suara mereka di Parlimen. Atau pun Malaysia seharusnya memberikan ruang untuk golongan muda membentuk sebuah Parlimen Belia di Malaysia. Sekurang-kurangnya Parlimen ini menjadi agen 'check and balance' juga kepada kepimpinan negara.
Selamat Berjuang!

Friday, February 15, 2008
Janganlah Hairan, Pak Lah Memang Begitu Orangnya...
Apa yang Pak Lah buat ketika 13hb Februari (Rabu) sudah menjadi tabiat baginya. Mungkin Pak Lah terlalu kusut pemikirannya sehingga tidak mampu untuk mengatakan sesuatu secara taktikal dan berstrategi.
Mungkin juga Pak Lah terlalu banyak ilham sehingga beliau tidak pandai nak mengatur cerita yang perlu dikatakan kepada rakyat ketika ditanya oleh media bertalu-talu pasal tarikh pembubaran Parlimen pada 12hb Februari yang lalu.
Sekurang-kurangnya media begitu taat menulis apa sahaja yang keluar dari mulut Pak Lah.
Mungkin kalau Pak Lah kata beliau mahu kahwin lain pada hari esok, media juga turut pasti akan memaparkan di muka hadapan pada keesokkan harinya.Sebenarnya sebelum daripada ini, Pak Lah selalu tidak melakukan apa yang telah dikatakan olehnya. Berikut hanya beberapa ungkapan yang beliau pernah sebut ketika menjadi Perdana Menteri.
baca lagi

Thursday, February 14, 2008
Parlimen dibubarkan dengan helah?
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam akhirnya mengumumkan pembubaran Parlimen untuk memberikan laluan kepada Pilihanraya Umum Ke-12 yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Dato' Seri (atau nama mesranya Pak Lah) telah menafikan kepada media pada 12hb Februari mengenai desas desus pilihanraya yang akan diadakan pada 13hb. Hampir kesemua surat khabar dan website telah memaparkan berita 'kepastian' di muka hadapan pada 13hb Februari.
Apa yang memeranjatkan, lebih kurang pada pukul 12.30 tengah hari, pejabat Perdana Menteri telah memanggil para petugas media untuk mengadakan satu pengumuman penting. Yang dijangka telah pun tiba, apabila Pak Lah dan Pak Najib mengumumkan pembubaran Parlimen pada tarikh 13hb Februari.
Why Pak Lah?
Tidakkah ia sedikit sebanyak mencalarkan imej Pak Lah untuk berhadapan dengan pilihanraya tidak lama lagi? Ramai kenyataan politikus yang saya perhatikan dalam surat khabar hari ini (14hb Feb) kesal dan kecewa dengan sikap Pak Lah yang sedemikian seolah-olah tidak boleh dipercayai lagi.
Kesian, adakah Pak Lah tersilap taktik? Bukankah mudah kalau Pak Lah katakan kepada media pada 12hb lalu seperti "No komen", "Kita tunggu dan lihat", "Ilham belum sampai lagi", "Tunggulah dulu consent dari YDPA" atau "Saya masih belum boleh untuk memberitahunya".
Adakah Pak Lah sedang menyesal pada hari ini?

Tuesday, February 12, 2008
PUTRAJAYA 11 Feb. - Kerajaan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana mahasiswa yang terlibat dalam kempen pilihan raya umum ke-12 termasuk menarik balik biasiswa mereka.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapa Mohamed berkata, ketika ini pihaknya sedang menyiasat penglibatan segelintir mahasiswa dalam politik kepartian dan mereka bakal diambil tindakan di bawah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
''Peraturan dalam AUKU jelas menegah pelajar universiti terlibat secara langsung dalam politik dan tindakan tegas berasaskan tahap kesalahan mereka boleh diambil termasuk digantung pengajian.
''Begitupun untuk membuang undi dalam pilihan raya umum itu adalah hak mereka, saya hanya minta mereka turun mengundi dan buat pilihan yang terbaik,'' katanya.
Kenyataan Tok Pa ini boleh menjadi backfire kepadanya, UMNO dan mahasiswa aspirasi.

BAIKNYA KHIR TOYO
Dalam banyak-banyak Menteri Besar di Malaysia ini, Datuk Seri Dr Muhammad Khir Toyo merupakan MB yang agak agresif dan komited dalam memastikan barisan calon Barisan Nasional nanti bebas dari rasuah, salah guna kuasa, jenayah dan bangkrap. Ia merupakan satu tindakan yang baik, jujur dan seolah-olah seperti mengikut usaha-usaha yang dicadangkan oleh Imam Haramain Al-Juwaini dalam memilih pemimpin negara. Lihat sahaja laporan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan The Star pada 15hb Januari 2008.
Dalam Utusan Malaysia, 12 Februari 2008, Khir Toyo menjelaskan bahawa terdapat SEGELINTIR kecil calon BN yang tidak melepasi tapisan BPR. Beliau juga mengatakan bahawa BN Selangor mampu menyediakan lebih ramai calon-calon yang mempunyai karismatik dan daya kredibiliti yang tinggi. Lebih mengejutkan juga, muka-muka baru yang dicadangkan oleh BN Selangor sudah terlibat dengan rasuah! Adakah muka-muka baru ini bermaksud golongan pemuda atau orang baru dalam politik? Kalau begitu, agak teruk jugalah kepimpinan BN di Selangor ini.
Tuesday, February 5, 2008
Koyak Kalau Meluat!
Setelah bosan dan meluat dengan prestasi Tan Sri Rashid sebagai Pengerusi SPR, Gabungan Pilihanraya Bersih & Adil (BERSIH) telah bertindak mengoyak gambar Rashid di hadapan para media yang dijemput ke sidang akhbar BERSIH pada 1hb Februari yang lalu.
Tindakan ini memberikan pelbagai respon kepada parti politik. PAS / BA tentunya teguh dengan pendirian mereka kerana mereka telah menghantar wakil untuk terus komited dalam agenda BERSIH sejak ia diwujudkan lagi. Perdana Menteri yang merupakan Presiden UMNO mendakwa bahawa tindakan itu adalah satu tindakan yang melampau dan tidak ada adab. Beliau juga menggesa sekiranya perkara itu melanggar batas perundangan, ambil tindakan ke atas mereka yang melakukan sedemikian.
Ada gambar dan baca lagi di sini

Monday, February 4, 2008
Pujukan dan Umpan Najib kepada Kaum India
Saya terbaca satu laporan di The Star (4th February 2008), Najib menggesa MIC supaya membuat satu usaha ‘rebranding’ yang berterusan bagi memastikan MIC terus releven dan menjadi parti utama untuk komuniti India di Malaysia. Beliau bercakap kepada kira-kira 3000 pemimpin dan pengerusi Cawangan MIC di PWTC. Bagi saya, mesej yang beliau sampaikan mempunyai maksud yang tersurat dan tersirat.
Beliau bercakap kepada perwakilan MIC diambang pembubaran Parlimen yang dijangka pada pertengahan bulan Februari ini. Disamping itu beliau menegaskan beberapa perkara penting mengenai sosio-ekonomi masyarakat India di Malaysia. Dari itu, kita dapat melihat 2 keadaan yang mana, pertamanya, MIC berada pada tahap yang agak kurang tersusun mungkin dari aspek pengurusan dan keberkesanan dalam menjadi tulang belakang masyarakat India. Ia sudah menjadi kabur untuk membawa suara rakyat India di Malaysia. Logiknya bagi saya, proses ‘re-branding’ yang diajukan itu jelas menunjukkan angkatan MIC itu sudah tempang dan semakin kurang populariti dan khidmatnya kepada rakyat. Sesuatu yang baik hanya perlu diteruskan dan dicantikkan. Tapi, kalau satu benda yang perlu di’rebranding’ itu menunjukkan satu bahan lama dan usang untuk diperelokkan semula.
baca lagi di miorisfandy-social.blogspot.com

Subscribe to:
Posts (Atom)