Monday, June 30, 2008

DSAI SODOMI? - Terancang atau Dirancang?


Kemelut politik negara Malaysia semakin meruncing. Dalam keadaan negara ingin membincangkan kelompangan-kelompangan dalam RMK-9 dan menunggu plan seterusnya kes pembunuhan Atlantuya yang mengaitkan Najib dan isteri, negara dikejutkan pula dengan isu Anwar Ibrahim yang dituduh sekali lagi meliwat seorang remaja 23 tahun(pembantu khas) di Kondo Damansara.


APA CERITA MALAYSIA?


Friday, June 27, 2008

Gov't injects extra RM30 bil into 9MP

GAMIS HANYA TUKAR UNIFORM KERJA SAHAJA

Baju lama dah lusuh, warna pun dah pudar, orang pun tak mahu dekat dan badan semakin besar. Lebih baik cari baju baru, saiz besar, pakai perfume sikit, iron baju bagi nampak kemas dan pasti orang akan suka. Pemakai masih sama dan arah perjalanan tetap betul.

Polemik GAMIS mendaftarkan diri sebagai NGO bukan satu perkara besar dan ajaib. Bukan satu tsunami politik. Ramai orang memberikan pandangan sama seperti orang-orang yang lama hidup dan membesar dalam kehidupan aktivisme kampus. Rata-rata mahukan GAMIS atau gerakan mahasiswa yang lain berdiri di atas pendirian sendiri dan memberikan pandangan berdasarkan kefahaman dan penaakulan sendiri. Tidak terikut-ikut dengan agenda parti politik yang lain.

Apa yang saya faham, GAMIS hanya mahu melegalizekan pertubuhan mereka. Selama ini ada pihak yang menunding jari mengatakan GAMIS adalah pertubuhan haram. Oleh kerana status tersebut, GAMIS tidak diberi layanan untuk bergerak secara rasmi. Persoalan GAMIS ingin menjadi pressure group, independent movement, jurubicara ummah dan mahasiswa bersama rakyat bukan tema baru yang kita dengar pada hari ini. Saya yakin ia pernah dilaungkan sejak dua dekad yang lalu.

Saya ingin memberikan tribute kepada Encik Shuhaimi Al-Maniri kerana hasil usaha tangannya, beliau telah merakamkan detik demografi perjalanan gerakan mahasiswa merentasi masa. Saya merujuk kembali buku beliau, ‘Disebalik Tabir Politik Kampus’ yang pernah diterbitkan sekitar 1950an. Terdapat beberapa ungkapan pemimpin negara yang menggambarkan konteks politik kampus dalam buku tersebut. Antaranya, Prof Diraja Ungku Aziz pernah berkata, “Universiti yang baik adalah universiti yang menggambarkan dan mencerminkan masyarakat luar”. Begitu juga apa yang pernah dilontarkan oleh Dr Sanusi Osman, “penglibatan dan peranan mahasiswa penting sebagai jurubicara rakyat, imej mereka tinggi dan pengaruh mereka juga meluas dalam masyarakat”.

Kerajaan dan masyarakat mula memberikan perhatian kepada gerakan mahasiswa sejak tahun 1957 lagi. Pada ketika itu suara-suara lantang mahasiswa dari Universiti Malaya menggoyahkan teraju kepimpinan negara. Ini kerana isu yang diuruskan oleh gerakan mahasiswa pada ketika itu hampir kesemuanya meliputi isu nasional seperti bantahan lawatan Duke of Edinburgh 1964, protes siaran drama RTM 1965, peristiwa Hamid Tuah 1967, penglibatan mahasiswa dalam PRU 1969, demonstari Anti Tunku 1969 dan pelbagai lagi sehinggalah mahasiswa dirantai dengan satu akta yang drakonian iaitu Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

Difahamkan akta ini digubal kerana ingin menyekat kegarangan mahasiswa yang mampu menggugat tampuk kuasa pemerintah pada ketika itu. Hayat gerakan mahasiswa tidak berkubur setakat itu, malah ia menjadi semakin berani dan menggerunkan. Berbelas-belas lagi perhimpunan dan memorandum dikeluarkan. Malah diantara kemuncak tindakan gerakan mahasiswa adalah peristiwa setinggan di Tasik Utara dan isu kemiskinan rakyat di Baling pada tahun 1974. Maka, untuk terus mencengkam leher mahasiswa, kerajaan menangkap aktivis-aktivis mahasiswa dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan meminda AUKU pada tahun 1975. Maka, tidak wujud lagi suara garau mahasiswa dan yang wujud selepas daripada itu adalah Majlis Perwakilan Pelajar yang dikawal tindak tanduk dan kuasanya.

Kemudian, pada era 1980an, pelbagai formula gerakan mahasiswa nasional didebatkan. Justeru, wujudlah pelbagai nama seperti Front Bertindak Pelajar Malaysia, Barisan Bertindak Mahasiswa Negara, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia, Angkatan Mahasiswa Negara dan lain-lain lagi. Sehingga ke hari ini, masih wujud sebilangan dari front-front tersebut. Saya cuba meneliti orientasi gerakan mahasiswa tersebut, ia hampir meliputi setiap sisi dan sudut di negara kita.

Maka, hari ini, sekali lagi kita ingin merungkaikan dan menghuraikan apakah wajah sebenar gerakan mahasiswa khususnya era 2000 ini. Dalam keadaan politik negara yang semakin matang, ruang mendapatkan maklumat sudah semakin lebar, budaya pemikiran semakin liberal dan pendekatan yang semakin dinamik sudah tentu mahasiswa ingin termasuk dalam zoom yang sihat ini.

Penubuhan NGO-NGO yang banyak dalam sesebuah negara merujuk kepada salah satu petanda aras sebuah negara demokrasi yang subur. Sepertimana parti politik, NGO (kumpulan pendesak) juga berperanan menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan. Namun begitu, parti politik bercita-cita untuk membentuk kerajaan manakala kumpulan pendesak hanya sekadar ingin mempengaruhi sesuatu isu. Maka, apakah channel of access untuk sebuah kumpulan pendesak? Secara ringkasnya, ia boleh mempengaruhi parti politik, pendapat umum dan institusi-institusi kerajaan sendiri.

Beberapa ahli politik Barat seperti Wilson, Scott dan Hrebenar mengatakan gelombang pembentukan NGO atau kumpulan pendesak di US telah bermula pada tahun 1830an lagi. Kemuncaknya adalah pada tahun 1900-1920an dan ia terus berkembang sehingga ke hari ini. Dan Wilson berpendapat interest group ini boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk, pertama ialah Protective Group or Functional Group dan kedua ialah Promotional Group.

Kumpulan pertama (Protective Group) merangkumi sekumpulan masyarakat yang melindungi kepentingan mereka daripada dasar dan polisi kerajaan. Keahliannya tertutup dan faedah perjuangannya juga hanya dinikmati oleh ahlinya sahaja. Contohnya, sekumpulan rakyat bergabung untuk mempertahankan kawasan kediaman mereka dari diambil oleh kerajaan untuk melebarkan jalanraya.

Kumpulan kedua (Promotional Group) pula terdiri daripada sekumpulan rakyat yang melontarkan pendapat mereka, mencanangkan polisi, dasar dan nilai alternatif kepada kerajaan. Contohnya, satu kumpulan rakyat yang menggagaskan supaya kerajaan lebih bersikap telus, adil dan akauntabiliti. Keahliannya terbuka dan faedahnya juga dinikmati oleh seluruh rakyat.

Berdasarkan input yang saya nyatakan diatas, saya ingin melontarkan pandangan peribadi untuk mematangkan perbincangan.Tidak tepat jika GAMIS ingin berundur semula ke belakang, tetapi terus memacu pergerakan dengan idea yang baru dan tindakan yang lebih energetik.

Pertama, saya bersetuju GAMIS mendaftarkan pertubuhannya untuk memperoleh status gerakan yang rasmi atas nama NGO. Mengikut maklumat yang saya terima, apabila GAMIS menjadi sebuah badan NGO yang sah, mahasiswa-mahasiswa kampus tidak segan silu untuk menjadi ahli GAMIS dan mereka lebih berani untuk tampil dalam situasi yang memerlukan aksi mereka.

Kedua, saya bersetuju kerana GAMIS tidak mengubah apa-apa dasar idealisme dan perjuangannya. Kekeliruan tentang dasar GAMIS mungkin juga berpunca kerana mahasiswa secara umumnya tidak pernah didedahkan dengan batang tubuh GAMIS itu sendiri. Ini kerana GAMIS hanya wujud dalam isu-isu semasa diperingkat nasional dan merespon terhadap sesuatu isu berdasarkan kepada keupayaan dan kefahaman mereka.

Ketiga, GAMIS harus mengkaji perjalanan gerakannya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini. Kajian itu mestilah dibuat secara menyeluruh dari aspek dalaman dan luaran dan ia mestilah boleh membuktikan graf prestasi GAMIS setiap tahun.

Keempat, gerak kerja NGO GAMIS mestilah mengambil kira keupayaan, kemampuan, kestabilan dan kekuatan akar umbi.

Kelima, tanggungjawab yang dipikul oleh GAMIS terlalu besar iaitu meliputi aspek tarbiyyah, politik kampus dan nasional, dakwah dipelbagai peringkat, kebajikan dan pengurusan organisasinya. Maka, seharusnya tanggungjawab itu disusun mengikut prioriti agar sesuatu matlamat jangka pendek dan jangka panjang itu dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

Tindakan seterusnya adalah jawapan dari kekhilafahan ini. Rakyat mahu melihat gerakan mahasiswa itu bergerak bukannya statik dan terus menyepi. Bukan hanya sekadar kenyataan-kenyataan akhbar, ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan. Tetapi, ia harus menyelami kekancahan masyarakat dan meneruskan tradisi diplomasi dan mencabar termasuklah berpartisipasi di Dewan Negara.

Akhirnya, saya juga memikirkan bahawa negara kita pada hari ini sudah mempunyai sebuah pakatan pembangkang yang kuat dan NGO-NGO lain yang sudah maju dan established. Sudah pasti, kesemuanya ini sudah normal dengan hidup masyarakat dan mereka juga sudah well verse dengan isu nasional.

Soalnya, bagaimana GAMIS ingin mencipta ruang diperingkat nasional disamping mendapat coverage yang baik dan benar-benar bersedia serta mahir dengan isu-isu negara terutamanya isu pendidikan dan pengajian tinggi? Dan adakah GAMIS sudah mampu mencengkam grass root universiti dan menjadi suara dominan kepada mahasiswa? Saya berharap, kesemua situasi ini sudah diambil kira untuk merancang plan tindakan GAMIS yang lebih hebat untuk masa akan datang.

Imtiyaz House

Thursday, June 26, 2008

More money for 9MP

PETALING JAYA: In tandem with rising cost of raw materials and fuel prices, the development expenditure for the Ninth Malaysia Plan (9MP) is expected to increase by between 10% and 15%.

Sources told The Edge Financial Daily that due to the unprecedented rising cost of raw materials especially in the construction sector, an additional amount to the tune of between RM20 billion and RM30 billion will be allocated for the 9MP.

When the plan was tabled and approved in parliament in 2006, the amount set aside for development over the entire period between 2006 and 2010 was RM200 billion.

An additional RM20 billion was to come from the private sector in the form of projects to be undertaken via the private finance initiative (PFI).

Please read here..

Tuesday, June 24, 2008

Obama's other Muslim problem


As soon as Barack Obama rose to the top of the field of Democratic presidential contenders, he developed a "Muslim problem" based on false accusations that he is, or once was, a Muslim.
There is little doubt that these accusations will be raised again, however unfairly, when Obama squares off against John McCain, the Republican presidential candidate, in November's election

HARAKAH - DUA KALI SEMINGGU!

Setelah bertahun lamanya, sejak pasca Reformasi 1999, HARAKAH akhirnya telah diluluskan penerbitannya dua kali seminggu.

HARAKAH bukan hanya organ parti tapi HARAKAH adalah pembicara kebenaran!
TAHNIAH HARAKAH!

Dimana SAPP?

Saya tertunggu-tunggu SAPP membentangkan motion vote of no confidence di Parlimen semalam (23 Jun). Saya hampa semalam melihat persidangan Parlimen yang dimanipulasi oleh BN (baca UMNO).

Semalam di Parlimen, ada dua perkara yang mendebarkan saya.

Pertama, mengenai usul yang akan dibawa oleh Ketua Whip PAS, YB Salahuddin Ayob (Kubang Kerian) mengenai kenaikan harga minyak.

Kedua, mengenai usul undi tidak percaya kepada YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah (Kepala Batas).

Jelas, perjalanan persidangan lebih didominasi dengan usul membahaskan kenaikan harga minyak di Malaysia TETAPI dilontarkan oleh YB Dato' Shahrir Samad - Menteri KPDNHEP (Johor Bharu). Memang sudah dijangka usul itu akan berat di sebelah BN (UMNO). Sudah pasti puak ini akan mendapat undi majoriti meskipun fakta dan hujah mereka tidak releven! Mereka bukan didorong dengan hujah kebenaran tapi mereka TERPAKSA patuh dan 'wala' kepada disiplin parti.

Saya agak kecewa!

Kemudian, saya menunggu hingga akhir persidangan, saya tak nampak riak-riak akan wujud motion vote of no confidence ini.

Secara peribadi, jika pihak SAPP ingin melakukan motion ini, mereka tidak sepatutnya menguar-uarkan terlebih dahulu pendirian mereka kerana sudah pasti akan ada sekatan, tekanan atau mungkin ancaman dari BN (UMNO) terhadap mereka sehingga boleh menggagalkan usaha tersebut.

Tapi, apa sudah jadi dengan Ahli Parlimen SAPP ini, dimanakah beliau? Kenapa beliau tidak hadir?

Walaubagaimanapun, saya PASTI akan wujud juga dalam Sidang Kedua ini motion seperti ini.

TUNGGU..

TAHNIAH BUAT GAMIS – LOBILAH KE DEWAN NEGARA

Pemasyhuran GAMIS sebagai sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) baru-baru ini disambut baik oleh rakan-rakan aktivis mahasiswa. Sudah pasti dengan imej yang baru ini menuntut gandaan gerak kerja dan perancangan yang rapi. Skop portfolio yang dibenarkan di bawah Ikatan Amanah tersebut perlu dipraktikkan dengan lebih sesuai agar keseimbangan tugasan di kampus dan peringkat nasional diuruskan dengan baik dan sistematik.

Jika GAMIS benar-benar serius ingin merakyatkan idealisme mahasiswa dan perjuangannya bersama rakyat dengan lebih padu dan kukuh, saya sarankan agar GAMIS perlu melobi untuk mendapatkan status Senator di Dewan Negara.

Ketika Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu sekelompok mahasiswa yang lebih dikenali sebagai Parti Mahasiswa Negara (PMN) telah membulatkan tekad untuk menyertai pilihan raya tersebut. Mereka telah berazam untuk bertanding di kerusi Parlimen Kepala Batas dan seterusnya ingin mengangkat suara mahasiswa di Dewan Rakyat.

Walaupun begitu, disebabkan sekatan yang tidak demokratik akhirnya usaha itu tidak dapat direalisasikan pada kali ini. Manifesto PMN juga telah mencatatkan tuntutan untuk menggesa pihak kerajaan menubuhkan Parlimen Belia sepertimana yang telah dirintis di Perancis atau lebih dikenali sebagai European Youth Parliament. EYP telah menjadi satu medan yang aktif untuk menggugah pemikiran mahasiswa di Eropah untuk membincangkan atau membahaskan polisi, dasar dan isu-isu inter-cultural dalam negara disamping membentuk kepimpinan pelapis pada masa akan datang.

Dewan Negara adalah komponen kedua dalam Parlimen Malaysia dan dikenali juga sebagai Senat atau Majlis Tertinggi. Selain keanggotaannya yang terdiri daripada ahli Dewan Undangan Negeri dan Wilayah Persekutuan, Yang Di-Pertuan Agong juga berhak atas kuasanya melantik seramai 40 orang ahli yang lain yang terdiri daripada mereka yang banyak membuat jasa dalam perkhidmatan awam dan beberapa sektor penting negara. Tambahan pula, keanggotaannya ditawarkan kepada perwakilan dari kaum-kaum yang kecil di Malaysia. Seolah-olah wujud satu ruang untuk mahasiswa memohon perkenan daripada Yang Di-Pertuan Agong untuk dilantik menjadi Senator di Dewan Negara.

Justeru, suara mahasiswa untuk diangkat mewakili kepentingan rakyat diperingkat nasional dengan lebih serius dan berani akan lebih efisyen dan efektif. Ini kerana fungsi utama di Dewan Negara adalah untuk membahaskan rang undang-undang secara lebih terperinci sebelum mendapat perkenan Yang Di-Pertuan Agong dan meliputi kepentingan rakyat umum.

Monday, June 23, 2008

Apa Yang Paling "KAWW" Dalam PDA 1974?

Mengikut Akta Pembangunan Petroleum (Petroleum Development Act)
1974, Seksyen 2 dan Seksyen 3 menyatakan dengan jelas seperti
berikut;

Section 2 : OWNERSHIP

(1) The entire ownership in, and the exclusive rights, powers,
liberties and privilleges of exploring, exploiting, winning and
obtaining petroleum whether onshore or offshore of Malaysia
shall be vested in a Corporation to be incorporated under the
Companies Act 1965.

(2) The ownership and exclusive rights, powers, liberties and
privilliges so vested shall be irrevocable and shall be ensured for
the benefit of the Corporation.

Section 3 : THE CORPORATION

(1) Notwithstanding the provisions of Section 22 of the
Companies Act, 1965 relating to the names of companies,
the Corporation shall be styled as the Petroleum Nasional Berhad
or in short form Petronas

(2) The Corporation shall be subject to the control and direction
of the Prime Minister who may from time to time issue such
direction as he may deem fit

(3) Notwithstanding the provisions of the Companies Act 1965,
or any other written law to the contrary, the direction so issued
shall be binding on the Corporation

Adakah dengan meminda seksyen ini membolehkan penyata akaun
Petronas dibentangkan di dalam Parlimen?

Dan, apa yang lebih penting rakyat MESTI kena ambil tahu
dimanakah perginya sejumlah RM 48.36 billion dalam bentuk
cukai, dividen, royalti, duti eksport kepada kerajaan dari keseluruhan
pendapatannya bagi tahun 2007.

Thursday, June 19, 2008

Pilihan Raya Kecil di Perlis?


Setelah PRU ke-12 telah berakhir,
mungkinkah wujud satu Pilihan Raya Kecil di Sanglang, Perlis?

Masih adakah ruang untuk PAS bernafas di Perlis?


VOTE OF NO CONFIDENCE!!

SEJAUH MANA HASRAT SAPP MEMBAWA AGENDA INI?
APA TINDAKAN BN MENGHALANG AGENDA INI?
APA STRATEGI YANG AKAN DIATUR OLEH PR?
SECARA EKSKLUSIF DI PARLIMEN
PADA
23 JUN 2008 (ISNIN)
SAMA-SAMA SAKSIKAN SEJARAH BARU AKAN DICIPTA!

Bagaimanakah sikap PAS mendepani cabaran dalam PR?


Tuan Guru merenung masa depan Islam di tangan PAS

Bagaimana pendekatan PAS dalam Kerajaan PR?


Parti Islam SeMalaysia (PAS) sudah berkurun meremajai usia perjuangannya bersama rakyat. PAS sudah melalui pelbagai pahit maung dalam arus koridor negara pada hari ini. PAS pernah bersama dengan Parti Perikatan, pernah dibuang, PAS pernah berjaya menyelamatkan satu kerusi di Parlimen, PAS pernah mengalami perpecahan dalam yang kronik, PAS pernah berdiri sendiri dan juga bersama rangkaian parti yang lain. Namun apakah kesudahannya?

Mehnah dan proses mematangkan perjuangan bukan suatu yang asing bagi PAS.

Hari ini sekali lagi PAS bersama sebuah Pakatan Rakyat serta menerima perkara-perkara yang disepakati dan tidak pernah sekali-kali lari dari dasar perjuangannya.

Satu yang fitrah, hubungan yang tak sampai setahun ini mengundang perselisihan diantara ahli mahupun pimpinan. Persepsi-persepsi negatif sering kali membayangi pergerakan PAS.

Diambang meraikan 100 hari pentadbiran Pakatan Rakyat, PAS sekali lagi dihimpit dilema. Antara dasar perjuangan dan toleransi bersama rakan PR.

Hari ini, pihak media spinning satu isu yang agak besar dan sensitif. Isu Pemuda PAS Selangor menghantar memorandum bantahan kepada diatas kekesalan pihak kerajaan negeri mengundang Ella dan Mas Idayu mengadakan konsert meraikan rakyat sebelum perlawanan bola sepak di Stadium Shah Alam, 20hb Jun ini berlangsung.

PAS tidak pernah menganjurkan program-program konsert yang menjemput artis-artis yang kurang sopan.

Jika kita masih ingat beberapa tahun yang lalu, bagaimana Kerajaan Negeri Kelantan pernah menjemput Mawi dan beberapa artis nasyid yang lain di Kelantan untuk meraikan perasmian Bandaraya Islam. Dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan, PAS telah berjaya membuka mata kepada seluruh rakyat bahawa PAS tidak pernah menolak hiburan tapi mesti berlandaskan syari'ah.

Namun, dalam keadaan perkongsian kuasa ini, tatkala PAS bukanlah menerajui Kerajaan Negeri Selangor, mampukah PAS menerima pembawaan PR yang lain? PAS (Dato' Hassan Ali) telah diamanahkan menguruskan portfolio agama dan adat istiadat, bagaimana PAS ingin memurnikan keadaan ini?

Dalam masa yang sama Kerajaan PR Selangor telah dilanda kontroversi Babi Negara (BN) dan Pengharaman Islam Hadhari.

Maka, PAS harus melontarkan pandangan ulama'-ulama' bagi menyelesaikan kemelut ini.

Secara peribadi saya mengatakan PAS harus terus teguh dengan pendirian dan sentiasa memberikan alternatif-alternatif baru kepada kerajaan negeri. Saya juga yakin, rakyat tidak akan hilang kepercayaan kepada PAS dan saya optimis rakyat akan membuka mata dan melihat ketegasan PAS berdiri diatas lunas dan dasar parti hinggalah ke hari Akhirat nanti.

InsyaAllah