Monday, March 31, 2008

Apa Cerita MIC?

Setelah berakhir Pilihan Raya Umum ke-12 yang lalu, diantara parti yang teruk ditimpa kecelakaan adalah MIC. Daripada 9 wakil mereka yang bertanding di peringkat Parlimen hanya 3 orang sahaja yang memenangi kerusi tersebut. Apa yang lebih mengejutkan, 6 orang yang kecundang terdiri daripada top-gun MIC iaitu, Presiden, Timbalan, 2 orang Naib Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda MIC. Manakala yang menang adalah Setiausaha, Ketua Penerangan dan S.K Devamany.

MIC adalah sebuah parti perkauman dan anggota komponen Barisan Nasional. Dikatakan juga mendokong dan menjadi lidah utama kaum India. Namun, diambang PRU yang lepas, kaum India telah bangkit dan paling jelas menyatakan tuntutan mereka melalui HINDRAF. Kaum yang dikatakan dimarginalisasikan di bawah BN sejak 50 tahun yang lalu.

Semalam, S.Samy Vellu telah mengeluarkan satu statement yang jelas supaya ketua-ketua HINDRAF yang ditahan di bawah ISA minta untuk dilepaskan. Dia yang bersungguh menyatakan komitmen tersebut akan berunding dengan Syed Hamid Albar, Musa Hassan dan Pak Lah sendiri. Sebelum daripada ini, memang dia akui bahawa ramai kaum India yang mendesaknya supaya membebaskan tahanan ISA tersebut.

Mungkin semua rakyat samada kaum India, Cina lebih-lebih lagi Melayu Islam tidak bersetuju dengan Akta ISA ini! Ini juga terbukti seorang tahanan ISA dan merupakan salah seorang AJK HINDRAF telah bertanding di DUN Kota Alam Shah iaitu M. Manoharan.Beliau telah menang dengan majoriti 7,184. Apa yang menakjubkan beliau tidak keluar untuk berkempen dan sebagainya!

Pak Lah juga telah mengumumkan kesemua wakil MIC yang menang dalam PRU yang lalu telah dilantik menjadi Menteri dan Timbalan Menteri.

Timbul beberapa persoalan adakah MIC masih releven kepada kaum India? Adakah sudah cukup parti pembangkang terutamanya PKR mewakili mereka? Adakah parti perkauman sudah tidak lagi releven?

Sama-samalah kita memikirkannya

DISCIPLINARY HEARING

Please take note, as per your requested the Student Disciplinary Authority has agreed to reschedule the hearing date from the 04th April 2008 to 07th April 2008. All other information as stated in the Summon Letter dated 19th February 2008 (Ref. no. IIUM/102/LU/L/01/2/0337321) remains the same. Details are as follows:-

Date / Day
07th April 2008 / Monday

Time
3.00 pm


Venue
Meeting Room, Legal Unit
4th Floor, Human Sciences Building
International Islamic University Malaysia

Selamat bersemuka!

Wednesday, March 26, 2008

Internet served a painful lesson

KUALA LUMPUR: Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said Barisan Nasional lost the online war in the general election.

"We didn't think it was important. It was a serious misjudgment," he said at the opening of Invest Malaysia 2008.

"We thought that the newspapers, the print media, the television were important but young people were looking at text messages and blogs."

Abdullah said the influence of alternative media was painful. But it came at the right time, not too late. The web and SMS allowed parties like DAP, Parti Keadilan Rakyat and Pas, which have long complained of bias in the traditional media, to reach voters directly.

Source : NST, 26th March 2008

Periasamy plans to file petition to disqualify Nurul Izzah

KUALA LUMPUR, Tues:

Defeated Lembah Pantai independent candidate N. Periasamy plans to file a petition to disqualify Nurul Izzah Anwar as MP for the constituency.

The 48-year-old father of two said he is under discussions with his lawyers over seditious remarks made during ceramahs by Nurul and her father, Parti Keadilan Rakyat advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim.

He said that the duo had been telling people that he is a Barisan Nasional proxy and a supporter of the Hindu Rights Action Force (Hindraf).

It was unfair what they did to me. I conducted press conferences to deny their allegations. If not for their al legations, I would have polled more than 10,000 votes,” he said.

First-timer Periasamy took on big guns Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (BN) and Nurul who got 18,833 and 21,728 votes respectively. He only received 489.

Periasamy said he will be filing his petition with the Election Commission “anytime”. He hoped the commission will declare the results null and void, paving the way for a by-election.

source : NST, 26th March 2008

Tuesday, March 25, 2008

PERLANTIKAN MENTERI BESAR DAN KERAJAAN NEGERI BERGOLAK (Bhgn 3)

NEGERI SEMBILAN

Menteri Besar
YB Datuk Seri Muhamad Hassan

Angkat Sumpah
12hb Mac 2008, 11 pagi
Di hadapan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Tuanku Abdul Rahman
Di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti

Penggal Kedua

Komposisi
36 Kerusi (BN : 21 / PAS : 1 / DAP : 10 / PKR : 4)

MELAKA

Ketua Menteri
YB Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Angkat Sumpah
11hb Mac 2008, 10.15 pagi
Di hadapan Yang DiPertua Negeri, Tan Sri Khalil Yaakob
Di Pejabat Yang DiPertua Negeri Melaka, Ayer Keroh.

Penggal Ketiga

Komposisi
28 Kerusi (BN : 23 kerusi / DAP : 5 kerusi)

JOHOR

Menteri Besar
Dato’ Abdul Ghani Othman

Angkat Sumpah
15hb Mac 2008, 2 petang
Di hadapan Sultan Johor, Sultan Iskandar, Istana Besar

Penggal Kedua

Komposisi
56 Kerusi (BN : 50 / PAS : 2 / DAP : 4)

SABAH

Ketua Menteri
Datuk Seri Musa Aman

Angkat Sumpah
9hb Mac 2008, 3 petang
Di hadapan Yang DiPertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah
Di Istana Negeri.

Penggal Kedua

Komposisi
60 kerusi (BN : 59 / DAP : 1)

PERLANTIKAN MENTERI BESAR DAN KERAJAAN NEGERI BERGOLAK (Bhgn 2)

PAHANG

Menteri Besar
YB Datuk Seri Seri Adnan Yaakob

Angkat Sumpah
12hb Mac 2008, 10 pagi,
Di hadapan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah,
Di Istana Abu Bakar.

Penggal Ketiga

Komposisi
42 Kerusi (BN : 37 / PAS : 2 / DAP : 2 / BEBAS : 1)


TERENGGANU

Menteri Besar
YB Datuk Ahmad Said

Angkat Sumpah



Penggal Pertama

Komposisi
32 Kerusi (BN : 24 / PAS : 8)


KELANTAN

Menteri Besar
YB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat

Angkat Sumpah
11hb Mac 2008, 9.45 malam
Di hadapan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra,
Di Istana Negeri.

Penggal Kelima

Komposisi
45 Kerusi (PAS : 38 / PKR : 1 / BN : 6)


SELANGOR

Menteri Besar
YB Tan Sri Khalid Ibrahim

Angkat Sumpah
13hb Mac 2008, 5 petang
Di hadapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah,
Di Istana Bukit Kayangan.

Penggal Pertama

Komposisi
56 Kerusi (PAS : 8 / PKR : 15 / DAP : 13 / BN : 20)

PERLANTIKAN MENTERI BESAR DAN KERAJAAN NEGERI BERGOLAK (Bhgn 1)

Part One

PERLIS

Menteri Besar
YB Datuk Dr. Md Isa Sabu

Angkat Sumpah
17 Mac 2008, 5 petang
Di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail
Di Bilik Hijau, Istana Arau

Penggal Pertama

Komposisi
15 Kerusi (BN : 14 kerusi / PAS : 1 kerusi)

KEDAH

Menteri Besar
YB Ustaz Azizan Abd Razak

Angkat Sumpah
9hb Mac 2008, 3.15 petang
Di hadapan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah
DI Wisma Darul Aman.

Penggal Pertama

Komposisi
36 Kerusi (PAS : 16 / PKR : 4 / DAP : 1 / BEBAS : 1 / BN : 14)

PULAU PINANG

Ketua Menteri
YB Lim Guan Eng

Angkat Sumpah
11 Mac 2008, 10.00 pagi
Di hadapan Yang DiPertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas
Di Kediaman Rasmi Yang DiPertua Negeri Pulau Pinang, Seri Mutiara

Penggal Pertama

Komposisi
40 kerusi (DAP : 19 kerusi / PKR : 9 kerusi / PAS : 1 kerusi / BN : 11 kerusi)

PERAK

Menteri Besar
YB Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin

Angkat Sumpah
17hb Mac 2008, 11.40 pagi
Di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah
Di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Penggal Pertama

Komposisi
59 Kerusi (PAS : 6 kerusi / PKR : 7 kerusi / DAP : 18 kerusi / BN : 28 kerusi)


ADUN SKUDAI SUMBANG MINUMAN KERAS – MALAYSIA BAGAIMANA?

Dalam Berita Harian hari ini melaporkan seorang ADUN negeri Johor telah menghadiahkan hamper yang mengandungi minuman keras kepada dua pelajar cemerlang termasuk salah seorang dari mereka yang beragama Islam.

Tindakan itu mendapat kritikan keras dari bapa pelajar tersebut yang dianggap menghina agama dan umat Islam. ADUN tersebut iaitu Dr Boo Chen Hau dari DAP tidak menghadiri majlis tersebut. Beliau akan memohon maaf secara rasmi di dalam satu majlis kesyukuran nanti.

Dalam insiden ini, saya mendapati beberapa iktibar yang boleh direnungkan ;
Saya setuju dengan tindakan bapa pelajar terbabit kerana ia jelas melanggar sensitiviti umat Islam. Dan satu peringatan yang harus diambil oleh mana-mana wakil rakyat supaya dapat menjaga perilaku dengan menghormati dan toleran dengan agama, budaya dan adat masing-masing.

Kemudian, saya juga terfikir mengenai Malaysia sebuah Negara Islam sepertimana yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir satu ketika dulu serta disokong oleh pemimpin-pemimpin kerajaan BN termasuklah Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri. Tetapi kenapa beberapa tindakan dan polisi yang dibuat dan diambil oleh kerajaan kadang-kadang menghiris hati umat Islam di negara ini terutama mereka yang cintakan Islam didaulatkan di Malaysia.

Beberapa perkara diantaranya isu aurat, perlesenan judi dan arak, pencampuran riba dalam sistem perbankan, menolak aplikasi hukum Islam, muamalah lelaki dan wanita, menghina sunnah Rasulullah dan Islam, menzalimi umat Islam dengan akta-akta yang drakonian serta pelbagai lagi.

Kerajaan BN harus sedar dan memikirkan perkara ini semasak-masaknya. Inilah punca utama perbezaan PAS dan UMNO yang mewakili kaum Melayu. Melayu jika didasari asal usulnya adalah mereka yang berpegang kuat dengan Islam dan adatnya. Tapi, UMNO yang mengepalai Melayu pada hari ini meleraikan pegangan tersebut. PAS sentiasa konsisten untuk menjunjung ideologi politiknya yang dipasakkan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah sepertimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Walaupun dalam PRU baru-baru ini, PAS tidak mengangkat tema Negara Islam, tetapi jelas substansi-substansi sebuah Kerajaan yang beramanah, Adil, Telus dan penubuhan negara Berkebajikan itu sendiri adalah selari dengan tuntutan dan prinsip Islam. Ternyata PAS itu untuk semua!

Wednesday, March 19, 2008

Khairy muncul..

Sebelum Pak Lah mengumumkan kabinet barunya yang menjanjikan lebih efektif dan efisyen, saya menulis mengenai Khairy.

Saya membuat beberapa telahan. Namun telahan saya yang pertama (Khairy menjadi Timb. Menteri) tidak tepat. So, yang tinggal adalah telahan kedua (Pemilihan Agung UMNO), telahan ketiga (belakang tabir) dan telahan keempat (tercampak keluar dari politik UMNO).

Dia telah menyangkal telahan saya dengan kenyataan yang dikeluarkan dalam akhbar hari ini.

Khairy bersuara dalam Berita Harian, 19hb Mac 2008. Beliau berkata, “Selagi Abdullah adalah Perdana Menteri, saya tidak akan menyertai pentadbiran kerajaan sebaliknya memainkan peranan sebagai ahli Parlimen biasa”.

“Saya mahu menjadi wakil rakyat yang mudah didekati rakyat berbilang kaum terutama di kawasan saya Rembau dan menyuarakan isu nasional di Parlimen,” katanya selepas mesyuarat Exco dan Ketua Pemuda Umno negeri.

Kempen BN...(Siri 3)

1hb Mac 2008 :

Menonjolkan kerajaan BN yang berkebajikan
Menanamkan keyakinan rakyat kepada BN
Mengugut rakyat

2hb Mac 2008 :
Menanam keyakinan kepada kaum Melayu
Menonjolkan kerajaan BN yang berkebajikan

3hb Mac 2008 :

Memburukkan imej Anwar Ibrahim
Memburukkan imej pemimpin dan PAS
Menonjolkan kerajaan BN yang berkebajikan
Strategi mengumpan kaum India dan Cina

4hb Mac 2008 :

Memburukkan imej PAS
Menonjolkan BN yang menjaga kebajikan rakyat
Terus memburukkan konsep Negara Berkebajikan PAS

5hb Mac 2008 :

Menanamkan keyakinan rakyat terhadap BN
Memburukkan imej Anwar Ibrahim dan Tuan Guru Nik Aziz
Menanamkan ketakutan rakyat kepada PAS

6hb Mac 2008 :

Memburukkan Anwar Ibrahim
Kerajaan BN sebagai kerajaan yang berkebajikan
Kestabilan ekonomi Negara terus cemerlang
Mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap pakatan pembangkang

7hb Mac 2008 :

Terus memburukkan Anwar Ibrahim
Kestabilan ekonomi Negara
Keyakinan terhadap pentadbiran Barisan Nasional
Prestasi PM membanteras rasuah dipuji

8hb Mac 2008 :

Memburukkan Anwar Ibrahim dan melagakan komponen BA
Menagih simpati kepada rakyat

Untuk mendapatkan berita lebih lanjut klik pada http://www.utusan.com.my/, kemudian terus ke arkib dan mulakan membaca dari 13hb Februari 2008.

Saya juga memandang serius kenyataan yang dilontarkan oleh bekas Timb. Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Fu Ah Kiow, "Pada pandangan saya, media melakukan kerja yang sangat adil dalam membuat liputan berita pihak kerajaan dan pembangkang". (UM, 29hb Feb '08)

Begitu juga dengan kenyataan bekas Timb. Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi, "Pembangkang mempunyai media sendiri untuk menyampaikan maklumat kepada khayalak dan pengundi tanpa disekat oleh kerajaan..jika kerajaan menyekat bolehlah pembangkang menuduh kerajaan tidak adil memberi peluang kepada pembangkang". (UM, 29hb Feb '08)

Soalnya, adakah UM, NST, BH dan TS berani mendakwa yang mereka adalah milik kerajaan?

Kempen BN.... (Siri 2)

21hb Februari 2008 :

Terus melanyak kenyataan membenarkan demonstrasi jalanan
Memanipulasi kenyataan Dato’ Husam Musa

22hb Februari 2008 :


SPR memberi peringatan mengenai penggunaan dakwat
Memerangkap parti pembangkang dengan peraturan PRU

23hb Februari 2008 :

Memburukkan pakatan Barisan Alternatif
Memerangkap PAS supaya menggunakan tema Negara Islam
Memburukkan Negara Berkebajikan PAS

24hb Februari 2008 :

Memartabatkan imej kerajaan Barisan Nasional
Politik simpati, kenyataan agresif Khairy Jamaluddin

25hb Februari 2008 :

Perlancaran manifesto BN
Memburukkan imej Tuan Guru Abdul Hadi
Memburukkan imej pakatan pembangkang

26hb Februari 2008 :

Menolak dakwaan minyak akan naik
Meningkatkan kestabilan dan keselamatan rakyat
Pembelaan terhadap sekolah-sekolah agama rakyat
Mempopularkan manifesto Barisan Nasional

27hb Februari 2008 :

Menghentam manifesto PAS dan BA
Kestabilan ekonomi Negara terus diperhebatkan

28hb Februari 2008 :

Terus mempopularkan kestabilan ekonomi Negara.
Memanipulasi kenyataan dan memburukkan imej pemimpin PAS
Memperlekehkan keupayaan PAS untuk mentadbir

29hb Februari 2008 :

Menafikan kenyataan pembangkang yang mengatakan media berat sebelah
Memburukkan imej Tuan Guru Abdul Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz
Menonjolkan kerajaan BN yang berkebajikan

KEMPEN BN DALAM UTUSAN MALAYSIA BERMULA 13HB FEB - 8HB MAC (SATU PEMERHATIAN KASAR) Siri 1


Saya membuat pemerhatian secara serius kepada salah satu akhbar perdana di Malaysia (baca Akhbar UMNO di Malaysia) sepanjang 13hb Februari 2008 sehingga 8hb Mac 2008 yang lalu. Saya ingin melihat adakah hidupnya demokrasi di Malaysia melalui kebebasan akhbar?
Terbaru dalam News Straits Times hari ini (19hb Mac), Timbalan Menteri Penerangan yang baru iaitu Datuk Tan Lian Hoe berkata, “I will liaise with media representatives, although rules and regulations must be adhered to at all times. Expectations are high, but I will give my best." Media tersebut membuat penilaian bahawa she pledges to do her best to safeguard the freedom of the media.
Apa pun salah satu desakan BERSIH supaya memberikan hak capaian media kepada parti-parti pembangkang terutamanya ketika Pilihanraya Umum dinafikan malah dimuntahkan begitu sahaja. Cuba lihat bagaimana strategi kempen BN dalam akhbar tersebut sepanjang tempoh pemerhatian ;
14hb Februari 2008 :

PAS tidak mampu mentadbir negara
Ekonomi negara yang kukuh

15hb Februari 2008 :

Negara Berkebajikan PAS akan membangkrapkan Negara
Menarik perhatian dan simpati kaum Cina
Strategi meningkatkan tahap keselamatan rakyat
Ekonomi Negara yang kukuh

16hb Februari 2008 :

Kekukuhan ringgit Malaysia
Strategi meningkatkan tahap keselamatan rakyat
Menghentam Kerajaan PAS Kelantan

17hb Februari 2008 :
Ekonomi Negara terus baik dan stabil
Menonjolkan kerajaan Barisan Nasional adalah kerajaan yang berkebajikan
Menyerang peribadi Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

18hb Februari 2008 :

Mengkaji polisi negara yang kontroversi
Kepercayaan terhadap Islam Hadhari
Kestabilan ekonomi negara

19hb Februari 2008 :

Memburukkan pendekatan PAS
Memanipulasi kenyataan Tuan Guru Nik Aziz

20hb Februari 2008 :

Mempopularkan kerajaan BN lebih Islamik
Mewujudkan sentiment kebencian diantara komponen Barisan Alternatif
Memburukkan Negara Berkebajikan PAS
Menghentam kenyataan Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Selawat Munjiyah


Tuesday, March 18, 2008

Hak Melayu dijamin Perlembagaan, DEB hanya retorik Umno

KUALA LUMPUR, 16 Mac - Kebelakangan ini Umno dan media massa yang dimilikinya begitu riuh meratapi apa yang mereka dakwa sebagai pengkhianatan Dasar Ekonomi Baru (DEB).Dan tak semena-mena para ahli dan penyokong Umno sedar bahawa tunjuk perasaan dan berhimpun secara aman perlu untuk mereka. Selama ini mereka mengutuk perhimpunan aman dan mendakwa ia akan menjadi punca keganasan.

Apakah DEB itu? "Sebenarnya DEB itu bukan undang-undang; ia hanyalah dasar atau polisi Umno yang kemudiannya diserapkan ke dalam peraturan dan pekeliling kerajaan, termasuk dalam soal pembahagian tender kontrak dan sebagainya," jelas Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas. Beliau menambah, setahu beliau tidak ada dokumen rasmi yang menjelaskan asal usul, perincian dan pencapaian dasar ini yang dikatakan dimulakan pada 1971.

Katanya lagi, sama dengan 'Islam Hadhari', dasar-dasar Umno ini tidak jelas dan kadang-kadang tenggelam dan timbul. "Itulah yang berlaku kepada Wawasan 2020 yang dipelopori oleh pentadbiran Mahathir. Di dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi Wawasan 2020 tidak diberi perhatian. Sebaliknya ia mencanangkan semula Rukunegara yang dicipta oleh pentadbiran Abdul Razak Hussein," jelas Dr. Abdul Aziz lagi.

Jadi DEB, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari ini hanyalah gimik setiap Perdana Menteri yang dicipta untuk dijadikan slogan masing-masing. Dasar dan slogan ini terkubur dengan kematian atau perletakan jawatan Perdana Menteri berkenaan. Dan seolah-olah mereka sengaja meletakkan tarikh penamat gimik-gimik itu jauh di hadapan; semacam hendak mempastikan bahawa mereka sudah tiada apabila dasar itu tamat.

Oleh kerana DEB sekadar dasar dan gimik Umno maka tidak salah jika Kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak melaksanakannya. DEB hanyalah satu program di bawah Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa Melayu. Umno dan media menggambarkan seolah-olah DAP telah melanggar Perlembagan atau undang-undang.

Walau apa pun, Dr. Abdul Aziz menyambung, kita tidak pasti sama ada ia masih berjalan atau tidak kerana pada awalnya DEB, yang dimulakan pada 1970, hendak ditamatkan pada 1990. Tetapi oleh kerana ia gagal maka ia pun dilanjutkan. Umno jelas takut dipertanggung jawabkan atas kegagalan DEB itu.Malangnya masyarakat Melayu melihat DEB seperti keramat yang tidak boleh dikritik apa lagi dikesampingkan.Tragedi yang berlaku di sini ialah dasar-dasar itu tidak pernah dibincang dan dinilai secara telus, sebaliknya ia diwar-warkan ke sana ke mari untuk tujuan politik dan mengugut orang Melayu."Yang mengikat dan menjadi peraturan kita ialah Perlembagaan, dan ia mengikat semua orang, tak kira Melayu atau tidak," kata Dr. Abdul Aziz lagi.

Bagaimanapun pakar Perlembagaan dari UIAM itu menjelaskan, ia bukanlah sampai ke tahap menggantikan Al-Qur'an. Beliau berkata Perlembagaan hanyalah dokumen perundangan yang kita gunakan untuk mentadbir selain menjamin hak-hak kita sebagai warganegara. "Dan tak perlulah kita memasukkan elemen-elemen seperti Rukunegara, Wawasan 2020 dan seumpamanya kerana ia akan mencampur aduk dan mengelirukan kita semua," ujarnya lagi.- tajdid

sumber dari www.husamusa.com

Ribuuutttt...DSAI Bersedia Dengan Kerajaan Baru?


Belum pun sempat Pak Lah menghirup nafas baru dengan kabinet Malaysia pasca PRU ke-12 ini, harakahdaily telah melaporkan bahawa DS Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk menubuhkan Kerajaan Alternatif bagi menggantikan kerajaan Barisan Nasional yang baru dibentuk.

Beliau sedang berusaha dan telah pun mendapat beberapa maklumbalas daripada ahli-ahli Parlimen BN untuk melompat ke parti-parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat. Beliau tidak akan buat secara tergesa-gesa kerana dikhuatiri akan menimbulkan keresahan rakyat dan pelabur.

Bagi saya, walaubagaimanapun, beliau mesti menjadi Ahli Parlimen sebelum beliau diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Siapakah yang sudi memberikan laluan kepada beliau, mungkinkah YB DS Wan Azizah, YB Nurul Izzah, YB Azmin Ali atau YB Tan Sri Khalid?

Sama-samalah kita tunggu.....

Kabinet Baru Malaysia

Sah Kahiry memang tiada dalam senarai kabinet Pak Lah!




Rujuk lebih lanjut dalam

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20080318124641/Article

Dimana Khairy Jamaluddin selepas Pade Doh?!


Dimanakah Khairy?

Kebiasaannya dia dikatakan hero ditengah-tengah kancah UMNO dan event-event besar kerajaan. Contohnya, dia mengikuti Azalina ke Korat untuk mengikuti perkembangan atlet-atlet Malaysia disana, berkempen ke Kelantan sehinggakan pihak media, Parti Mahasiswa Negara dan Chegu Bard menganjurkan debat terbuka pun dia tak muncul-muncul di Rembau. Paling menarik sekali, dia mengetuai jentera pemuda UMNO melancarkan kempen “18 Tahun Pade Doh” kepada kerajaan Islam Kelantan.

Selepas PRU ke-12 ini, dia seolah-olah ghuyup. Setahu saya, dia belum lagi membuat apa-apa kesimpulan selepas pilihanraya ini. Terutamanya, saya ingin sangat mendengar post-mortem kempennya di Kelantan. Pembangkang ramai yang mengatakan Khairy adalah mastermind dalam percaturan calon-calon BN dalam PRU. Namun, natijahnya juga kita semua sudah maklum. Bagi saya banyak kempen-kempen BN pada kali ini yang ‘overkilled’. Terlalu jauh tersasar dari target yang sebenar. Saya ada buat sikit pemerhatian kasar, kempen BN dengan menggunakan akhbar Utusan Malaysia dari 13hb Februari 2008 sehinggalah 8hb Mac 2008. InsyaAllah, saya akan publish nanti.

Pada hari ini (18hb Mac) Pak Lah telah mengumumkan senarai menteri kabinet Malaysia. Nama menantu kesayangannya tidak juga muncul. Saya menjangkakan Khairy akan memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Tapi, jangkaan saya meleset.

Saya terus membuat beberapa spekulasi ;

Khairy akan menjadi Timbalan Menteri di kementerian-kementerian yang penting seperti Kementerian Kewangan.

Khairy akan menjadi menteri selepas dia menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO yang mungkin akan diadakan pada tahun ini. Jadi, Pak Lah akan reshuffle kabinet selepas perhimpunan agong tersebut.

Khairy akan tetap berada dibelakang tabir dan menjadi penasihat Pak Lah yang setia. Mungkin dia rasa dengan demikian dia lebih selamat, lebih kaya dan lebih berkuasa.

Khairy akan tercampak keluar dari politik UMNO sebelum PRU ke-13 kerana Pak Lah juga mungkin akan jadi begitu.

Apa-apa pun jangan kita lupa, dia pernah bermimpi, dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum usianya 40 tahun. Jadi, dimanakah tapak dia di dalam kabinet Malaysia?

Monday, March 17, 2008

Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak ke-10

Ir Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang baru, selepas persetujuan mengadakan pakatan kerajaan campuran antara DAP, Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) dan PAS untuk mengetuai pentadbiran kerajaan negeri dicapai.

Menurut laporan Bernama, pada istiadat yang berlangsung pukul 11.40 pagi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.

Beliau yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam kemudiannya menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk V. T. Singam.
Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran itu.

Di samping itu, turut kelihatan pada majlis angkat sumpah hari ini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang dan Pengerusi KeADILan Perak, Zulkifli Ibrahim.

Mohammad Nizar yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menjadi wakil pertama daripada parti selain Umno yang menyandang jawatan Menteri Besar di Perak.
Kesemua sembilan Menteri Besar sebelum ini adalah daripada Umno semasa gabungan Perikatan dan selepas Barisan Nasional (BN) diwujudkan.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, pakatan DAP, KeADILan dan PAS menguasai 31 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya menang di 28 kerusi dan ketiga-tiga parti itu sepakat membentuk kerajaan campuran.

Mohammad Nizar yang menang kerusi DUN Pasir Panjang pada pilihan raya umum itu selepas menewaskan calon BN, S. Vasan dengan majoriti 4,474 undi merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.

Mohammad Nizar menyertai PAS pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Dato' Seri Rafidah Aziz.

Beliau yang ditemani isterinya Fatimah Taat pada majlis itu, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.

Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.
Menteri Besar Perak yang baru itu memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anglo Chinese (ACS) Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.

Beliau memulakan kerjayanya bersama Jabatan Kerja Raya sebelum menjadi jurutera Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). - mks.

Sumber harakahdaily.net

Maka terlaksana sudah majlis angkat sumpah MB Perak yang baru selepas beberapa insiden dramatik yang mewarnai sebelum majlis tersebut berlangsung.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pernah menyebut, "Kerajaan negeri Perak bukannya Kerajaan PAS Perak, bahkan ia adalah sebuah contoh Kerajaan Alternatif Perak"

Buat MB Perak, YB Nizar, 'Semoga Mendidik Rakyat ke Jalan Allah'.

Thursday, March 13, 2008

Sekitar Majlis Angkat Sumpah MB Kedah

Mudah-mudahan kita tidak lupa dengan ujian kesenangan
Kita berbai'ah pada ALLAH dan RasulNya, kita berkhidmat membantu ummah

Semoga pemerintahan Kerajaan Islam di Kedah memberikan keutuhan kepada landskap perjuangan Islam di Malaysia.



Tahniah YB Azizan Abd Razak



Orangnya agak simple, low-profile dan rendah diri. Insan dilahirkan pada 1944 ini telah menjadi seorang Menteri Besar Kedah pada tahun 2008. Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang seorang pejuang kemerdekaan, tapi tidak didendang dek sejarah. Moga Allah sahaja yang membalasnya.

Latar belakang pendidikan yang mantap menambahkan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin rakyat Kedah. Pernah menuntut ilmu di University Al-Azhar dan University of Kent, Canterbury. Apa yang membanggakan pernah berkhidmat sebagai Pensyarah samblian di UIAM pada tahun 1983-1984 dan 1986-1995.

Seorang tokoh yang terbilang di Kedah dan sehinggalah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah sejak tahun 2000 lagi. Terlibat didalam gerakan mahasiswa di Mesir, England dan United Kingdom. Aktif dalam NGO diperingkat dalam dan luar negara.

Diantara hasil karya penulisan beliau adalah Dirasah Hawla At-Tasyriq Al-Islami dan Syariah, Adat and Common Law Amongst the Maranoas of Southern Philippines.

Alhamdulillah, Allah telah memilih yang terbaik untuk memimpin ummah.

Sepintas Mengenai MB Perak Yang Baru


Tahniah kepada YB Ir. Muhammad Nizar kerana dipilih oleh Allah SWT menjadi seorang pemimpin kepada sebuah kerajaan negeri yang mencabar. Kerajaan Rakyat, Kerajaan Barisan Altenatif!

Sepintas mengenai latar belakang YB Ir. Nizar, amat mengkagumkan!!!

Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telahmendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannyameneruskan persekolahan di Sekolah Menengah AngloChinese, Kampar.Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah MenengahTeknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliaumengambil Advance Level (A Level) di Norwich CityCollege Of Arts & Technology Norwich, Norfolk,England.ImageBeliau merupakan lulusan Sarjana Muda SainsKejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston diBrimingham, United Kingdom.

Sekembalinya ke tanahair,beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasukJabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari,Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus),Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapaprojek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2& 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES,Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma DarulIman, Kuala Terengganu (1985), pengurusanbangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR,Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah danpengurusan semua lif di hospital Kerajaan NegeriPerak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliaumerupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Diluar negara pula beliau banyak menjalankan beberapaprojek di beberapa buah negara, antara di Birmingham,United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, BangkokThailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatardan Tehran, Iran.Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung denganPAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasanKampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan YangDipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Diperingkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatanBendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PASNegeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat.Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dansurau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusipengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuankepada fakir miskin, mewakili PAS dalam programprogram kaum bukan Islam serta terlibat secaralangsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasilperkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat.Anaknya pertama merupakan lulusan BA SyariahUniversiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusanhafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yangketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari UniversisitiDamsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anakyang ke empat hingga ke lapan sedang belajar dibeberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul AbdulRahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudahbergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yangmenghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul."Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramahdengan orang ramai termasuk orang bawahannya danbeliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujarbeliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergasdi dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). UmpamanyaGabongan Pengguna Air Perak (GPAP).Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeribeliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjiddan suara-surau. malah beliau sendiri mampumengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihanbintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasaInggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil.Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat,mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih MohammadNizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, olehitu semua pihak perlu akur dengan keputusan yangdibuat oleh Sultan Perak.

Sumber: http://www.harakahd aily.net/ index.php? option=com_ content&task= view&id=13252& Itemid=28

Awasi Serangan Kotor!


Awasi taktik kotor permainan rejim BN dan media yang seangkatannya. Paling ketara ketika ambang PRU ke-12 sehinggalah Menteri Penerangan ditumbangkan di Sungai Petani, media arus perdana terlalu ghairah membantai lumat pakatan BA. Sehingga kenyataan-kenyataan pemimpin pembangkang dimanipulasi dan disimpang-siurkan. Apa sahaja move yang dibuat oleh BA atau PAS khususnya semuanya diperbodohkan. Manakala, apa sahaja tindakan yang dibuat oleh BN atau UMNO khususnya diperelokkan dan dicantikkan. Termasuklah KJ dengan Kempen Pade Doh nya..Sekarang dah jadi ‘KJ Pade Muko’.

Selepas kemenangan besar BA di lima buah negeri, BN seolah-olah mengalihkan serangannya ke negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mereka tidak berani menghentam Kelantan, kerana ternyata mereka mendapat ‘kemaluan’ besar. Dari kempen ‘Tahun Merawat Kelantan’, kempen ’18 Tahun Pade Doh’, pengundi hantu, pertukaran nakhoda kepada Awang Adek, semuanya terjelupok jatuh tertanam ke bumi. Dengan kuasa Allah semuanya!!

Maka, yang terbaru media dan BN telah melakukan serangan gerila ke atas negeri yang menjadi pakatan BA contoh iaitu Selangor dan Perak. Perak terutamanya, media melaga-lagakan kepimpinan DAP dan PAS sehingga mereka dikhabarkan akan boikot majlis angkat sumpah MB Perak, YB Ir. Mohammad Nizar pada petang ini (13hb Mac). Tapi, hari ini segalanya terjawab bila mana Istana Kinta, Perak melaporkan telah menyerahkan salinan surat diantara ketiga-tiga parti tersebut yang menyatakan mereka bersetuju dengan perkenan Sultan Perak untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi MB Perak yang baru. Maka, harakahdaily juga melaporkan Lim Kit Siang telah memohon maaf kepada Raja Dr. Nazrin.

Tuesday, March 11, 2008

Pantang Dicabar!!

sanggahtoksago.blogspot.com

AHLI-ahli Umno mula menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi mengikut jejak langkah Tan Sri Sanudi Junid dan tidak berkeras mahu menjadi Perdana Menteri.

Selepas pilihan raya umum 1999, Sanusi mengumumkan untuk menolak tawaran pelantikan semulanya sebagai Menteri Besar Kedah kerana merasakan beliau bertanggungjawab terhadap kemerosotan teruk Barisan Nasional (BN) negeri itu pada pilihan raya tersebut.Walaupun Kedah tidak jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya itu, Sanusi tetap mengambil tanggungjawab atas kemerosotan sokongan kepada BN.Dalam pilihan raya 1999, BN Kedah kehilangan lapan dari 15 kerusi Parlimen dan 12 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Pas.

Seorang ahli Umno yang enggan dikenali membawa keratan laporan akhbar bertarikh 4 Disember 1999 yang melaporkan perletakan jawatan Sanusi untuk ditunjukkan kepada wakil Harakah di sini.Apa yang menarik, beliau menunjukkan kata-kata Sanusi waktu itu.''Jika kita sebagai pelayar tidak berdaya untuk merobah haluan angin, kita harus sanggup menyesuaikan layarnya agar matlamat, cita-cita dan tujuan tercapai,'' akhbar berkenaan memetik Sanusi sebagai berkata.Ahli Umno itu, yang mengaku menjadi ahli sebuah cawangan Umno di Kuala Lumpur menyatakan, Abdullah mesti bertindak secara terhormat dan mengikut "contoh yang baik" seperti yang ditunjukkan Sanusi."Walaupun Kedah tidak jatuh kepada PAS dalam tahun 1999, tetapi Sanusi ada maruah dan mengundur diri. Kami sebagai ahli Umno di Kelantan ini merasa malu bila parti kami kalah teruk dalampilihan raya baru- baru ini. Perdana Menteri tak malukah?" beliau mempersoalkan.

Beliau juga mempersoalkan, agenda apa lagi yang Abdullah dakwa belum habis "sedangkan rakyat sudah tidak mahu lagi kepadanya".Dengan tiba-tiba mendakwa beliau "tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah s.w.t.", Abdullah berkeras tidak mahu meletakkan jawatan "kerana agenda kita belum habis lagi"."Agenda siapa? Agenda Khairy?" ahli Pemuda Umno itu mempersoalkan.

Sebelum ini, seolah-olah mengajar Abdullah apa yang sepatutnya dilakukan, Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, beliau sedia meletak jawatan sebagai pemimpin parti Gerakan berikutan kekalahan besar parti itu dalam pilihan raya umum ini.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyarankan Abdullah berundur apabila berkata penggantinya itu patut memikul tanggungjawab atas kekalahan besar Umno dan Barisan Nasional kali ini.

"Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya Sabtu lalu diumumkan.

Dr Mahathir berkata, amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India."Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.

Kini Waktu Berterus Terang

A Kadir Jasin

PERDANA Menteri boleh berkata dan boleh mendakwa bahawa tiada siapa yang menekan dia untuk meletakkan jawatan atau boleh menekannya untuk meletakkan jawatan.Laporan itu mungkin dan mungkin tidak mewakili sentimen atau kenyataan sebenar Perdana Menteri. Dan ia tidaklah penting. Yang penting ialah wajib ada seorang yang menerima dan memikul tanggungjawab ke atas prestasi buruk BN semalam.Siapakah orang itu jika bukan Perdana Menteri? Bukankah dia orang yang sehingga saat-saat akhir kempen begitu yakin bahawa BN akan mencatat kemenangan cemerlang dan mempertahankan majoriti dua-pertiga di Parlimen.Apakah undi rakyat yang begitu teruk menghukum Perdana Menteri dan partinya belum cukup untuk membuatkan dia menerima sepenuh tanggungjawab dan menetakkan jawatan kerana kepemimpinannya tidak lagi diyakini?

Kalau pada PRU 2004 dia begitu gembira dan angkuh menyatakan bahawa kerana dialah BN menang besar, kenapa kali ini dia begitu keberatan mengakui bahawa kerana dia jugalah BN menderita teruk?

Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang akhbarnya pagi tadi, tiada pilihan lain bagi Perdana Menteri kecuali memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk BN dan berundur.

Berikut kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, yang dikeluarkan semalam:

"1. Perjalanan pilihan raya yang ke-12 telah berjalan dengan selamat dan telus selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.

2. Rakyat Malaysia telah menyatakan suara dan pilihan mereka dan kita berasa syukur kerana BN terus diberi kepercayaan untuk memerintah Negara.

3. Walaupun BN agak kecewa dengan kegagalan untuk kembali berkuasa di lima negeri serta kegagalan mendapat majoriti 2/3, kita menerima dengan hati penuh terbuka, keputusan rakyat.

4. Kita akan terus berusaha untuk mendapat semula kepercayaan rakyat. Kita minta ahli-ahli UMNO untuk merapatkan barisan dalam menghadapi cabaran ini.

5. Sebagai Timbalan Presiden, saya akan membantu YAB Presiden untuk hadapi cabaran besar ini."

Sementara itu, Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat penggal Kedua di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur.

Serentak itu, Bursa Malaysia yang dibuka buat kali pertama selepas pilihan raya jatuh merudum sehingga mamaksa pengurusan menggantungkan sementara urus niaga pada jam 2.58 petang.Ketika itu, indeks komposit jatuh 130 mata atau 10 peratus kepada 1,166.32 mata Urus niaga disambung semula pada jam 3.58 petang. Harga di kebanyakan bursa Asia jatuh tetapi tidak seteruk di Bursa Malaysia.

Seperti jutaan pengundi yang tidak berselindung-selindung lagi menolak BN, Perdana Menteri juga tidak boleh lagi berdolak-dalik dan berselindung di sebalik pelbagai alasan.Prestasi BN kali ini adalah jauh lebih teruk daripada prestasi Perikatan pada tahun 1969. Rentetan kekalahan itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, menyerahkan kuasa kepada timbalannya dan akhir bersara. Contoh dan teladan sudah ada.

Sesudah pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.

BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat -- dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.

Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.

Misalnya:

1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”;

2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;

3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;

4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.”;

5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan

6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.

Sekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.

Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir 40 tahun, saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti.Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.

Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.

Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa.Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa.Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN.

Saturday, March 1, 2008

MYDIN pun kempen untuk BN?!


Ingatkan media-media perdana yang terlalu ghairah dan tergila-gila berkempen untuk BN, rupa-rupanya kompleks membeli belah pun sama!



Adakah gambar ini diambil di Kompleks Mydin?