Tuesday, March 18, 2008
Hak Melayu dijamin Perlembagaan, DEB hanya retorik Umno
Apakah DEB itu? "Sebenarnya DEB itu bukan undang-undang; ia hanyalah dasar atau polisi Umno yang kemudiannya diserapkan ke dalam peraturan dan pekeliling kerajaan, termasuk dalam soal pembahagian tender kontrak dan sebagainya," jelas Profesor Dr. Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas. Beliau menambah, setahu beliau tidak ada dokumen rasmi yang menjelaskan asal usul, perincian dan pencapaian dasar ini yang dikatakan dimulakan pada 1971.
Katanya lagi, sama dengan 'Islam Hadhari', dasar-dasar Umno ini tidak jelas dan kadang-kadang tenggelam dan timbul. "Itulah yang berlaku kepada Wawasan 2020 yang dipelopori oleh pentadbiran Mahathir. Di dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi Wawasan 2020 tidak diberi perhatian. Sebaliknya ia mencanangkan semula Rukunegara yang dicipta oleh pentadbiran Abdul Razak Hussein," jelas Dr. Abdul Aziz lagi.
Jadi DEB, Rukunegara, Wawasan 2020 dan Islam Hadhari ini hanyalah gimik setiap Perdana Menteri yang dicipta untuk dijadikan slogan masing-masing. Dasar dan slogan ini terkubur dengan kematian atau perletakan jawatan Perdana Menteri berkenaan. Dan seolah-olah mereka sengaja meletakkan tarikh penamat gimik-gimik itu jauh di hadapan; semacam hendak mempastikan bahawa mereka sudah tiada apabila dasar itu tamat.
Oleh kerana DEB sekadar dasar dan gimik Umno maka tidak salah jika Kerajaan DAP di Pulau Pinang tidak melaksanakannya. DEB hanyalah satu program di bawah Perkara 153 yang melindungi kedudukan istimewa Melayu. Umno dan media menggambarkan seolah-olah DAP telah melanggar Perlembagan atau undang-undang.
Walau apa pun, Dr. Abdul Aziz menyambung, kita tidak pasti sama ada ia masih berjalan atau tidak kerana pada awalnya DEB, yang dimulakan pada 1970, hendak ditamatkan pada 1990. Tetapi oleh kerana ia gagal maka ia pun dilanjutkan. Umno jelas takut dipertanggung jawabkan atas kegagalan DEB itu.Malangnya masyarakat Melayu melihat DEB seperti keramat yang tidak boleh dikritik apa lagi dikesampingkan.Tragedi yang berlaku di sini ialah dasar-dasar itu tidak pernah dibincang dan dinilai secara telus, sebaliknya ia diwar-warkan ke sana ke mari untuk tujuan politik dan mengugut orang Melayu."Yang mengikat dan menjadi peraturan kita ialah Perlembagaan, dan ia mengikat semua orang, tak kira Melayu atau tidak," kata Dr. Abdul Aziz lagi.
Bagaimanapun pakar Perlembagaan dari UIAM itu menjelaskan, ia bukanlah sampai ke tahap menggantikan Al-Qur'an. Beliau berkata Perlembagaan hanyalah dokumen perundangan yang kita gunakan untuk mentadbir selain menjamin hak-hak kita sebagai warganegara. "Dan tak perlulah kita memasukkan elemen-elemen seperti Rukunegara, Wawasan 2020 dan seumpamanya kerana ia akan mencampur aduk dan mengelirukan kita semua," ujarnya lagi.- tajdid
sumber dari www.husamusa.com
Ribuuutttt...DSAI Bersedia Dengan Kerajaan Baru?

Beliau sedang berusaha dan telah pun mendapat beberapa maklumbalas daripada ahli-ahli Parlimen BN untuk melompat ke parti-parti pembangkang terutamanya Parti Keadilan Rakyat. Beliau tidak akan buat secara tergesa-gesa kerana dikhuatiri akan menimbulkan keresahan rakyat dan pelabur.
Bagi saya, walaubagaimanapun, beliau mesti menjadi Ahli Parlimen sebelum beliau diangkat menjadi Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Siapakah yang sudi memberikan laluan kepada beliau, mungkinkah YB DS Wan Azizah, YB Nurul Izzah, YB Azmin Ali atau YB Tan Sri Khalid?
Sama-samalah kita tunggu.....
Kabinet Baru Malaysia

Rujuk lebih lanjut dalam
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Mutakhir/20080318124641/Article
Dimana Khairy Jamaluddin selepas Pade Doh?!

Dimanakah Khairy?
Kebiasaannya dia dikatakan hero ditengah-tengah kancah UMNO dan event-event besar kerajaan. Contohnya, dia mengikuti Azalina ke Korat untuk mengikuti perkembangan atlet-atlet Malaysia disana, berkempen ke Kelantan sehinggakan pihak media, Parti Mahasiswa Negara dan Chegu Bard menganjurkan debat terbuka pun dia tak muncul-muncul di Rembau. Paling menarik sekali, dia mengetuai jentera pemuda UMNO melancarkan kempen “18 Tahun Pade Doh” kepada kerajaan Islam Kelantan.
Selepas PRU ke-12 ini, dia seolah-olah ghuyup. Setahu saya, dia belum lagi membuat apa-apa kesimpulan selepas pilihanraya ini. Terutamanya, saya ingin sangat mendengar post-mortem kempennya di Kelantan. Pembangkang ramai yang mengatakan Khairy adalah mastermind dalam percaturan calon-calon BN dalam PRU. Namun, natijahnya juga kita semua sudah maklum. Bagi saya banyak kempen-kempen BN pada kali ini yang ‘overkilled’. Terlalu jauh tersasar dari target yang sebenar. Saya ada buat sikit pemerhatian kasar, kempen BN dengan menggunakan akhbar Utusan Malaysia dari 13hb Februari 2008 sehinggalah 8hb Mac 2008. InsyaAllah, saya akan publish nanti.
Pada hari ini (18hb Mac) Pak Lah telah mengumumkan senarai menteri kabinet Malaysia. Nama menantu kesayangannya tidak juga muncul. Saya menjangkakan Khairy akan memegang jawatan Menteri Belia dan Sukan. Tapi, jangkaan saya meleset.
Saya terus membuat beberapa spekulasi ;
Khairy akan menjadi Timbalan Menteri di kementerian-kementerian yang penting seperti Kementerian Kewangan.
Khairy akan menjadi menteri selepas dia menjadi Ketua Pemuda UMNO dalam Perhimpunan Agong UMNO yang mungkin akan diadakan pada tahun ini. Jadi, Pak Lah akan reshuffle kabinet selepas perhimpunan agong tersebut.
Khairy akan tetap berada dibelakang tabir dan menjadi penasihat Pak Lah yang setia. Mungkin dia rasa dengan demikian dia lebih selamat, lebih kaya dan lebih berkuasa.
Khairy akan tercampak keluar dari politik UMNO sebelum PRU ke-13 kerana Pak Lah juga mungkin akan jadi begitu.
Apa-apa pun jangan kita lupa, dia pernah bermimpi, dia akan menjadi Perdana Menteri Malaysia sebelum usianya 40 tahun. Jadi, dimanakah tapak dia di dalam kabinet Malaysia?
Monday, March 17, 2008
Mohammad Nizar, Menteri Besar Perak ke-10
Menurut laporan Bernama, pada istiadat yang berlangsung pukul 11.40 pagi di hadapan Pemangku Raja Perak Raja Dr Nazrin Shah di Istana Iskandariah di sini, Mohammad Nizar, 51, menerima watikah pelantikan sebelum diteruskan dengan majlis mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Menteri Besar yang ke-10.
Beliau yang berpakaian baju Melayu lengkap berwarna hitam kemudiannya menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk V. T. Singam.
Hadir sama pada istiadat itu ialah Raja Dihilir Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Perak Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, Mufti Perak Dato' Seri Harussani Zakaria, bekas Menteri Besar Dato' Seri Tajol Rosli Ghazali serta wakil anggota Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada kerajaan campuran itu.
Di samping itu, turut kelihatan pada majlis angkat sumpah hari ini adalah Penasihat DAP Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang dan Pengerusi KeADILan Perak, Zulkifli Ibrahim.
Mohammad Nizar yang merupakan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak, menjadi wakil pertama daripada parti selain Umno yang menyandang jawatan Menteri Besar di Perak.
Kesemua sembilan Menteri Besar sebelum ini adalah daripada Umno semasa gabungan Perikatan dan selepas Barisan Nasional (BN) diwujudkan.
Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, pakatan DAP, KeADILan dan PAS menguasai 31 kerusi DUN berbanding Barisan Nasional (BN) yang hanya menang di 28 kerusi dan ketiga-tiga parti itu sepakat membentuk kerajaan campuran.
Mohammad Nizar yang menang kerusi DUN Pasir Panjang pada pilihan raya umum itu selepas menewaskan calon BN, S. Vasan dengan majoriti 4,474 undi merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science & Technology di Birmingham, England.
Mohammad Nizar menyertai PAS pada 1995 dan bertanding kali pertama bagi merebut kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada pilihan raya umum 2004 tetapi tewas kepada penyandangnya Dato' Seri Rafidah Aziz.
Beliau yang ditemani isterinya Fatimah Taat pada majlis itu, mempunyai lapan orang anak, lima lelaki dan tiga perempuan.
Sepanjang berkecimpung dalam politik bersama PAS, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu Bendahari Badan Perhubungan PAS Perak dan sebagai Yang Dipertua PAS Kampar.
Menteri Besar Perak yang baru itu memulakan persekolahan di Sekolah Rendah Anglo Chinese (ACS) Kampar sebelum meneruskan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Anglo Chinese (ACS) Kampar dan Sekolah Menengah Teknik Ipoh, dan menyambung pengajian peringkat A-Level dan ijazah di England.
Beliau memulakan kerjayanya bersama Jabatan Kerja Raya sebelum menjadi jurutera Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC). - mks.
Sumber harakahdaily.net
Maka terlaksana sudah majlis angkat sumpah MB Perak yang baru selepas beberapa insiden dramatik yang mewarnai sebelum majlis tersebut berlangsung.
Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa pernah menyebut, "Kerajaan negeri Perak bukannya Kerajaan PAS Perak, bahkan ia adalah sebuah contoh Kerajaan Alternatif Perak"
Buat MB Perak, YB Nizar, 'Semoga Mendidik Rakyat ke Jalan Allah'.
Thursday, March 13, 2008
Tahniah YB Azizan Abd Razak
Orangnya agak simple, low-profile dan rendah diri. Insan dilahirkan pada 1944 ini telah menjadi seorang Menteri Besar Kedah pada tahun 2008. Ayahnya, Haji Abdul Razak Haji Awang seorang pejuang kemerdekaan, tapi tidak didendang dek sejarah. Moga Allah sahaja yang membalasnya.
Latar belakang pendidikan yang mantap menambahkan ketokohan beliau sebagai seorang pemimpin rakyat Kedah. Pernah menuntut ilmu di University Al-Azhar dan University of Kent, Canterbury. Apa yang membanggakan pernah berkhidmat sebagai Pensyarah samblian di UIAM pada tahun 1983-1984 dan 1986-1995.
Seorang tokoh yang terbilang di Kedah dan sehinggalah dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kedah sejak tahun 2000 lagi. Terlibat didalam gerakan mahasiswa di Mesir, England dan United Kingdom. Aktif dalam NGO diperingkat dalam dan luar negara.
Diantara hasil karya penulisan beliau adalah Dirasah Hawla At-Tasyriq Al-Islami dan Syariah, Adat and Common Law Amongst the Maranoas of Southern Philippines.
Alhamdulillah, Allah telah memilih yang terbaik untuk memimpin ummah.
Sepintas Mengenai MB Perak Yang Baru

Tahniah kepada YB Ir. Muhammad Nizar kerana dipilih oleh Allah SWT menjadi seorang pemimpin kepada sebuah kerajaan negeri yang mencabar. Kerajaan Rakyat, Kerajaan Barisan Altenatif!
Sepintas mengenai latar belakang YB Ir. Nizar, amat mengkagumkan!!!
Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telahmendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannyameneruskan persekolahan di Sekolah Menengah AngloChinese, Kampar.Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah MenengahTeknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliaumengambil Advance Level (A Level) di Norwich CityCollege Of Arts & Technology Norwich, Norfolk,England.ImageBeliau merupakan lulusan Sarjana Muda SainsKejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston diBrimingham, United Kingdom.
Sekembalinya ke tanahair,beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasukJabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari,Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus),Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapaprojek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2& 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES,Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma DarulIman, Kuala Terengganu (1985), pengurusanbangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR,Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah danpengurusan semua lif di hospital Kerajaan NegeriPerak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliaumerupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Diluar negara pula beliau banyak menjalankan beberapaprojek di beberapa buah negara, antara di Birmingham,United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, BangkokThailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatardan Tehran, Iran.Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung denganPAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasanKampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan YangDipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Diperingkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatanBendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PASNegeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).
Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat.Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dansurau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusipengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuankepada fakir miskin, mewakili PAS dalam programprogram kaum bukan Islam serta terlibat secaralangsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasilperkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat.Anaknya pertama merupakan lulusan BA SyariahUniversiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusanhafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yangketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari UniversisitiDamsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anakyang ke empat hingga ke lapan sedang belajar dibeberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul AbdulRahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudahbergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yangmenghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul."Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramahdengan orang ramai termasuk orang bawahannya danbeliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujarbeliau.
Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergasdi dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). UmpamanyaGabongan Pengguna Air Perak (GPAP).Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeribeliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjiddan suara-surau. malah beliau sendiri mampumengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihanbintang kurban.
Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasaInggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil.Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat,mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih MohammadNizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, olehitu semua pihak perlu akur dengan keputusan yangdibuat oleh Sultan Perak.
Sumber: http://www.harakahd aily.net/ index.php? option=com_ content&task= view&id=13252& Itemid=28
Awasi Serangan Kotor!

Selepas kemenangan besar BA di lima buah negeri, BN seolah-olah mengalihkan serangannya ke negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Mereka tidak berani menghentam Kelantan, kerana ternyata mereka mendapat ‘kemaluan’ besar. Dari kempen ‘Tahun Merawat Kelantan’, kempen ’18 Tahun Pade Doh’, pengundi hantu, pertukaran nakhoda kepada Awang Adek, semuanya terjelupok jatuh tertanam ke bumi. Dengan kuasa Allah semuanya!!
Maka, yang terbaru media dan BN telah melakukan serangan gerila ke atas negeri yang menjadi pakatan BA contoh iaitu Selangor dan Perak. Perak terutamanya, media melaga-lagakan kepimpinan DAP dan PAS sehingga mereka dikhabarkan akan boikot majlis angkat sumpah MB Perak, YB Ir. Mohammad Nizar pada petang ini (13hb Mac). Tapi, hari ini segalanya terjawab bila mana Istana Kinta, Perak melaporkan telah menyerahkan salinan surat diantara ketiga-tiga parti tersebut yang menyatakan mereka bersetuju dengan perkenan Sultan Perak untuk melantik sesiapa sahaja untuk menjadi MB Perak yang baru. Maka, harakahdaily juga melaporkan Lim Kit Siang telah memohon maaf kepada Raja Dr. Nazrin.
Tuesday, March 11, 2008
Pantang Dicabar!!
AHLI-ahli Umno mula menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi mengikut jejak langkah Tan Sri Sanudi Junid dan tidak berkeras mahu menjadi Perdana Menteri.
Selepas pilihan raya umum 1999, Sanusi mengumumkan untuk menolak tawaran pelantikan semulanya sebagai Menteri Besar Kedah kerana merasakan beliau bertanggungjawab terhadap kemerosotan teruk Barisan Nasional (BN) negeri itu pada pilihan raya tersebut.Walaupun Kedah tidak jatuh ke tangan pembangkang dalam pilihan raya itu, Sanusi tetap mengambil tanggungjawab atas kemerosotan sokongan kepada BN.Dalam pilihan raya 1999, BN Kedah kehilangan lapan dari 15 kerusi Parlimen dan 12 dari 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Pas.
Seorang ahli Umno yang enggan dikenali membawa keratan laporan akhbar bertarikh 4 Disember 1999 yang melaporkan perletakan jawatan Sanusi untuk ditunjukkan kepada wakil Harakah di sini.Apa yang menarik, beliau menunjukkan kata-kata Sanusi waktu itu.''Jika kita sebagai pelayar tidak berdaya untuk merobah haluan angin, kita harus sanggup menyesuaikan layarnya agar matlamat, cita-cita dan tujuan tercapai,'' akhbar berkenaan memetik Sanusi sebagai berkata.Ahli Umno itu, yang mengaku menjadi ahli sebuah cawangan Umno di Kuala Lumpur menyatakan, Abdullah mesti bertindak secara terhormat dan mengikut "contoh yang baik" seperti yang ditunjukkan Sanusi."Walaupun Kedah tidak jatuh kepada PAS dalam tahun 1999, tetapi Sanusi ada maruah dan mengundur diri. Kami sebagai ahli Umno di Kelantan ini merasa malu bila parti kami kalah teruk dalampilihan raya baru- baru ini. Perdana Menteri tak malukah?" beliau mempersoalkan.
Beliau juga mempersoalkan, agenda apa lagi yang Abdullah dakwa belum habis "sedangkan rakyat sudah tidak mahu lagi kepadanya".Dengan tiba-tiba mendakwa beliau "tidak takut dan tidak gentar kepada sesiapa kecuali Allah s.w.t.", Abdullah berkeras tidak mahu meletakkan jawatan "kerana agenda kita belum habis lagi"."Agenda siapa? Agenda Khairy?" ahli Pemuda Umno itu mempersoalkan.
Sebelum ini, seolah-olah mengajar Abdullah apa yang sepatutnya dilakukan, Pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, beliau sedia meletak jawatan sebagai pemimpin parti Gerakan berikutan kekalahan besar parti itu dalam pilihan raya umum ini.Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad juga menyarankan Abdullah berundur apabila berkata penggantinya itu patut memikul tanggungjawab atas kekalahan besar Umno dan Barisan Nasional kali ini.
"Beliau telah memusnahkan Umno, beliau telah memusnahkan BN, dan beliau patut bertanggungjawab bagi kekalahan teruk ini," kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar yang diadakan beberapa jam selepas keputusan pilihan raya Sabtu lalu diumumkan.
Dr Mahathir berkata, amat mengejutkan bahawa BN tumbang di lima negeri dan Wilayah Persekutuan menerusi isyarat serupa yang ditunjukkan oleh semua tiga kaum utama - Melayu, Cina dan India."Saya fikir orang Jepun akan melakukan harakiri. Tetapi saya rasa orang Melayu tidak sampai ke tahap itu lagi. Saya fikir beliau patut menimbangkan untuk mengundurkan diri," katanya sambil menambah beliau juga akan mengambil tindakan yang sama jika beliau berada dalam situasi seperti Abdullah.
Kini Waktu Berterus Terang
PERDANA Menteri boleh berkata dan boleh mendakwa bahawa tiada siapa yang menekan dia untuk meletakkan jawatan atau boleh menekannya untuk meletakkan jawatan.Laporan itu mungkin dan mungkin tidak mewakili sentimen atau kenyataan sebenar Perdana Menteri. Dan ia tidaklah penting. Yang penting ialah wajib ada seorang yang menerima dan memikul tanggungjawab ke atas prestasi buruk BN semalam.Siapakah orang itu jika bukan Perdana Menteri? Bukankah dia orang yang sehingga saat-saat akhir kempen begitu yakin bahawa BN akan mencatat kemenangan cemerlang dan mempertahankan majoriti dua-pertiga di Parlimen.Apakah undi rakyat yang begitu teruk menghukum Perdana Menteri dan partinya belum cukup untuk membuatkan dia menerima sepenuh tanggungjawab dan menetakkan jawatan kerana kepemimpinannya tidak lagi diyakini?
Kalau pada PRU 2004 dia begitu gembira dan angkuh menyatakan bahawa kerana dialah BN menang besar, kenapa kali ini dia begitu keberatan mengakui bahawa kerana dia jugalah BN menderita teruk?
Seperti kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dalam sidang akhbarnya pagi tadi, tiada pilihan lain bagi Perdana Menteri kecuali memikul tanggungjawab terhadap prestasi buruk BN dan berundur.
Berikut kenyataan Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno, Mohd Najib Abdul Razak, yang dikeluarkan semalam:
"1. Perjalanan pilihan raya yang ke-12 telah berjalan dengan selamat dan telus selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.
2. Rakyat Malaysia telah menyatakan suara dan pilihan mereka dan kita berasa syukur kerana BN terus diberi kepercayaan untuk memerintah Negara.
3. Walaupun BN agak kecewa dengan kegagalan untuk kembali berkuasa di lima negeri serta kegagalan mendapat majoriti 2/3, kita menerima dengan hati penuh terbuka, keputusan rakyat.
4. Kita akan terus berusaha untuk mendapat semula kepercayaan rakyat. Kita minta ahli-ahli UMNO untuk merapatkan barisan dalam menghadapi cabaran ini.
5. Sebagai Timbalan Presiden, saya akan membantu YAB Presiden untuk hadapi cabaran besar ini."
Sementara itu, Abdullah Ahmad Badawi mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri buat penggal Kedua di hadapan Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Lumpur.
Serentak itu, Bursa Malaysia yang dibuka buat kali pertama selepas pilihan raya jatuh merudum sehingga mamaksa pengurusan menggantungkan sementara urus niaga pada jam 2.58 petang.Ketika itu, indeks komposit jatuh 130 mata atau 10 peratus kepada 1,166.32 mata Urus niaga disambung semula pada jam 3.58 petang. Harga di kebanyakan bursa Asia jatuh tetapi tidak seteruk di Bursa Malaysia.
Seperti jutaan pengundi yang tidak berselindung-selindung lagi menolak BN, Perdana Menteri juga tidak boleh lagi berdolak-dalik dan berselindung di sebalik pelbagai alasan.Prestasi BN kali ini adalah jauh lebih teruk daripada prestasi Perikatan pada tahun 1969. Rentetan kekalahan itu, Perdana Menteri dan Presiden Umno ketika itu, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra, menyerahkan kuasa kepada timbalannya dan akhir bersara. Contoh dan teladan sudah ada.
Sesudah pengundi Malaysia membuat kata putus dengan memberi kejutan voltan tinggi kepada Barisan Nasional adalah tidak tetap dan tidak wajar lagi bagi sesiapa pun berselindung-selindung dan teragak-agak.Realitinya BN kehilangan banyak kerusi Parlimen, terlepas kawalan ke atas Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak serta ketewasan beberapa tokoh berprofil tingginya, termasuk tiga orang menteri.
BN ditolak kerana ia dilihat sebagai tidak cekap dan tidak sensitif kepada kehendak rakyat tetapi pada masa yang sama bongkak, mungkir janji, mengamalkan pilih kasih dan gagal menangani isu-isu massa seperti kenaikan harga barang dan kadar jenayah.Kerana dinasihati oleh anggota “kabinet dapur” yang jahil tetapi bongkah serta rakus – mereka yang digelar 3K, JKKK dan Budak Tingkat Empat -- dan menyisihkan jentera serta veteran parti, Perdana Menteri merangkap Presiden Umno dan Pengerusi BN sering tersilap membuat perkiraan.
Kepemimpinan kerajaan dan parti dilihat sebagai mempersendakan suara dan aspirasi rakyat dengan membuat kenyataan-kenyataan yang menyinggung perasaan yang kemudiannya dihebahkan secara meluas oleh media massa arus perdana yang pro-pemerintah.
Misalnya:
1. Perdana Menteri, pada hari penamaan calon, menyifatkan pakatan pilihan raya pembangkang sebagai “syok-syok sahaja”;
2. Perdana Menteri yang mencabar penunjuk perasaan supaya menggunakan peti undi sebagai tempat mutakhir menunjuk perasaan;
3. Menteri Kerja Raya yang mengatakan dia sedia berhenti jika rakyat jelata tidak mahukan dia lagi. Dia terus bertanding dan rakyat menyahut seruannya dengan mengundi pembangkang. Maka kecundanglah dia pada hari jadinya yang ke-72;
4. Menteri Penerangan (yang kalah di Sungai Petani) yang menyifatkan para blogger sebagai “syok sendiri.”;
5. Dia juga “bersumpah” akan memastikan lawannya hilang wang pertaruhan. Lawanya tidak hilang wang pertaruhan sebaliknya dia yang hilang kerusi; dan
6. Timbalan Ketua Pemuda (yang menang di Rembau) yang berkata tugasnya adalah memporak-perandakan pembangkang. Malangnya yang berlaku adalah di sebaliknya. Pembangkang memporak-perandakan BN.
Sekali pun benar bahawa keperibadian, gaya, kaedah serta prestasi Perdana Menteri menjadi pertikaian, faktor yang benar-benar menyebabkan pentadbiran beliau menjadi begitu tidak popular adalah persepsi mengenai kesombongan dan keangkuhan segelintir kecil manusia di sekelilingnya.
Dalam tempoh kerjaya kewartawanan saya selama hampir 40 tahun, saya tidak pernah melihat sekumpulan orang di sekeliling seorang Perdana Menteri yang begitu dicurigai dan dibenci tetapi pada masa yang sama sangat ditakuti.Hasil mengejutkan keputusan pilihan raya ini tidak dapat tidak akan mencetuskan tanda tanya mengenai kewibawaan, integriti serta kesahihan kedudukan Perdana Menteri sebagai ketua kerajaan dan Presiden Umno.
Apatah lagi banyak calon yang dikaitkan terus dengan Perdana Menteri dan “kabinet dapurnya” seperti Azim Zabidi (Bukit Gantang), Osman Desa (Sik), Zainuddin Maidin (Sungai Petani), Annuar Musa (Ketereh) dan Awang Adek Hussin (Bachok) kecundang.
Di pihak pembangkang pula, tindak-tanduk mereka akan diperhatikan dan dinilai bagi memastikan sama ada mereka juga akan menjadi sombong, angkuh dan pendendam kerana kuasa.Atau mereka menjadi pemegang amanah yang berhemah, merendah diri, sederhana dan bertimbang rasa.Dan apakah dasar-dasar dan program-program mereka lebih baik daripada BN.


