Tuesday, August 26, 2008

INILAH KUASA RAKYAT BERMAKLUMAT (INFORMED CIVIL SOCIETY)

Ilmu dan maklumat adalah nadi penting untuk menghidupkan kuasa rakyat. Jika dulu, kita selalu dengar beberapa statements yang menunjukkan ketidakmatangan rakyat.

Contohnya, ‘kalau letak songkok lawan calon pembangkang pun, rakyat akan pilih songkok’. Itu senario lama. Senario lapuk yang tidak lagi releven hingga ke hari ini.

Pada waktu itu, rakyat dikongkong dengan media pengantaraan yang tidak mampu dicabar oleh media alternatif. Jika ada pun, kekredibilitiannya tidak mampu menggugat reliable media perdana.

Selepas keputusan Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh, saya menyimpulkan bahawa ‘INILAH KUASA RAKYAT BERMAKLUMAT’.

Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat telah berjaya menimbulkan dan mendominasikan persepsi positif, empati, energi, baik dan meyakinkan kepada mereka.

Saya bersetuju dengan ayat yang digunakan oleh Prof. Dr. Shamsul Amri (Institut Kajian Etnik, UKM), beliau mengatakan, “Anwar berjaya mengetuk pintu harapan.” Rakyat memilih segunung harapan daripada momokan realiti. Meskipun, berpuluh serangan peribadi yang dijadikan bahan untuk berkempen samada diperingkat nasional mahupun setempat, namun ia tidak mudah menggoyahkan Anwar. Bahkan, majoritinya bertambah meskipun peratus keluar mengundi mengecil.

Saya juga hairan melihat kenyataan Tan Sri Muhammad Mohd Taib (Ketua Penerangan UMNO), beliau menyifatkan kemenangan Anwar adalah disebabkan Permatang Pauh merupakan hometown atau homestay Anwar (homestay bukan saya yang kata tapi Muhammad Mohd Taib yang kata). Beliau mengenali rakyat setempat dan beliau adalah mantan Timbalan Perdana Menteri suatu ketika dulu. Itulah sebabnya beliau menang mudah. Tan Sri juga menambah, Barisan Nasional menyertai pilihanraya kecil pada kali ini adalah sebagai underdog candidate.

Ini bukan pilihanraya biasa wahai Tan Sri. Ini pilihanraya luar biasa. Meskipun, BN mempunyai segalanya, namun faktor Anwar, Pakatan Rakyat, media alternatif yang merakyat, mood pengundi dan ketidakpercayaan rakyat terhadap kerajaan telah berjaya menafikan dan menolak BN. Ini bukan hanya soal Anwar dan Arif, tapi ini adalah soal survival UMNO dan BN. UMNO kena bersedia untuk dilemaskan. Itu adalah hakikat rentetan daripada keputusan pilihanraya ini.

Akhir sekali, tahniah kepada Rakyat Bermaklumat! Samada rakyat suka mahupun tidak, ia hanya ada dua pilihan sahaja. Ia adalah antara harapan dan realiti. Ia juga antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Maka, rakyat sudah bersedia tukar kerajaan.

No comments: